Upload
donguyet
View
223
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI MAD‘U TERHADAP PENDEKATAN DAKWAH MELALUI MEDIAELEKTRONIK : SATU KAJIAN DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI
PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
MOHD RIFAIE B MOHAMED FAUDZI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESTS .
JUDT]L: PERSEPSI MAD.U TERHADAP PENDEKATAN DAKWAH MELALUIMEDIA ELEKTRONIK :,SATU KAJIAIT{ DI KALANGAN MAIIASISWAFAKULTI PENDIDIKAN UNTVERSITI TEIil\TOI{OGI MALAYSL{.
Say4
SESI PENGAJIAN z 200912010
MOHD RIFAIE B MOHAMED F'AUDZI(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSN{lSarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja.3, Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( '{ )
SULIT
TERIIAI)
TIDAK TERIIAI)
Alamat Tetap :LOT 914, KG DUSUN PINANG,JLN SALO& 15100, KOTA BHARU,KELANTA.N.
Tarikh: APRIL 2010
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSTA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
DISAHKAN OLEH:
(TANDATANGAN PENYELIA)
Nama Penyelia:DR" HJ MOHD ISMAIL B MUSTARI
Tarikh : APRIL 2010
CATATAN: {.*rS
Potong yang tidak berkenaanJika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi liazahDoktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
a
"Saya mengaku balrawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serla Pendidikan (Pengajian Islam)".
Tandatangan : {L,**o&'Nama Penyelia : DR, HJ MOHD ISMAIL B MUSTARI
Tarikh : APRIL 2010
PERSEPSI MAD‘U TERHADAP PENDEKATAN DAKWAH MELALUI MEDIA
ELEKTRONIK : SATU KAJIAN DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI
PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
MOHD RIFAIE B MOHAMED FAUDZI
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
PENGAKUAI{
" Saya akui karya ini adalah hasil keda saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
MOHD RIFAIE B MOHAMED F'AT]I}ZI
APRIL 2OIO
iii
DEDIKASI
Buat insan yang dikenang
Bondaku
Tuan Hjh Aminah bt Raja Salleh
Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanannu dalam mendidik dan
membesarkanku serta sentiasa mendoakanku, sesungguhnya kasih ibu membawa ke
syurga.
Ayahandaku
Tn Hj Mohamed Faudzi b Hj Ahmad
Terima kasih atas doa dan sokonganmu dalam mendidikku.
Kekandaku
Terima kasih di atas pengorbanan sepangjang pengajianku di UTM. Semoga Allah
memberi ganjaran yang sebaiknya.
Khas untuk Dr Hj Mohd Ismail B Mustari
Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan dan mendidikku menjadi insan yang berilmu
dan berguna.
Sahabat seperjuangan
Jasa dan pertolonganmu semua akan kukenang hingga akhir hayat dan semoga
Allah melimpahkan rahmat buat kita semua.
Terima Kasih.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan
kurniaNya dan dengan izinNya projek ini dapat dijalankan serta disempurnakan.
Selawat serta salam buat Rasulullah saw, ahli keluarga baginda, para sahabat dan
sekalian mujahidin Islam.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Dr. Hj Mohd
Ismail b Mustari, selaku penyelia tesis ini yang banyak membantu dalam memberi
bimbingan serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat buat pensyarah-pensyarah
dan warga staf Fakuti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan (FP) dalam
membantu dan memberi informasi bagi menyiapkan tesis ini.
Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
berjuang di jalan Allah, serta buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu laporan ini. Segala sumbangan dan dorongan kalian akan
diberkati, Insya Allah. Akhir kata, sekian terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi mad‘u terhadap
pendekatan dakwah melalui media elektronik. Antara aspek-aspek yang dikaji dalam
kajian ini ialah latar belakang responden, aktiviti-aktiviti dakwah, pendekatan
dakwah melalui media elektronik dan faktor-faktor pendekatan dakwah melalui
media elektronik. Kajian ini melibatkan 143 responden dari Fakulti Pendidikan yang
mengambil kursus Sains serta Pendidikan Islam (SPI), Sains serta Pendidikan Sains
(SPN), Sains dan Komputer serta Pendidikan Matematik (SPT), Teknologi serta
Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) dan Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik
(SPP). Set soal selidik yang mengandungi 42 item telah diedarkan kepada responden
dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan
min menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science 14.0 for
Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.806. Berdasarkan dapatan
kajian yang diperolehi, kebanyakan responden bersetuju dengan aktiviti-aktiviti
dakwah yang dijalankan di UTM dengan nilai min yang tinggi iaitu 4.14. Dapatan
kajian juga menunjukkan responden bersetuju dengan penggunaan pendekatan
dakwah melalui media elektronik berdasarkan nilai min 4.30. Manakala bagi faktor-
faktor pendekatan dakwah melalui media elektronik, majoriti responden bersetuju
dengan faktor-faktor tersebut berdasarkan nilai min yang tinggi iaitu 4.27. Pada akhir
kajian juga disertakan beberapa cadangan agar menjadi panduan dan tindakan pihak-
pihak tertentu.
vi
ABSTRACT
This research was conducted aimed to determine perception approach mad'u of
da'wah through electronic media. Among the aspects being studied in this research is
the background of respondents, da'wah activities, da'wah approach through electronic
media and factors approach to da'wah through electronic media. This research
involved 143 respondents from the Faculty of Education who took the course of
Science and Islamic Education (SPI), Science and Science Education (SPN),
Computer Science and Mathematics Education (SPT), Technology and Life Skills
Education (SPH), Science Computers and Physics Education (SPP). Set of
questionnaire containing 42 items were distributed to respondents and analyzed to
obtain descriptive value of frequency, percentage, and mean using the Statistical
Package for Social Science 14.0 for Windows. Questionnaire reliability value is α =
0.806. Based on research findings obtained, most respondents agreed with the da'wah
activities carried out in UTM with the high value of 4.14 mean. Research findings
also showed respondents agree with the use of electronic media through da'wah
approach based on 4.30 mean. As for factors approach to da'wah through electronic
media, the majority of respondents agreed with the factors based on the high value of
4.27 mean. At the end of the study also included several recommendations and
actions to be guided by certain parties.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Kesimpulan 15
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Pengertian Dakwah 16
2.3 Hukum Dakwah 17
2.4 Aktiviti Dakwah 19
2.4.1 Ceramah Agama 19
2.4.2 Kempen 20
2.4.3 Kelas Bimbingan Fardhu Ain 20
2.4.4 Kelas Bimbingan al-Quran Dan Kelas
Tadarus al-Quran 21
2.4.5 Program Usrah 21
2.4.6 Program Qiamullail 22
2.4.7 Menunaikan Solat Berjamaah 22
2.5 Pendekatan Dakwah 23
2.5.1 Hikmah 24
2.5.2 Nasihat 25
2.5.3 Berdebat Atau Diskusi 25
2.5.4 Ceramah 27
2.5.5 Kaunseling 27
2.5.6 Lawatan 28
2.5.7 Risalah 28
2.6 Pendekatan Dakwah Melalui Media Elektronik 29
2.6.1 Televisyen 30
2.6.2 Telefon Bimbit 32
2.6.3 Cakera CD dan DVD 34
2.6.4 Komputer 36
2.6.5 Internet 37
2.6.5.1 Website 39
2.6.5.2 Email 40
2.6.5.3 FAQ 41
2.6.5.4 Newsgroup 42
ix
2.7 Faktor-faktor Pendekatan Dakwah Melalui
Media Elektronik 42
2.7.1 Kemudahan Teknologi 43
2.7.2 Harga 44
2.7.3 Galakan Keluarga 44
2.7.4 Ekonomi 45
2.7.5 Budaya Persekitaran 45
2.7.6 Kemahiran Teknologi 46
2.8 Kajian Lepas 47
2.9 Kesimpulan 48
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 49
3.2 Rekabentuk Kajian 49
3.3 Lokasi Kajian 50
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 50
3.5 Instrumen Kajian 51
3.5.1 Pengumpulan Data Premier 52
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 54
3.6 Prosedur Kajian 55
3.7 Kajian Rintis 56
3.8 Analisis Data 56
3.9 Jangkamasa Kajian 57
3.10 Penutup 58
x
BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 59
4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang
Responden 60
4.3 Bahagian B: Analisis Taburan Skor Persepsi
Mahasiswa Fakulti Pendidikan Terhadap
Aktiviti-aktiviti Dakwah. 65
4.4 Bahagian C: Analisis Taburan Skor Persepsi
Mahasiswa Fakulti Pendidikan Terhadap
Pendekatan Dakwah Melalui Media Elektronik. 71
4.5 Bahagian D: Analisis Taburan Skor Persepsi
Mahasiswa Fakulti Pendidikan Terhadap
Faktor-Faktor Pendekatan Dakwah Melalui
Media Elektronik. 78
4.6 Rumusan Min Dapatan Kajian 85
4.6.1 Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan
Terhadap Aktiviti Dakwah. 85
4.6.2 Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan
Terhadap Pendekatan Dakwah Melalui
Media Elektronik. 87
4.6.3 Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan
Terhadap Terhadap Faktor-faktor
Pendekatan Dakwah Melalui Media
Elektonik. 89
4.7 Kesimpulan 92
xi
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 93
5.2 Perbincangan 94
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 94
5.2.2 Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan
Terhadap Aktiviti-aktiviti Dakwah. 96
