24
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) Disahkan oleh: ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Dr. Mohd Safarin Bin Nordin Tarikh: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Tarikh: Alamat Tetap: Ducong Inn Kuala Pontian, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. TERHAD TIDAK TERHAD SULIT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN

PELAJAR KOLEJ KOMUNITI.

SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012

Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972 )

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan )

Disahkan oleh:

( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

Dr. Mohd Safarin Bin Nordin

Tarikh:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh:

Alamat Tetap:

Ducong Inn Kuala Pontian,

26800 Kuala Rompin,

Pahang Darul Makmur.

TERHAD

TIDAK TERHAD

SULIT

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan

kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal).”

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Penyelia : DR. MOHD SAFARIN BIN NORDIN

Tarikh : ………………………………………..

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM

KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JANUARI 2012

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………………

Nama Penulis : KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD

Tarikh : ………………………………………………..

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang Syukurku Atas Segala

Kurniaan-Mu Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W.

Kasih Sayang Buat Ibunda Maziah Osman Dan Ayahanda Muhamad Muda Serta

Arkmaz Yang Banyak Menyokong.

Al-Fatihah Buat Abang Tersayang, Kamarrul Arkmaz Yang Amat Dirindui.

Semoga Ditempatkan Dikalangan Kekasih-NYA.

Jutaan Terima Kasih Kepada Pensyarah Pembimbing Dr. Mohd Safarin Bin Nordin

Atas Tunjuk Ajar Dan Ilmu Yang Diberikan.

Tidak Lupa Kepada Rakan Yang Banyak Membantu Semoga Kalian Dirahmati-NYA

Selalu. Amin.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat

dan kurnia-Nya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat

serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan

untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd

Safarin bin Nordin, selaku penyelia dan pembimbing penyelidik kerana banyak

meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada

penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan

projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.

melimpahkan rahmat-Nya di atas segala jasa baik yang dihulurkan. Di kesempatan

ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu

mendoakan serta memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja

yang penyelidik lakukan

Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih

diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea

kepada penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T. Akhir

sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T.yang dapat

membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.

Sekian, Wassalam.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pembudayaan pembelajaran sepanjang

hayat dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti. Terdapat empat persoalan yang dikaji

iaitu pencarian maklumat, penilaian kendiri, pembelajaran autonomi dan

pengaplikasian maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan

populasi kajian 165 orang, seramai 116 pensyarah dilibatkan sebagai sampel kajian

dan dipilih menggunakan kaedah persampelan Krejcie and Morgan. Penyelidikan ini

adalah penyelidikan kuantitatif dan menggunakan rekabentuk kajian berbentuk

deskriptif. Kajian ini menggunakan satu soal selidik sebagai instrumen kajian yang

dibahagikan kepada bahagian A dan B. Hasil daripada kajian rintis yang dilakukan

menunjukkan kebolehpercayaan alpha cronbach bagi instrumen kajian ini adalah

=0.94. Data-data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan

menggunakan perisian “Statistical Package of Sosial Science” (SPSS version 15.0).

Hasil kajian ini ditunjukkan menerusi jadual-jadual yang mengandungi kekerapan,

peratusan dan nilai min. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelajar tidak

membudayakan konsep pembelajaran sepanjang hayat semasa P&P. Ini berdasarkan

nilai min keseluruhan iaitu 4.48 yang mana berada dibawah purata min kajian iaitu

4.61. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang

dikemukakan kepada pelajar, pensyarah dan pihak Kolej komuniti. Kajian lanjutan

juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

vi

ABTRACT

This study aims to identify the culture of lifelong learning among Kolej Komuniti

students. There are four questions that examined the information search, self-

assessment, autonomous learning and the application of information during the

process of teaching and learning. With a population study of 165 people, a total of

116 lecturers involved in the selected sample and sampling method Krejcie and

Morgan. This research, it is a quantitative research using a descriptive form of

research design. This study uses a questionnaire as a research instrument which is

divided into parts A and B. Results of pilot studies carried out showed the value of

Alpha Cronbach reliability of the instruments of this study was = 0.94. The data

obtained from questionnaires analyzed using the software Statistical Package of

social Science (SPSS version 15.0). The result of this study is shown through the

tables containing frequency, percentage and the mean value. Results from this study

show that students do not cultivate the concept of lifelong learning in T & L. This is

based on the overall mean value of 4.48 which is under study the mean average of

4.61. The study concludes with some suggestions from the researchers who

presented to the students, lecturers and the Kolej Komuniti. Further research is also

intended for research in the near future.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH DAN CARTA xii

SENARAI SIMBOL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Penyataan masalah 6

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Persoalan kajian 7

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

viii

1.6 Kepentingan kajian 7

1.7 Skop dan batasan kajian 8

1.9 Definisi istilah 8

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Kolej Komuniti 11

2.3 Pembudayaan 14

2.4 Pembelajaran 15

2.5 Pembelajaran sepanjang hayat 16

2.5.1 Konsep pembelajaran sepanjang hayat 17

2.6 Kolej Komuniti sebagai hab pembelajaran sepanjang hayat 18

2.7 Literasi maklumat 22

2.8 Penilaian kendiri 24

2.9 Pembelajaran autonomi 26

2.10 Kesimpulan 28

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 29

3.2 Rekabentuk kajian 29

3.3 Populasi kajian 30

3.4 Persampelan kajian 30

3.5 Instrumen kajian 33

3.6 Proses kajian 35

3.7 Kajian rintis 37

3.8 Pengumpulan data 38

3.9 Analisis data 38

3.10 Kesimpulan 40

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

ix

4.0 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 41

4.2 Analisis bahagian A: Maklumat diri responden 41

4.3 Analisis bahagian B: Persoalan kajian 43

4.3.1 Analisis persoalan kajian 1 43

4.3.2 Analisis persoalan kajian 2 46

4.3.3 Analisis persoalan kajian 3 49

4.3.4 Analisis persoalan kajian 4 52

4.4 Ringkasan nilai min 55

4.5 Kesimpulan 56

5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 57

5.2 Rumusan kajian 58

5.3 Perbincangan 59

5.3.1 Perbincangan maklumat diri responden 60

5.4 Cadangan 64

5.4.1 Dari aspek pengaplikasian konsep PSH 64

semasa P&P oleh pelajar

5.4.2 Dari aspek pendedahan konsep PSH 65

semasa P&P kepada pelajar

5.4.3 Cadangan kajian lanjutan 66

5.5 Penutup 67

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

x

RUJUKAN 68

LAMPIRAN

LAMPIRAN A 76

LAMPIRAN B 77

LAMPIRAN C 81

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan sampel mengikut Kolej Komuniti 33

3.2 Taburan item mengikut persoalan kajian 34

3.3 Skala tujuh mata skor 34

3.5 Jadual statistik 39

4.1 Jadual taburan responden mengikut Kolej 42

Komuniti

4.2 Taburan responden mengikut jantina 42

4.3 Penilaian responden terhadap pelajar dalam 44

mempraktikkan pencarian maklumat semasa P&P

4.4 Penilaian responden terhadap pelajar dalam 47

mempraktikkan penilaian kendiri semasa P&P

4.5 Penilaian responden terhadap pelajar dalam 49

mempraktikkan pembelajaran autonomi semasa

P&P

4.6 Penilaian responden terhadap pelajar dalam 52

pengaplikasian maklumat yang diperolehi semasa

P&P

4.7 Ringkasan nilai min mengikut persoalan kajian 55

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Skala purata min 39

SENARAI CARTA

NO. CARTA TAJUK HALAMAN

3.1 Carta aliran proses penyelidikan 35

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

xiii

SENARAI SIMBOL

- Alpha cronbach

% - Peratus

f - Kekerapan

+ - Tambah

- - Tolak

x - Darab

÷ - Bahagi

= - Sama dengan

² - Kuasa dua

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

xiv

SENARAI SINGKATAN

PSH - Pembelajaran Sepanjang Hayat

KK - Kolej Komuniti

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

JPKK - Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

S - Sentiasa

AK - Amat Kerap

K - Kerap

KK - Kadang-kadang

JJ - Jarang-jarang

AJ - Amat Jarang

TP - Tidak Pernah

SPSS - Statistical Package for the Social Science

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Jadaual saiz sampel Krejcie & Morgan 76

B Soal selidik 77

C Pengesahan soal selidik 82

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Istilah belajar terbitan daripada perkataan ajar iaitu, satu ungkapan yang

sangat sinonim kepada setiap individu. Belajar untuk mendapatkan pengetahuan atau

kemahiran melalui pengajian, pengalaman atau pengajaran. Kesedaran melalui

maklumat atau pemerhatian, menyedari dan menjadi tahu adalah kesan dari proses

belajar. Kegiatan atau proses yang berkaitan belajar adalah pembelajaran (Kamus

Dewan, 2008).

