48
1.0 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.

Peribahasa Dalam cerpen

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BMM 3111

Citation preview

Page 1: Peribahasa Dalam cerpen

1.0 Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata

dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna.

Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan

dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan

Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi

yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan

membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik

merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna

bahasa (Abdul Chaer, 1994).

Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna

perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti

sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-

lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna

dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.

Page 2: Peribahasa Dalam cerpen

2.0 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

“semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’

membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang

diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna

sesuatu kata.

Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang

diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa

semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan

konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk

kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik

sejarah” (M.Breal, 1893)

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada

linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan

sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam

bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam

aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna

dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada

hubungan semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis

makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim

(perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi

berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai

makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian

daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai

bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan

yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan

yang mempunyai satu makna).

Page 3: Peribahasa Dalam cerpen

3.0 Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat,

makna terselindung dan makna tersirat.

3.1 Makna Tersurat (denotasi)

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada

makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa

bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika

sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita

menganggapnya sebagai betul.

Contohnya:

1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar

menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang

sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

3.2 Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat

kerana perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat

Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan

adik ialah ‘pergi’.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan

oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak

hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan

adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca.

Page 4: Peribahasa Dalam cerpen

Contoh lain adalah seperti berikut:

Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang

memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah

kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah

guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

3.3 Makna Tersirat (konotasi)

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna

yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan,

ada bercincin ada tidak”.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya

keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini

dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.

Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu.

Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk

bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk

ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

3.3.1 Kiasan

Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran

dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan

tidak tepat pukulannya.

Contoh:

Tangkai jering

Panjang tangan.

Mulut tempayan.

Page 5: Peribahasa Dalam cerpen

3.3.2 Simpulan Bahasa

Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda

lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada

dua tiga patah perkataan:

Contoh:

Abu Nawas.

Kaki Kaki bangku bangku.

Kaki ayam.

3.3.3 Perbilangan

Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi

pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau

peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman

pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan

bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:

Contoh:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit

dahulu bersenang dahulu bersenang-senang senang kemudian.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras.

Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara

dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.

3.3.4 Perumpamaan

Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan

menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti,

bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya.

Page 6: Peribahasa Dalam cerpen

Contoh:

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bagai tikus jatuh ke beras.

Seperti bumi dengan langit.

3.3.5 Bentuk Bidalan

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di

mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk

melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan,

pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.

Contoh bidalan:

.Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak

mahir

dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

3.3.6 Bentuk Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah

mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contoh:

diam ubi berisi, diam besi berkarat 

bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada

orang yang pendiam tetapi bodoh.

Page 7: Peribahasa Dalam cerpen

Peribahasa dalam Cerpen “Mencari Hakiki”.

Kronologi Cerita Yang Pertama

“Sudah-sudahlah fikir tu. Kata nak datang sini nak berehat, nak

berseronok-seronok. Ni bila dah sampai, monyok saja macam ayam

berak kapur.

Page 8: Peribahasa Dalam cerpen

Setiap cerpen mengandungi peribahasa tersirat di dalamnya. Setiap

peribahasa yang digunakan mempunyai maksud yang tersendiri bagi

menggambarkan sesuatu keadaan itu sama ada suasana sedih, sakit,

gembira dan sebagainya.

Melalui petikan di atas, perumpamaan sesuai dimasukkan ke dalam

petikan tersebut. Perumpamaan yang boleh digunakan dalam petikan ini ialah

‘Seperti ayam berak kapur’. Maksudnya ialah muka pucat dan tidak

bermaya. Seperti yang kita ketahui, ayam berak akan mengeluarkan tahi.

Tetapi dalam perumpamaan ini ingin menunjukkan bahawa ayam yang berak

kapur merupakan ayam yang tidak sihat dan berpenyakit. Oleh itu, ayam yang

berak kapur ini akan menunjukkan sikap yang tidak bermaya dan pucat.

Tetapi dalam konteks Cerpen ‘ Mencari Hakiki ‘ ini menggambarkan Ana yang

tidak bermaya dan suka termenung jauh tanpa menghiraukan orang di

sekelilingnya. Ini menyebabkan umi menegur supaya tidak memikirkan

perkara yang difikirnya kerana mereka datang ke pantai untuk berehat dan

berseronok bukan untuk menambahkan masalah.

Dalam konteks realiti amalannya pada hari ini, peribahasa yang

digunakan ini sudah biasa didengar oleh masyarakat kerana kebanyakkan

daripada mereka menggunakan peribahasa ini semasa mereka berada di

sekolah rendah dan menengah lagi. Oleh sebab itu peribahasa yang

digunakan mudah difahami oleh kelompok masyarakat masa kini.

Teori pembuktian yang terdapat dalam cerpen “Mencari Hakiki” ialah

teori imejan. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui peribahasa yang digunakan

iaitu “Seperti ayam berak kapur”. Orang tua-tua pada zaman dahulu

menggambarkan keadaan dipersekitaran mereka untuk mencipta sesuatu

peribahasa. Misalnya dalam peribahasa ini iaitu ayam dan kapur merupakan

benda yang berada dipersekitaran mereka. Ayam yang sihat dan normal akan

berak mengeluarkan tahi. Bagi perumpamaan ini, ayam yang berak

mengeluarkan kapur merupakan ayam yang tidak normal dan sesuatu yang

pelik yang berlaku ke atas ayam tersebut. Oleh itu, Ayam yang berak

mengeluarkan kapur itu melambangkan ayam yang tidak sihat dan tidak

Page 9: Peribahasa Dalam cerpen

bermaya. Ini merupakan perlambangan yang dibawa oleh masyarakat

terdahuku. Oleh sebab itu terciptanya sesuatu peribahasa.

Selain itu juga, peristiwa yang berlaku kepada Ana juga boleh di kaitkan

dengan pepatah:

‘Tidur tak lena, mandi tak basah’

Dalam masyarakat Melayu, pepatah “Tidur tak lena, mandi tak basah”

diertikan sebagai bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu. Pepatah

ini juga sesuai dengan situasi petikan di atas. Ana bersusah hati kerana

memikirkan masalah rumah tangga yang dialaminya. Ana suka termenung

mengenang nasib yang dialami sampaikan keindahan pantai tidak dapat

menarik perhatian ana untuk melupakan masalah tersebut. Melalui pepatah

ini, masyarakat melayu terdahulu ingin mengatakan bahawa masalah yang di

hadapi oleh seseorang boleh mengganggu kelakuan dan perbuatan kita

terhadap sesuatu kerja.Pepatah ini amat bertepatan untuk diaplikasikan ke

dalam masyarakat masa kini kerana situasi ini boleh terjadi dalam kehidupan

kita seharian.

Selain itu juga, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga

boleh di kaitkan dengan simpulan bahasa:

“Makan angin”

Simpulan bahasa ‘makan angin’ ditakrifkan sebagai bersiar-siar untuk

berehat. Simpulan bahasa ini juga sesuai untuk melambangkan situasi di

atas. Ini kerana Ana dan umi, kawannya pergi ke pantai untuk merehatkan

minda dan melupakan masalah yang dihadapi. Dalam realiti kehidupan, kita

juga akan memilih jalan yang sama untuk melupakan masalah iaitu dengan

bersiar-siar di sesuatu tempat yang indah dan tenang. Penggunaan simpulan

bahasa ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat masa kini dan boleh

dikategorikan simpulan bahasa yang tersohor digunakan oleh masyarakat.

Kronologi Cerita Yang kedua

Ana menarik nafas dalam-dalam. Dia sedar umi, sahabat lamanya itu tidak tahu tujuan sebenar kedatangan dia ke Pantai Timur itu.

Page 10: Peribahasa Dalam cerpen

Melalui kronologi cerita di atas, peribahasa “ada udang di sebalik batu”

amat sesuai untuk melambangkan situasi diatas. Maksud peribahasa “ada

udang di sebalik batu” ialah ada maksud yang tersembunyi di

sebalik sesuatu perbuatan. Seseorang itu melakukan sesuatu untuk

mendapatkan tujuan yang lain. Udang itu melambangkan tujuan sebenar

mereka melakukan sesuatu kerja manakala batu itu sebagai helah untuk

melindingi dan menyorok tujuan yang sebenar. Dalam konteks petikan di

atas, Ana mengajak kawan lamanya, umi itu pergi ke pantai bukan untuk

berseronok dan bersantai, tetapi Ana mengajak mereka berdua ke pantai

untuk melupakan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh Ana. Ibunya

dan sahabat lamanya itu tidak tahu bahawasanya Ana mempunyai tujuan lain

pergi ke pantai. Peribahasa ini sudah lama meresap dalam pemikiran

masyarakat masa kini kerana peribahasa ini selalu digunakan oleh

masyarakat. Masyarakat boleh mengaitkan situasi yang di alami dengan

peribahasa ini.

Selain itu juga, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga

boleh di kaitkan dengan peribahasa yang lain tetapi mempunyai maksud yang

sama iaitu:

“Berlurah di balik pendakian”

Peribahasa “Berlurah di balik pendakian” sama maksud dengan “ada

udang disebalik batu”. Bezanya ialah peribahasa “berlurah di balik pendakian”

jarang sekali digunakan oleh masyakat. Kadang-kadang, Peribahasa ini

merupakan peribahasa kali pertama didengari oleh masyarakat sedangkan

maksudnya sama dengan peribahasa “ada udang di sebalik batu”.

Seterusnya, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga boleh

di kaitkan dengan simpulan bahasa :

“Mengabui mata”

Maksud simpulan bahasa “mengabui mata” ialah cuba memperdaya

seseorang. Dalam konteks petikan di atas, Ana mengabui mata umi dengan

mengajak mereka ke pantai untuk berseronok sedangkan Ana ingin pergi ke

pantai untuk melupakan masalah yang di hadapi. Dalam realiti kehidupan,

kalau kita mahu mengabui mata seseorang untuk kebaikan, kita boleh

Page 11: Peribahasa Dalam cerpen

teruskan usaha itu. Jika kita mengabui mata seseorang untuk niat yang tidak

baik, lebih baik kita lupakan sahaja niat itu kerana ia boleh mendatangkan

keburukan kepada masyarakat. Penggunaan simpulan bahasa ini telah biasa

digunakan dalam masyarakat. Ada yang menganggap “mengabui mata” ini

ialah bahasa biasa bukan simpulan bahasa kerana kerap digunakan dalam

masyarakat.

Ana telah memberanikan diri untuk mengatakan kepada umi bahawa dia

mempunyai masalah. Umi terkejut dengan pernyataan Ana itu. Lalu, umi

menanyakan Ana adakah masalah itu ada kaitan dengan suami Ana. Ana

mengangguk untuk mengaku masalah tersebut adalah masalah dengan

suaminya. Oleh itu, Ana merasakan lebih baik dia berterus-terang kepada umi

tentang masalah yang dihadapi dengan suaminya kerana lambat laun umi

akan ketahui juga.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah “Sepandai-pandai tupai

melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Maksud peribahasa ini ialah

sepandai-pandai seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, sekali pasti akan

tersilap juga. Keputusan yang dibuat oleh Ana untuk berterus-terang kepada

umi merupakan keputusan yang amat tepat sekali. Kalau Ana tidak berterus-

terang pada masa itu, mungkin masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan

sebaik mungkin.

Teori pembuktian yang terdapat dalam cerpen “Mencari Hakiki” ialah

teori imejan. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui peribahasa yang digunakan

iaitu “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Orang

tua-tua pada zaman dahulu menggambarkan keadaan dipersekitaran mereka

untuk mencipta sesuatu peribahasa. Misalnya dalam peribahasa ini, mereka

menggunakan tupai sebagai perlambangan. Walaupun tupai sangat handal

dalam melompat di atas wayar elektrik misalnya, kadang-kadang tupai

tersebut tersilap langkah juga dan jatuh ke tanah. Begitu juga dengan

manusia, sebijak mana kita dalam sesuatu bidang, kadang-kadang kita

tertewas juga. Oleh itu, beringat-ingatlah kita supaya tidak menjadi seperti

peribahasa tersebut. Dalam kontek situasi di atas yang terdapat dalam cerpen

Page 12: Peribahasa Dalam cerpen

“Mencari Hakiki”, berterus-teranglah daripada berdiam diri kerana berdiam diri

tidak dapat menyelesaikan masalah.

Ana sudah mula berterus terang kepada ibunya. Ana menceritakan kepada

ibunya bahawa suaminya sudah ada perempuan lain. Lantas itu, perasaan

Ana terus berasa terlalu sakit sedangkan baru sedikit Ana menceritakan

kepada ibunya.

Peristiwa di atas boleh dikaitkan dengan kiasan Melayu iaitu:

"Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu".

Berdasarkan kepada kiasan di atas, orang Melayu dahulu telah

membuat perbandingan dengan alam semulajadi iaitu batu. Batu disifatkan

sebagai sesuatu yang keras dan apbila sesuatu yang terhempas ke atasnya

Kronologi Cerita Yang keempat

“Suami aku ada perempuan lain.” Oleh Ana. Itu pun perasaannya sudah rasa terlalu sakit. Jika melafazkannya sahaja sudah terlalu sukar, apatah lagi menerima

hakikat bahawa, kasih suaminya sudah terpecah dua.

Page 13: Peribahasa Dalam cerpen

akan hancur relai. Maksud disebalik kiasan di atas ialah perasaan yang begitu

kecewa seperti hati yang terhempas ke atas batu dan hancur relai. Begitulah

yang digambarkan perasaan Ana apabila menceritakan kepada umi bahawa

suaminya sudah mempunyai perempuan lain. Kiasan ini sering kali kita

dengar dalam kehidupan seharian. Lumrah dalam percintaan, ada yang

berakhir dengan kebahgiaan dan ada juga yang berakhir dengan

kekecewaan.Perasaan seseorang akan kecewa dan harapannya akan hancur

apabila sesuatu yang dirancang berakhir dengan perkara yang tidak

diinginkan.

Air mata Ana terus mengalir sambil menceritakan masalahnya kepada umi.

Ana tidak menyangka sifat pendiam suaminya itu boleh menduakan dirinya.

Dia terus rasa ditipu dan dianiaya. Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini

ialah :

“Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.”

Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkhabaran yang di ingatkan indah dan

meriah yg berpanjangan tetapi ianya tidak berlaku sebegitu. Dalam konteks

situasi di atas, Ana mengingatkan kebahagiaan rumah tangganya berkekalan

Kronologi Cerita Yang Kelima

Dia tidak sangka disebalik sifat pendiam suaminya, dia sanggup menduakan isterinya. Dia rasa ditipu dan dianiaya.

Page 14: Peribahasa Dalam cerpen

hingga akhir hayat, rupanya kebahagiaan itu hanya sementara kerana

suaminya telah ada perempuan lain. Perlambangan “panas hingga ke petang”

itu merupakan kebahagiaan yang dihadapi manakala “hujan di tengah hari” itu

merupakan ujian yang harus diharungi dalam kebahagiaan yang dihadapi

sebelum ini. Oleh itu, kita tidak boleh mengharapkan sesuatu kebahagiaan itu

berkekalan. Kita perlu berjaga-jaga dengan ujian yang akan kita hadapi.

Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Peribahasa ini juga sudah

biasa digunakan dalam masyarakat kita. Ianya sudah sebati dalam

penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat.

Selain itu juga, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga

boleh di kaitkan dengan simpulan bahasa:

“Hancur hati”

Berdasarkan simpulan bahasa tersebut, “hancur hati” bermaksud

sedih, dianiaya, kecewa dan berputus asa. Ana begitu kecewa dengan sikap

suaminya itu yang sanggup menduakannya. Tambahan lagi, suaminya

seorang yang pendiam, ini merupakan tamparan hebat kepada ana kerana

dia mempercayai suaminya sepenuh hati tetapi suaminya mengkhianati

kepercayaan tersebut. Ini menyebabkan Ana “hancur hati” dengan sikap

suaminya itu.

Selain itu juga, peristiwa yang berlaku kepada Ana juga boleh di

kaitkan dengan pepatah:

“Harapkan pagar, pagar makan padi”

Maksud pepatah ini ialah orang yang diberi kepercayaan untuk

menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu. “Pagar” itu boleh

dilambangkan kepada suami Ana manakala “padi’ pula disimbolkan kasih

sayang antara Ana dan suaminya. Suaminya telah meragut kasih sayang

yang telah dicipta bersama Aina semata-mata kerana perempuan lain.

Page 15: Peribahasa Dalam cerpen

Ana telah membawa umi ke hotel mewah. Ana telah membelanja umi

dengan tinggal di hotel mewah itu. Umi sangat gembira dengan pelawaan

Ana itu. Ini kerana, dia teringin sangat untuk tinggal di hotel mewah. Sebelum

ini pun, suaminya jarang-jarang bawanya pergi makan di kedai apatah lagi

tinggal di hotel.

Peribahasa yang sesuai digunakan bagi situasi ini ialah “Orang

Mengantuk di Sorongkan Bantal ”. Peribahasa ini amat sesuai di gunakan

untuk menggambarkan situasi yang berlaku di dalam cerpen ini. Peribahasa

yang dikategorikan sebagai pepatah ini yang membawa maksud mendapat

sesuatu yang diidamkan atau diinginkan sejak lama lagi. Ini menunjukkan

semua impian Umi untuk tinggal di hotel mewah telah tercapai.

Selain itu juga, peristiwa yang berlaku kepada Umi juga boleh di kaitkan

dengan peristiwa:

“orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”

Maksud peribahasa tersebut ialah tiap-tiap pemberian orang hendaklah

dibalas dengan pemberian. Sebagai contoh, kita harus tahu berterima kasih

selepas mendapat pemberian daripada orang. Dalam konteks situasi

kronologi cerita di atas, Umi mengucapkan terima kasih kepada Ana kerana

telah belanjanya menginap di hotel mewah. Pemberian Ana itu telah dibalas

ucapan terima kasih oleh Umi. Ini merupakan nilai murni yang baik

ditunjukkan oleh Umi dan Ana. Setiap pemberian (berbudi) kepada kita, kita

hendaklah membalas dengan ucapan terima kasih (berbahasa). Sebagai

masyarakat Malaysia berbilang kaum, peribahasa ini amat sesuai diserapkan

dalam jiwa masyarakat.

Kronologi Cerita Yang Keenam

“Terima kasih sebab kau sudi nak belanja aku tinggal di hotel mewah macam ni, Ana. Harapkan aku, aku memang tak mampu. Makan di kedai pun, jarang-jarang

suami aku bawa.” Suara umi tenggelam timbul dibawa angin.

Page 16: Peribahasa Dalam cerpen

Namun, pada zaman yang penuh dengan arus pemodenan ini,

peribahasa sudah jarang digunakan dalam perbualan seharian masyarakat

pada masa kini. Peribahasa ini amat jarang digunakan dan amat jarang

didengari oleh masyarakat pada masa kini. Hal ini mungkin peribahasa ini

tidak selalu diguna pakai oleh orang-orang tua dahulu kala semasa

berkomunakasi dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, kita sebagai

warisan perlu memperkenalkan dan menggunakan peribahasa ini bagi

memastikan peribahasa ini tidak di tinggalkan begitu sahaja

Dalam kronologi cerita ini, bukan Ana sahaja yang mempunyai

masalah, bahkan juga kepada Umi. Ana mempunyai masalah rumah tangga

menyebabkan dia kemurungan dan tidak bermaya. Umi pula, walaupun ada

masalah, dia tetap boleh melontarkan senyuman apa jua situasi yang

dilaluinya bahkan ketawa untuk melindungi masalahnya. Ini merupakan

perbezaan antara Ana dan Umi. Situasi ini boleh dikaitkan dengan Pepatah

orang terdahulu iaitu:

Kronologi Cerita Yang Ketujuh

“Senyuman umi, ketawa umi... menimbulkan rasa hairan di hati Ana. Umi masih boleh ketawa dengan segala masalah rumah tangganya? Diam-diam dia

mengkagumi umi. Ketabahan umi.

Page 17: Peribahasa Dalam cerpen

‘Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam’

Pepatah di atas boleh membawa maksud setiap orang mempunyai

karenah,kemahuan dan keinginan yang berbeza. Jelas di sini ditunjukkan

oleh sikap Ana dan Umi. Ana tidak boleh menyembunyikan masalah yang

dihadapinya manakala Umi boleh menyembunyikan masalah yang dihadapi

dengan senyuman. Orang disekeliling tidak akan mengetahui masalah yang

dihadapi oleh Umi kerana dia menyembunyikan dengan senyuman dan

ketawanya. Begitu juga dengan kehidupan realiti kita, setiap orang

mempunyai perlakuan dan personaliti yang berbeza. Setiap orang ada

matlamat dan tujuan masing-masing dan melakukan pelbagai cara untuk

mencapainya.

Pepatah lain yang boleh mengaitkan dengan situasi kronologi cerita

yang ketujuh ini ialah :

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”

Maksud pepatah di atas ialah betapa susah orang yang melihat

penderitaan orang lain , lebih susah lagi orang yang mengalami penderitaan

itu. Dalam konteks situasi cerpen “Mencari Hakiki” di atas, walaupun muka

Umi penuh dengan senyuman, tetapi di dalam hatinya penuh penderitaan

masalah yang dihadapinya. Ana mendengar masalah yang dihadapi oleh umi

dan Ana mengerti kerana nasib mereka berdua adalah sama iaitu mempunyai

masalah rumah tangga. Masing-masing mengetahui masalah yang di

tanggung tetapi untuk mengharungi kehidupan dengan masalah tersebut lagi

bertambah pahit. Kita sering kali mendengar ungkapan ‘kita hanya

merancang,Tuhan yang menentukannya’. Ungkapan ini memberi maksud kita

hanya mampu untuk merancang apa sahaja yang kita inginkan namun yang

menentukan Tuhan kerana Nya berhak dan berkuasa atas apa yang kita

rancangkan. Oleh itu, kita perlu bersabar dengan ketentuan yang kita perolehi

kerana dengan kesabaran itu akan ada manisnya di kemudian hari.

Kronologi Cerita Yang Kelapan

“Ah! Dia curang bukan sebab aku tak pandai masak. Selama ni pun, dia hidup juga. Kedai makan banyak di Kuala Lumpur, pilih saja nak makan apa. Dia bukan tak mampu. Nak makan di hotel setiap hari pun boleh.” Selera Ana terus hilang.

Panas hatinya dengan teguran umi.

Page 18: Peribahasa Dalam cerpen

Umi telah menegur Ana dengan mengatakan Ana tidak menjaga

suaminya dengan baik dan tidak menjaga makan minum suaminya dengan

baik. Sebab itu suaminya mencari orang lain. Lantas itu, Ana terus melenting

dan meninggikan suara kepada Umi kerana semua perkara yang di

ungkapkan oleh Umi adalah tidak betul.

Berdasarkan kepada petikan cerpen di atas, saya boleh kaitkan

peristiwa tersebut dengan kiasan orang Melayu dahulu iaitu :

“Marahnya bernyala-nyala” 

Bernyala-nyala biasanya digunakan untuk menyatakan keadaan api, tetapi

dalam ungkapan di atas, sifat bernyala-nyala telah dipindahkan kepada

keadaan marah.  Dengan kata lain, sifat marah telah dibandingkan dengan

keadaan api yang bernyala-nyala. Perasaan marah Ana digambar dengan

mendidih kepanasan apabila mendengar teguran daripada Umi. Dalam realiti

kehidupan,kita sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada mengalami

perasaan marah. Namun, perasaan marah kita boleh digambar dengan kata-

kata melalui percakapan dengan menggunakan unsur kiasan. Unsur kiasan

ini akan difahami oleh orang yang mendengar kata-kata kiasan yang

dituturkan dan dapat ditafsirkan sebagai seseorang itu berada dalam keadaan

marah.

Selain itu juga, sikap yang ditunjukkan oleh Ana juga boleh

digambarkan seperti simpulan bahasa :

‘telinga nipis”

Telinga nipis bermaksud seseorang yang cepat marah. Ana berasa

cepat marah apabila mendengar teguran dripada umi. Baginya ,dia tidak

melakukan sebarang kesalahan kepada suaminya. Perkara ini sering terjadi

dalam kehidupan kita seharian. Kita akan berasa cepat marah apabila

sesuatu keinginan kita dihalang oleh seseorang sedangkan keinginan kita itu

sesuatu yang baik tapi dihalang oleh sebab-sebab yang tertentu.

Selain itu juga, sikap yang ditunjukkan oleh Ana juga boleh

digambarkan seperti pepatah :

“Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongkit”

Page 19: Peribahasa Dalam cerpen

Maksud pepatah ini ialah tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri.

Dalam konteks petikan cerpen “Mencari Hakiki” di atas, Ana tidak mengakui

teguran yang ditegur oleh Umi sedangkan apa yang ditegur oleh Umi itu

adalah betul. Mungkin Ana berasa malu dengan teguran sebegitu. Oleh

sebab itu, Ana dengan spontan membantah teguran Umi itu. Dalam realiti

kehidupan, kita perlu mengakui kesalahan jika kita membuat kesalahan.

Jangan menuding jari kepada orang disekeliling. Ini bagi mengelak kita

daripada terjebak dengan fitnah.

Akhirnya, Ana mengakui kesalahannya bahawasanya dia tidak

menjaga suaminya dengan baik. Banyak perkara yang diabaikan Ana kepada

suaminya.

Simpulan bahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah :

“Salah Langkah”

Maksud simpulan bahasa ini ialah melakukan kesalahan. Situasi ini

juga boleh dikatakan tidak bernasib baik. Ana telah tersalah langkah dalam

menjaga rumah tangganya menyebabkan suaminya mencari orang lain. Oleh

itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam melakukan setiap perbuatan yang

Kronologi Cerita Yang Kesembilan

Mungkin benar, salahnya sendiri apabila kasih suaminya beralih arah. Sungguh banyak yang diabaikan.

Page 20: Peribahasa Dalam cerpen

kita dilakukan. Ini kerana kalau tersilap langkah boleh membawa kepada

penyesalan.

Petikan cerpen di atas menunjukkan peleraian bagi cerpen ini. Ana

mengucapkan terima kasih kepada Ana kerana memberi teguran dan nasihat.

Ana juga telah boleh terima kesalahan yang telah dibuat. Ana menyesal

dengan kesalahannya yang telah mengabai tanggungjawabnya kepada

suaminya. Peribahasa yang sesuai dengan petikan cerpen ini ialah :

‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’

Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir

terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari. Dalam peristiwa

ini, Ana berasa bersalah sangat kepada suaminya dan menyesal atas

kesalahan yang dia telah dilakuan. Dalam realiti masyarakat, penggunaan

peribahasa ini perlu kerap digunakan dalam masyarakat supaya setiap

perkara yang dibuat bukan berakhir dengan penyesalan. Peribahasa ini amat

sesuai diterapkan kepada murid-murid sekolah rendah supaya mereka dapat

mengamati maksud yang ingin disampaikan dan aplikasinya dalam kehidupan

supaya kehiduapan kita sentiasa dalam kebaikan dari semasa ke semasa.

Kronologi Cerita Yang Kesepuluh

“Terima kasih, Umi. Selama ini aku abaikan semua itu kerana suami aku tak pernah kisah atau merungut apa-apa...” katanya bercampur kesal.

Page 21: Peribahasa Dalam cerpen

Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian kita pada hari ini walaupun

telah penuh dengan arus pemodenan namun masih banyak lagi peribahasa

dalam masyarakat melayu kita kini masih lagi diguna pakai dalam komunikasi

seharian mereka.

Pelbagai peribahasa yang kita selalu dengar daripada percakapan atau

komunikasi yang digunakan dalam masyarakat kini. Mereka sudah tidak pelik

jika kita menggunakan peribahasa semasa bercakap dalam urusan seharian

kita. Oleh sebab itu, kita bebas menggunakan peribahasa semasa urusan

seharian kita walaupun negara kita lama mengalami arus perubahan bahasa

dan arus pemodenan bahasa yang lebih canggih berbanding bahasa dulu

kala. Namun, terdapat juga pelbagai peribahasa yang kita jarang gunakan

atau tidak pernah gunakan dalam urusan seharian kita kerana jarang kita

dengar atau kita gunakan atas sebab-sebab yang tertentu seperti peribahasa

yang panjang atau sukar di hafal.

Oleh hal yang demikian, kita sebagai ahli yang menggunakan dan

memperlajari ilmu simantik perlu bertindak untuk menjadikan semua

peribahasa ini sebagai satu kebiasaan dalam masyarakat seharian mereka

agar mereka tidak lagi asing menggunakan dan mendengar peribahasa

melayu dalam urusan seharian mereka.

Page 22: Peribahasa Dalam cerpen

5.0 Pengistilahan Bahasa Melayu

5.1 Pengenalan

Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat dengan proses

pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat.  Ini disebabkan istilah perlu

dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu diwujudkan.  Dalam konteks

pembentukkan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu

juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam Bahasa

Melayu.

 5.2 Sejarah Ringkas Istilah Bahasa Melayu

Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan

Pustaka pada tahun 1957.  Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan

ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang

digunakan di seluruh Tanah Melayu.  Jawatankuasa ini telah mengadakan

sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957.  Hasilnya buku Istilah

Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514

istilah baru.  Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula

pada tahun 1975.

Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku Pedoman Umum

Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan

Malaysia Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM).

Bahagian Peristilahan terus dipertanggungjawabkan untuk mengumpul,

membentuk, menggubal, memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah

Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu.  Tanggungjawab tersebut

Page 23: Peribahasa Dalam cerpen

dilaksanakan dengan melantik ratusan profesional yang terdiri daripada

mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ilmu di

seluruh negara.  Dianggap sebagai pakar bidang mewakili Institusi Pengajian

Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan sektor pendidikan negara.

 

Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar

glosari istilah dengan sejumlah 1002438-Istilah telah dibentuk dalam pelbagai

bidang.  Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut

bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian

tinggi dan profesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota

MABBIM.

 5.3 Peristilahan Bahasa Melayu

 Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu.

Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan Bahasa

Melayu.  Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkayakan kosa

kata Bahasa Melayu.  Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan

Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal.

 Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah

digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya

dalam bidang-bidang berkaitan.  Penggubalan istilah ini dilakukan melalui

sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP

daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan.

 Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan

ilmu dan teknologi, tetapi peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian

daripada perkembangan ilmu dan teknologi itu sendiri.  Keadaan ini berlaku

disebabkan penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan

penggubalan istilah sekunder.  Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa

Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti

Page 24: Peribahasa Dalam cerpen

pinjam langsung, pinjam suai dan pinjam terjemah.  Dengan kaedah pinjam

suai pula, istilah-istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama

ada suai bentuk penuh.

 

6.0 Kensep Dasar Dalam Pembentukan Istilah

Beberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah :

6.1 Takrif Istilah

Istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep,

proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.  Contohnya

cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet, metamofosis, dan lain-lain lagi

 6.2 Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah

kumpulan istilah yang dihasilkannya).  Tatanama ialah kumpulan peraturan

yang menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama

yang dihasilkan)

 6.3 Istilah dan Kata Umum

Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang

tertentu.  Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa.  Namun demikian,

kata umum boleh menjadi istilah. 

6.4 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi

makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan

yang digunakan dalam pembentukan istilah.  Proses pembentukan istilah

Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan.

Page 25: Peribahasa Dalam cerpen

1. Kata Akar : Kata yang belum dapat imbuhan misalnya rumah, asid,

pekat, mentah

 

2. Imbuhan dan Pengimbuhan : Imbuhan ialah morfem yang digunakan

untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya, ber-

(berkomunikasi), -an (siaran), peN-.-an (pendebungaan)

3. Penggandaan : Ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut

rerambut ) atau seluruh ( kacang kacang-kacang ) untuk membentuk

istilah.

4. Gabungan : Cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah

melalui proses penggabungan.  Contohnya setiausaha, warganegara,

bumiputera dan lain-lain.

7.0 Konsep Peristilahan, Ciri-Ciri dan Masalah

7.1 Perbezaan Antara Kata dan Istilah

Konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah.  Kata

dan istilah pula merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan

sesuatu konsep.  Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat

biarpun mempunyai perbezaan.

Kekeliruan tentang kata dan istilah berlaku sejak kegiatan peristilahan

di negara ini.  Kumpulan yang terlibat dalam peristilahan adalah Pakar

Bidang, Ahli Bahasa, Pegawai Peristilahan.  Pengguna tidak dapat melihat

perbezaan ini dengan jelas sehingga kata dan istilah seringkali digunakan

secara selari dan ditukarganti.

 

Page 26: Peribahasa Dalam cerpen

7.2 Bagaimana Istilah Diperolehi

  Istilah dapat dibentuk daripada kata atau gabungan kata.Penggunaan

kata yang sedia ada untuk menggambarkan sesuatu konsep baru, tidak

menjadikan kata itu sebagai istilah menjadi suatu kata.

7.3 Konsep Peristilahan

  Pertumbuhan konsep yang pesat dalam semua bidang kegiatan

mausia telah menimbulkan masalah komunikasi yang begitu serius. Konsep

yang tidak terhitung jumlahnya telah mewujudkan komunikasi yang taksa dan

sekaligus memberikan kesan yang tidak sedikit terhadap komunikasi antara

orang mesin, mesin mesin atau individu individu. Walaupun istilah seringkali

dapat dikaitkan dengan kata, tetapi kata pula tidak sentiasa dapat dikaitkan

dengan istilah kerana tidak semua kata adalah istilah. Perbezaan antara kata

dan istilah ini diperlihatkan dalam huraian tentang kata dan istilah daripada

beberapa sumber. Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan

sesuatu makna. Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada

konteks penggunaannya. Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah

maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan.

  Setiap konsep baru harus dilambangi dengan kata-kata yang dapat

diperoleh dengan menggunakan kaedah yang tertentu, seperti :

a.       Membentuk kata baru dengan mengubah bunyi kata yang sedia ada.

Contoh nya :

Lejas daripada jelas

Legap daripada gelap

Page 27: Peribahasa Dalam cerpen

Jerap daripada serap

b.      Membentuk kata baru dengan menggabungkan bahagian kata. 

Contohnya:

Asbut daripada asap dank abut

Puyam daripada puyuh dan ayam

Selembu daripada seladang dan lembu

c.       Dengan meminjam kata asing.  Contohnya :

Proses

Material

Hos

Hasil daripada penelitian di atas maka dapat disimpulkan bahawa konsep

merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah.  Kata dan istilah

merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep.

Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat.  Istilah terdiri

daripada kata, singkatan, huruf, lambing grafik dan sebagainya. Kata

mempunyai pelbagai makna yang bergantung pada penggunaannya,

sedangkan istilah mempunyai makna khusus dan tidak terikat pada konteks

penggunaan.

7.4 Ciri-ciri Pembentukan Istilah

  Ciri konsep membantu kita menjelaskan konsep dan membina sistem

konsep. Bagi penyelarasan, perkara ini amat berguna untuk melihat

hubungan benda dengan benda menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi,

kedudukan dan kegunaannya. Jumlah kata akar dalam bahasa kecil

berbanding dengan jumlah konsep yang ingin dibentuk istilahnya.  Justeru,

Page 28: Peribahasa Dalam cerpen

kebanyakan istilah hanya boleh berupa gabungan unsur perkataan atau

istilah terpindah.  Gabungan kata dan kata terbitan merupaka kombinasi

unsur perkataan.

Ketika membentuk istilah, hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut :

a. Sebarang kesamaran istilah hendaklah dielakkan.  Kekeliruan boleh

wujud sekiranya satu istilah diperuntukaan kepada dua atau lebih konsep

sedangkan ia berbeza antara satu sama lain.

b.      Sebarang sinonim hendaklah dielakkan.  Sinonim boleh membebankan

ingatan dan mewujudkan tanggapan yang salah, iaitu lebih daripada satu

konsep.  Bagaimanapun, istilah kebangsaan dan antarabangsa sebagai

sinonim hendaklah dibenarkan.  Ini kerana, istilah itu memudahkan

komunikasi yang luas.

c.       Penggunaan istilah yang mantap hendaklah diteruskan; tidak boleh

ditukar istilahnya tanpa alasan yang cukup kuat.

d.      Juzuk-juzuk istilah hendaklah menggambarkan ciri konsep yang paling

diperlukan.

e.       Istilah-istilah hendaklah berbentuk luaran supaya boleh mewujudkan

kata turunan.

  Kerapkali perkataan atau unsure kata daripada bahasa asing dipinjam

untuk pembentukan istilah.  Dalam pendekatan yang digunakan ialah melalui :

a.       Pemindahan secara langsung seperti atom dalam Bahasa Inggeris

dipindahkan kepada atom juga bagi Bahasa Melayu.

b.      Penterjemahan secara literal.  Contohnya, guide line dalam Bahasa

Inggeris diterjemah ke dalam Bahasa Melayu secara literal iaitu garis

panduan.

Untuk melancarkan komunikasi, kadang-kadang perlulah disingkatkan

istilah itu. Penyingkatan yang perlu dibuat seharusnya tidak melanggar

Page 29: Peribahasa Dalam cerpen

peraturan linguistik. Syarat-syarat umum istilah baku seharusnya tidak samar,

sebaliknya harus tepat, ringkas, mudah dieja sesuai untuk pembentukan

istilah terbitan dan ahli suatu sistem istilah.

7.5 Sumber Istilah

Istilah dicipta dari kata / gabungan kata.

Kaedahnya :

a. Bentuk kata baru

b. Gabungkan bahagian kata

c. Peminjaman

7.6 Cara Pembentuka Istilah 

Tujuh cara pembentukan istilah dalam bahasa Melayu adalah :

1. Kata bahasa Melayu yang lazim dan difokuskan maknanya. Contohnya

:

a. Gaya

b. Garis pusat

c. Tapak

d. Hasil keluaran

e. Daya

2. Kata bahasa Melayu yang kurang lazim. Contohnya :

a. Peka

b. Cerakin

c. Mendap

d. Hablur

e. Jisim 

3. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang lazim.

Contohnya :

a. Dermaga ( klasik )

Page 30: Peribahasa Dalam cerpen

b. Labur ( Negeri Sembilan )

c. Gambut ( Banjar )

d. Mangli ( Kedah )

4. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang tidak lazim.

Contohnya :

a. Dening ( Kelantan )

b. Riam ( Johor )

c. Engkabang ( Iban )

d. Nyeri ( Sunda ) 

5. Kata / istilah daripada bahasa Inggeris. Contohnya :

a. Atom

b. Koine

c. Artikel

d. Frasa

e. Klausa

f. Sintaksis

6. Kata / istilah daripada bahasa lain. Contohnya :

a. Welstanchauung

b. Esprit de corp

c. Ad hoc

d. In toto

e. De facto

7. Pemilihan yang terbaik antara langkah 1-6 berdasarkan beberapa

kemungkinan

Dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menggunakan ketujuh-tujuh

cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :

a. Ungkapan yang paling singkat

b. Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang

c. Ungkapan yang tidak berkonatasi buruk

Page 31: Peribahasa Dalam cerpen

d. Ungkapan yang sedap didengar

 

 

8.0 Proses Pembentukan Istilah

Istilah dalam bahasa Melayu dibentuk melalui dua proses iaitu pinjam

terjemah dan peminjaman terus. Secara gambarajah, hal ini dapat

diperjrlaskan seperti berikut :

Proses Pembentukan Istilah 

Pinjam Terjemah Peminjaman Terus

terjemah langsung

            dose sukatan

            humidity kelembapan

gabungan dua kata umum

            honeymoon bulan madu

            right angle sudut tepat

ciptaan kata baru

            up date kemas kini

            subsidence antaman

dengan penyesuaiaan

       geography geografi

       structure struktur

tanpa perubahan

       linear linear

       export eksport

       protein protein

Page 32: Peribahasa Dalam cerpen

peluasan makna

            biji bijirin

            gelap legap

ciptaan baru dengan gandaan separa

            radius jejari

            capillary - rerambut

  

Page 33: Peribahasa Dalam cerpen

9.0 Kesimpulan

      Menurut Kamus Dewan, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau

rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu

pengetahuan (pekerjaan atau kesenian).  Istilah ini seharusnya dilakukan

secara berterusan supaya tidak berlaku ketandusan istilah.  Tanpa istilah

bahasa itu dianggap tidak berkembang dan mati.

      Mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu (satu konsep satu

bidang).  Istilah dan kata tersebut sesuai dengan konteks penggunaannya.

Ianya mestilah dilakukan dengan teliti dan produktif ke arah

memartabatkan Bahasa Melayu.

      Pembentukan peristilahan berkait rapat dengan proses pemodenan

bahasa dan penting dalam pembinaan budaya ilmu.  Terdapat beberapa

konsep dasar dalam peristilahan iaitu takrif istilah, tataistilah dan

tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan bentuk istilah.

                                                                       

 

 

Page 34: Peribahasa Dalam cerpen

 

 

10.0 ANALISIS CERPEN “MENCARI HAKIKI”

Cerpen “Mencari Hakiki”

Kata akar Imbuhan Gandaan Gabungan Prototaip

Mandi Menghancurkan

Celah-celah Ibu bapa Siber

Jatuh Kemesraan Sudah-sudahlah

Buah tangan

Indah Bersama Berseronok-seronok

Sopan susila

Jauh Melihat Dalam-dalam Lambat laun

Kapur Senyuman Jangan-jangan

Suri rumah

Wajah mencumbui Kedua-duanya

Rumah tangga

Kereta Menunaikan Bintang-bintang

Kasih sayang

Nafas Bertaburan Kedua-dua

Sedar memayungi Jarang-jarang

Page 35: Peribahasa Dalam cerpen

Arah Pengasuh Tiap-tiap

Makan Menghiris Lain-lain

Lambat menjunjung Sekurang-kurangnya

Alat Menguis Berjalan-jalan

Pantai Mentafsirkan Pagi-pagi

Tangan Melimpah Naik-naik

Kasih Mencari Masak-memasak

Sukar Kebahagiaan Kuih-muih

Air Bertanya Terkelip-kelip

Budak Bertenaga Perlahan-lahan

Zaman Mencencang Hotel-hotel

Cakap Kesalahan Semata-mata

Patah Berdiam Kata-kata

Page 36: Peribahasa Dalam cerpen

Buruk Teringatkan Sejauh-jauh

Bapa Menghela Kejap-kejap

Orang Perkahwinan

Sifat Menanti

Solat Kehancuran

Bahu Berbeza

Langit Memasak

Cerah Makanan

Hajat Seharian

Ibu Bersama

Kerja Dikongsi

Pagi menggelengkan

Pejabat Tercurah

Tangga Melayan

Page 37: Peribahasa Dalam cerpen

Keluarga Membaja

Cakap Terdiam

Tahun Membalas

Nampak Perhatian

Ketawa Bertuahlah

Malam Meratap

ANALISIS GOLONGAN KATA DI DALAM CERPEN “MENCARI HAKIKI”

Bil Perkataan Golongan kata Catatan

1 Merebahkan Kata kerja Kata kerja terbitan

2. di Kata sendi Kata sendi menunjukkan tempat

3. Umi Kata nama Kata nama Khas Hidup (manusia)

4. masih Kata bantu Kata bantu aspek

5. Melontar Kata kerja Kata kerja terbitan

6. Kecil Kata adjektif Kata adjektif

7. fahaman Kata nama Kata nama am (abstrak)

8. diri Kata nama Kata nama (orang)

Page 38: Peribahasa Dalam cerpen

9. mereka Kata ganti Kata ganti diri orang ketiga

10. jodoh Kata nama Kata nama am (abstrak)

11. ditetapkan Kata kerja Kata kerja terbitan

13. kakak Kata nama Kata nama am (orang)

14. kau Kata ganti Kata ganti diri orang kedua

15. Wajah Kata nama Kata nama konkrit

16. tidak Kata tugas Kata naïf

17. hendak Kata tugas Kata bantu ragam

18. belum Kata tugas Kata bantu ragam

19. mendengar Kata kerja Kata kerja terbitan

20. kereta Kata nama Kata nama am (kontrik)

21. Kuala Lumpur Kata nama Kata nama khas (tempat)

22. daripada Kata tugas Kata sendi

23. menghiris Kata kerja Kata kerja terbitan

24 dia Kata nama Kata ganti diri nama ketiga

24 musuh Kata nama Kata nama am (orang)

25 perempuan Kata nama Kata nama am (orang)

Page 39: Peribahasa Dalam cerpen

26 gatal Kata adjektif Kata adjektif (sifat)

27 bubun Kata nama Kata nama am

28 belum Kata tugas Kata bantu ragam

29 datang Kata kerja Kata kerja

30 ke Kata tugas Keta sendi

31 bilik Kata nama Kata nama am (tempat)

32 Syakirah Kata nama Kata nama khas (orang)

33 Syazirah Kata nama Kata nama khas (orang)

34 yang Kata tugas Kata hubung relatif

35 untuk Kata tugas Kata hubung komplemen

36 dari Kata tugas Kata sendi

37 tetapi Kata tugas Kata hubung keterangan

38 setengah Kata adjektif Kata adjektif (bilangan)

39 pisang Kata nama Kata nama am

40 kerana Kata tugas Kata hubung (keterangan)

41 Melayu Kata nama Kata nama khas

42 dan Kata tugas Kata hubung gabungan

Analisis teks dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:

1. Sinonim:

Page 40: Peribahasa Dalam cerpen

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai

makna yang sama atau hampir sama.

Perkataan Perkataan Seerti

Indah Aman

Kahwin Nikah

Kegembiraan keriangan

Ada Mempunyai

Sukar Payah

Lihat Pandang

Sangka Ramal

dipamerkan ditunjukkan

Diam Senyap

Menghiris Memotong

Benar Betul

Kamar Bilik

Pantas Laju

Cantik Lawa

Memeluk Mendakap

Merepek Membebel

Petir Kilat

Lawatan Menziarahi

Sejuk Dingin

Page 41: Peribahasa Dalam cerpen

Mendidih Menggelegak

Celoteh Telatah

Hajat Niat

Pulang Balik

Lusuh Buruk

Cakap Tutur

Kampung Desa

2. Antonim:

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang

mempunyai makna yang tidak sama.

Perkataan Perkataan Berlawanan

Basah Kering

Jatuh Bangun

Malas Rajin

Jauh Dekat

Dalam Luar

Atas Bawah

Dahulu Sekarang

Perlahan Laju

Lambat Cepat

Sakit Sihat

Sukar Senang

Sebelum Selepas

Page 42: Peribahasa Dalam cerpen

Manis Pahit

Turun Naik

Cerah Gelap

Kaya Miskin

Kecil Besar

Sedikit Banyak

Berkahwin Bercerai

Sejuk Panas

Buruk Baru

Benar Bohong

Kampung Bandar

Menangis Ketawa

Keluar Masuk

Ayah Ibu

3. Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang

lain. Sebagai contoh, melur, mawar, melati ,kemboja dan cempaka ialah

hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum

yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hiponim ialah kata yang

maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur,

mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai

hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti

Page 43: Peribahasa Dalam cerpen

kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya

terdiri daripada kata yang khusus.

Rumah :

Rumah banglo

Rumah teres

Rumah pangsa

Rumah papan

Rumah berkembar

Rumah rehat

Rumah sewa

Rumah kedai

Rumah kongsi

Rumah mayat

Rumah pam

Bilik :

Bilik kecil

Bilik besar

Bilik utama

Bilik rehat

Bilik bacaan

Bilik isolasi

Bilik tamu

Bilik penginapan

Page 44: Peribahasa Dalam cerpen

Bilik sewa

Bilik sembahyang

Bilik kongsi

Kereta :

Kereta sewa

Kereta kongsi

Kereta kebal

Kereta perisai

Kereta tempatan

Kereta import

Kereta api

4. Homonim:

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau

lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi

berlainan makna. Contoh petikan dalam cerpen yang mempunyai unsur

homonim ialah ‘Apa yang dilihat beberapa minggu yang lalu itu sudah cukup

untuk menghancurkan kepercayaan kepada suaminya yang dibina selama

hampir sepuluh tahun’. “Lalu” dalam petikan cerpen ini adalah membawa

maksud sesuatu yang sudah berlaku. Dalam cerpen ini, Ana menceritakan

kepada Umi tentang kepercayaan yang dikhianati oleh suaminya pada

beberapa minggu yang lepas. “Lalu”  dalam konteks lain pula membawa

Page 45: Peribahasa Dalam cerpen

maksud tiada selera untuk melalukan sesuatu. Contohnya: Azman tidak lalu

makan kerana demam.

Contoh lain yang terdapat dalam cerpen ini ialah “nipis”. Contoh

petikan ialah ‘Ana tersenyum nipis’. “Nipis” dalam  cerpen ini membawa

maksud sedikit atau biasa. Selepas dinasihatkan oleh Umi, Ana hanya

tersenyum biasa-biasa sahaja. Senyumannya sama banyak antara mahu

senyum dengan tidak mahu senyum. Dalam konteks lain “nipis” membawa

maksud bentuk fizikal sesuatu benda. Contoh: buku yang dibeli oleh Abu itu

sangat nipis. Antara contoh petikan lain yang mempunyai unsur homonim

ialah “Makan di kedai pun, jarang-jarang suami aku bawa.” Suami Umi

tenggelam timbul dibawa angin. Maksud “tenggelam” dalam petikan tersebut

ialah semakin perlahan/hilang dimana suara Umi semakin perlahan kerana

dibawa angin. Dalam konteks lain pula, tenggelam membawa maksud

terbenam. Contoh: Kapal itu tenggelam dalam lautan.

Contoh lain ialah seperti petikan ini “Umi tersenyum pahit”. Maksud

pahit dalam petikan tersebut ialah Umi melontarkan senyuman yang sinis

kepada Ana. Dalam konteks lain, Pahit membawa maksud rasa sesuatu

makanan. Contohnya ialah Air nescafe yang dibeli oleh Ahmad itu sangat

pahit.

Selain itu, contoh yang lain ialah melalui ayat “Aku jadi suri rumah

sepenuh masa sahajalah sampai mati,” balas umi. Perkataan “mati” dalam

petikan tersebut membawa sampai bila-bila hingga ke hujung hayat. Umi

menyatakan dia akan menjadi suri rumah sampai penghujung hayatnya.

Dalam konteks lain, “mati” membawa keluarnya ruh dari jasad atau meninggal

dunia. Contohnya : Ahmad terlibat dalam kemalangan di Jalan Ampang lalu

mati di tempat kejadian.

5. Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang

berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain,

Page 46: Peribahasa Dalam cerpen

polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau

lebih dan mempunyai etimologi yang sama.Perkataan “berdiam” di dalam

petikan cerpen ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu

tempat. Dalam situasi lain perkataan “berdiam” boleh membawa maksud

membisu atau tidak bercakap apa-apa.

Kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal.

1. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan

kekecewaan.

(i) “Betapa remuk hatiku.”.

Perkataan “remuk” dalam ayat di atas membawa maksud perasaan yang

sedih kerana suami Ana mempunyai perempuan lain. Perasaan bertambah

kecewa apabila suaminya mengkhianati kepercayaan Ana terhadap

suaminya.

2. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan

kemarahan .

(i) “Ah! Dia curang bukan sebab aku tak pandai masak. Selama ini pun, dia

hidup juga. Dia bukan tak mampu. Nak makan di hotel setiap haru pun boleh.”

Selera makan Ana terus hilang. Panas hatinya dengan teguran umi.

Perkataan “panas” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen ini iaitu

Ana sangat marah kepada umi. Hal ini kerana Umi menyalahkan dirinya tidak

menjaga makan dan minum suaminya dengan baik.

3. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan

perasaan kekesalan.

(i) “Terima kasih, Umi. Selama ini aku abaikan semua itu kerana suami aku

tak pernah kisah atau merungut apa-apa..” katanya bercampur kesal.

Perkataan “kesal” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen ini begitu

kesal dan menyesal atas apa yang berlaku. Dia kesal dengan sikapnya yang

mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

4. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan malu.

(i) “Aku ada masalah, Umi,” katanya perlahan tanpa mahu memandang wajah

umi. Dia malu..

Page 47: Peribahasa Dalam cerpen

Frasa “malu” membawa maksud watak dalam cerpen ini iaitu Ana malu untuk

meluah masalah rumah tangganya kepada Umi.

11.0 Rujukan

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2002). Koleksi terindah peribahasa

Melayu. Kuala Lumpur: PTS Sdn. Bhd.

Eugene A. Nida. (1979). Componential analysis of meaning: an introduction to

semantics structures. The Hague: Mouton.

Fodor, J. A. (1975). The Language of Thought. New York: Thomas Y. Crowell.

Komlev, N. G. (1976). Components of the content structure of the word.

The Hague : Mouton.

Page 48: Peribahasa Dalam cerpen

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(1979). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Lyons, John. (1994). Bahasa, makna dan konteks ; penterjemah Zahrah Abd.

Ghafur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN