8
Peristiwa 13 Mei Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara. LATAR BELAKANG Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majority 2/3 di Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang

Peristiwa 13 Mei - IsL

Embed Size (px)

DESCRIPTION

gunakan dengan sebaiknya

Citation preview

Page 1: Peristiwa 13 Mei - IsL

Peristiwa 13 Mei

Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di

Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan

kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya

1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah

negara.

LATAR BELAKANGIsu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang

kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa

kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya

daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan

Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera)

dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman

dan syak wasangka.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan

Raya 1969.  Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah

menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti

Perikatan telah hilang majority 2/3 di Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP

(kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam

Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang

ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti

ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa

mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Page 2: Peristiwa 13 Mei - IsL

KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGANPeristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei

1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cina telah menang

besar di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan

kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor . Perarakan

tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.  Perarakan hingga ke

Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung

Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa

terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar

Selangor ketika itu Dato Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada

kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil

melaungkan slogan perkauman.  Ada pendapat yang mengatakan penyapu tersebut

sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut.  Dalam

masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang amat negative - sial. Ada orang

Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

PERARAKAN KEMATIAN CINADi Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan

kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan

pilihan raya mereka dengan menghina dan mengaibkan orang Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas

ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa

perarakan.  Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan

terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya

kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Page 3: Peristiwa 13 Mei - IsL

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz

di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu

cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa

senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato'

Harun Idris untuk mengamuk .

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutama dari parti Gerakan

dan DAP tersebar dan meluap-luap. Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari

parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan  kaum Cina dari Gerakan dan DAP untuk

menghina dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan

perkauman bangsa Cina amat ketara ketika itu.

Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2

km dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang.  Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari  PKM dan kongsi-kongsi gelap

telah bertindak  ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala

Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata

besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan,  semua orang tidak boleh keluar dari

rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih

awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

REGIMEN RENJERPasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih.

Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak

orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang.  Ketua Regimen

Renjer dikatakan seorang Cina.  Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung

Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina

dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar

Selangor.

ASKAR MELAYUAkhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.  Beberapa

bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus

Page 4: Peristiwa 13 Mei - IsL

terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu

turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang

berkata askar tersebut berpakaian preman.

Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan

ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen beberapa pemuda Cina

ditangkap dan dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata

bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai

rakaman tersebut!!!

PANGGUNG ODEONPemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak

mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa

iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari

panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-

kongsi gelap tersebut bertindak semakin ganas dengan membakar panggung Odeon

setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut.  Penonton Melayu di panggung

tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,

Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di

Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga

sekarang. Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari kaum Cina itu, barulah orang-

orang Melayu mulai bertindak balas. Ada yang mengatakan kepala orang Cina yang dibunuh

diletakkan di atas pagar. 

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur

turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13

Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung

Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu

Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu

kebal dengan harga yang agak mahal. Sebenarnya mereka mengambil kesempatan

daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh

Page 5: Peristiwa 13 Mei - IsL

terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan orang Melayu di

Kampung Baru ketika itu.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah,

Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan.  Negeri Johor dan negeri

Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan

oleh PKM.

ANGKA KORBANAngka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211

kenderaan musnah. Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh.

DI MANA TUNKUKetika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan

kemenangan beliau di sana .

6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian

pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13

Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk.  Dalam tulisannya

Tunku menafikan hal tersebut.

Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu,

Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris

sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju

Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.

MAGERANNegara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran

dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak.  Parlimen dibubarkan.  Peristiwa 13 Mei

1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia

secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.  Buku

Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan.  Ada pendapat yang mengatakan  Dr

Mahathir adalah antara perancang utama tragedy berdarah 13 Mei 1969. Selepas tragedi

tersebut Dr. Mahathir telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan

Page 6: Peristiwa 13 Mei - IsL

penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara,

Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkiran Singapura dari Malaysia tidak

menyelesaikan masalah perkauman. Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan

kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada

kerajaan yang memerintah.  Barisan Nasional dibentuk.  Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri

Selangor. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan

seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi

mendapat tafsiran semula.