5.2.3 Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan
Terhadap Pendekatan Dakwah Melalui
Media Elektronik. 97
5.2.4 Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan
Terhadap Faktor-faktor Pendekatan
Dakwah Melalui Media Elektronik. 99
5.3 Rumusan 101
5.4 Cadangan 102
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 104
5.6 Penutup 105
BIBLIOGRAFI 106
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah sampel pelajar tahun empat di Fakulti Pendidikan 51
3.2 Skala Likert 53
3.3 Klasifikasi item mengikut persoalan kajian 54
3.4 Skala pemeringkatan likert untuk min 57
4.1 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 61
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 62
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 62
4.4 Taburan Responden Mengikut Status 63
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 64
4.6 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Terdahulu 64
4.7 Taburan Skor bagi item B1 65
4.8 Taburan Skor bagi item B2 66
4.9 Taburan Skor bagi item B3 66
4.10 Taburan Skor bagi item B4 67
4.11 Taburan Skor bagi item B5 67
4.12 Taburan Skor bagi item B6 68
4.13 Taburan Skor bagi item B7 68
4.14 Taburan Skor bagi item B8 69
4.15 Taburan Skor bagi item B9 69
4.16 Taburan Skor bagi item B10 70
4.17 Taburan Skor bagi item B11 70
4.18 Taburan Skor bagi item B12 71
4.19 Taburan Skor bagi item C1 72
4.20 Taburan Skor bagi item C2 72
4.21 Taburan Skor bagi item C3 73
xiii
4.22 Taburan Skor bagi item C4 73
4.23 Taburan Skor bagi item C5 74
4.24 Taburan Skor bagi item C6 74
4.25 Taburan Skor bagi item C7 75
4.26 Taburan Skor bagi item C8 75
4.27 Taburan Skor bagi item C9 76
4.28 Taburan Skor bagi item C10 76
4.29 Taburan Skor bagi item C11 77
4.30 Taburan Skor bagi item C12 77
4.31 Taburan Skor bagi item D1 78
4.32 Taburan Skor bagi item D2 79
4.33 Taburan Skor bagi item D3 79
4.34 Taburan Skor bagi item D4 80
4.35 Taburan Skor bagi item D5 80
4.36 Taburan Skor bagi item D6 81
4.37 Taburan Skor bagi item D7 81
4.38 Taburan Skor bagi item D8 82
4.39 Taburan Skor bagi item D9 82
4.40 Taburan Skor bagi item D10 83
4.41 Taburan Skor bagi item D11 84
4.42 Taburan Skor bagi item D12 84
4.43 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Persepsi Mahasiswa Fakulti
Pendidikan Terhadap Aktiviti Dakwah. 85
4.44 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Persepsi Mahasiswa
Fakulti Pendidikan Terhadap Pendekatan Dakwah Melalui
Media Elektonik 87
4.45 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Persepsi Mahasiswa Fakulti
Pendidikan Terhadap Terhadap Faktor-faktor Pendekatan
Dakwah Melalui Media Elektonik 89
4.46 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 92
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABIM - Angkatan Belia Malaysia
FAQ - Frequently Asked Question
FTI - Fakulti Tamadun Islam
HEP - Hal Ehwal Pelajar
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JKSK - Jawatan Kuasa Saudara Kita
PDRM - Polis Diraja Malaysia
PERKIM - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
PICC - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajayap
PMI - Persatuan Mahasiswa Islam
RM - Rakan Masjid
S.W.T - Subhanahu Wata cala
saw - Sallallahu calaihi wa-sallam
SPH - Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup
SPI - Sains serta Pendidikan Islam
SPN - Sains serta Pendidikan Sains
SPP - Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik
SPSS - Statistical Package For Social Science
SPT - Sains dan Komputer serta Pendidikan Matematik
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Dakwah begitu sinonim dengan masyarakat Islam dalam menggerakkan amar ma’ruf
dan nahi munkar. Menurut Ghazali Darusalam (1996:5) Syeikh Ali Mahfuz di dalam
kitabnya yang bertajuk “Hidayat al-Mursyidin”, dakwah ialah ijad al-Din iaitu “untuk
memperlengkapkan agama”. Adanya agama menyebabkan adanya dakwah. Oleh itu
agama dan dakwah tidak boleh dipisahkan dan saling lengkap-melengkapi. Dakwah juga
bertujuan untuk mempertahankan dan mengembangkan eksistensi (kewujudan) sesuatu
agama.
Menurut Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam Prof. Dr. Moh. Ali Aziz
(2009:12) mendefinisikan dakwah ialah program sempurna yang menghimpunkan
semua pengetahuan yang dibutuhkan oleh manusia di semua bidang, agar ia dapat
memahami tujuan hidupnya serta menyelidiki petunjuk jalan yang mengarahkannya
menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk.
2
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Ab Aziz Mohd Zin (1999:1) menyatakan dakwah
sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk
agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala
bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri
dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi,
memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak ke atas orang
yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran,
dan berjihad pada jalan-Nya.
Perkataan dakwah begitu popular dalam masyarakat Islam di Malaysia.
Demikian juga dengan kegiatan dakwah yang berjalan dengan lancar di seluruh tanah air
sama ada dilaksanakan oleh badan-badan rasmi atau agensi-agensi kerajaan ataupun
yang diusahakan oleh pertubuhan dakwah sukarela dan badan-badan kebajikan.
Sebenarnya kegiatan dakwah yang terdapat di negara kita sekarang ini lanjutan daripada
perkembangan dakwah dan islam di tanah air semenjak kedatangan islam di Melaka
yang mula bertapak pada kira-kira awal abad ke-15 Masihi. Gerakan dakwah Islamiah di
negara ini tidak pernah berhenti sejak enam abad yang lalu hingga sekarang. (Ghazali
Darusalam, 1996: 8 ).
Dakwah merupakan kewajipan syar’i, berdasarkan dalil firman Allah S.W.T ;
3
“Dan (Ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa
kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau
mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" mereka menjawab:
"Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada
Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa. Maka tatkala mereka melupakan
apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang
yang melarang dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-
orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat
fasik.”
(Surah Al-A’raf :164-165)
Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa melaksanakan dakwah walaupun
dalam keadaan umat telah bergelumbang dengan maksiat dan kemungkaran tetap
menjadi tanggungjawab seseorang muslim menunaikan tanggungjawab. Ini
menunjukkan bahawa seseorang muslim itu tidak mengabaikan tugasnya untuk
mencegah kemungkaran dalam masyarakat. (Ghazali Darusalam, 1996:22).
Justeru itu, menegakkan amar makruf dan nahi mungkar adalah satu
tanggungjawab bersama umat Islam dan bukannya sebahagian umat atau golongan
tertentu sahaja.Terdapat banyak pendekatan dakwah yang boleh diaplikasikan oleh para
pendakwah agar masyarakat dapat menerima dan memahami Islam dengan lebih
berkesan.
Kemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu
punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengkagumkan pernah dicapai oleh akal
manusia yang dikurniakan Allah S.W.T selama ini.
4
Sungguhpun teknologi maklumat telah digunakan agak meluas di negara kita
melalui pembukaan laman web untuk individu dan organisasi-organisasi yang tertentu,
mungkin aktiviti ini tidak banyak melibatkan organisasi agama atau individu yang
berautoriti dalam bidang agama di negara kita. (Ismail Ibrahim, 1999:334).
Oleh itu, umat Islam perlu berusaha untuk menguasai bidang teknologi maklumat
ini kerana ia merupakan wahana dakwah terbaru yang perlu dikuasai dalam menjelaskan
Islam kepada masyarakat dunia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Realiti senario masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini sering terjebak dalam salah
laku jenayah. Laporan media berkaitan kegiatan jenayah yang berlaku di mana-mana
tanpa mengira tempat dan waktu menggambarkan seolah-olah persekitaran kehidupan
kini tidak lagi selamat.
Menurut laporan akhbar Berita Harian yang bertarikh 29 Julai 2009, laporan
Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) 2005 antara lain menyatakan reputasi Malaysia sebagai negara yang selamat,
terjejas teruk oleh kenaikan kadar jenayah. Sehingga ke hari ini, kes jenayah jalanan
seperti ragut, samun, pecah rumah dan seluk saku terus berlaku. Fenomena tidak ada
penyelesaiannya. Penjenayah jalanan semakin berani sehingga ada yang sanggup
mencederakan mangsa, malah menyebabkan maut. Statistik polis menunjukkan jenayah
jalanan meningkat 9.58 peratus kepada 19,343 kes sepanjang Januari hingga Jun lalu. Ia
bersamaan purata hampir 110 kes sehari berbanding 17,652 kes pada tempoh sama tahun
5
sebelumnya, cukup memberi gambaran untuk memberi gambaran mengenai tahap gejala
itu.
Gejala sosial yang timbul pada hari ini memerlukan satu pengurusan dakwah
yang lebih teratur dan terancang. Ia mestilah berpandukan kaedah dan pendekatan yang
telah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w sebagai model dan contoh pemimpin yang unggul.
Sekiranya alternatif lain diambil seperti alternatif training dan latihan fizikal diutamakan
adakah pengurusan dakwah Islamiah sudah tidak mampu digunakan pada hari ini?.
Apabila dianalisis gejala sosial yang berlaku pada zaman moden yang serba canggih dan
pertumbuhan teknologi yang pesat ini, didapati tidak berbeza dengan peristiwa yang
berlaku pada zaman jahiliah dan kepada masyarakat yang tidak bertamadun. Oleh kerana
kewujudan gejala sosial kini berpunca daripada salah faham dan tidak menfaatkan secara
betul terhadap perubahan sosial, pembangunan, permodenan, penghijrahan penduduk,
aspek pertumbuhan perekonomian, pembangunan pesat bandar, kota atau pelabuhan,
pembangunan telekomunikasi serta teknologi maklumat, pembangunan fizikal
perancangan perumahan dan kehadiran budaya kuning (jahiliah), telah memaksa satu
pendekatan baru dalam pengurusan dakwah yang berteraskan kepada dakwah Rasulullah
s.a.w dipraktikkan seperti mana yang dipraktikkan oleh para sahabat baginda. (Fariza
Md Sham, 2000: 143).
Penyalahgunaan teknologi dan telekomunikasi yang kian berkembang pesat ini
amatlah membimbangkan semua pihak. Ini dapat dibuktikan bahawa budaya hedonisme
semakin menjadi-jadi dikalangan umat Islam terutamanya masyarakat Melayu Islam.
Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 17 Ogos 2009, menyatakan Naib Presiden
Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, kajian AGB Nielsen Media
Research mendapati lapan buah saluran-saluran Melayu Astro telah mendominasi
jumlah penonton di kalangan penonton-penonton TV Melayu. "Perkembangan ini
membawa berita baik buat kami semua apabila mendapati sebahagian besar daripada
statistik itu disumbang oleh penonton-penonton drama dan program realiti terbitan
6
sendiri yang ditayangkan di Astro." ujar Khairul. Menurut Khairul, rancangan Akademi
Fantasia musim ketujuh (AF7) baru-baru ini meraih purata lebih dari 1 juta penonton
pada setiap konsert mingguan. Program realiti mencari bakat pelawak pula iaitu Raja
Lawak meraih jumlah penonton seramai 1.3 juta orang pada episod akhir musim ketiga.
Program Jangan Lupa Lirik pula meraih penonton seramai 3.5 juta orang dan Sehati
Berdansa pula berjaya meraih lebih daripada 2 juta penonton daripada kalangan
penonton Melayu. Bukan itu sahaja, slot tayangan drama iaitu Primawara di Astro
Prima, Mertua vs Menantu, berjaya meraih purata 2.7 juta penonton pada setiap minggu
dan episod akhir drama ini merupakan program yang paling banyak ditonton di platform
Astro.
