Permainan stesen

Embed Size (px)

Citation preview

Permainan stesenPeruntukan masa: 50 minit( 10 minit setiap stesen dan 10 minit penilaian) Stesen 1 Masa: 1minit pergerakan, 1minit penerangan, 8minit aktiviti 1. kumpulan pelajar dinerikan lembaran kertas berupa tempat kosong yang perlu diisi. 2. Pelajar diminta menyiapkan lembaran tersebut mengikut masa. Apabila wisel dibunyikan, pelajar diminta berhenti dan bergerak ke stesen 2. Stesen 2 Masa: 1minit pergerakan, 1minit penerangan, 8minit aktiviti 1. Kumpulan pelajar diberikan sejumlah suku kata. 2. Mereka diminta membentuk seberapa banyak perkataan berdasarkan kad yang ada dan menulisnya pada kad manila. 3. Apabila wisel dibunyikan, pelajar diminta berhenti dan meneruskan ke stesen 3. 4. Kumpulan pelajar yang paling banyak perkataan dikira menang. Stesen 3. Masa: 1minit pergerakan, 1minit penerangan, 8minit aktiviti 1. Kumpulan pelajar diberikan sejumlah kad perkataan. 2. Mereka diminta membentuk seberapa banyak ayat berdasarkan kad yang ada dan menulisnya pada kad manila. 3. Apabila wisel dibunyikan, pelajar diminta berhenti dan meneruskan ke stesen 4. 4. Kumpulan pelajar yang paling banyak ayat dikira menang. Stesen 4 Masa: 1minit pergerakan, 1minit penerangan, 8minit aktiviti 1. Kumpulan pelajar diberikan sejumlah kad perkataan dan plastisin. 2. Mengikut kreativiti kumpulan tersebut, mereka perlu membina model berdasarkan kad yang diberi. 3. Model yang paling keratif dan cantik dikira sebagai pemenang. 4. Apabila wisel dibunyikan, pelajar diminta berhenti dan meneruskan ke stesen 1.

Apabila semua kumpulan pelajar melalui setiap stesen, permainan dihentikan. Penilaian setiap aktiviti akan dilakukan.