Persamaan Dan Perbezaan Asas Negeri2 Melayu Baru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

persamaan dan perbezaan asas negeri2 melayu

Citation preview

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS35900, TANJUNG MALIMTUGASAN KUMPULAN ( HSM 3013)PENSYARAH: DR. HJ. NABIR BIN HAJI ABDULLAHKURSUS: MALAYSIA : MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARUTAJUK TUGASAN: ESEI ILMIAH (PENUBUHAN KERAJAAN MELAYU BARU DI SEMENANJUNG MALAYSIA PADA ABAD KE-18 MEMPERLIHATKAN PERSAMAAN DAN PERBEDAAN ASAS. BINCANGKAN).

NAMA AHLI KUMPULAN: AHMAD FIRDAUS BIN JAUHARI (D20141067652) ASRIAH BINTI MAD HASSAN (D20141067654) ASMAWANIE BINTI MOHD ASRI (D20141067651) MOHAMAD AMIR AIZAT BIN IDRIS (D20141067657) MOHD NORMUSLIM BIN MAT RIPIN (D20141067656) MURNIYATI BINTI MOHD NOR (D20141067658) REBECCA ANAK UNJAR (D20141067653) SHAHIRAH SURAYA BINTI ABD AZIZ (D20141067655)1.0 PENGENALAN Kerajaan Melayu Baru atau negeri-negeri Melayu Baru ini muncul pada abad ke-18 setelah berlakunya kejatuhan Johor Riau Lingga. Negeri-negeri Melayu Baru terdiri daripada Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan. Setiap Negeri-negeri Melayu Baru ini mempunyai asal yang tersendiri, akan tetapi yang mengasasnya pula adalah keluarga baru dan bukan berasal dari negeri tersebut. Terengganu berasal dari Johor, Selangor dari Bugis, Negeri Sembilan dari Pagar Ruyung dan Kelantan dari Patani. Hal ini dapat membuktikan bahawa sebelum penubuhan kerajaan baru ini sudah ada wujud pemerintah di Negeri-negeri Melayu Baru. Jika dikaji dengan lebih lanjut penubuhan Kerajaan Melayu Baru di Semenanjung Malaysia pada abad ke-18 ini memperlihatkan persamaan dan perbezaan asas, sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial.

2.0 LATAR BELAKANG NEGERI-NEGERI MELAYU BARU(Negeri sembilan means 'nine states', and the modern state is a closely integrated confederacy of districs (for which the local term is luak). Since 1896 it has been treated for many purposes as a single unit in larger federation of peninsular malay states. There has never been a definitive list of the nine states included in the negeri sembilan. The name negeri sembilan only came into general use some 200 years ago, when for the first time the group of small 'states' became a political entity. Newbold, writing in 1839, gives the list as Klang, Sungei Ujong, Naning , Rembau, Jelai, Ulu pahang, Jelebu, Johol and Segamat, but those marked with an asterisk had, long before Newbold's time, been absorbed into adjoining states, and were never part of the confederacy.)[footnoteRef:1] [1: J.M. Gullick. 2003. A History of Negeri Sembilan. Selangor: Academe Art & Printing Services Sdn Bhd. Hlm 1. ]

Negeri sembilan terletak di wilayah Barat Tanah Melayu bersempadan dengan negeri Selangor di bahagian barat laut, Pahang di Bahagian Utara, Melaka di Selatan dan Johor di Tenggara serta selat Melaka di bahagian baratnya.[footnoteRef:2] Negeri Sembilan merupakan gabungan tujuh buah luak iaitu Rembau, Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Tampin dan Gemenceh.[footnoteRef:3] Penduduk asal Negeri Sembilan ialah orang Jakun atau Biduanda tetapi orang Melayu di Negeri Sembilan memanggil mereka sebagai orang Bukit atau Sakai.[footnoteRef:4] [2: Ooi Jin Bee. 1967. Land People and Economy In Malaya.London : Longman. Hlm 1] [3: Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm vii.] [4: Ibid. Hlm 30]

Negeri Kelantan pula dikatakan sebagai zaman kerajaan Melayu yang di pengaruhi oleh empayar Hindu-Budhha di Asia Tenggara. Di empayar Srivijaya, Kelantan muncul sebagai satu unit politik di Semenanjung Tanah Melayu. Portugis dan Belanda menggelar Kelantan sebagai Calantan, Calantam dan Calantao.[footnoteRef:5] [5: Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 8]

Sejarah awal Terengganu dapat di jelaskan melalui pelbagai pendapat. Menurut Sultan Umar iaitu Sultan Terengganu yang ke-9, pada zaman dahulu rombongan dari Pahang menggembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu. Apabila sampai ke Sungai Terengganu, mati seorang daripada mereka telah terjumpa sebatang taring dan di sebut Taring-anu. Kemudiannya nama ini akhirnya melekat menjadi Terengganu.[footnoteRef:6] Terengganu terletak di sebelah utara dan Barat Laut Kelantan. [6: Haji Muhammmad Saleh Bin Haji Awang. 1983. Sejarah Darul Iman Hingga 1337-1918. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Hlm 40]

(In November 1776 Raja lumu, the Bugis chief who ruled the coastline of modern Selangor from his stronghold at Kuala Selangor, visited Sultan Mahmud Perak at his capital. A few days later Sultan Mahmud ceremoniously installed Raja Lumu as Sultan Salehuddin of Selangor and presented to him the instrument of a royal orchestra (nobat) and a state seal. With these regalia Sultan Salehuddin returned to kuala Selangor, in company with Perak envoys, and there further ceremonies were held to mark his elevation to the status of a royal ruler).[footnoteRef:7] [7: J.M. Gullick. 1998 . A History of Selangor 1766-1939. Selangor: Printed by Academe Art & Printing Services Sdn Bhd. Hlm 1.]

Pertabalan Raja Lumu sebagai Sultan Salehuddin Syah[footnoteRef:8].Terdapat beberapa cerita seorang pahlawan yang dikalahkan oleh seekor Langau. Pahlawan tersebut tidak pernah kalah dengan perlawanan lain tetapi kalah dengan Langau dan akhirnya beliau menamakan tempat tersebut se ( satu ) langau, dan disebutlah Selangor.[footnoteRef:9]Terdapat pendapat lain yang menyatakan nama Selangor berasal dari pokok Mentagau iaitu sejenis kayu laut. Kepelatan menyebut Mentagau menjadi Selangor.[footnoteRef:10] Dalam buku Sejarah yang ditulis oleh orang-orang Portugis, Belanda dan Inggeris yang datang ke Tanah Melayu menyebut dalam Bahasa Latin sebagai Selangor, Salengor. [8: Hkoo Kay Kim. 1989. Selangor Darul Ehsan, Satu persepsi Sejarah. Kuala Lumpur: Muzium Negeri Selangor Darul Ehsan. Hlm 12] [9: Yusof Hassan. 1981. Sejarah dan kesan-kesan Sejarah Kuala Selangor. Petaling Jaya : Tra-Tra. Hlm 9] [10: Ibid. Hlm 10]

3.0PERSAMAAN ASAS NEGERI-NEGERI MELAYU BARU3.1.1PolitikDari segi politik Negeri-negeri Melayu Baru ini memperlihatkan persamaan iaitu pemerintah yang menerajui negeri adalah berasal dari negeri luar. Semua pemerintah negeri-negeri melayu baru ini diperintah oleh pemerintah luar yang bukan berasal dari negeri itu sendiri. Hal ini bermaksud pemerintah yang memerintah negeri-negeri Melayu baru adalah keluarga baru yang bukan berasal dari negeri itu sendiri.Di Negeri Sembilan bergabung sebagai satu unit politik pada tahun 1773 apabila Raja Melewar, seorang putera dari Minangkabau di Pagar Ruyong dijemput menjadi pemerintah sekaligus sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar terus bersemayam di Seri Menanti sebagai Yamtuan Seri Menanti dan daerah ini dinamakan sebagai Tanah Mengandung iaitu tanah yang dipunyai sendiri oleh Yamtuan Seri Menanti. Luak atau daerah yang terdapat dalam Tanah Mengandung ialah Ulu Muar, Jempul, Terachi,Gunung Pasir dan Inas. Daripada gabungan luak ini maka jadilah luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Jelas (Inas), Klang Naning, Segamat, Pasir Besar dan Ulu Pahang (Kenaboi).[footnoteRef:11] [11: Ibid. Hlm 13]

Selangor asal pemerintahannya dari Bugis. Kedudukan orang Bugis di Selangor bermula apabila orang Bugis mempunyai kedudukan yang kukuh di Selat Melawar dengan kedatangan Upu 5 bersaudara pada abad ke-18M.[footnoteRef:12] Upu 5 bersaudara ini adalah anak-anak Raja Bugis dari kerajaan Luwu Sulawesi Selatan. Mereka ialah Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Celak, dan Daeng Kemasik. Lima Daeng ini merupakan tentera upahan bagi membantu raja-raja Melayu yang ingin mengembalikan takhta kerajaan seperti Johor. Kedah dan Perak. Pada tahun 1745, Daeng Celak telah meninggal dunia dan banginda mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Raja Haji dan Raja Lumu. Raja Lumu iaitu Sultan Salehuddin Syah menjadi Sultan Selangor yang pertama dan membina dinasti kesultanan Bugis dan mengamalkan sistem politik sama seperti di tanah Bugis.[footnoteRef:13] [12: Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 46] [13: J.Kenedy. 1970 . History of Malaya. New York: Macmilan St. Martia`s Press. Hlm 59]

Kerajaan Kelantan pula bermula dengan kebangkitan seorang tokoh yang bernama Long Yunus, Long Yunus merupakan anak Long Sulaiman. Long Yunus berasal dari golongan bangsawan Patani yang memperoleh kuasa menerusi perkhawinan politik dengan keluarga bangsawan Kelantan.. Pada zaman pemerintahan Long Doreman iaitu Saudara ipar Long Yunus, Long Yunus mengambil keputusan untuk berundur ke Terengganu. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan bantuan dari Terengganu. Long Yunus berjaya mengalahkan Kota Kubang Labu. Namun demikian, kelemahan Long Yunus mengukuhkan kuasanya di Kelantan menyebabkan Terengganu menjadi penaung kepada kerajaan Kelantan. Terengganu pula berjaya menyingkirkan kuasa kerajaan Legih di Kelantan. Oleh yang demikian, Long Yunus telah dilantik menjadi Raja Muda dan jawatan Long Pandak masih dikekalkan.Seterusnya, Long Yunus terpaksa sekali lagi kembali ke Terengganu kerana fitnah berlaku.[footnoteRef:14] Sultan Mansur 1 telah membantu Long Yunus dan menentang Kelantan untuk kali keduanya kerana Long Pandak iaitu raja Kota Kubang Labu telah menderhaka dan Sultan mendapat sokongan daripada Raja Ismail dari Siak. Dalam usaha mencapai cita-cita memerintah kerajaan Kelantan, Long Yunus dibantu oleh Long Ghaffar bagi mengukuhkan kedudukannya. Dalam serangan Long Yunus dan Long Ghaffar berjaya mengalahkan Long Pandak dan menduduki takhta kerajaan Kelantan. Oleh itu, Long Yunus dilantik sebagai raja. Sementara itu, Long Ghaffar dianugerahkan gelaran Engku Seri Maharaja dan berkuasa mutlak keatas kawasan dan Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut sempadan Terengganu. [14: J.M Gullick. 1960. A History of Selangor 1742-1957. Singapura: Eastern University Press. Hlm 5]

Kenaikan pangkat Long Yunus di atas takhta kerajaan Kelantan bukan sahaja menamatkan pemerintahan keturunan Tuan Sulong yang diasaskan oleh Long Muhammad di kota Kubang Labu, tetapi menegakkan kembali Kesultanan yang di asaskan oleh Long Bahar sebelum ini. Namun begitu, Kelantan kini di bawah kedaulatan Terengganu. Hal ini disebabkan Tengku Muhammad merupakan seorang anak raja penaung Kerajaan Kelantan serta mempunyai pengaruh politik yang kuat dalam kalangan kerabat diraja. Oleh itu, pertabalan Tengku Muhammad sebagai Yang Di Pertuan Kelantan menunjukkan Terengganu mempunyai pengaruh politik yang kuat di Kelantan.Negeri baru Terengganu ditubuhkan oleh keluarga baru pada 1720an. Sebelum tahun ini telah wujudnya pemerintah di Terengganu tetapi tidak begitu jelas. Dalam sumber-sumber tertentu terdapat pemerintah Terengganu yang bernama Megat Panji Alam, Telanai dan keluarga pembesar Johor yang dihantar ke Terengganu untuk melaksanakan pemerintahan. [footnoteRef:15]Pada abad ke-17 dan awal ke-18 terdapat beberapa tokoh secara bergilir-gilir memerintah Terengganu, seperti Paduka Laksamana dan Seri Rama, Bendahara Hasan, Tun Zain Indera, Tuan Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail.[footnoteRef:16] Pada 1720an Tun Zainal Abidin, putera Bendahara Johor Tun Habib Abdul Majid telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran Sultan Zainal Abidin di Tanjung Baru, Kuala Berang.[footnoteRef:17] Kenaikan Sultan Zainal Abidin di atas takhta kerajaan Melayu bukan sahaja menandakan tamatnya pemerintah sebelum itu, namun bermulanya dinasti Bendahara. [15: Dr Haryati Hasan. 2014. Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru. Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hlm 39.] [16: ibid] [17: ibid]

Pada abad ke-18 menyaksikan penubuhan empat buah kerajaan Melayu Baru di Malaysia, iaitu Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan. Pemerintahan empat buah negeri melayu baru ini diterajui oleh keluarga baru bukan berasal dari negeri itu sendiri.Terengganu berasal dari Johor, Selangor dari Bugis, Negeri Sembilan berasal dari Pagar Ruyong dan Kelantan dari Patani. Justeru, jelaslah bahawa empat buah negeri melayu baru ini mempunyai persamaan dari segi politik atau pemerintahannya.3.1.2EkonomiDari segi ekonomi pula yang menunjukkan persamaan di negeri-negeri Melayu Baru ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat beberapa negeri menjalankan aktiviti perdagangan .Antara negeri-negeri tersebut ialah Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.Kawasan kuala Selangor yang terletak di muara sungai Selangor merupakan kawasan yang sesuai dan strategik untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Kedudukan strategik dikuatkan lagi dengan kawasannya yang mempunyai bukit-bukau di sekililing yang dapat memberikan perlindungan semulajadi daripada musuh. Hal ini dapat menjamin keselamatan aktiviti perdagangan di kawasan tersebut.[footnoteRef:18] Orang-orang Bugis di Selangor giat dalam perlombongan bijih timah pada abad ke-18M. Hal ini disebabkan tempat tersebut telah diperkenalkan sejak zaman Portugis lagi dan berhampiran dengan kawasan perlombongan bijih timah yang lain seperti bijih timah khususnya kepada Inggeris dan adalah bertujuan untuk menyaingi kuasa dagang Belanda. Belanda juga telah membuat perjanjian dengan raja-raja negeri melayu supaya menghantar hasil bijih timah ke Melaka dan Belanda akan membeli bijih timah itu dengan harga yang rendah.[footnoteRef:19] [18: Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 42] [19: J.M Gullick. 1960. History of Selangor 1742-1957. Singapura : Eastern University Press : Hlm 15]

Kerajaan baru Negeri Sembilan pula iaitu di Sungai Linggi yang merupakan salah satu perhubungan perdagangan antara bahagian pedalamannya dengan pelabuhan Melaka. Pelabuhan Sungai Linggi berperanan sebagai pusat pengumpulan bahan-bahan mentah dari bahagian pedalaman. Bahan-bahan hutan daripada keluaran tersebut kemudiannya dieksport ke Kerajaan Pusat, yang pada mulanya ke Temasik dan Kerajaan Melayu di Jambi dan akhirnya ke Majapahit.[footnoteRef:20] Laluan ke sungai tersebut juga digunakan oleh pengusaha dan perdagangan bijih timah dari luar serta dianggap sebagai jalan paling baik untuk sampai ke Sungai Ujong yang merupakan salah satu kawasan pengeluar bijih timah yang utama pada ketika itu.[footnoteRef:21] [20: Lee Kam Hing dan Mohd Yusoff Hashim. 1992. Peperangan Selangor-Belanda: Sebab dan Akibat Dalam Sejarah dan Proses Pembangunannya. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Lembaga Muzium Sultan Alam Shah. Hlm 68] [21: Norhalim Hj.Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 2]

Johor juga menjalankan aktiviti perdagangan. Aktiviti perdagangan di Johor ini wujud selepas kejatuhan negeri Melaka yang menjadikan Johor pelabuhan terpenting di Kepulauan Melayu. Johor merupakan pelabuhan entrepot yang terkenal. Selain itu, Johor juga telah memperdagangkan pelbagai hasil perdagangan yang diperoleh daripada wilayah jajahan takluk yang luas pada abad ke-17.Antara barang dagangan tempatan yang mempunyai permintaan yang tinggi dari luar adalah seperti damar, tikar, lada hitam dan garam. Hal ini telah menarik ramai pedagang asing datang berdagang di Johor kerana dapat menyediakan peluang dan pasaran yang baik kepada para pedagang.[footnoteRef:22] Barangan luar negeri yang didagangkan adalah seperti benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China. Pelabuhan entrepot kerajaan Johor turut memiliki kemudahan seperti gudang untuk menyimpan barang dan perkhidmatan membaiki kapal. Kapten Alexander Hamilton yang pernah melawat Terengganu dalam tahun 1719-1720 telah menggambarkan keadaan di Kuala Terengganu. [22: Ibid Hlm 23]

Kuala Terengganu mempunyai lebih kurang 1000 buah rumah yang berselerak dengan jarak jauhnya sepuluh atau dua puluh batu diantara satu sama lain. Bandar ini didiami oleh orang cina yang berdagang tiga atau empat wangkang (Junks) setahun di samping membawa barang-barang dagangan yang diperniagakan ke negeri-negeri Siam, Kemboja,Tonkin dan Sambas.Menjelang pertengahan kurun ke-18, Kuala Terengganu adalah pelabuhan singgahan yang sering dikunjungi oleh kapal-kapal Syarikat Timur Inggeris, yang memerlukan bekalan dalam perjalanan ke China. Seterusnya diikuti oleh Kapten Joseph Jackson yang singgah di Kuala Terengganu dalam kapal sewa Syarikat Hindia Timur. Sebahagian besar dari laporan kapten Jackson membincangkan tentang keperluan kompeni untuk mendirikan satu pangkalan yang kekal di Kuala Terengganu.[footnoteRef:23] Selain itu, Jean Francais de Surville (1769) yang merupakan pihak dari Perancis turut datang ke pelabuhan Terengganu. [23: Leonard Y. Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 50]

Aktiviti perdagangan yang dijalankan di negeri-negeri Melayu baru ini, tidak kira didalam dan luar kerajaan negeri memperlihatkan persamaan dari aspek ekonomi. Kesemua negeri melayu baru yang tertubuh pada abad ke-18 memperlihatkan persamaan dari segi ekonomi iaitu dengan melakukan aktiviti perdangangan.3.1.3SosialPersamaan dari aspek Sosial pula dapat dilihat daripada tujuan sesebuah perkhawinan ini dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan seseorang pemerintah dan untuk menjaga keamanan negeri. Persamaan ini wujud di negeri Kelantan dan juga Selangor.Di negeri Kelantan, perkhawinan antara Tengku Muhammad dengan Puteri Long Yunus adalah untuk mengekalkan kedaulatan kerajaan Terengganu ke atas Kelantan[footnoteRef:24].Tindakan ini telah ditentang oleh putera-putera Long Yunus secara sulit. Seterusnya ialah perkhawinan politik antara putera Sultan Terengganu dengan puteri Yang Di Pertuan Tengku Muhammad juga membawa erti bahawa kemungkinan bakal pengganti Yang DiPertuan akan dipegang oleh sesorang Putera Sultan Terengganu. Hal ini menyebabkan pengaruh kerajaan Terengganu bertambah besar walaupun ia cuba dihapuskan oleh putera-putera Long Yunus.[footnoteRef:25] [24: Abdullah Zakaria Ghazali. 1984. Terengganu dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 50] [25: Rahmad Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 52]

Negeri Selangor juga turut melaksanakan perkhawinan yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan dan juga mengembalikan keamanan di Selangor. Sultan Abdul Samad iaitu Sultan Selangor telah mengawinkan puterinya Raja Arfah dengan Tengku Dhiauddin iaitu adik kepada Sultan Kedah yang dikenali sebagai Tengku Kudin.Tengku Dhiauddin telah dilantik sebagai wakil raja mutlak. Setelah dilantik sebagai wakil mutlak, beliau berperanan untuk mentadbir negeri Selangor dan mengamankan pergaduhan yang berlaku antara raja Mahadi dan Raja Abdullah akibat perebutan takhta. Kemudiannya peranan tersebut diambil alih oleh anaknya Raja Ismail.4.0 PERBEZAAN ASAS NEGERI-NEGERI MELAYU BARU4.4.1PolitikPerbezaan dalam aspek politik adalah dari segi hubungan diplomatik yang diwujudkan. Hubungan diplomatik ini terbahagi kepada dua iaitu dengan kuasa luar ataupun hubungan diplomatik dengan pemerintah di negeri-negeri Melayu yang lain sahaja. Perbezaan hubungan diplomatik ini wujud di negeri Terengganu dan Selangor. Hubungan diplomatik dengan Negara luar di Terengganu adalah hubungan diplomatik dengan Siam. Manakala, dinegeri Selangor adalah hubungan dengan raja-raja Melayu.Hubungan diplomatik Terengganu dengan Siam terjalin semasa pemerintahan Sultan Mansur I yang merupakan Sultan Terengganu yang kedua. Beliau dianggap sebagai Sultan yang bijak dalam pemerintahan dan hubungan diplomatik bagi menjaga keamanan dan kebajikan rakyat. Bedasarkan buku Sejarah Darul Iman, hubungan diplomatik ini dikaitkan dengan hantaran Bunga Emas ke Siam.[footnoteRef:26] [26: Ibid. Hlm 56]

Pada tahun 1179H (1765), menyaksikan Sultan Mansur telah berangkat ke Kelantan di sebelah Barat dan diiringi oleh berpuluh buah perahu yang penuh dengan kelengkapan perang. Pada ketika itu, Raja Siam telah meminta bantuan Terengganu untuk sama-sama menyerang Legor. Setelah diketahui oleh Raja Legor, beliau beranggapan bahawa tiada harapan lagi dan Raja Legor tunduk di bawah pemerintahan Siam.Raja Siam telah menghadiahkan Sultan Mansur berbagai-bagai jenis barang yang dimuatkan ke dalam 20 buah perahu. Sultan Mansur pula telah membalas hadiah daripada Raja Siam itu dengan membeli Bunga Emas.[footnoteRef:27] Oleh itu, Bunga Emas ini telah dihantar ke Siam 3 kali setahun bagi tanda muhibah persahabatan antara dua buah negeri yang berdaulat. [27: Dato Haji Muhammad Saleh Bin Haji Awang.1983. Sejarah Darul Iman Hingga 1337H-1918M. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Hlm 144]

Di Selangor, hubungan diplomatik dijalankan antara raja-raja Melayu sebagai contoh, Tok Engku Klang telah menolak Raja Lumu sebagai Sultan Selangor sehingga ditabalkan oleh Sultan Perak. Baginda telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud, Perak di Kota Lumut dengan memakai gelaran Sultan Salehuddin Syah. Selepas pertabalan, Sultan Salehuddin Syah mengamalkan dasar luar yang agresif. Baginda mengadakan hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Perak adalah disebabkan sikapnya yang ingin berbaik-baik dengan orang Bugis di Selangor.[footnoteRef:28] Pada ketika itu juga baginda telah megukuhkan kedudukannya dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan raja-raja Melayu melalui perkhawinan. Sultan Salehuddin Syah telah berkhawin dengan Puteri Raja Muda Perak. [28: Ibid. Hlm 145]

4.4.2EkonomiPerbezaan dari segi ekonomi berlaku di negeri Terengganu. Negeri-negeri Melayu baru sama menjalankan aktiviti perdagangan, Kuala Terengganu pada dasarnya mempunyai persamaan dari segi ekonomi seperti di Negeri Sembilan dan Selangor. Namun ia mempunyai perbezaan sedikit, dimana negeri Terengganu mempunyai sistem mata wang dan rupa ganti duit yang baru.Dalam lingkungan kurun ke-16, 17 dan 18 Masihi, negeri Terengganu telah membentuk duit-duit tempatan sendiri bagi menampung perdagangan yang sedang pesat berkembang.[footnoteRef:29] Jenis nilai yang digunakan dan diperbuat dari logam emas adalah merupakan jenis nilai mas dan kupang. Rupa bentuk duit ini sama seperti yang diedarkan oleh Kesultanan negeri Johor dan pada masa itu juga kegunaan duit negeri Johor telah disahkan dan diperlakukan di negeri Terengganu tanpa sekatan dan larangan.[footnoteRef:30] [29: Ibid] [30: Abdullah Zakaria Ghazali. 1984. Terengganu dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia Muzium Negara. Hlm 29]

Pada kurun ke-18 duit emas jenis nilai kupang itu dibuat bersamaan dengan 12 sen atau 1 rial, daripada Dolar Spanyol di mana pada masa itu Dolar Spanyol ini telah dijadikan unit asas mata wang di seluruh Tanah Melayu[footnoteRef:31]. Walau bagaimanapun apabila dikaji secara jelas didapati bahawa dipermukaan duit itu tertera nama Sultan Zainal Abidin Shah dan sebelah belakangnya dengan kata-kata pujian Khalifatul Mukminin dalam bentuk tulisan Jawi/Arab dan ianya tidak bertarikh kecuali pada satu jenis yang dijumpai mengandungi tahun hijrah 1120 A.H bersamaan 1708.[footnoteRef:32] [31: Ibid] [32: Ibid]

Selain itu, di Terengganu, selain dari duit-duit emas, duit-duit pitis juga dibentuk menggunakan logam timah untuk menampung kekurangan duit-duit emas dan dolar-dolar asing yang digunakan secara meluas dibandar Terengganu. Dimuka depan duit pitis ini tertera ayat Malikal al Adil dalam tulisan Jawi/Arab dan dibelakangnya dengan ayat Khalifahtul Mukminin. Lama kemudiannya diikuti dengan satu siri baru pitis yang dibentuk secara kasar dan bertarikh pada tahun 1892. Pitis ini boleh ditukarkan dengan jenis nilai iaitu 10 pitis bersamaan dengan jenis nilai 1 sen duit dolar Mexico.[footnoteRef:33] [33: Ibid. Hlm 31]

Dibelakang duit ini juga tertera dengan ayat Jawi Kerajaan Terengganu 1325 dikelilingi dengan bulatan titik-titik diluarrnya pula didapati 3 bintang yang membahagikan huruf S, Z dan A iaitu kependekan nama Sultan Zainal Abidin.[footnoteRef:34] Pada tahun 1920, negeri Terengganu telah mengalami kekurangan duit kerajaan negeri terpaksa mengilang duit baru untuk menampung kekurangan yang menjejaskan ekonomi negeri. Kerajaan terpaksa menggunakan semula acuan yang bertarikh 1907, tetapi selepas itu duit ini ditarikh semula daripada edaran dan ini telah disempurnakan pada tahun 1921. Mengikut rekod yang ada,duit jenis ini telah dikilang sebanyak 1 juta keeping.[footnoteRef:35] [34: Ibid] [35: Ibid]

Seterusnya, mata wang yang terdapat di Terengganu ialah Jokoh keramik dan Jokoh Timah.Dua sistem kewangan ini merupakan bentuk ganti duit. Jokoh keramik adalah hasil cukai yang banyak dari pengeluar lessen tempat-tempat orang cina melalui kapitan cina. Hasil yang banyak juga dipungut melalui pengeluaran buah dadu dan ganti duit yang dibuat khas untuk perjudian ditempat yang diluluskan oleh kerajaan.[footnoteRef:36] Manakala Jokoh Timah pula satu rupa bentuk dengan duit cash chiratetapi ia menggunakan logam timah. Jokoh baru ini ditukarkan kepada dolar Spanyol dan Mexico.[footnoteRef:37] [36: Ibid. Hlm 33] [37: Ibid]

Akhir sekali, di negeri Terengganu ini terdapat satu lagi jenis ganti duit yang dikeluarkan oleh saudagar Singapura khas untuk digunakan di negeri Terengganu. Ianya dibentuk menggunakan kepingan tembaga dan berukuran garis 21mm. Di muka depannya dalam bentuk tulisan jawi Negeri Terengganu manakala dibelakangnya pula tertera satu keeping 1251 A.H.[footnoteRef:38] Daripada kemajuan dan beberapa jenis mata wang dan bentuk ganti duit ini jelas membezakan Terengganu dari segi ekonominya berbanding negeri Melayu lain. [38: Ibid.Hlm 35]

4.4.3SosialDari segi sosial perbezaan asas yang dapat kita perbincangkan adalah adat yang diamalkan disetiap negeri.. Adat Temenggung diamalkan disemua negeri Melayu Baru, berbeza di Negeri Sembilan yang megamalkan adat pepatih. Adat Temenggung diamalkan di negeri Melayu Baru kecuali Negeri Sembilan. Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan di Palembang. Dalam adat ini agama Islam telah termasuk sebahagian daripada adat Temenggung. Pemerintahan yang diamalkan adalah berbentuk autokratik iaitu kuasa tertinggi terletak di tangan Raja. Raja atau Sultan dibantu oleh Pembesar dengan jawatan tertentu dan Pembesar di peringkat wilayah. Sultan berkuasa melantik pembesar dan ketua kampung merupakan peringkat yang terbawah. Sultan merupakan lambang perpaduan antara rakyat dan ketua Negara, dan segala keputusan harus mendapat persetujuan dari Sultan.Adat Temenggung ini anak lelaki raja akan mewarisi takhta kerajaan. Sekiranya Sultan tidak mempunyai anak lelaki, maka akan digantikan oleh adik lelaki Sultan. Sekiranya, kedua-dua pihak ini tidak ada, maka bendahara akan menggantikan takhta kerajaan. Dari segi sistem kekelurgaan, masyarakat ini lebih menekankan sistem nasa bapa (patrilineal), iaitu memberi kepentingan kepada pihak lelaki.[footnoteRef:39] Misalnya, apabila isteri hendak tinggal dimana ia berdasarkan toleransi antara kedua-dua pihak. Perkhawinan dalam adat temenggung, sesuai dengan susunan masyarakat yang dua sisi, sistem perkahwinan Adat Temenggung adalah system endogamy.[footnoteRef:40] Larangan perkahwinan yang dikenakan antara lain adalah pertalian darah dua perempuan yang bersaudara, sepersusuan dan perempuan yang telah diceraikan suaminya.[footnoteRef:41]Dari segi perundangan yang diamalkan oleh adat istiadat ini adalah bersifat pembalasan. Misalnya hukum bunuh di balas bunuh, dan hukuman yang bersesuaian dengan hukum Islam. [39: Norhalim Hj. Ibrahim. 1993. Adat Perpatih Perbezaan Dan Persamaanya Dengan Adat Temenggung. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 135.] [40: Ibid] [41: Ibid hlm 136.]

Adat perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan ( tidak termasuk daerah Port Dickson) dan Naning di Melaka, berasal dari Minangkabau. Nama adat pepatih adalah mengambil sempena gelaran orang yang menyusur Adat Tuah Disakato, yakni adat yang diamalkan di Minangkabau, Datuk Parapatieh Nan Sebatang (Datuk Perpatih Nan Sebatang).[footnoteRef:42] Dalam sistem Adat Perpatih terdapat sistem perut dan suku. perut adalah unit terkecil dalam sistem Adat Perpatih dan setiap perut akan diketuai oleh seorang buapak. Sistem pemerintahan yang diamalkan adalah secara demokrasi iaitu golongan bawahan akan memilih pemimpin teratas. Masyarakat akan memilih Buapak, tiga orang Buapak akan memilih Lembaga manakala Lembaga pula akan memilih Undang dan Undang akan memilih seorang Yang Di pertuan Besar. [42: Ibid hlm 94.]

Hukum dan peraturan yang diamalkan Adat Perpatih adalah bertujuan untuk pemulihan dan mementingkan konsep jalinan kekeluargaan. Kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi. Ganti rugi yang dibayar berdasarkan kesalahan yang dilakukan misalnya mangsa kecurian akan memperoleh ganti rugi barang yang hilang. Hukuman bunuh hanya dilakukan oleh Yang Di pertuan Besar atau Undang sahaja, manakala hukuman yang lain boleh dijatuhkan oleh Buapak dan Lembaga.Amalan hidup masyarakat adat perpatih, tanpa mengira sama ada yang berkaitan dengan social, ekonomi atau politik, adalah berlandaskan dengan social, ekonomi atau politik,berlandaskan dua kod etika dasar, iaitu muafakat dan bekerjasama (termasuk menyera dan bergotong royong). [footnoteRef:43] Adat mengatur bahawa sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, keputusan tentangnya harus dicapai melalui perbincangan bersama di kalangan ahli atau anggota kelompok kekeluargaan yang berkenaan. Perbuatan berkumpul untuk perbincangan ini diistilahkan sebagai berkampung atau kerapatan.[footnoteRef:44] [43: Ibid hlm 127.] [44: ibid]

Adat Pepatih juga mementingkan susur galur wanita iaitu mengutamakan jurai atau keturunan wanita. Wanita mempunyai hak tersendiri iaitu mewarisi harta pusaka, anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku dan nasab keturunan dikira melalui ibu. Perkhawinan dalam adat ini mestilah antara suku yang berbeza kerana perkhawinan sesama suku dianggap mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat. Suami perlu menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak, berhampiran rumah keluarga isteri.[footnoteRef:45] Dua adat yang berbeza ini telah memperlihatkan perbezaan asas antara negeri-negeri Melayu Baru pada abad ke-18. [45: Ibid]

5.0 KESIMPULANPenubuhan kerajaan negeri Melayu Baru di Tanah Melayu, menunjukkan persamaan dan perbezaan asas yang jelas. Negeri-negeri Melayu Baru pada bidang politiknya menunjukkan persamaan. Hal ini dapat dirumuskan bahawa pemerintah yang datang memerintah di negeri Melayu Baru adalah keluarga baru dan bukan dari keluarga yang datang dari negeri tersebut. Negeri Sembilan di perintah oleh Raja Melewar dari Pagar Ruyong, Kelantan oleh Long Yunus, Selangor Sultan Salehuddin Syah, dan di Terengganu Tunku Zainal Abidin kesemua pemerintah di negeri Melayu Baru ini adalah berasal dari negeri yang lain dan datang memerintah ke Negeri Melayu Baru. Persamaan yang dari segi ekonomi dapat dirumuskan kesemua negeri-negeri Melayu Baru menjalankan ekonomi perdangangan, Cuma berbeza sedikit di Negeri Terengganu ia mempunyai sistem mata wang. Dari segi sosial dapat kita simpulkan persamaan dan perbezaannya. Persamaan dapat dilihat dalam pengamalan adat kesemua negeri Melayu Baru melaksanakan adat Temenggung kecuali di Negeri Sembilan yang melaksanakan adat Pepatih. Hal ini dapat dilihat persamaan dan perbezaan di Negeri Melayu dari segi sosialnya. Secara umumnya penubuhan negeri Melayu Baru menunjukkan banyak persamaan berbanding berbezaan. Penubuhan kerajaan Melayu baru ini banyak mendatangkan manfaat dan kelebihan terhadap Tanah Melayu pada abad ke-18.

BIBLIOGRAFIAbdullah Zakaria Ghazali. 1984. Terengganu dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato Haji Muhammad Saleh Bin Haji Awang.1983. Sejarah Darul Iman Hingga 1337H-1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Dr Haryati Hasan. 2014. Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru. Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji Muhammmad Saleh Bin Haji Awang. 1983. Sejarah Darul Iman Hingga 1337-1918. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Hkoo Kay Kim. 1989. Selangor Darul Ehsan, Satu persepsi Sejarah. Kuala Lumpur: Muzium Negeri Selangor Darul Ehsan.

J.Kenedy. 1970 . History of Malaya. New York: Macmilan St. Martia`s Press.

J.M Gullick. 1960. History of Selangor 1742-1957. Singapura : Eastern University Press.

J.M. Gullick. 1998 . A History of Selangor 1766-1939. Selangor: Printed by Academe Art & Printing Services Sdn Bhd.

J.M. Gullick. 2003. A History of Negeri Sembilan. Selangor: Academe Art & Printing Services Sdn Bhd.Lee Kam Hing dan Mohd Yusoff Hashim. 1992. Peperangan Selangor-Belanda: Sebab dan Akibat Dalam Sejarah dan Proses Pembangunannya. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Lembaga Muzium Sultan Alam Shah.

Leonard Y. Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1993. Adat Perpatih Perbezaan Dan Persamaanya Dengan Adat Temenggung. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Norhalim Hj.Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ooi Jin Bee. 1967. Land People and Economy In Malaya.London : Longman.

Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusof Hassan. 1981. Sejarah dan kesan-kesan Sejarah Kuala Selangor. Petaling Jaya: Tra-Tra.