Oleh itu, penggunaan teknologi dan telekomunikasi bukanlah untuk hiburan
semata-mata, tetapi ia juga perlu diaplikasikan dalam bidang pengurusan dakwah agar ia
memberi kesan kepada masyarakat Islam. Ini sejajar dengan saranan yang dikeluarkan
oleh akhbar Berita Harian yang bertarikh 1 Julai 2009, menyatakan Islam adalah cara
hidup dan mementingkan perdamaian sesama seagama dan penganut agama berlainan.
Islam hari ini dilihat sebagai alat untuk menjustifikasikan sesuatu perkara dengan dalil
serta hujah politik yang asyik meletakkan kesalahan pada bahu orang lain tanpa
mencermin diri sendiri. Hanya dengan pendedahan internet anak muda akan tahu mana
intan atau kaca. Blog pemikir Islam harus diwujudkan segera dan kita perlu menjadi
perintis usaha ini.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Masyarakat pada abad ke 21 wujud ditandai dengan dominasi teknologi maklumat.
Revolusi dalam IT telah memberi impak yang besar dalam sesebuah masyarakat kerana
segala maklumat mudah didapati dan menjimatkan masa.
Negara Malaysia sekali lagi sedang menghadapi revolusi iaitu daripada revolusi
pertanian kepada revolusi perindustrian dan kini yang terbaru revolusi teknologi
maklumat (IT) seperti mana yang telah dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr Mahathir
Mohamed Perdana Menteri Malaysia pada 11 Oktober 1997. Pelancaran ini bermakna
negara Malaysia sedang menuju alaf baru iaitu satu zaman yang berteraskan teknologi
maklumat. Revolusi IT ini mempercepatkan lagi proses globalisasi yang mencorak dan
mempengaruhi gaya hidup masyarakat. Sekali lagi arah global sekarang memaksa
masyarakat menyesuaikn diri dengan zaman baru yang lebih berbeza daripada zaman
dahulu. Masyarakat tidak mampu menyekat perkembangan dan perubahan yang berlaku
tetapi sebaliknya masyarakat memerlukan sikap yang baru dan lebih terbuka serta
bersedia menerima perubahan. Oleh itu, para pendakwah perlu peka kepada implikasi
proses globalisasi yang amat mempengaruhi perkembangan dakwah Islamiah. (Fariza
Md Sham, 2000:12).
Dalam kajian disiplin ilmu dakwah berdasarkan teks-teks yang ditulis, pemikiran
tentang penggunaan teknologi untuk menyampaikan mesej secara teknikal tidak
diperolehi. Unsur-unsur dakwah yang dibincang hanya meliputi unsur proses dakwah
yang asas seperti pendakwah, mauduk, manhaj dan sasaran. Aspek keberkesanan atau
kaedah pengukuran keberkesanan secara saintifik juga jarang-jarang disentuh. Jika
kesimpulan boleh dibuat setakat ini dengan meneliti teks-teks yang menjadi rujukan
utama dalam bidang pengajian dakwah, ini bermakna pemikiran untuk membentuk
pendakwah-teknologi atau tekno-da’ie belum berbudaya dalam melahirkan sumber
8
tenaga pendakwah yang bersifat professional. Terdapat perbincangan yang dilakukan
tentang penggunaan media dalam metodologi dakwah yang diutarakan secara umum
misalnya Profesor Dr. Ab. Aziz dan penulis sendiri. Gagasan pemikiran untuk
menggabungkan aspek manhaj dakwah dan penggunaan teknologi termasuk aspek
teknikal berkaitan dengan penggunaan internet, intranet dan sebagainya masih belum
matang. (Zulkiple b. Abd. Ghani, 2004:178).
Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauhmanakah
pendekatan dakwah melalui media elektronik oleh para pelajar. Secara umumnya, kajian
ini lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti dakwah dan faktor-faktor pendekatan dakwah
melalui media elektronik dikalangan para pelajar.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan terhadap aktiviti dakwah.
1.4.2 Mengenalpasti persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan terhadap pendekatan
dakwah melalui media elektonik.
1.4.3 Mengenalpasti persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan terhadap faktor-faktor
pendekatan dakwah melalui media elektonik.
9
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan terhadap aktiviti dakwah?
1.5.2 Apakah persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan terhadap pendekatan dakwah
melalui media elektonik?
1.5.3 Apakah persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan terhadap faktor-faktor
pendekatan dakwah melalui media elektonik?