Pembelajaran bagi seseorang individu bermula pada saat seseorang tidak

mengetahui apa-apa sehingga mereka boleh berdikari dengan sendiri dalam segala

aspek kehidupan, daripada berkaitan dengan individu, keluarga, komuniti di

persekitaran mereka seterusnya kepada seluruh masyarakat. Proses pembelajaran

adalah satu proses yang berpanjangan dan berterusan dalam setiap individu

khususnya tidak kira secara formal atau tidak formal. Umumnya pendidikan di

sekolah dikatakan proses pembelajaran yang formal dan pembelajaran bukan sahaja

berlaku semasa waktu persekolahan (Fuare et al., 1972). Menurutnya lagi

pembelajaran untuk kehidupan, pembelajaran untuk belajar agar menjadikan

seseorang individu yang mampu mendapatkan pengetahuan sepanjang hidup.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

2

Menurut Micheal (1997) pembelajaran sepanjang hayat (PSH) pula dianggap

sebagai pembangunan bagi masyarakat berilmu. Pembangunan teknologi dan

pengetahuan menjana kearah keperluan perlaksanaan PSH (Mohamed Rashid dan

Mohd Nasir,2003). Pembelajaran adalah sepanjang hayat, pendidikan bagi kanak-

kanak, remaja dan orang dewasa tidak boleh dipisahkan (Faure et al., 1972).

Bertepatan dengan itu, Kementerian Pendidikan (1988) menyatakan bahawa setiap

individu perlu berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat kerana

ianya dapat melalahirkan individu yang mengunakan ilmu bukan sahaja untuk

manfaat diri sendiri malah untuk orang lain. Kini, pendidikan bermatlamat untuk

melahirkan pekerja yang mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam keadaan

yang berubah-ubah dan yang paling penting, mereka mampu untuk menyambung

pembelajaran mereka secara kendiri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Jelas dapat dilihat matlamat falsafah pendidikan negara adalah untuk

menyediakan pendidikan yang berterusan dalam usaha meningkatkan potensi

seseorang individu secara menyeluruh dan bersepadu serta untuk melahirkan insan

yang seimbang dan harmoni dari segi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan,

1988).

Usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan institusi

pendidikan adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat agar mereka layak untuk

melanjutkan pelajaran. Menurut Nik Mustapha R. (2007) institut pengajian tinggi

(IPT) adalah satu institusi yang dipertanggungjawabkan dalam membangunkan

modal insan yang mempunyai jati diri yang positif, beketrampilan, berperibadi mulia,

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam memenuhi keperluan negara maju

2020.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

3

Menurutnya lagi, antara kriteria-kriteria graduan yang menjadi pilihan

majikan adalah mereka yang memiliki sikap maju dan berdaya saing, berketrampilan,

bersikap positif, beretika dan mempunyai kemahiran sampingan serta memanfaatkan

kemahiran mereka dengan baik. Dalam memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan,

kerajaan telah mengambil langkah untuk mewujudkan IPT yang berkualiti dengan

melaksanakan kerangka kelayakan Malaysia (MQF) sebagai tempat rujukan kualiti

pengajian tinggi. MQF menekankan kepada pendidikan berlandaskan hasil

pembelajaran. Berikut adalah senarai hasil pembelajaran yang terkandung dalam

MQF:

i. Penguasaan ilmu dan mengamalkannya.

ii. Kemahiran praktikal dan psikomotor.

iii. Penguasaan keupayaan kognitif dan kaedah saintifik dalam pemikiran,

penyelesaian masalah dan membuat keputusan secara autonomi dan

beretika.

iv. Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Malaysia dan sekurang-kurang

satu bahasa global, kebolehan meminpin dan kerja berpasukan.

v. Kemahiran menggunakan teknologi dan pengurusan maklumat.

vi. Penguasaan kemahiran dan sikap untuk pembelajaran sepanjang hayat.

vii. Keperibadian etika, nilai dan profesionalisme.

viii. Kebertanggungjawaban sosial dan akauntibiliti dalam memberi

sumbangan kepada kemajuan masyarakat setempat.

Sedar dengan keperluan tersebut KPT telah mengariskan matlamat pengajian

tinggi secara jelas dalam dokumen pelan strategik pengajian tinggi negara (PSPTN)

pada Ogos 2007. PSPTN bermatlamat untuk menghasilkan graduan yang

berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengajian dan berkemampuan

menggunakan pengetahuan kepada amalan (Zaini, 2007). KPT juga mempunyai

peranan untuk menyediakan graduan yang memenuhi kehendak pasaran kerja dengan

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan graduan yang

berkemahiran tinggi disamping mempromosikan PSH melalui universiti terbuka dan

Kolej Komuniti.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

4

Selaras dengan itu, pembukaan Kolej Komuniti di bawah KPT merupakan

institusi yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil dan

diploma serta program jangka pendek kepada lulusan lepasan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan juga

kumpulan lain dalam masyarakat setempat. Kolej Komuniti berhasrat untuk

membentuk komuniti yang berilmu serta berkemahiran seiring dengan falsafah

pendidikan negara. Mewujudkan PSH, program latihan dan kemahiran serta

peningkatan potensi dalam semua peringkat masyarakat. Selain daripada itu, Kolej

Komuniti juga bermatlmat untuk menyediakan persekitaran PSH dan berperanan

sebagai hab PSH (JPKK, 2009).

Merujuk Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia (KPT, 2010), berjumlah

7,460 pelajar Kolej Komuniti pada peringkat sijil dan diploma telah berjaya

menamatkan pengajian pada tahun 2010. Namun begitu, terdapat 42,955 lepasan

Kolej Komuniti masih tidak bekerja dan antara alasan yang diberikan adalah, kerja

yang ditawarkan tidak bersesuaian (891), memilih untuk tidak bekerja (136) dan

ingin berehat yang mencatatkan angka yang besar (1,468). Ini menunjukkan terdapat

segelintir graduan Kolej Komuniti yang tidak mencapai tahap ciri graduan yang ingin

dihasilkan oleh Kolej Komuniti iaitu untuk membina komuniti yang seiring dengan

matlamat falsafah pendidikan kebangsaan yang salah satunya adalah menghayati

pendidikan sepanjang hayat.

Alasan ingin berehat dapat dikaitkan dengan tersudutnya elemen

pembudayaan ilmu di universiti (Khoo dalam Zaini, 2007) sedikit sebanyak

menyumbang kepada kurangnya graduan yang berminat untuk menyambung

pengajian sekalipun tidak bekerja. Fokus dan komitmen pelajar yang menjurus

kearah kelulusan akademik sahaja tidak menunjukkan pembudayaan ilmu (Zaini,

2007). Justeru itu pihak Kolej Komuniti perlu memastikan pelajar dan graduan yang

mereka hasilkan bukan sahaja memiliki sijil atau diploma tetapi mempunyai ciri

graduan seperti yang termaktub di dalam visi dan misi penubuhan Kolej Komuniti

untuk meluaskan akses pendidikan melalui PSH.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

5

Merujuk kepada isu yang diutarakan dalam naskah Blueprint on

Enculturation Lifelong Leraning for Malaysia 2011-2020 (KPT, 2011), masyarakat

masih kurang mengambil berat berkenaan PSH. Selain itu mereka tidak tahu

bagaimana mengambil peluang yang boleh memberi kelebihan kepada mereka dalam

membina potensi diri dan meningkatkan kebolehan, kecekapan serta kebolehpasaran

mereka.

Tambahan daripada itu, antara isu lain yang dinyatakan adalah kurangnya

perhatian daripada badan induk yang menyelaras, memantau, menyelia dan menilai

segala aktiviti dan program PSH yang dijalankan. Badan seumpanya diperlukan

kerana terdapat banyak aktiviti dan program yang dikendalikan oleh pelbagai

institusi yang melibatkan PSH. Steinbach (2000) dalam penulisannya menyatakan

terdapat beberapa kepentingan menjadikan PSH sebagai matlamat dalam setiap

individu, iaitu;

i. Bagi menghadapi pembangunan dan kepesatan dunia kini.

ii. Memenuhi peluang ekonomi

iii. Kehidupan yang berkualiti

iv. Keselamatan

v. Sifat semulajadi manusia

Setiap matlamat memainkan peranan yang penting kerana, pembelajaran

bukan untuk individu lain tetapi untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu, setiap

individu perlu mengambil setiap peluang ada disekeling mereka untuk belajar dan

berkembang. Pembelajaran akan meningkatkan pilihan yang bakal dipilih, dimana

pilihan-pilihan tersebut dapat mengubah kualiti hidup seseorang (Steinbach, 2000).

Adalah menjadi kemestian bagi setiap individu untuk memiliki ciri-ciri individu yang

mengamalkan PSH untuk memenuhi keperluan semasa.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

6

1.3 Penyataan Masalah

Modal insan yang memiliki minat yang berterusan menimba ilmu menerusi

PSH adalah modal insan yang memiliki ciri-ciri minda kelas pertama (KPT, 2007).

Dengan bermatlamatkan untuk meluaskan akses pendidikan, melalui program

latihan, kemahiran serta PSH, Kolej Komuniti umunya telah menjalankan aktiviti

PSH namun pembudayaan konsep tersebut dalam kalangan pelajar masih tidak dapat

dipastikan.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pembudayaan PSH dalam kalangan

pelajar Kolej Komuniti. Menurut pengamatan penyelidik, kajian ini bukan semata-

mata dijalankan berikutan permasalahan dan isu semasa berkaitan PSH tetapi lebih

kepada persedian pelajar ke arah kecekapan dalam proses pembelajaran. Selain

dalam meningkat potensi pelajar dalam membudayakan PSH, ianya adalah untuk

melahirkan pelajar yang berkualiti. Berkualiti bukan sahaja hitam putih pencapaian

akademik malah berkualiti dalam pembudayaan ilmu .

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah untuk untuk mengenalpasti pembudayaan PSH dalam

kalangan pelajar Kolej Komuniti. Bagi mengenalpasti tujuan kajian ini, beberapa

objektif telah dikenalpasti, iaitu :

i. Mengenalpasti adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan

pencarian maklumat semasa P&P.

ii. Mengenalpasti adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan

penilaian kendiri semasa P&P.

iii. Mengenalpasti adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan

pembelajaran autonomi semasa P&P.

iv. Mengenalpasti adakah pelajar Kolej Komuniti mengaplikasikan

maklumat yang diperolehi semasa P&P.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012 Saya KAMAIZZA ARKMAZ BINTI MUHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

7

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan persoalan berikut:

i. Adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan pencarian maklumat

semasa P&P?

ii. Adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan penilaian kendiri

semasa P&P?

iii. Adakah pelajar Kolej Komuniti mempraktikkan pembelajaran

autonomi semasa P&P?

iv. Adakah pelajar Kolej Komuniti mengaplikasikan maklumat yang

diperolehi semasa P&P?

1.6 Kepentingan Kajian

Dari pemerhatian penyelidik, kajian mengenai pembudayaan konsep PSH

khusunya dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti belum pernah dijalankan. Kajian

yang telah dilakukan berkaitan penerapan PSH dalam organisasi yang dijalankan di

Australia (Girdwood, 2009). Kajian lain pula adalah dari penyelidik Rompel (2010)

yang mengkaji PSH dalam kalangan sebuah komuniti di Canada dan mereka yang

melibatkan diri dalam aktiviti PSH. Kajian di Malaysia setakat ini tertumpu kepada

penerokaan dan cabaran e-pembelajaran dalam PSH (Zahiah dan Abdul Razaq, 2010)

dan ciri-ciri pembelajaran dewasa dalam menghadapi cabaran pada abad ke-21 serta

pendekakan yang di gunakan dalam pembelajaran (Po Li dan Pillay, 2007).

Dalam kajian lain yang dijalankan oleh Mohamed Rashid dan Mohd Nasir

(2003) yang mengkaji keperluan terhadap PSH di Malysia. Justeru itu, hasil dari

penyelidikan ini akan dapat memberi sumbangan kepada usaha membangunkan

strategi yang berkesan bagi mempertingkatkan pembudayaan PSH melalui

penyelidikan. Oleh itu, bersepadanan dengan matlamat kajian ini adalah untuk

memdapatkan status pembudayaan PSH dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti.