9

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis
Page 2: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis
Page 3: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Dunia menyaksikan penularan tragik jangkitan penyakit COVID-19 yang berakar

umbi daripada virus SARS-CoV-2 telah meragut hampir 200,00 nyawa sehingga 26

April 2020. Penularan wabak COVID-19 yang bermula dari Negara China kini tular

hampir ke seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali dalam polemik ini. Sehingga 3

Mei 2020, terdapat 122 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah

keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes.

Kerajaan tanpa berlengah telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang mana langkah ini amatlah relevan dalam usaha memutuskan rantaian wabak

tersebut daripada terus menular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selepas hampir 2

bulan PKP dilaksanakan, perintah ini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan

Berkurung Bersyarat (PKPB). Tidak dinafikan pelaksanaan PKPB yang bermula 4

Mei lalu menyaksikan sebahagian besar sektor ekonomi dibenarkan beroperasi,

namun ini tidak bermakna masyarakat boleh kembali kepada kehidupan sebelum

PKP dilaksanakan.

Pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah disediakan oleh KKM bagi

memastikan kelonggaran yang diberikan bukanlah penyebab kepada penularan

kembali aktif. Setiap individu bertanggungjawab untuk mematuhinya terutama

majikan, pekerja serta orang ramai. Antara yang telah digariskan adalah kewajipan

memakai topeng muka, penjarakan sosial dan banyak lagi. Hal ini secara tidak

langsung mendidik masyarakat kepada normal baharu yang perlu diamalkan dalam

usaha memerangi virus tersebut.

Selain itu, masyarakat juga perlu memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat

yang sebenar. Amalan gaya hidup sihat juga sepatutnya dijadikan normal baharu

dalam kehidupan bagi melahirkan insan yang sihat fizikal, mental, rohani dan

jasmani. Hal ini kerana, pesakit yang mempunyai penyakit kronik kencing manis,

penyakit buah pinggang dan penyakit jantung lebih berisiko mendapat jangkitan

virus disebabkan tahap imunisasi badan yang lemah. Kesemua penyakit tersebut

adalah disebabkan ketidakcaknaan terhadap gaya hidup sihat. Oleh itu, amat

mustahak bagi setiap individu mengamalkan gaya hidup sihat dari awal bagi

memastikan kesihatan terjamin sepanjang masa sama ada ketika dunia diserang

virus mahupun tidak.

PKPB: Latih Masyarakat Jalani Normal Baharu

PKPB yang diumumkan oleh Kerajaan menggunakan pendekatan seluruh lapisan

masyarakat, atau whole of society approach. Pendekatan ini bagi memastikan

pembukaan semula sektor ekonomi negara dapat dijalankan dengan lancar dan

selamat. Hal ini bertujuan untuk memastikan PKPB yang dilaksanakan mampu

Page 4: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

menyeimbangi antara keperluan untuk aktiviti ekonomi berfungsi dan keperluan

untuk membendung penularan COVID-19.

Oleh itu, Kerajaan menggariskan beberapa SOP untuk diamalkan dan dijadikan

normal baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan seharian. Normal

baharu ini merangkumi beberapa perkara, antaranya ialah;

1. Mengamalkan langkah-langkah kesihatan dengan pengamalkan penjarakan

sosial dalam semua keadaan termasuk di restoran-restoran dan sentiasa

memakai topeng muka.

2. Menggalakkan amalan kebersihan setiap masa dengan kerap menggunakan

cecair nyah kuman (hand sanitiser) dan setiap premis perlu menyediakan

kemudahan tersebut.

3. Mengamalkan amalan-amalan pencegahan penyakit dengan memastikan

pemeriksaan suhu badan kepada semua pekerja dilakukan setiap hari.

4. Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan termasuk rumah terbuka serta

kenduri kendara

Justeru, setiap individu berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan

keselamatan diri, keluarga dan komuniti setempat terjamin dengan sentiasa

mengamalkan SOP tersebut. Disamping itu juga, masyarakat sewajarnya

menjadikan gaya hidup sihat sebagai salah satu normal baharu bukan sahaja untuk

membina sistem imun badan yang kuat malah bagi memastikan tahap kesihatan

sentiasa pada tahap yang terbaik.

Cara Hidup yang Sihat

Amalan gaya hidup yang sihat semakin ditinggalkan menyebabkan tahap kesihatan

rakyat Malaysia berada pada paras yang membimbangkan. Punca utama adalah

amalan pemakanan yang tidak sihat, kurang aktiviti fizikal, mengalami tekanan

perasaan dan sebagainya. Punca ini dapat dielakkan jika individu mempunyai

pengetahuan yang mencukupi terutamanya berhubung pencegahan penyakit serta

faktor risikonya.

Peningkatan amalan gaya hidup sihat

merupakan salah satu objektif strategik yang

digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia

di dalam Pelan Strategik 2016-2020. Hal ini

kerana, peningkatan kadar penyakit berkait

rapat dengan gaya hidup masyarakat. Oleh

itu, masyarakat sewajarnya memberi

perhatian kursus kepada gaya hidup sihat

demi memastikan keberlangsungan hidup Rajah 1 : Cara Hidup Sihat yang disarankan oleh Institut Kanser Negara (Sumber IKN, 2017).

Page 5: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

terjamin. Hasilnya, rakyat yang sihat tubuh badan, fizikal dan mental pasti dapat

memberi sumbangan kepada negara dari pelbagai aspek sama ada tenaga

mahupun idea.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dalam mengamalkan gaya

hidup sihat yang sebenar. Antaranya adalah;

1. Aspek Pemakanan

Amalan penyediaan makanan di rumah sekiranya dilakukan mengikut cara yang

sihat akan memberi faedah dan manfaat pada tubuh. Hal ini kerana, peluang

memasak di rumah adalah kuasa autonomi yang membenarkan setiap jenis ramuan

dipilih serta disukat secara sihat dan berkhasiat. Hasilnya makan di rumah adalah

jauh lebih sihat berbanding makan di kedai.

Namun, apa yang membimbangkan, rata-rata masyarakat Malaysia amat mudah

terpengaruh dengan resepi „viral‟ yang tular di media sosial seperti „Dalgona Coffee‟,

„Corn Dog‟, „Oden‟, „Keropok Lekor

Maggi‟ dan lain-lain lagi. Perkara ini

tidak sewajarnya dijadikan normal

baharu kerana implikasi negatif seperti

obesiti akan semakin meruncing. Hal

ini kerana, ramai yang tidak menyedari

bahawa obesiti adalah ibu kepada

segala penyakit berjangkit (NCD) atau

lebih dikenali sebagai tiga serangkai,

terdiri daripada hipertensi, diabetes,

dan jantung.

Oleh itu, masyarakat sewajarnya

mengamalkan pemakanan yang sihat

dengan mengikuti saranan yang

digariskan oleh KKM. Cara pemakanan

sihat yang disarankan oleh KKM adalah mengikut Piramid Makanan Malaysia.

Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada

empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga

menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap

kumpulan makanan. (Seperti dalam rajah 2)

Aspek Pemakanan

Aspek Kesihatan

Fizikal

Aspek Kesejahteraan

Keagamaan

Aspek Kesihatan

Mental

Rajah 2 : Piramid Makanan yang disarankan

oleh KKM (Sumber KKM, 2010).

Page 6: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pakar pemakanan mencadangkan 40% adalah makanan berunsurkan karbohidrat,

30% protein dan 30% lemak baik. Manakala berdasarkan Panduan Diet Malaysia

keperluan harian bagi wanita dewasa yang sedentari (tidak aktif) adalah 1500 kalori

sehari, manakala keperluan harian bagi lelaki dewasa yang sedentari adalah 2000

kalori.

2. Aspek Kesihatan Fizikal

Aspek kesihatan fizikal antara kunci terpenting bagi memastikan tubuh badan

sentiasa sihat. Hal ini kerana, tanpa penjagaan fizikal yang rapi, besar kemungkinan,

masalah obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia akan terus meruncing. Segala

kuncinya adalah bersenam selalu, “dua puluh minit setiap sesi, dalam seminggu

hanya tiga kali”. Mulakan aktiviti bersenam dengan ringkas tetapi mudah agar ia

mampu dilakukan secara berterusan.

Contohnya, apa yang berlaku di Jepun, Perintah Berkurung yang dilaksanakan tidak

menghalang penduduknya mencari alternatif bagi menjaga kesihatan dengan

melayari video seperti “Human Taiso” di Youtube, mereka melakukan senaman

ringkas di kediaman masing-masing. Kaedah ini terbukti mampu melancarkan

peredaran darah dan boleh menguatkan otot kaki dan belakang. Apa yang penting,

senaman yang berterusan mampu membakar kalori sekaligus masalah obesiti

mampu dicegah.

Oleh itu, kelonggaran yang diberikan sepanjang tempoh PKPB untuk bersukan diluar

rumah sewajarnya digunakan sebaik mungkin malah aktiviti beriadah dan bersenam

juga seharusnya dimulakan walaupun hanya di kediaman masing-masing. Apa yang

penting senaman tersebut haruslah berterusan walaupun ia nya ringkas.

3. Aspek Kesejahteraan Keagamaan

Gaya hidup sihat bukan sahaja bergantung kepada pemakanan semata-mata.

Makanan kerohanian juga amat diperlukan bagi melahirkan sebuah keluarga yang

bahagia dan harmoni. Namun begitu, sepanjang PKPB dijalankan, semua aktiviti

keagamaan terpaksa dibatalkan. Ini bermakna pembangunan keagamaan hanya

bergantung kepada isi rumah semata-mata. Tiada lagi kelas KAFA, kelas fardhu ain,

kelas tilawah dan sebagainya. Oleh itu, amat penting kepada setiap individu isi

rumah sama ada ibu bapa mahupun anak-anak untuk sentiasa bekerjasama

menghidupkan roh kerohanian.

Selain itu, umat Islam khususnya juga akan mengalami perubahan yang besar

dalam menyambut bulan Ramadan. Keseronokan tarawih beramai-ramai, iftar

berjemaah, kelas tadarus serta kuliah-kuliah di seluruh negara tidak lagi diteruskan.

Masyarakat akan terus menjalani normal baharu dalam beribadah. Solat di

Page 7: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

kediaman masing-masing, tadarus dan segala amal ibadah tidak lagi dihidupkan

oleh institusi ibadah seperti masjid-masjid serta kelas-kelas pengajian agama.

Oleh itu, kita seharusnya mengambil peluang PKPB sebagai waktu untuk menjalani

ibadah bersama-sama keluarga sekaligus merapatkan hubungan ahli keluarga

dengan solat berjemaah, berbuka beramai-ramai, menghadiri kelas-kelas agama

secara atas talian dan sebagainya. Amalan yang berterusan sepanjang sebulan

beramal bersama-sama mampu melahirkan impak positif bukan hanya pada bulan

tersebut malah selepas PKPB ditamatkan juga tidak mustahil diteruskan lagi.

Perkara ini secara tidak langsung meningkatkan kesejahteraan rohani dalam ruang

legar sesebuah keluarga sekaligus mampu melahirkan insan yang bukan sahaja

sihat fizikal dan mental malah sihat jasmani dan rohani.

4. Aspek Kesihatan Mental

Kesihatan mental adalah salah satu aspek penting dalam menjalani gaya hidup sihat

yang sebenar. Gangguan mental tidak dapat dinafikan boleh berlaku kepada setiap

individu terutama golongan berpendapatan rendah dan juga ibu bapa di awal

perkahwinan. Hal ini kerana, menyesuaikan diri untuk menyeimbangi urusan kerja

terutama yang bekerja dari rumah dan sepenuh masa bersama anak-anak perkara

yang tidak mudah. Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre Velocity, Dr Lim Wai

Jenn berkata, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi

tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan.

Cara yang terbaik untuk kekal tenang dan berfokus adalah dengan mengekalkan

rutin yang sama seperti bersenam, makan, membaca buku dan tidur. Masyarakat

juga sewajarnya mempelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan, keresahan dan

berfikir secara berterusan sehingga menyebabkan kebimbangan berlaku. Disamping

itu, kita juga perlu memperkukuhkan hubungan sosial dengan ahli keluarga dan

rakan-rakan bagi mengurangkan tekanan sekaligus mampu meningkatkan tahap

kesihatan mental.

Kesimpulan

Pengamalan gaya hidup sihat bukan sahaja berfokus kepada pemakanan yang

sihat, malah kesihatan fizikal, mental dan rohani juga wajar diberikan penekanan.

Semua pihak sama ada masyarakat ataupun Kerajaan sepatutnya menggembleng

tenaga dalam membina gaya hidup sihat sepanjang masa bagi melahirkan individu

yang sihat zahir dan batin. Ini amat penting kepada pembangunan sesebuah negara.

Masyarakat yang sihat mental, fizikal serta seimbang jasmani dan rohani akan

mampu menyumbang kepada negara dari segala aspek sama ada tenaga mahupun

idea. Semuanya terserah kepada individu tersebut selain insentif yang dijalankan

oleh Kerajaan setelah berkurun lamanya.

Page 8: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

20,000 Mati Akibat Rokok Setiap Tahun. (23 November, 2019). Didapatkan dari Berita Harian:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/631169/20000-mati-akibat-rokok-setiap-

tahun

Bahaya Rokok. (2017). Didapatkan dari Portal KKM: https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-

semasa/43-bahaya-merokok

Bersikap Terbuka Positif Atasi Demam Terperuk. (31 Mac, 2020). Didapatkan dari Berita Harian:

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/671231/bersikap-terbuka-positif-atasi-demam-

terperuk

Covid-19 Peluang Untuk Berhenti Merokok. (27 Mac, 2020). Didapatkan dari Sinar Harian:

https://www.sinarharian.com.my/article/75789/KHAS/Pendapat/Covid-19-Peluang-untuk-

berhenti-merokok

Covid-19 Peluang Untuk Berhenti Merokok. (27 Mac, 2020). Didapatkan dari Sinar Harian:

https://www.sinarharian.com.my/article/75789/KHAS/Pendapat/Covid-19-Peluang-untuk-

berhenti-merokok

Covid-19 Waspada Obesiti Kerana Resepi Viral Ketika PKP. (9 Februari, 2020). Didapatkan dari

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/675082/covid-19-waspada-obesiti-

kerana-resepi-viral-ketika-pkp

Kanak-kanak Pinggiran. (2018). In U. Malaysia. https://www.unicef.org/malaysia/reports/kanak-kanak-

pinggiran.

Obesiti Masalah Besar Malaysia. (23 Januari, 2018). Didapatkan dari Berita Harian:

http://www.imedik.org/obesiti-masalah-besar-malaysia/

Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat. (2020). In Booklet Prihatin.

https://www.treasury.gov.my/pdf/Booklet-PRIHATIN-BM.pdf.

Panduan Penyediaan Makanan Sihat Semasa Mesyuarat. (2011). In B. P. KKM.

http://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d76354f8f2.pd.

Pelan Strategik KKM 2016-2020. (2016). In B. P. KKM.

http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Pelan%20Strategik%20/2016-

2020/Pelan_Strategik_KKM.pdf.

Resepi Viral Terbaik. (April, 2020). Didapatkan dari Facebook:

https://www.facebook.com/resepiviralterbaik/

Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia Terbaik Di Dunia. (11 Februari, 2014). Didapatkan dari

Astroawani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sistem-penjagaan-kesihatan-

malaysia-ketiga-terbaik-di-dunia-29895

Page 9: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat ... · Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis