4
Profil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian. Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun. Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP). MISI PERKESO Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja VISI PERKESO Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang

Perkeso

Embed Size (px)

Citation preview

Profil

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian

Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir

Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran

Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan

bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan

dan kematian.

Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip

caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa

malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan

jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan

Berkanun.

Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem

Saraan Baru PERKESO (SSBP).

MISI PERKESO

Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi Skim-skim

Keselamatan Sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi

meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja

VISI PERKESO

Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang

Dasar & Piagam Pelanggan

MATLAMAT KORPORAT

Memberi perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif untuk penduduk Malaysia.

OBJEKTIF KORPORAT

Mempasti dan menjaminkan pembayaran faedah yang secukupnya dalam masa yang tepat dengan

keadilan sosial serta mempertingkatkan  taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

DASAR KUALITI PERKESO

PERKESO komited untuk memenuhi kepuasan pelanggan melalui usaha-usaha ke arah

penambahbaikan yang berterusan.

STRATEGI PERKESO

* Mengutamakan kepentingan Negara serta organisasi setiap masa. 

* Memberi perkhidmatan yang Berkualiti, Adil, Tepat, Cepat dan Ekonomik kepada pelanggannya. 

* Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO disamping penggunaan teknologi

canggih  bagi meningkatkan perkhidmatannya. 

* Memelihara serta menguatkan kumpulan wang di bawah tanggungjawab PERKESO supaya menjadi

lebih teguh.  

* Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO.  

* Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan sosial.

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PERKESO beriltizam sebagai sebuah organisasi yang sihat dan selamat berlunaskan prinsip bahawa

keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab semua. Pengurusan serta kakitangan adalah

beriltizam untuk membentuk dan mengekalkan keselamatan dan kesihatan tempat kerja yang selesa ke

arah membendung kecederaan akibat pekerjaan di samping kerosakan hartabenda dan nyawa.

Organisasi ini menjamin kejayaan dasar ini dengan; 

• Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan pencegahan

kemalangan. 

• Menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan kesihatan dan

keselamatannya serta orang lain 

• Sentiasa merapati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, tren serta teknik. 

• Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenalpasti dan

membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan. 

• Mengulangkaji rancangan untuk loji baru atau yang dijangka, kemudahan kelengkapan pejabat supaya

terjamin rekabentuk, pembinaan, pemasangan serta operasinya adalah mengikut peraturan-peraturan

kerajaan. 

• Pengurusan adalah beriltizam untuk menjamin setiap orang dalam organisasi memahami serta

menerima yang dia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatannya

sendiri dan juga persekitarannya.

PIAGAM PELANGGAN

• Membayar Faedah Hilangupaya Sementara (HUS) kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 7

hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima. 

• Membayar Faedah Hilangupaya Kekal (HUK) kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 14 hari

selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. 

• Membayar Faedah Orang Tanggungan (FOT) kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas

semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. 

• Membayar Faedah Pengurusan Mayat (FPM) kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 3 hari

selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. 

• Membayar Faedah Pencen Ilat (ILT) kepada pekerja yang Iayak dalam tempoh 14 hari selepas semua

maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. 

• Membayar Faedah Pencen Penakat (PKT) kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas

semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima. 

• Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan PERKESO dalam tempoh 1

hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. 

• Menyiasat dan menyampaikan maklumat ke atas setiap aduan mengenai tuntutan faedah dalam

tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima.