PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

analisa faktor & negara yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa dengan malaysia sehingga 2013

Citation preview

  • 1

    PENGENALAN

    Dunia perniagaan antarabangsa pada masa kini telah mengalami perkembangan yang sangat

    pesat. Kepesatan dagangan ini telah mula terserlah apabila negara-negara yang sedang

    membangun melebarkan sayap perdagangan mereka dengan menarik sebanyak mungkin

    negara luar untuk berniaga di dalam negara tersebut. Selain itu, keadaan dalam negara yang

    telah tepu akibat lambakan produk tempatan menyebabkan satu saluran perdagangan perlu

    diwujudkan supaya produk-produk ini boleh keluar dari pasaran tempatan. Kewujudan ahli-

    ahli teknokrat dan pengurus-pengurus syarikat yang berjiwa besar dan sanggup memikul

    risiko meneroka perniagaan antarabangsa menyebabkan munculnya Negara Perindustrian

    Baru (NIC-New Industrialised Country).

    Perdagangan antarabangsa sebenarnya telah lama berlaku di Malaysia. Jika dilihat

    pada sejarah kegemilangan Melaka dahulu, jelas menunjukkan Empayar Melayu Melaka

    telah menjalankan perdagangan antarabangsa dengan pedagang dari Eropah dan Timur.

    Perdagangan rempah ratus dan kain dilakukan di pelabuhan-pelabuhan bagi membolehkan

    rakyat mendapat bekalan yang tidak dapat disediakan oleh peniaga tempatan. Pedagang-

    pedagang ini juga membeli akar kayu dan barangan lain yang dihasilkan oleh penduduk

    tempatan untuk dibawa pulang ke negara asal dan menjualnya di negara mereka.

    Jika dahulu, pasaran antarabangsa hanya dikuasai oleh peniaga dari barat, kini

    Malaysia dan negara-negara Asia yang lain seperti Singapura, Indonesia, Jepun dan negara-

    negara yang lain telah berjaya memecahkan benteng perniagaan barat dalam perdagangan

    antarabangsa. Keghairahan syarikat tempatan sekarang memberi tumpuan kepada

    penyenaraian di papan Bursa Saham Kuala Lumpur memberi petanda positif kepada

    perdagangan antarabangsa negara. Melalui penyenaraian tersebut, kedudukan kewangan dan

    pembesaran syarikat dapat dilakukan melalui suntikan modal dan penglibatan daripada orang

    ramai.

    Seiring dengan itu, syarikat-syarikat ini akan lebih berpotensi untuk melibatkan diri di

    arena antarabangsa. Peningkatan mutu produk dengan penggunaan teknologi yang terkini

    membantu syarikat-syarikat ini menurunkan kos pengeluaran tetapi dalam masa yang sama

    membuat pengeluaran produk secara besar-besaran. Ini menyebabkan terhasilnya ekonomi

    bidangan dan menyebabkan syarikat berada pada paras kompetitif yang baik dalam

    persaingan perniagaan antarabangsa.

  • 2

    FAKTOR PENYUMBANG KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA

    1. Perbezaan sumber alam semulajadi

    Setiap negara yang ada di dunia ini memiliki sumber alam yang tidak sama. Sumber alam ini

    merupakan anugerah daripada pencipta yang dianugerahkan kepada manusia untuk

    digembleng dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Negara yang tidak memiliki

    sumber alam semulajadi yang diperlukan akan mengimport sumber tersebut daripada negara

    yang kaya dengan sumber alam tersebut. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang

    mengimport sumber alam semulajadi kepada negara lain dalam perdagangan antarabangsa.

    Kekayaan alam yang dimiliki Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sumber

    mineral, sumber hutan dan sumber laut (Jabatan Perangkaan, 2013).

    Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk dari sebatian semulajadi dan jangka

    masa penghasilannya mengambil tempoh masa yang sangat lama. Contoh sumber mineral

    yang dimiliki oleh Malaysia adalah Petroleum, Gas Asli, Bijih Timah dan Emas. Sumber

    hutan pula seperti kayu balak, rempah ratus, akar kaya, makanan (buah-buahan, ulam dan

    sayur-sayuran) dimiliki oleh Malaysia kerana kekayaan hutan yang ada di Malaysia. Sumber

    semulajadi ketiga yang dimiliki oleh Malaysia adalah sumber laut. Industri perikanan telah

    memberi laluan kepada perdagangan antarabangsa melalui jualan ikan kepada negara jiran

    seperti Singapura.

    2. Perbezaan kos pengeluaran

    Kemampuan sesebuah negara menghasilkan produk untuk kegunaan rakyatnya adalah

    berbeza. Negara yang mampu menghasilkan produk dengan kos pengeluaran yang rendah

    seperti China tidak perlu mengimport barang daripada negara luar untuk kegunaan rakyatnya.

    Sebaliknya, jika sesebuah negara tersebut tidak mampu menghasilkan barang yang di

    perlukan secara efektif, maka negara tersebut terpaksa mengimport barang atau perkhidmatan

    tersebut daripada negara luar (Maidment, 2013).

    3. Perbezaan tingkat teknologi

    Kemajuan setiap negara dalam teknologi adalah berbeza. Dua major teknologi yang memberi

    kesan kepada perdagangan antarabangsa adalah teknologi komunikasi dan mesin.

    Perkembangan dunia perniagaan yang menggunakan komputer dan World Wide Web (www.)

    sebagai medium komunikasi dan perpindahan maklumat menyebabkan perdagangan

    antarabangsa berkembang dengan pesat. Penggunaan teknologi mesin dalam industri produk

  • 3

    dan perkhidmatan juga mempengaruhi perdagangan antarabangsa. Penggunaan teknologi

    yang canggih dapat meningkatkan pengeluaran produk dan dalam masa yang sama

    meningkatkan kualiti produk tersebut (Rugman & Collinson, 2009). Justeru itu, perbezaan

    teknologi ini mendorong negara yang tidak memiliki teknologi yang terkini dan canggih

    mengimport teknologi tersebut ke negaranya. Manakala negara yang menghasilkan teknologi

    seperti Amerika Syarikat dan Jepun pula menjadi negara pengeksport teknologi dalam

    perdagangan antarabangasa.

    4. Hubungan diplomatik dengan negara luar

    Perdagangan antarabangsa tidak akan berkembang tanpa wujudnya hubungan diplomatik

    antara kedua-dua negara. Interaksi perlu bagi membentuk Guanxi (hubungan) antara negara-

    negara terlibat untuk mewujudkan kehendak serentak antara pembeli dan penjual (Maidment,

    2013). Tanpa hubungan ini adalah mustahil untuk sesebuah negara asing menembusi pasaran

    tempatan dan seterusnya menjual produk mereka kepada rakyat tempatan. Hubungan

    diplomatik ini juga telah menggalakkan perdagangan antarabangsa kerana situasi menang-

    menang antara negara tersebut menyebabkan laluan yang mudah bagi syarikat-syarikat

    multinasional negara masing-masing menjual produk dan perkhidmatan mereka tanpa sekatan

    yang ketat daripada kerajaan negara masing-masing.

    JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA

    1. Syarikat usahasama

    Syarikat jenis ini melibatkan perikatan antara dua atau lebih syarikat yang bertujuan untuk

    mengeksport barang atau perkhidmatan ke pasaran antarabangsa. Syarikat-syarikat yang

    terlibat akan berkongsi tanggungjawab dan kos semasa memasarkan produk ke pasaran

    antarabangsa. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi antara syarikat yang terlibat

    bergantung kepada jumlah pelaburan yang dikeluarkan.

    2. Syarikat Francais

    Francaisor merupakan pemilik asal kepada jenama syarikat yang di franciskan. Francaisor

    akan memberi kebenaran kepada francaisi untuk menggunakan sebarang kepakaran

    pembuatan atau perkhidmatan, teknik pemasaran, cap dagang, paten dan sebagainya untuk

    mengeluarkan atau memasarkan produk mereka. Francaisor juga akan memberikan

    pengetahuan, latihan, imej, kepakaran penghasilan produk atau perkhidmatan ternasuk teknik

    memasarkan produk tersebut kepada francaisi. Sebagai balasan, francaisi akan membayar

  • 4

    royalti kepada francaisor dan francaisi akan menggunakan imej dan latihan yang diberikan

    oleh francaisor untuk memulakan perniagaan di kawasan tertentu.

    3. Syarikat perlesenan

    Licensor akan memberi kebenaran kepada licensi bagi mengeluarkan jenama produk atau

    perkhidmatan bagi satu tempoh masa tertentu. Licensor memberi hak kepada licensi untuk

    menggunakan proses pengeluaran, cap dagang, paten, rahsia perniagaan dan segala yang

    berkaitan dengan produk dan perkhidmatannya kepada licensi. Sebagai balasan, licensi akan

    membayar royalti kepada licensor kerana membenarkannya menggunakan lesen yang

    diperoleh licensor.

    4. Syarikat pelaburan

    Firma-firma asing melakukan pelaburan bagi mendapatkan pulangan kewangan. Pelaburan

    jenis ini dibahagikan kepada pelaburan langsung dan pelaburan portfolio. Pelaburan langsung

    berlaku apabila firma asing memiliki firma tempatan dengan cara membelinya daripada

    peniaga tempatan. Pemilikan ini membolehkan firma asing mempunyai kuasa mengawal

    firma tempatan tersebut. Faktor pemilikan seperti ketiadaan sumber di negara asal, keinginan

    meningkatkan daya saing dan lain-lain. Pelaburan portfolio pula merujuk kepada pembelian

    aset kewangan seperti bon, saham, dan sebaginya yang diterbitkan oleh firma tempatan.

    Tujuan pembelian ini adalah untuk mendapatkan pulangan ke atas dana yang dilaburkan.

    EMPAT NEGARA YANG TERLIBAT DALAM PERDAGANGAN

    ANTARABANGSA DENGAN MALAYSIA

    Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bergerak

    aktif bagi memastikan pengeksport tempatan boleh mengeksport produk dan perkhidmatan

    mereka ke pasaran antarabangsa. Banyak jalinan dan perjanjian dilakukan bagi memastikan

    matlamat ini direalisasikan. Pada tahun 2013, Malaysia telah mengumumkan Singapura telah

    memintas China sebagai rakan dagang terbesar bagi perdagangan antarabangsa. Selain

    daripada Singapura, Malaysia juga ada menjalankan perdagangan antarabangsa dengan

    negara barat lain seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), Afrika, Chile dan

    Australia. Berikut merupakan negara yang terlibat dalam perdagangan antaranbangsa dengan

    Malaysia.

  • 5

    1. Negara Singapura

    Singapura merupakan negara yang paling besar menyumbang dalam perdagangan

    antarabangsa dengan Malaysia. Pada tahun 2013, terdapat peningkatan dalam perdagangan

    eksport sebanyak 5.1% dan kontrak import meningkat kepada 0.3%. Singapura yang

    merupakan rakan dagang terbesar Malaysia menyumbang sebanyak 14.0 % daripada jumlah

    keseluruhan ekport Malaysia iaitu sebanyak RM100.4 billion berbanding hanya sebanyak

    RM95.5 billion pada tahun 2012 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,

    2012). Beberapa faktor menjadi sebab kepada sumbangan Singapura kepada perdagangan

    antarabangsa negara. Antara faktornya adalah pembukaan Pusat Perniagaan Wilayah Iskandar

    yang menjadi salah satu dari tarikah yang kuat bagi pelabur dan peniaga dari Singapura

    berdagang ke Malaysia. Selain itu, faktor jarak antara Malaysia dan Singapura yang dekat juga

    memberi pengaruh kerana ia boleh menurunkan kos pengangkutan sekiranya Singapura

    hendak membawa masuk produk ke dalam pasaran Malaysia.

    2. Negara China

    Negara China merupakan rakan dagang antarabangsa kedua terbesar yang menyumbang

    kepada pendapatan perdagangan antarabangsa dengan Malaysia iaitu sebanyak RM97.0

    billion. Perdagangan dengan China pada tahun 2013 telah meningkat sebanyak 12.5 %

    kepada RM203.2 billion (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 2013)

    berbanding pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM180.6 billion (Kementerian Perdagangan

    Antarabangsa dan Industri, 2012). Eksport ke China telah meningkat sebanyak 9.2 % kepada

    RM97.0 billion. Produk yang banyak dieksport ke China adalah barangan Elektrik dan

    elektronik, kimia dan produk kimia dan minyak sawit (Kementerian Perdagangan

    Antarabangsa dan Industri, 2013).

    3. Negara Jepun

    Jepun merupakan rakan dagang global Malaysia ketiga terbesar pada tahun 2012 dan 2013.

    Jepun juga merupakan rakan dagang kedua terbesar si rantau Asia Timur selepas China. Jepun

    Pemerolehan pendapatan sebanyak RM79.9 billion daripada pendapatan perdagangan

    antarabangsa Malaysia pada tahun 2013 adalah disumbangkan oleh Jepun. Jepun adalah

    pengeksport terbesar peralatan kejuruteraan terutamanya peralatan dan komponen

    penerbangan serta kenderaan bermotor untuk pasaran tempatan. Perkembangan positif serta

    polisi yang digunakan di Malaysia menggalakkan perkembangan industri pengangkutan di

    Malaysia.

  • 6

    4. Negara Amerika Syarikat

    Sebuah lagi negara yang menjalinkan hubungan dagangan antarabangsa dengan Malaysia

    adalah Amerika Syarikat. Amerika Syarikat merupakan antara negara maju yang menjalinkan

    perdagangan antarabangsa dengan Malaysia. Amerika Syarikat banyak mengeksport produk

    seperti barangan elektrik dan elektronik, produk getah, produk kayu, peralatan optikal dan

    saintifik ke dalam pasaran tempatan. Amerika syarikat adalah rakan dagang keempat terbesar

    Malaysia manakala Malaysia pula adalah rakan daging ke-22 terbesar Amerika Syarikat.

    Anggaran perdagangan tahunan dua hala antara Amerika dengan Malaysia berjumlah lebih

    kurang RM44 billion (Wikipedia, 2014).

    PRESTASI PERNIAGAAN ANTARABANGSA MALAYSIA: JUMLAH NILAI &

    VOLUM DAN JUMLAH DAGANGAN (RM) EKSPORT DAN IMPORT DARI

    TAHUN 2005 HINGGA 2013

    Indeks perdagangan luar negeri digunakan untuk mengukur perubahan paras nilai seunit dan

    volum eksport dan import produk Malaysia ke pasaran antarabangsa. Indeks ini disusun buat

    pertama kalinya dengan menggunakan tahun 1970 sebagai tahun asas diikuti dengan tahun

    1999. Selepas itu, indek tersebut diasaskan semula pada tahun 2005 dan kini menggunakan

    tahun 2010 sebagai tahun asas. Nombor indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan

    Malaysia setiap tahun mencerminkan peratusan kenaikan atau penurunan dalam paras nilai

    seunit dan volum dan jumlah perolehan yang diperoleh oleh Malaysia daripada perdagangan

    antarabangsa.

    Indeks Nilai seunit digunakan untk mengukur perubahan nilai seunit import dan

    eksport Malaysia. Nilai seunit dihasilkan daripada pembahagian nilai barangan dengan

    kuantitinya yang diimport atau dieksport bagi sesuatu barangan terpilih. Indeks nilai seunit

    yang dihasilkan dikira dengan menggunakan indeks Laspeyres. Indeks Volum pula

    digunakan untuk mengukur perubahan kuantiti yang diimport dan dieksport daripada

    Malaysia. Indeks volum eksport dan import dihasilkan secara tidak langsung daripada

    pembahagian indeks nilai eksport dan import dengan indeks nilai seunit yang berkaitan.

    Indeks volum eksport dan import yang disusun merupakan indeks volum Paasche (Jabatan

    Perangkaan Malaysia, 2013).

    Jadual 1 menunjukkan indeks nilai seunit dan indeks volum dan jumlah dagangan

    bagi eksport dan import dari tahun 2005 hingga 2013. Perbincangan selepas ini akan

    dipecahkan mengikut tahun.

  • 7

    Jadual 1: Senarai Indeks Nilai Seunit, volum dan jumlah dagangan (RM billion) untuk tahun

    2005 hingga 2013.

    Tahun

    Indeks Nilai

    Seunit1 Indeks Volum

    1 Jumlah Dagangan

    (RM billion)2

    Eksport Import Eksport Import Eksport Import Jumlah

    keseluruhan

    2005 100.0 100.0 100.0 100.0 536.2 432.9 969.1

    2006 101.8 95.1 107.9 116.8 589.2 478.1 1067.4

    2007 107.5 96.7 105.0 120.6 604.3 502.0 1106.3

    2008 124.6 104.6 100.1 116.6 663.0 519.8 1182.8

    2009 119.3 114.2 87.3 88.9 552.5 434.7 987.2

    2010 125.3 117.7 96.0 105.0 638.8 528.8 1167.7

    2011 130.0 122.0 101.1 110.2 697.9 573.6 1271.5

    2012 136.2 128.7 97.2 110.4 702.6 606.7 1309.3

    2013 137.03

    130.03

    98.93

    116.93

    719.8 649.1 1368.9

    Sumber: (1) Perangkaan Ekonomi Malaysia-Siri Masa, Jabatan Perangkaan Malaysia (2013)

    (2) Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Kementerian Perdagangan

    Antarabangsa dan Industri ( 2013)

    (3) Indeks Perdagangan Luar Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)

    Carta 1: Jumlah dagangan import dan eksport sepanjang tahun 2003 hingga 2013

  • 8

    Tahun 2005

    Pada tahun 2005, jumlah dagangan bagi eksport adalah sebanyak RM536.2 billion di mana

    indeks nilai seunit dan indeks volum adalah sama iaitu 100.0. Penyumbang utama bagi

    eksport adalah sektor komoditi terutamanya eksport mineral yang disokong oleh harga tenaga

    yang lebih tinggi. Perolehan daripada sektor perkilangan seperti eketronik, jentera dan

    peralatan ekeltrik turut menjadi penyumbang utama kepada jumlah dagangan eksport. Import

    pula menyumbang kepada RM432.9 billion manakala indeks nilai seunit dan volum adalah

    sama iaitu 100.0. Sumbangan pendapatan tertinggi diperoleh melalui barangan pengantara

    disebabkan permintaan untuk produk elektrik dan elektronik dan produk berasaskan sumber,

    terutamanya dari AS dan negara serantau. Kebanyakan import terdiri daripada komponen

    komputer dan alat ganti mesin, bekalan industri seperti logam dan bahan kimia (Bank Negara

    Malaysia, 2005).

    Tahun 2006

    Jumlah dagangan bagi perdagangan antarabangsa pada tahun 2006 telah meningkat kepada

    RM1067.4 billion. Jumlah dagangan bagi eksport turut meningkat kepada RM589.2 billion di

    mana indeks nilai seunit juga meningkat kepada 101.8 dan nilai volum 107.9. Pertumbuhan

    ini disokong oleh permintaan kukuh yang berterusan terhadap komoditi utama, serta

    pengembangan yang mampan dalam eksport barangan perkilangan. Bagi import juga berlaku

    peningkatan terhadap jumlah dagangan (RM478.1 billion) manakala indeks nilai seunit

    adalah 95.1 dan nilai volum 116.8. Peningkatan ini disumbangkan oleh import barangan

    pengantara. Permintaan global terhadap keluaran elektrik dan elektronik telah menyokong

    pengeluaran komponen alat ganti elektronik dan aksesori telekomunikasi. Perbelanjaan

    pengguna yang mampan juga mendorong peningkatan import bagi bahan utama yang

    diproses untuk digunakan dalam industri makanan dan minuman (Bank Negara Malaysia,

    2006)

    Tahun 2007

    Peningkatan kepada jumlah dagangan sebanyak RM38.9 billion menjadikan jumlah

    keseluruhan perdagangan antarabangsa bertambah kepada RM1106.3. Indeks nilai seunit juga

    bertambah kepada 107.5 manakala indeks volum adalah 105.0 menjadikan jumlah dagangan

    bagi eksport adalah RM604.3 billion. Peningkatan ini didorong oleh peningkatan yang ketara

    dalam eksport minyak sawit. Minyak sawit telah menjadi pilihan pengilang-pengilang di AS

    dalam pengeluaran makanan. Untuk import pula, pendapatan yang diperoleh adalah RM502.0

  • 9

    billion (indeks nilai seunit=96.7 dan indeks volum=120.6). Barangan penggunaan seperti

    makanan dan minuman mencatatkan pertumbuhan ketara kerana permintaan daripada

    penggunaan isi rumah yang meningkat (Bank Negara Malaysia, 2007).

    Tahun 2008

    Jumlah dagangan pada tahun ini adalah RM1182.8 billion dimana berlaku peningkatan untuk

    hasil eksport (RM663.0 billion) dan import (RM519.8 billion). Indeks nilai seunit eksport

    meningkat kepada 124.6 dan indeks volum juga meningkat kepada 100.1. Peningkatan ini

    didorong oleh eksport pertanian iaitu minyak sawait dan getah yang teguh akibat peningkatan

    permintaan pasaran global. Indeks nilai seunit import juga mengalami peningkatan kepada

    114.2 dan indeks volum pula adalah 116.6. Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan

    import barang penggunaan sejajar dengan pertumbuhan berterusan dalam penggunaan swasta

    (Bank Negara Malaysia, 2008).

    Tahun 2009

    Pada tahun ini, berlaku penguncupan dalam perdagangan antarabangsa akibat kemerosotan

    ekonomi global. Penyelarasan inventori yang mendadak oleh pengeluar barangan akhir oleh

    negara-negara pengimport makin memburukkan keadaan. Jumlah dagangan eksport pada

    tahun ini menurun kepada RM552.5 billion. Boleh dikatakan semua penyumbang kepada

    eksport menguncup termasuklah pertanian, barangan perkilangan dan mineral. Indeks nilai

    seunit juga menurun kepada 119.3 dan indeks volum 87.3. Jumlah dagangan yang diperoleh

    bagi import merosot kepada RM434.7 billion, indeks nilai seunit menunjukkan peningkatan

    kepada 114.2 tetapi nilai volum menurun kepada 88.9. Semua kategori utama import

    (barangan modal, pengantaraan, dan penggunaan) menguncup menyebabkan hasil

    perdagangan antarabangsa negara juga merosot (Bank Negara Malaysia, 2009).

    Tahun 2010

    Pada tahun ini, jumlah perdagangan meningkat semula. Negara memperoleh RM1167.7

    billion selepas berlaku kemelesetan pasaran global pada tahun 2009. Indeks nilai seunit juga

    turut meningkat (125.3) dan nilai volum berada pada 96.0. Peningkatan ini disebabkan

    permintaan serantau yang semakin kukuh. Eksport komoditi meningkat semula kerana

    peningkatan harga minyak sawit mentah dan getah asli. Selain itu, produk perkilangan juga

    menunjukkan peningkatan. Import juga turut menunjukkan peningkatan apabila jumlah

    perdagangan yang diperoleh adalah RM528.8 billion (indeks nilai seunit=117.7, indeks

  • 10

    volum=105.0). Pengambangan ini berlaku disebabkan pengembangan merentasi semua

    kategori import utama (barangan modal, barangan pengantaraan, barangan penggunaan dan

    eksport semula) (Bank Negara Malaysia, 2010).

    Tahun 2011

    Ekport pada tahun ini berkembang secara sederhana sejajar dengan pertumbuhan sederhana

    ekonomi negara maju dan ketidakpastian dalam pasaran kewangan global. Jumlah dagangan

    pada tahun ini yang diperolehi Malaysia meningkat lagi kepada RM1271.5 billion berbanding

    tahun sebelumnya (Indeks nilai seunit=130.0, indeks volum=101.10. Bagi import pula,

    barangan pengantaraan seperti bahagian dan komponen jentera terjejas teruk disebabkan

    bencana yang berlaku di Jepun. Namun begitu, jumlah dagangan negara masih meningkat

    kepada RM573.6 billion (indeks nilai seunit=122.0, indeks volum=110.2) (Bank Negara

    Malaysia, 2011).

    Tahun 2012

    Walaupun permintaan luar negeri yang lemah dan harga komoditi yang rendah, jumlah

    dagangan eksport masih meningkat kerana disokong oleh permintaan barangan bukan elektrik

    dan elektronik. Negara masih menerima jumlah dagangan sebanyak RM702.6 billion (indeks

    nilai seunit=136.2, indeks volum=97.2). Permintaan import pula bertambah kerana

    peningkatan permintaan barangan modal dan penggunaan dalam negara semakin kukuh.

    Import menyumbang sebanyak RM 606.7 billion (indeks nilai seunit=128.7, indeks

    volum=110.4) daripada jumlah dagangan yang diperoleh negara iaitu sebanyak RM1309.3

    billion. Pengukuhan aktiviti perbelanjaan pengguna mencerminkan pertumbuhan yang terus

    kukuh dalam import barang penggunaan, khususnya barangan tahan lama dan separa tahan

    lama (Bank Negara Malaysia, 2012).

    Tahun 2013

    Prestasi eksport negara semakin positif akibat perningkatan keluaran barangan perkilangan

    dan komoditi. Peningkatan harga minyak sawit mentah dan LNG juga menggalakkan

    peningkatan jumlah dagangan antarabangsa negara. Negara memperoleh RM1368.9 billion

    bagi perdagangan pada tahun 2013. Sebanyak RM719.8 billion disumbangkan oleh eksport

    dengan indeks nilai seunit (137.0) dan indeks volum (98.9). Sebanyak RM649.1 billion

    disumbangkan oleh perdagangan import (indeks nilai seunit=130.0, indeks volum=116.9).

    Peningkatan ini disumbangkan oleh aktiviti pelaburan yang mampan dalam sektor

  • 11

    berorientasikan dalam negeri (telekomunikasi dan pembinaan) (Bank Negara Malaysia,

    2013).

    KESIMPULAN

    Sejak tahun 2000, terdapat dua trend yang nyata dilihat dalam struktur perdagangan

    antarabangsa Malaysia. Trend pertama adalah tumpuan utama terhadap eksport barangan

    elektrik dan elektronik (E&E) beransur-ansur beralih kepada barang perkilangan bukan E&E

    dan komoditi. Peralihan komposisi ini mencerminkan permintaan dunia terhadap bahan

    mentah yang semakin meningkat dan aktiviti perkilangan hiliran bernilai tambah lebih tinggi.

    Selain itu, perubahan teknologi telekomunikasi juga mendorong kepada perubahan komposisi

    ini. Trend kedua ialah kepelbagaian pasaran dagangan antarabangsa Malaysia. Walaupun

    Malaysia masih menjalinkan hubungan dagangan ke pasaran tradisional seperti AS, China,

    Jepun dalam masa yang sama Malaysia juga telah melebarkan sayap dagangan ke Asia

    Timur, Negara ASEAN dan Republik Rakyat China. Kepelbagaian ini akan meningkatkan

    lagi hasil pendapatan negara melalui perdagangan antarabangsa.

    Jumlah patah perkataan: 2917

  • 12

    RUJUKAN

    Bank Negara Malaysia. (2005). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 2005 (pp.

    5157). Malaysia.

    Bank Negara Malaysia. (2006). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 2006 (pp.

    4349). Malaysia.

    Bank Negara Malaysia. (2007). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 2007 (pp.

    3439). Malaysia.

    Bank Negara Malaysia. (2008). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 2008 (pp.

    3639). Malaysia.

    Bank Negara Malaysia. (2009). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 2009 (pp.

    3538). Malaysia.

    Bank Negara Malaysia. (2010). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 2010 (pp.

    4042). Malaysia.

    Bank Negara Malaysia. (2011). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 2011.

    Bank Negara Malaysia. (2012). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 2012 (p.

    26). Malaysia.

    Bank Negara Malaysia. (2013). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2013 (p. 29).

    Malaysia.

    Jabatan Perangkaan. (2013). Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar.

    Malaysia.

    Jabatan Perangkaan Malaysia. (2013). Perangkaan Ekonomi Malaysia - Siri Masa 2013.

    Malaysia.

    Jabatan Perangkaan Malaysia. (2014). Indeks Perdagangan Luar Negeri. Malaysia.

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (2012). Laporan Perdagangan

    Antarabangsa dan Industri 2012. Malaysia.

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (2013). Ministry Of International

    Trade and Industry Report 2013. Malaysia.

    Maidment, F. H. (2013). International Business (17th ed.). McGraw-Hill.

    Rugman, A. M., & Collinson, S. (2009). International Business (5th ed.). Prentice Hall.

    Wikipedia. (2014). Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat. Retrieved from

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_perdagangan_bebas

  • 13