13
MINGGU 1 Untuk praktikum fasa terakhir ni, saya telah diberi peluang untuk berkhidmat sebagai guru selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Dato’ Syed Nahar, bersama rakan seperjuangan saya iaitu Najiha Binti Ismail. Kami mula melapor di sekolah ini pada Ahad, 1 Feb 2015 dan berakhir pada Khamis, 30 April 2015 nanti. Pada hari pertama, sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di sekolah, kami terus melapor diri ke pejabat sekolah dan berjumpa dengan Guru Besar. Kemudian, kami menyertai perhimpunan pagi tersebut dan sempat besuai kenal dengan beberapa orang guru sekolah. Semasa perhimpunan pagi itu juga, saya dan rakan telah diperkenalkan oleh Guru Besar kepada semua staf, guru-guru dan para murid. Selesai perhimpunan, kami berjumpa dengan Pn Aini Jaffina selaku Guru Penolong Kanan 1 untuk mendapat jadual pengajaran serta bertanya sedikit sebanyak tentang latar belakang sekolah. Pn Aini turut membawa kami melawat sekitar sekolah dan berjumpa dengan guru pembimbing kami iaitu Pn Zatina untuk subjek major iaitu Sains dan juga Pn Yasmin bagi subjek minor iaitu Bahasa Inggeris. Setelah mendapat jadual waktu, saya dan rakan mula membuat pinjaman buku teks dari guru SPBT iaitu En Mat Zul. Selain itu, kami turut meminjam rancangan pengajaran tahunan daripada guru pembimbing untuk mula menyediakan rancangan pengajaran semester (12 minggu) kami.

PERNYATAAN PRAKTIKUM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

praktikum fasa 3

Citation preview

MINGGU 1

Untuk praktikum fasa terakhir ni, saya telah diberi peluang untuk berkhidmat sebagai guru selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar, bersama rakan seperjuangan saya iaitu Najiha Binti Ismail. Kami mula melapor di sekolah ini pada Ahad, 1 Feb 2015 dan berakhir pada Khamis, 30 April 2015 nanti. Pada hari pertama, sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di sekolah, kami terus melapor diri ke pejabat sekolah dan berjumpa dengan Guru Besar. Kemudian, kami menyertai perhimpunan pagi tersebut dan sempat besuai kenal dengan beberapa orang guru sekolah. Semasa perhimpunan pagi itu juga, saya dan rakan telah diperkenalkan oleh Guru Besar kepada semua staf, guru-guru dan para murid. Selesai perhimpunan, kami berjumpa dengan Pn Aini Jaffina selaku Guru Penolong Kanan 1 untuk mendapat jadual pengajaran serta bertanya sedikit sebanyak tentang latar belakang sekolah. Pn Aini turut membawa kami melawat sekitar sekolah dan berjumpa dengan guru pembimbing kami iaitu Pn Zatina untuk subjek major iaitu Sains dan juga Pn Yasmin bagi subjek minor iaitu Bahasa Inggeris. Setelah mendapat jadual waktu, saya dan rakan mula membuat pinjaman buku teks dari guru SPBT iaitu En Mat Zul. Selain itu, kami turut meminjam rancangan pengajaran tahunan daripada guru pembimbing untuk mula menyediakan rancangan pengajaran semester (12 minggu) kami. Pada hari kedua iaitu Isnin, saya berpeluang memulakan kelas pertama saya dengan kelas 3 Bestari. Untuk perjumpaan kali pertama ini, saya hanyalah melaksanakan ice breaking dan suai kenal dahulu sebelum memulakan kelas sebenar. Begitu juga untuk kelas 4 Bestari pada hari berikutnya. Namun pada hari Khamis, saya telah memulakan sesi pengajaran saya yang pertama dalam subjek Sains bersama 4 Bestari.Sepanjang minggu pertama, saya juga berpeluang untuk melihat sendiri cara pengajaran guru semasa kelas Bahasa Inggeris, iaitu oleh Pn Sofiah dan juga kelas Sains iaitu oleh Pn Zatina. Disamping itu, saya turut terlibat dengan mesyuarat agung rumah sukan iaitu selaku guru rumah merah bagi acara sukan tahunan sekolah tahun ini. MINGGU 2

Pada hari Ahad, seperti biasa perhimpunan pagi mingguan diadakan. Pada hari ini, saya ,mengambil peluang untuk merancang pengajaran bagi kelas saya sepanjang minggu. Selain itu, saya juga membuat kolaborasi bersama guru pembimbing bahasa Inggeris dalam merancang pengajaran yang sesuai dan menarik untuk murid saya di Tahun 3 Bestari. Pada hari kedua, saya melaksanakan pengajaran pertama saya bersama tahun 3 Bestari. Pada hari ini juga saya berpeluang mengganti kelas 5 Bestari yang ketiadaan guru Sains. Justeru saya melaksanakan perbincangan berkenaan teknik menjawab soalan Sains bahagian B bersama murid-murid tahun 5 Bestari. Pada hari ketiga, saya melaksanakan pengajran dan pembelajaran bersama kelas 5 Pintar untuk subjek Sains dan juga 3 Bestari untuk subjek Bhasa Inggeris. Sebaik selesai pengajaran, saya membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajaran yang telah dijalankan.Pada hari Rabu pula, saya mengadakan kelas Sains bersama murid Tahun 4 Bestari. Pada sebelah petang, saya terlibat dengan latihan rumah sukan Merah dan Kuning. Selaku guru rumah sukan Merah, saya dan rakan turut sama turun padang untuk membantu murid membuat latihan dan persediaan bagi menghadapi sukantara yang akan diadakan nanti. Pada hari teakhir minngu kedua ini, seperti biasa, pagi Khamis dimulakan dengan sesi tazkirah ringkas dan bacaan Yasin. Kali ini, sesi tazkirah dilaksanakan oleh Ustaz Munawar. Selesai kelas bersama 4 Bestari, saya mengambil peluang untuk mencari bahan pengajaran murid untuk kelas pada minggu hadapan di perpustakaan. Saya juga diberikan tanggungjawab untuk mendapatkan senarai nama murid tahun 5B, 4B dan 3B seramai 20 orang untuk mewakili Kelab Doktor Muda Sekolah. Selain itu, saya berpeluang untuk mengganti guru Sains juga bagi kelas 4 Pintar. Justeru saya mengambil peluang ini untuk menarik minat murid terhadap Sains melalui tayangan video eksperimen peristiwa bercangggah di perpustakaan.

MINGGU 3

Seperti biasa hari pertama pada setiap minggu iaitu hari Ahad diadakan perhimpunan rasmi pagi. Selesai perhimpunan, guru besar mengadakan satu perjumpaan singkat bersama guru-guru untuk memaklumkan beberapa perkara penting seperti pemantauan Linus dan KSSR oleh PPD, penganjuran kejohanan bola jaring peringkat PKP Kubang Pasu yang mana SK Dato Syed Nahar sebagai tuan rumah pada kali ini serta beberapa perkara berbangkit lagi.

Hari kedua diteruskan dengan pengajaran bersama kelas 3 Bestari. Pada sesi petang, saya terlibat dengan latihan bola jaring yang bermula dari jam 4.30 petang hingga 6.00 petang. Latihan ini diteruskan lagi pada hari Selasa pada waktu dan temapat yang sama iaitu padang SK Dato Syed Nahar.

Memandangkan cuti bersempena Tahun Baru Cina bermula pada hari Rabu, saya mengambil kesempatan untuk mengedarkan bekal kerja sekolah kepada murid tahun 5 Bestari, 2 Bestari dan 3 Bestari bagi membantu mereka menggunakan masa cuti sekolah dengan baik. Dengan penyediaan lembaran kerja ini juga, saya berhasrat untuk membuat penilaian tentnag sejauh mana penguasaan murid terhadap topik yang telah diajarkan.

Semasa cuti Tahun Baru Cina, saya dan rakan telah mengambil masa terluang ini untuk menambahbaik pengurusan makmal Sains di sekolah. Kami telah ke sekolah pada masa cuti ini untuk membuat inventori bahan dan radas dalam makmal. Tujuan utama kami adalah untuk membuat pelabelan memandangkan alat dan radas di makmal sains ini belum dilabel sepenuhnya. Jadi untuk memudahkan penggunaan bahan dan radas makmal, saya dan Najiha telah melakukan pelabelan tersebut. Kami turut mengambil peluang ini untuk membersihkan makmal dengan menyapu sampah dan sawang-sawang dalam bilik tersebut. Dengan harapan, makmal sains ini akan lebih bersih dan ceria menjelang buka cuti sekolah selepas tahun baru cina nanti.

MINGGU 4

Persekolahan pada minggu ini bermula pada hari Selasa memandangkan cuti perayaan Tahun Baru Cina dipanjangkan sehingga 23 Februari. Kelas pertama pada hari adalah kelas Sains bersama 5 Bestari. Pada hari ini, pensyarah pembimbing Puan Yusmarini binti Yusoff datang ke sekolah untuk melaksanakan penyeliaan subjek major pada kali pertama. Selesai penyeliaan di dalam kelas, saya dan pensyarah pembimbing mengadakan sesi perbincangan dan refleksi untuk mengenalpasti kekurangan dan cadangan penambahbaikan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Di akhir waktu persekolahan, saya menyambung tugas mengajar di kelas 2 Bestari untuk subjek Bahasa Inggeris.

Pada hari Rabu, sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Pada hari ini, saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bersama kelas 4 Bestari iaitu bagi subjek Sains. Pada sesi petang pula, saya terlibat dengan latihan bola jaring bersama Cikgu Zatina dan juga Cikgu Najiha.

Pada hari Khamis pula, saya dan Cikgu Najiha bersama guru ganti di sekolah kami iaitu Cikgu Hafiz telah diamanahkan oleh Ustaz Kassim selaku Penolong Kanan Kokurikulum untuk memantau murid tahun 1 hingga 6 di dewan sepanjang mesyuarat guru yang diadakan pada pagi tersebut. Justeru, Cikgu Azmi selaku guru perpustakaan telah menyediakan bahan bacaan yang mencukupi untuk semua murid sepanjnag mesyuarat guru berlangsung. Justeru, saya mengambil peluang ini untuk mengajar anak murid saya dari kelas 5 Pintar untuk belajar membaca. Menjelang tengah hari pula, saya dan Najiha telah memulakan kerja mural kami dengan menandakan masking tape pada dinding yang terlibat. Kami turut berjumpa dengan Ustaz Kassim untuk bertanyakan tentang bahan dan alat yang boleh didapati di sekolah untuk membuat mural sebaga contoh seperti berus, cat dan sebagainya. Pada sebelah petang, kami berpeluang membantu Cikgu Zul untuk melatih para peserta acara olahraga menjelang kejohanan olahraga peringkat PKG Kodiang yang akan diadakan pada Isnin nanti. Latihan ini diteruskan pada hujung minggu ini iaitu pada sesi pagi dan petang. Pada hari Sabtu pula, saya terlibat urusetia bagi kem Motivasi murid tahun 6 sebagai AJK makanan. Kem yang berlangsung selama satu hari ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar sendiri bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang. Jumlah murid tahun 6 yang terlibat adalah seramai 42 orang tidak termasuk 5 orang yang tidak hadir.

MINGGU 5

Pada hari Ahad, perhimpunan diadakan seperti biasa. Semasa perhimpunan, murid dan guru diingatkan dengan latihan rumah sukan yang akan dimulakan kembali pada hari Rabu untuk rumah biru dan Merah manakala pada hari Khamis bagi rumah hijau dan kuning. Pada hari isnin, sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dijalankan kerana saya telah menukar waktu pdp tersebut ke hari Rabu memandangkan pensyarah pembimbing minor Puan Rozita akan melaksanakan penyeliaan kali pertama pada hari tersebut. Pada hari Selasa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama 5 Bestari diadakan. Pada waktu senggang di sekolah, saya mengambil peluang untuk merancang pengajaran dan mencari bahan untuk mengajar pada keesokan hari iaitu kelas bahasa Inggeris bersama 2 Bestari. Pada pagi Rabu, saya telah menjalani sesi penyeliaan pertama bersama Puan Rozita. Kelas yang terlibat ialah kelas 2 Bestari. Subjek yang diselia ialah subjek minor iaitu Bahasa Inggeris. Selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dan Puan Rozita mengadakan sesi perbincangan dan refleksi untuk membimbing saya melakukan penambahbaikan dalam pengajaran selepas ini. Pada Rabu petang pula, saya terlibat dengan latihan rumah sukan selaku guru rumah merah. Pada Hari Khamis sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini adalah bersama 2 Bestari sahaja iaitu Bahasa Inggeris. Di akhir waktu persekolahan, saya dan rakan menghantar buku rekod mengajar untuk disemak oleh guru besar sekolah, En Mohamad. Sepanjang minggu ini, saya turut terlibat dengan latihan bola jaring pada setiap petang hari persekolahan. Pada hari hujung minggu iaitu hari Sabtu pula, saya membantu Cikgu Zul untuk melaksanakan ujian SEGAK terhadap murid tahun 4, 5 dan 6. Antara ujian yang dijalankan ialah, bangkit tubi, ringkuk tubi separa, jangkauan melunjur dan naik turun bangku selain mengukur tinggi dan berat murid. Ujian SEGAK ini dilaksanakan di dewan terbuka sekolah dan berakhir sekitar jam 11.30 tengah hari.

MINGGU 6

Pada hari Ahad, perhimpunan diadakan seperti biasa. Pada hari ini, saya mengadakan kelas bersama 5 Bestari iaitu subjek Sains. Pada hari kedua, hari Isnin saya bersama murid 2 Bestari pula untuk kelas Bahasa Inggeris. Pada hari Selasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid 5 Bestari. Pada hari ini juga saya dan beberapa orang guru telah ditugaskan untuk menjalankan Projek Bacaan bersama murid Tahun 1 hinggalah Tahun 6 bertempat di dewan sekolah memandangkan hampir semua guru terlibat dengan taklimat oleh Guru Besar. Bagi hari Ahad hingga Selasa juga, latihan bola jaring diadakan seperti biasa bermula 4.30 petang hingga jam 6 petang. Pada hari Rabu, kelas bersama 5 Bestari diteruskan seperti biasa. Pada sebelah petang pula diadakan latihan merentas desa bagi semua rumah sukan. Latihan merentas desa ini hanyalah melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Saya telah ditugaskan oleh cikgu Zul untuk menjaga laluan merentas desa bagi Tahun 3 dan 4. Pada hari Khamis pula, sekolah telah mengadakan latihan kebakaran yang melibatkan semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Dato Syed Nahar. Taklimat dan demonstrasi ini dilaksanakan di padang sekolah yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd Zoll. Selesai latihan kebakaran, murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 telah terlibat dengan ceramah bahaya denggi yang disampaikan oleh Cikgu Nordin selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKDSN. Pada waktu petang pula, latihan merentas desa diadakan untuk kali yang kedua. Kali ini, saya telah ditugaskan untuk menjaga laluan merentas desa bagi murid tahun 5 dan 6. Pada waktu yang sama juga diadakan perlawanan persahabatan sukan bola jaring di antara pasukan SK Dato Syed Nahar dan juga SK Sanglang. Pada perlawanan kali ini, nasib menyebelahi SK Dato Syed Nahar apabila berjaya memenangi perlawanan dengan memperoleh mata 13-1 ke atas SK Sanglang.

MINGGU 7Pada hari ahad telah dijalankan perhimpunan seperti biasa. Pada perhimpunan kali ini, PK KO sekolah Ustaz Kassim, telah menyatakan bahawa latihan rumah sukan dibatalkan disebabkan oleh peperiksaan yang akan berlangsung pada hari selasa sehingga Khamis. Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada peserta Pertandingan Majlis Tilawah Al-quran peringkat PKG Kodiang untuk bersedia kerana pertandingan tersebut akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kodiang pada hari Sabtu. Kelas berjalan seperti biasa. Pada hari Selasa, terdapat penyeliaan bersama pensyarah Major bagi Tahun 3 Bestari. Sesi perbincangan turut diadakan setelah sesi penilaian oleh pensyarah pembimbing. Pada waktu senggang, saya turun untuk melihat murid yang terlibat dengan pertandingan bercerita bagi pertandingan yang akan dilaksanakan pada hari sabtu. Pada minggu ini turut diadakan ujian bagi Tahun 5 dan Tahun 6. Oleh itu, kelas 5 Bestari pada hari Rabu tidak dapat dilaksanakan. Pada petang itu, latihan bola jaring masih diadakan seperti biasa. Dari jam 5 petang sehingga jam 6.30 petang.

MINGGU 8Pada hari Ahad, perhimpunan diadakan seperti biasa. Semasa perhimpunan, murid dan guru diingatkan berhubung dengan tanggungjawab menjaga harta benda sekolah. Selain itu, pada perhimpunan kali ini telah diadakan penyampaian hadiah bagi program Nilam, program English dan juga hadiah turut diberikan kepada pemenang pertandingan Majlis Tilawah Al-quran peringkat PKG.Pada hari isnin, kelas Bahasa Inggeris bagi kelas 2 Bestari berjalan seperti biasa. Pada waktu senggang di sekolah, saya mengambil peluang untuk merancang pengajaran dan mencari bahan untuk mengajar pada keesokan hari iaitu kelas bahasa Inggeris bersama 2 Bestari. Kelas Sains tahun 3 terpaksa digantikan pada hari khamis ekoran pada hari selasa merupakan hari penyeliaan kali kedua bagi pensyarah minor Puan Rozita.Pada sebelah petangnya jam 5.00 petang, saya dan rakan menyertai latihan bola jaring seperti biasa.Pada hari Selasa saya mengajar kelas Bahasa Inggeris Tahun 2 Bestari dan diselia oleh pensyarah minor. Setelah selesai sesi penyeliaan, kami mengadakan perbincangan tentang penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi pengajaran yang seterusnya. Pada petangnya latihan bola jaring berjalan seperti biasa.Pada hari Rabu telah dijalankan satu penyeliaan bersama pensyarah Major bagi kelas Tahun 5 Bestari. Sesi perbincangan diadakan setelah sesi penyeliaan berlangsung. Dalam sesi perbincangan itu, banyak kelemahan yang dapat dikenal pasti dan perlu diperbaiki dalam pengajaran yang seterusnya. Pada petangnya latihan bola jaring berjalan seperti biasa.Pada hari khamis kelas berjalan seperti biasa iaitu mengajar kelas Tahun 3 Bestari bagi mata pelajaran Sains. Pada waktu yang senggang juga kami turut berlatih rutin pergerakan bagi senaman senam robik yang akan dilakukan latihannya pada hari Jumaat.