Upload
lyquynh
View
233
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN TAHUN 3 SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (PERDANA) FAKULTI PENDIDIKAN
UTM TERHADAP KESELAMATAN BENGKEL
MOHAMED AZLAN BIN MOHAMED RAWI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2 DAN TAHUN 3 SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (PERDANA) FAKULTI PENDIDIKAN
UTM TERHADAP KESELAMATAN BENGKEL.
MOHAMED AZLAN BIN MOHAMED RAWI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Mekanikal )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Untuk Abah dan Emak,
Mohamed Rawi Bin Mansor
Azizah Binti Sian
Serta
Kakak Yang Dikasihi …..Azlina Binti Mohamed Rawi
Iringan Doa Restu Serta Segala Pengorbanan Dari Kalian Semua Adalah Merupakan
Azimat Utama Dalam Mengharungi Liku-Liku di Sepanjang Pengajian ini.
Buat Adik-Adikku Yang Disayangi,
Azliza, Mohamed Azmir, dan Mohamed Azahari..…..
Teruskan Perjuangan Kalian…....
Gagal Sekali Tidak Bererti Gagal Selama-lamanya…….
Semoga Apa Yang Dilakukan Akan DiRahmati Allah Hendaknya.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya,
maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).
Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Azlan Bin Abdul Latib
selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta
teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih kepada Encik Yusri Bin Kamin kerana telah mengesahkan
soal selidik saya ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua pelajar – pelajar tahun 2
dan tahun 3 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, (Perdana) Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia yang telah memberi kerjasama dan bantuan dalam
menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan,
semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama secara langsung atau tidak
langsung untuk menyiapkan projek ini. Semoga mendapat keberkatan di dunia dan
akhirat hendaknya.
Sekian, Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Perdana), Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM perlu mengambil subjek-
subjek amali di bengkel bagi memenuhi keperluan pengajian di UTM. Kekerapan
pelajar-pelajar ini menggunakan bengkel boleh meningkatkan lagi risiko berlakunya
kemalangan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah dijalankan bagi melihat persepsi
pelajar tahun 2 dan tahun 3 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Perdana), Fakulti
Pendidikan UTM terhadap keselamatan bengkel. Kajian ini dijalankan meliputi empat
aspek iaitu kesedaran, sikap, kemahiran dan pendedahan berkaitan dengan keselamatan
bengkel. Sejumlah 108 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai responden untuk
kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan bagi memperoleh maklumat yang
dikehendaki. Ia mengandungi bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden
dan 40 item bagi bahagian B yang meliputi empat aspek yang dikaji. Data-data daripada
soal selidik yang diedarkan, dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS 11.5 for Window. Hasil dapatan kajian dianalisis dengan cara mendapatkan
frekuensi, peratusan dan nilai min. Dapatan kajian ini mendapati pelajar mempunyai
kemahiran pada tahap yang rendah serta pendedahan berkaitan dengan bengkel pada
tahap sederhana. Beberapa cadangan yang dikemukakan diharap dapat membantu dalam
mengubah persepsi pelajar berkaitan dengan keselamatan bengkel.
vi
ABSTRACT
Student Bachelor Technology with Education from department of technical and
engineering education, faculty of education UTM must take practical subject to
complete their study in UTM. Often student using workshop can increase an accident
risks. This research is done to identify the perception of year 2 and year 3 Bachelor
Technology with Education from department of technical and engineering education,
faculty of education UTM towards workshop safety. Four aspects are covered in this
research which is awareness, attitude, skills, and the disclosure of workshop safety
aspect. A total of 108 students randomly picked as this research respondents. A
questionnaire contained Part A which is intercom to the respondents’ background.
While, there are 40 items in Part B that include those four aspects to be study. All data
was analyzed using SPSS version 11.5 for windows and showed in frequencies,
percentage and mean. The result of this research showed that respondent have a lower
skills level and disclosure of workshop safety at as well level. Some suggestions were
suggested to change student perception towards workshop safety.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Objektif Kajian 10
viii
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Terminologi 13
1.10 Penutup 16
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Peraturan Keselamatan Bengkel 18
2.3 Kesedaran 22
2.4 Sikap 24
2.5 Kemahiran 27
2.6 Pendedahan 30
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekbentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Analisis Data 39
3.8 Jangka Masa Kajian 41
3.9 Penutup 41
ix
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Pengelolaan Data 43
4.3 Dapatan Kajian Bahagian A
4.3.1 Latar Belakang Responden 45
4.3.1.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan
Mengikut Jantina. 45
4.3.1.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan
Mengikut Umur. 46
4.3.1.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan
Mengikut Tahun Pengajian. 47
4.3.1.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan
Mengikut Kursus. 48
4.3.1.5 Taburan Frekuensi dan Peratusan
Mengikut Bangsa. 49
4.3.1.6 Taburan Frekuensi dan Peratusan
Mengikut Kelulusan. 50
4.4 Dapatan Kajian Bahagian B
4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 51
4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 55
4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 59
4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 63
4.5 Kesimpulan 66
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Rumusan 70
x
5.3 Perbincangan
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 75
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 77
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 80
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 83
5.4 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 85
5.4.2 Cadangan Kepada Tenaga Pengajar 86
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 87
5.6 Penutup 88
BIBLIOGRAFI 89
LAMPIRAN 96
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jumlah pelajar tahun 2 bagi kursus Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Perdana). 33
3.2 Jumlah pelajar tahun 3 bagi kursus Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Perdana). 34
3.3 Pemilihan sampel bagi pelajar tahun 2 dan tahun 3 bagi
kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Perdana). 35
3.4 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian. 37
3.5 Pertimbangan skor min yang akan digunakan oleh penyelidik
untuk menjawab persoalan kajian yang berkaitan. 40
4.1 Skor min purata. 44
4.2 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut jantina. 45
4.3 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut umur.
4.4 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut
tahun pengajian. 47
4.5 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut kursus. 48
4.6 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut bangsa. 49
4.7 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut kelulusan. 50
4.8 Analisis item berdasarkan kesedaran pelajar terhadap
keselamatan bengkel. 52
xii
4.9 Analisis item berdasarkan sikap pelajar terhadap
keselamatan bengkel. 56
4.10 Analisis item berdasarkan kemahiran pelajar dalam
mengendalikan alatan tangan serta mesin. 59
4.11 Analisis item berdasarkan pendedahan yang diperolehi
pelajar terhadap berkaitan keselamatan bengkel. 63
4.12 Analisis data berdasarkan persoalan kajian. 67
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Jumlah kemalangan industri yang dilaporkan kepada 5
PERKESO.
1.2 Jumlah kemalangan industri dilaporkan kepada Jawatankuasa
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja yang melibatkan kematian. 6
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
STP Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal)
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial
JKKP Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
OSHA Occupational Safety and Health Act
NEDA National Environmental Act
SPSS Statistical Package for Social Sciences
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat kebenaran mendapatkan maklumat pelajar. 96
B Soal selidik. 98
C SPSS – Reliability Analysis (Scale Alpha). 106
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kebanyakan negara maju di dunia ini telah menjadikan sektor perindustrian
sebagai sumber utama pendapatan bagi negara. Malaysia juga merupakan sebuah negara
perindustrian yang semakin pesat membangun pada masa kini. Bekas Perdana Menteri
Malaysia yang ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melahirkan hasrat untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun
2020. Beliau telah menyatakan hasrat tersebut semasa berucap pada Persidangan
Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Wawasan 2020 telah
diwujudkan hasil daripada ucapan yang telah disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad dengan bermatlamat membawa, “Malaysia ke arah sebuah negara yang maju
dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan” (Kerajaan Malaysia,
1991).
Dengan wujudnya Wawasan 2020 ini maka semakin banyaklah pertumbuhan
industri-industri di Malaysia. Implikasi dari perkembangan perindustrian yang semakin
meningkat maju ini telah menyebabkan negara memerlukan lebih ramai pekerja yang
mahir dan juga mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan dengan keselamatan
semasa berada di dalam industri.
Di setiap industri pastinya mempunyai peralatan-peralatan, mesin-mesin serta
bahan-bahan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja. Akibat daripada
beberapa faktor tertentu ia telah mendatangkan kemalangan yang agak serius di dalam
industri. Berdasarkan perangkaan yang telah dikeluarkan PERKESO, sebanyak 497,172
jumlah kes telah dilaporkan berkaitan dengan kemalangan industri semenjak tahun 1999
sehingga tahun 2004. Hasil daripada perangkaan tersebut, menunjukkan telah berlaku
pengurangan di dalam kes kemalangan industri yang telah dilaporkan kepada PERKESO
pada setiap tahun. Pada tahun 1999 sebanyak 92,074 kes telah dilaporkan kepada
PERKESO . Manakala pada tahun 2004 pula sebanyak 69,132 kes kemalangan industri
telah dilaporkan dan ia merupakan jumlah yang terendah pernah dicatatkan. Walaupun
perbandingan yang dilakukan pada setiap tahun menunjukkan penurunan daripada segi
bilangan kes kemalangan industri yang dilaporkan tetapi ia masih lagi dianggap tinggi.
Kebanyakan kemalangan industri yang dilaporkan ini berlaku di kawasan
bengkel. Oleh sebab itu sebelum memasuki bengkel, perkara yang perlulah diutamakan
dahulu serta diberi penekanan ialah ‘safety first’. Kita perlulah mengutamakan
keselamatan agar perkara yang tidak diingini iaitu kemalangan dapat dielakkan. Akibat
daripada kemalangan yang berlaku ini adalah seperti hilang upaya kekal dan yang paling
bahaya sekali ialah yang boleh membawa kepada maut. Kita perlulah ingat bahawa
‘tiada alat ganti untuk setiap anggota tubuh kita. Menurut Ahmad (1999), prinsip
“pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan” sepatutnya dijadikan asas peraturan
keselamatan di setiap bengkel.
Kita sebagai pengguna bengkel perlu sedar bahawa bengkel adalah merupakan
ruang kerja yang mempunyai peralatan, mesin serta bahan yang berbahaya yang boleh
menyebabkan kemalangan tanpa disedari oleh kita. Setiap pengguna bengkel sepatutnya
sedar bahawa bengkel adalah kawasan yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi
(Abdul Razak,1993). Pada hakikatnya kerja-kerja di bengkel berkait rapat dengan
penggunaan pelbagai alatan tangan atau mesin-mesin yang mempunyai risiko yang
tinggi. Oleh itu, keselamatan tidak boleh dipandang ringan. Setiap pengguna bengkel
perlulah mendapat pendedahan yang mencukupi serta diberi kesedaran yang tinggi
berkaitan dengan keselamatan bengkel. Kesedaran berkaitan dengan keselamatan
bengkel ini perlu ada pada sesiapa sahaja yang menggunakan bengkel tidak kira di
sektor perindustrian, institusi pengajian mahupun di sekolah. Pandangan itu selaras
dengan Boyd (1993), yang mengatakan bahawa kesedaran tentang pentingnya
keselamatan dalam bengkel patut ada dan ditanam dalam jiwa setiap pengguna.
Keselamatan di bengkel adalah merangkumi aspek fizikal, mental, persekitaran,
harta benda serta tempat kerja yang bebas daripada bahaya. Kemalangan-kemalangan di
bengkel yang sering terjadi adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu faktor
manusia dan juga faktor fizikal. Menurut Ibrahim dan Ramudaram (1990), kemalangan
yang berlaku di dalam bengkel terbahagi kepada dua jenis di mana ia bergantung kepada
punca berlakunya kemalangan tersebut. Pertama disebabkan oleh faktor manusia iaitu
daripada segi sikap atau kecuaian manusia dan keduanya daripada segi fizikal di mana
berkaitan dengan peralatan, mesin serta keadaan kerja.
Dari segi faktor manusia ia biasanya disebabkan oleh sikap pengguna bengkel itu
sendiri. Menurut Laney (1982), lazimnya sikap cuai, kurang prihatin atau tidak
mengambil berat perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan serta disiplin kerja
yang lemah merupakan punca berlakunya sesuatu kemalangan. Perkara yang biasanya
diabaikan oleh pengguna bengkel adalah berkaitan dengan penggunaan peralatan
keselamatan semasa berada di bengkel. Menurut Anderson dan Tatro(1974), perkara
yang kurang dititik beratkan adalah seperti menggunakan peralatan atau mesin tanpa alat
perlindungan keselamatan diri seperti perisai atau sebagainya. Penggunaan peralatan
tersebut sering kali menimbulkan masalah yang boleh menyumbang kepada berlakunya
kemalangan dan kecederaan jangka pendek mahupun jangka panjang. Keadaan mesin,
alatan tangan, kemudahan serta tempat pekerjaan yang tidak sesuai adalah perkara yang
termasuk di dalam faktor fizikal yang boleh menyebabkan kemalangan di bengkel.
Akibat daripada berlakunya berbagai bentuk kemalangan industri di kawasan
bengkel, beberapa akta telah diwartakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Contohnya,
Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), yang telah diwujudkan di Malaysia
semenjak tahun 1969. Akta ini diwujudkan bagi melaksanakan akta keselamatan sosial
pekerja dan peraturan-peraturan keselamatan sosial. Akta keselamatan OSHA
(Occupational Safety and Health Act of 1970) telah diwujudkan di Amerika. Akta ini
telah diwujudkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Selain itu
National Environmental Policy Act of 1969 (NEDA) juga telah diwujudkan. NEDA
bertujuan menentukan manusia dapat bekerja secara harmoni tanpa sebarang perasaan
bimbang tentang keselamatan.
1.2 Latar belakang Masalah
Kadar kemalangan industri di Malaysia berada di tahap yang masih dikira tinggi,
iaitu hampir 10 kemalangan bagi setiap 1000 pekerja. Jika dibandingkan dengan kadar di
negara maju adalah lebih kurang empat kemalangan bagi setiap 1000 pekerja. Dalam
usaha kita mengurangkan kadar ini, kerajaan berhasrat untuk memastikan sebanyak
mungkin pekerja mendapat pendedahan dan latihan asas dalam keselamatan dan
kesihatan semasa bekerja ( Abdul Rahman, 2004). Umpama peribahasa Melayu
melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu jugalah di dalam memberikan pendedahan
dan latihan asas dalam keselamatan dan kesihatan bekerja. Pendedahan ini perlulah
diberikan sejak dari bangku sekolah lagi. Ini kerana bengkel-bengkel yang terdapat di
sekolah tidak jauh bezanya dengan bengkel-bengkel yang terdapat di industri. Fungsi
bengkel sekolah adalah serupa dengan fungsi sebuah industri kecil (Spielman,1979).
Rajah 1.1 : Jumlah Kemalangan Industri Yang dilaporkan Kepada
PERKESO
Rajah 1.1 menunjukkan jumlah kemalangan industri yang telah dilaporkan
kepada PERKESO dari tahun 1999 sehingga tahun 2004. Walaupun jumlah kemalangan
yang di lapor serta direkodkan berkurangan dari tahun ke tahun tetapi ia masih lagi
dianggap tinggi bagi sesebuah negara yang sedang pesat membangun. Terdapat
berbagai-bagai faktor yang menjadi penyebab berlakunya kemalangan di kawasan
bengkel. Ia mungkin disebabkan oleh faktor jantina, sikap, kesedaran, kemahiran,
pendedahan serta pengetahuan dan beberapa lagi faktor yang lain.
Walaupun keadaan peralatan dan mesin yang digunakan di bengkel sekolah agak
kurang berisiko mendatangkan kemalangan, namun ia perlu di pandang serius. Menurut
Fong (2000), masalah keselamatan dan kesihatan pekerja yang melibatkan orang lain
seperti kemalangan yang melibatkan pelajar juga merupakan isu sensitif yang perlu
perhatian yang teliti dan tindakan yang berkesan perlu diambil. Walaupun tahap
keselamatan di bengkel sekolah adalah tidak setinggi di industri, namun ia masih perlu
diberi perhatian yang serius kerana kemalangan yang berlaku di sekolah juga boleh
membawa maut.
Rajah 1.2 : Jumlah kemalangan industri dilaporkan kepada Jawatankuasa
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja yang melibatkan
kematian.
Rajah 1.2 menunjukkan perangkaan bilangan kematian akibat daripada
kemalangan industri yang telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Kesihatan dan
Keselamatan Pekerja. Berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja, hampir 70 % kematian yang dilaporkan berlaku
adalah disebabkan oleh sikap para pekerja sendiri. Perkara yang terjadi ini selaras
dengan Henrich (1959), di mana beliau menyatakan 88% kemalangan berlaku
disebabkan oleh kesilapan manusia.
Setiap pengguna bengkel perlu menyedari risiko serta kemungkinan yang boleh
berlaku semasa berada di bengkel. Sehubungan dengan itu, pengguna bengkel mesti
memikirkan langkah-langkah yang perlu untuk meminimumkan risiko kemalangan
(Lascoe,et.al,1973). Oleh yang demikian, setiap pengguna bengkel perlu sedar
kepentingan amalan keselamatan bengkel agar perkara-perkara yang tidak diingini dapat
dielakkan.
Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerja juga melaporkan kebanyakan
kemalangan berlaku disebabkan oleh mereka yang tidak mempunyai kemahiran di dalam
mengendalikan alatan tangan serta mesin.
Menurut Revelle dan Boultan dalam Colling (1990) menunjukkan pekerja yang
tidak menerima latihan keselamatan mengalami hampir dua kali ganda kemalangan
daripada mereka yang telah menjalani latihan tersebut. Hanya 20% merasakan mereka
telah mendapat latihan keselamatan yang secukupnya manakala 75% merasakan telah
selesa dengan langkah keselamatan yang telah mereka ambil sendiri. Dapatan ini juga
menyatakan 85% pekerja bersetuju bahawa kemalangan yang mereka alami boleh
dicegah. Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi pengguna bengkel yang sebenarnya
masih kurang lagi pengetahuan berkaitan dengan keselamatan dan mengambil sikap
sambil lewa.
Setiap pelajar yang berada di bengkel perlu mematuhi setiap peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan bengkel. Menurut Ahmad Fuad (1995), kebanyakan
kemalangan yang berlaku di tempat kerja dapat dielakkan jika pelajar sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan. Setiap pelajar yang berada di bengkel sentiasa terdedah
kepada pelbagai risiko yang boleh membahayakan keselamatan diri sekiranya mereka
menyalahgunakan mesin serta cuai di dalam mengendalikan peralatan. Oleh yang
demikian , sikap mengutamakan keselamatan serta patuh pada setiap peraturan bengkel
semasa menjalani gerak kerja amali adalah sangat penting. Menurut Raghuwanshi
(1970), sikap dan kesedaran terhadap keselamatan bengkel mesti dipupuk kepada semua
peringkat pengguna bengkel.
Bagi menggelakkan kemalangan yang mungkin berlaku di bengkel, pendedahan
berkaitan dengan aspek keselamatan bengkel perlulah diberikan kepada semua pelajar
tanpa mengira peringkat usia. Terdapat tiga perkara yang penting di dalam mempelajari
sesuatu perkara iaitu kemahiran, latihan, serta bimbingan dan penggerakan (Atan
Long,1976). Ini bermakna bagi memastikan seseorang itu dapat mempelajari sesuatu
perkara dengan baik perlu diberikan ketiga-tiga elemen tersebut. Di dalam hal ini, setiap
pelajar perlu diberikan pendedahan berkaitan aspek kemahiran amalan keselamatan
bengkel kerana mereka terdedah kepada risiko berlaku kemalangan. Pendedahan kaedah
yang terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan di dalam bengkel dan cara-
cara untuk menghadapi situasi kecemasan semasa bekerja di dalam bengkel juga perlu
dititik beratkan. Ini semua dilakukan agar kemalangan dapat dielakkan.
Setiap pengguna yang menggunakan bengkel perlu dibekalkan dengan
peringatan, panduan, tatacara dan pengetahuan untuk mengendalikan bengkel dan
melakukan segala proses kerja dengan selamat untuk mengelakkan kemalangan daripada
berlaku (Halimaton dan Zaiton, 1994).
1.3 Pernyataan Masalah
Kadar kemalangan dan kecelakaan di bengkel di Malaysia masih lagi dianggap
tinggi walaupun ia semakin menurun dari tahun ke tahun. Kemalangan yang berlaku ini
telah disebabkan oleh faktor manusia dan juga faktor fizikal. Kesedaran, sikap,
kemahiran dan pendedahan merupakan antara perkara yang termasuk di dalam faktor
manusia.
Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Perdana) di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti
Pendidikan UTM, mereka perlu mengambil subjek-subjek amali di bengkel bagi
memenuhi keperluan pengajian di UTM. Antara subjek-subjek amali yang perlu diambil
oleh setiap pelajar ini ialah seperti asas ketukangan, makmal telekomunikasi, serta asas
pneumatik dan hidraulik. Selain itu terdapat subjek-subjek amali tertentu yang perlu
diambil berdasarkan kursus yang diikuti oleh pelajar. Terdapat berbagai bengkel-
bengkel yang biasa digunakan oleh para pelajar, antaranya ialah bengkel kerja kayu,
bengkel binaan bangunan, bengkel automotif, bengkel pemesinan logam, bengkel
kejuruteraan elektrik dan elektronik, bengkel teknologi gentian kaca dan plastik, makmal
pneumatik dan sebagainya.
Kekerapan para pelajar ini memasuki bengkel bagi menjalani amali boleh
meningkatkan lagi risiko berlakunya kemalangan bengkel. Oleh yang demikian, kajian
ini dijalankan bagi mengenal pasti kesedaran, sikap, kemahiran, serta pendedahan yang
dimiliki oleh pelajar-pelajar tahun 2 dan tahun 3 kursus Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Perdana) terhadap keselamatan bengkel semasa menjalani amali di bengkel.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar yang
menyebabkan berlakunya kemalangan di bengkel. Di dalam kajian ini, beberapa objektif
telah disenaraikan. Objektif-objektif tersebut adalah untuk :
i. Mengenal pasti sama ada para pelajar menyedari akan kepentingan
keselamatan bengkel semasa menjalani amali di bengkel.
ii. Mengenal pasti sikap para pelajar terhadap faktor keselamatan semasa
menjalani amali di bengkel.
iii. Menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran untuk mengendalikan
alatan tangan dan juga mesin.
iv. Menentukan sama ada pelajar mendapat pendedahan berkaitan yang
mencukupi berkaitan dengan keselamatan bengkel.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian yang dilakukan ini telah mewujudkan beberapa persoalan kajian yang
perlu dijawab:
i. Apakah pelajar menyedari kepentingan keselamatan bengkel semasa
menjalani amali di bengkel?
ii. Apakah sikap pelajar terhadap faktor keselamatan semasa menjalani amali di
bengkel?
iii. Apakah pelajar mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam
mengendalikan alatan tangan serta mesin?
iv. Apakah pelajar mendapat pendedahan yang mencukupi berkaitan dengan
keselamatan bengkel?