Upload
ngodat
View
217
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERSATUAN PENGURUSAN KUIL SRI MAHA MARIAMMANBATU 14, PUCHONG
No. Pend. (6118/97 - SELANGOR)
VISIMENJADIKAN KUIL SRI MAHA MARIAMMAN PUCHONG
SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI IBADAH, PERKEMBANGAN ILMU DAN
PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN DI KAWASAN PUCHONG
MISIMELAKSANAKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PERSATUAN YANG CEKAP DAN BERHIKMAHUNTUK MEMENUHI KEHENDAK DAN HARAPAN
KEARAH MELAHIRKAN PARA PENGANUT DAN MASYARAKAT YANG BERKETERAMPILAN
Tajuk : Latar Belakang
Tarikh dibina : Mac 2006 - Mac 2010
Lokasi : Lot 6435, Jalan Besar, Batu 14 Puchong
Pemilik: Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Batu 14 Puchong (No. Pend. (6118/97 - SELANGOR)
Pihak Yang menguruskan: Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Batu 14 Puchong (No. Pend. (6118/97 - SELANGOR)
Kos Pembinaan: RM 3.5 juta
Struktur bangunan:
Saiz : 7000 kaki persegi
Jenis Bangunan : Bangunan kekal
Bahan Binaan : Simen, Besi, Batu bata, Batu granit, Jubin Marmar, Jubin, Batu Interlock, Tem baga bersadurkan emas, Batu permata dan emas tulin.
Pihak yang membina : Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Batu 14 Puchong
Luas kawasan : 1 ekar
Bentuk Bangunan : Kombinasi beberapa bentuk bangunan yang kompleks. Contoh: Pintu gerbang masuk di halaman depan. Menara Utama benbentuk separa piramid dengan ketinggian 75 kaki. Dewan sembahyang utama berbentuk segiempat tepat 60 x 122 kaki dan ketinggian 23 kaki. Dewan Kuil Siva berbentuk segiempat tepat bersaiz 18 x 30 kaki dengan 20 kaki ketinggian.
Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Batu 14, Puchong (6118/97-Selangor) adalah badan yang ditubuhkan untuk mentadbir operasi Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 14 Puchong yang berusia lebih 115 tahun. Persatuan kami komitted untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan untuk para penganut agama Hindu khususnya dan masyarakat am secara umumnya di Kawasan Batu 14, Puchong dan kawasan-kawasan yang sekitar dengannya.
Hasil usaha persatuan ini sebuah bangunan baru kuil telahpun dibina pada tahun 2010 dan kini menjadi Kuil Mariamman terbesar di Negeri Selangor dan antara yang paling besar di negara kita. Kini lebih kurang 700 penganut menjalankan pelbagai upacara keagamaan masing-masing setiap minggu.
IMBASAN SEJARAH KUIL
• Usia Kuil ini menjangkau lebih kurang 115 tahun.
• Ditubuhkan oleh para pekerja Ladang Killing Hall atau juga dikenali Ladang Guthrie yang dimiliki oleh syarikat Guthrie.
• Pengasas Kuil ini merupakan seorang Kangani yang bernama Tuan Manikam Kangani yang telah mengambil langkah-langkah awal menyatupadukan para penduduk di Ladang Killing Hall dan ladang-ladang di sekitarnya untuk membina sebuah kuil kecil bersaiz lebih kurang 50 kaki persegi.
• Menjadi satu-satunya kuil untuk masyarakat ladang dan sekitarnya ketika itu.
• Kuil ini dibina pada 1904 atas usaha Manikkam Kangani dengan bantuan penduduk ladang tersebut.
• Pada 1935 upacara pentakdisan pertama kuil diadakan.
• Pelbagai upacara keagamaan diadakan dengan perarakan kereta berhias ke sekeliling ladang dan kawasan-kawasan sekitarnya.
• Pada tahun 1970 pengubahsuaian Kuil ini dilakukan buat kali pertama dengan membesarkan bangunan sedia ada dan membina beberapa bahagian baru dalam kuil. Keluasan kuil ditambah kepada lebih kurang 100 kaki persegi.
• Persatuan Penganut Kuil ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1997 dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
• Sehingga tahun 2003 premis kuil mengalami pelbagai perubahan, pengubahsuaian dan penambahbaikan.
Pandangan Kuil pada tahun 70an dan 80an
• Usaha pembinaan kuil yang lebih besar dan lengkap dengan prasarana asas yang lebih baik dimulakan untuk keselesaan dan kebajikan para penganut yang telah bertambah. Ini selaras dengan pemodenan kawasan sekitar Batu 14, Puchong yang telah mengalami perubahan yang amat drastik.
• Pelbagai pihak termasuk Kerajan Pusat, Kerajaan Negeri, para peniaga, individu-individu tertentu dan orang awam telah menyumbangkan wang ringgit, usaha, idea dan barangan keperluan dalam pembinaan kompleks kuil yang moden dan terkini.
• Cadangan pembinaan sebuah Kuil baru dibuat pada tahun 2003.
• Pembinaan kuil baru yan ada sekarang bermula pada Mac 2006 dan selesai pada Mac 2010.
• Pembinaan kuil yang serba lengkap dan tersergah indah memakan masa hampir 4 tahun memakan belanja hampir RM 3.5 juta.
• Pada 23.05.2010 upacara pentakdisan bangunan baru kuil yang ada sekarang diadakan dengan kehadiran hampir 30,000 penganut dari sekitar kawasan Puchong dan dari pelbagai pelusuk negara.
• Kini kuil ini menjadi antara kuil Mariamman yang paling besar di Negeri Selangor dan memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan agama dan sahsiah para penganutnya.
• Lebih kurang 500 penganut menjalankan pelbagai upacara keagamaannya setiap minggu di kuil ini.
Gambar Kuil yang baru
Menara UtamaPandangan luar Dewan Sembahyang
Bahagian dalam Dewan Sembahyang
Pejabat Harian Kuil
Tajuk : Fungsi Kuil dahulu dan sekarang.
• Pada zaman dahuhu kuil ini digunakan untuk mengadakan upacara-upacara sembahyang dan menunaikan nazar masing-masing oleh para penganut Agama Hindu di kawasan Puchong.
• Para penduduk Ladang Killing Hall dan ladang-ladang sekitarnya berkumpul di satu-satunya kuil di kawasan ini dan mengadakan sembahyang serta pelbagai aktiviti berkaitan nazar masing-masing.
• Kuil juga menjadi tempat masyarakat berkumpul, bermuzakarah dan membincangkan isu-isu agama dan segala isu berkaitan kehidupan mereka.
Fungsi Sekarang.
1. Menjadi Pusat perkembangan Agama Hindu terbesar di Puchong. Contohnya lebih kuran 500-700 penganut menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing setiap minggu di sini.
2. Menjadi pusat pendidikan agama.Contohnya: Kelas Pendidikan Agama Hindu diadakan pada setiap hari Khamis 8.00-10.00 malam.
3. Menjadi Pusat bimbingan lagu-lagu pujaan Hindu (Thevaram).Contoh: Setiap Hari Jumaat 8.00-10.00 malam
4. Menjadi Pusat perkembangan Kesenian Tradisional IndiaContoh: Kelas bimbingan Instrumen musik klasik Veena - Sabtu 1.00 t.hari - 5.00 petang.
Kelas Tarian Klasik Bharatanatyam - Sabtu 10.00 - 12.00 t.hari, 2.00 - 5.00 petang Kelas Bimbingan vokal Sangeetam - Sabtu 1.00 t.hari - 5.00 petang.
5. Menjadi Tempat suci mengadakan upacara perkahwinan adat.Contoh: Lebih kurang 70 upacara perkahwinan adat diadakan di Kuil ini setiap tahun sejak 2010.
6. Menjadi Pusat Pendaftaran Perkahwinan rasmi mewakili Jabatan Pendaftaran NegaraContoh: En. Mogan Kumar merupakan Penolong Pendaftar Perkahwinan (JPN)
7. Menjadi pusat pelancungan. Contoh: Pelancung-pelancung dari seluruh pelusuk negara sering berkunjung ke Kuil ini untuk memunaikan hajar, sembahyang dan juga untuk melawat.
8. Menjadi pusat bimbingan pendidikan pelajar-pelajar UPSR, PT3, SPM
Seminar pendidikan untuk pelajar
Sembahyang hajat untuk pelajar UPSR, PT3, SPM
Seminar kerjaya untuk pelajar-pelajar lepasan SPM
Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan
Aktiviti Gotong royong oleh pelajar sekolah dan sukarelavan
Tajuk : Memelihara dan memulihara
Visual bangunan dewan serbaguna Kuil yang bakal dibina