Upload
nguyenkhanh
View
245
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM
PEMBENTUKAN AKHLAK JAMAAH DAN MASYARAKAT SETEMPAT,
SATU KAJIAN DI KOLEJ 13, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI, JOHOR.
SITI NAFEESAH BT ISHAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PZS 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM
PEMBENTUKAN AKHLAK JAMAAH DAN MASYARAKAT SETEMPAT, SATU
KAJIAN DI KOLEJ 13, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : SITI NAFEESAH BINTI ISHAK (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: NO 3 JLN SRI SULONG 19, USTAZ ABD AZIZ BIN DAENG MALEBIK 83500 BATU PAHAT, Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh:_____________________ Tarikh:_____________________ CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah menepati dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Pengajian Islam).
Tandatangan : ………………………………..
Penyelia projek : Ustaz Abdul Aziz Bin Daeng Malebik
Tarikh : 20 April 2006
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM PEMBENTUKAN
AKHLAK JAMAAH DAN MASYARAKAT SETEMPAT, SATU KAJIAN DI KOLEJ
13, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.
SITI NAFEESAH BT ISHAK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
ii
“Saya akui ini adalah hasil karya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya saya telah jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………
Nama Penulis : Siti Nafeesah Bt Ishak
Tarikh : 29 Mac 2006
iii
DEDIKASI
Al-Fatihah
Buat Abah yang telah kembali ke rahmatullah
tanpa sempat melihat kejayaanku…
Jutaan kasih dan sayang
Buat Ummi yang membesarkanku sehingga kini.
Semoga kejayaanku menjadi penawar jerih perihmu selama ini.
Semoga kejayaanku menjadi pendorong buat adik-adikku
Hidayah, Syafiq dan Ammar
Salam penghargaan
Kepada pensyarah yang mengajar serta membimbingku selama ini.
Salam ukhuwah dan terima kasih
Buat rakan-rakan seperjuangan yang membantuku selama ini.
iv
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah (S.W.T), Tuhan semesta alam, selawat
dan salam kepada junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w serta kepada ahli
keluarganya, sekalian sahabatnya dan para pengikut setianya. Bersyukur saya ke hadrat
Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya laporan penyelidikan ini dapat
disempurnakan.
Ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Daeng Malebik
Selaku Pensyarah Pembimbing di atas segala bimbingan, bantuan dan teguran sepanjang
menyempurnakan penyelidikan ini.
Seterusnya ribuan terima kasih kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM
Skudai, Kompleks Islam Negeri Johor, Perpustakaan Sultan Ismail dan Perpustakaan
Universiti Malaya, di atas bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan ini. Kepada rakan-
rakan seperjuangan yang sudi menemani dan menolong penulis mencari dan
meminjamkan bahan rujukan dan informasi yang diperlukan bagi memenuhi kajian ini.
Sekalung budi diucapkan kepada keluarga tercinta, di atas sokongan moral kalian,
akhirnya kajian ini dapat disempurnakan. Doa dan restu kalian amat diperlukan.
والسالم
v
ABSTRAK
Aktiviti dakwah adalah satu usaha yang dilakukan di dalam pemantapan dan
pembentukan akhlak jamaah dan masyarakat masa kini. Walaupun terdapat pelbagai
aktiviti dakwah yang dijalankan namun akhlak jamaah dan masyarakat, jauh berbeza
dengan akhlak tuntutan Islam yang sebenarnya. Kajian ini bertujuan memahami persepsi
pelajar terhadap aktiviti dakwah dalam pembentukan akhlak jamaah dan masyarakat
setempat. Satu kajian di Kolej 13, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Seramai
150 orang pelajar daripada Kolej 13 dipilih sebagai sampel kajian. Maklumat didapati
melalui soal-selidik, dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS
12.0. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa aktiviti dakwah yang dijalankan di Kolej
13, memberi pengaruh terhadap pembentukan akhlak jamaah dan masyarakat setempat.
Ini dapat dilihat daripada sambutan responden terhadap aktiviti dakwah yang dijalankan
di kolej ini. Penyelidik juga telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dijadikan
panduan kepada pihak-pihak tertentu bagi memantapkan lagi aktiviti dakwah ini.
Cadangan kajian lanjutan juga turut dikemukakan agar ada pihak yang akan meneruskan
kajian ini pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The activity of propagating a belief is an effort is carried out in order to enhance and
mould the ‘jamaah’ behavior within in the society nowadays. Although there is various
propagation of a belief done, the ‘jamaah’ behavior of the society is far different from the
behaviors outlined by the Islamic religion. The purpose of this research to find the
perceptions of students towards the activity of propagating a believe in the process of
shaping the ‘jamaah’ behavior of the society. The respondents were 15 students from
‘Kolej 13’, University Teknologi Malaysia, Skudai, Johore. The data obtained through
the questionnaires used as the instrument was analyzed descriptively using the Statistical
Package for Social Science (SPSS version 12.0) software. The findings showed that the
propagation of a belief activity done in Kolej 13 had influenced the moulding of the
‘jamaah’ behavior among the society. The researcher also pointed out a few suggestions
as guidance to certain parties in boosting up this propagation activity. These can be seen
from the feedback of respondent towards the propagating activity being conducted in this
college. Suggestions for further research were also given, so that there will be other
researchers who would further this research in the future.
vii
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
Jadual 3.6 Pengelasan Skala Lima Mata Dan Market Skor.
Jadual 3.9 Pengelasan Tahap Min
Jadual 4.2.1 Fakulti
Jadual 4.2.2 Umur
Jadual 4.2.3 Jenis Sekolah Sebelum Memasuki UTM
Jadual 4.2.4 Tahap Pendidikan Agama
Jadual 4.3.1 Ceramah Agama Penting Diadakan Di Kolej 13 Bagi
Pembentukan Akhlak Pelajar
Jadual 4.3.2 Menghadiri Kelas Fardu Ain Di Kolej, Dapat
Memperbaiki Akhlak Jamaah
Jadual 4.3.3 Bimbingan Usrah Mampu Mengeratkan Persahabatan
Dengan Pelajar Lain Di Kolej.
Jadual 4.3.4 Kelas Bimbingan Al-Quran Adalah Penting Untuk
Memantapkan Masyarakat Dari Gejala Sosial
Jadual 4.3.5 Masyarakat Di Kolej 13, Memerlukan Aktiviti Dakwah
Yang Dijalankan Di Kolej Untuk Pembentukan Akhlak
Mulia.
Jadual 4.3.6 Aktiviti Dakwah Yang Dijalankan Di Kolej Penting
Terhadap Pembentukan Akhlak Jemaah Dan Masyarakat
Jadual 4.3.7 Solat Berjamaah Perlu Dilakukan Di Kolej Kerana Solat
Berjemaah Dapat Mengeratkan Silaturahim Sesama
Masyarakat Di Kolej.
Jadual 4.3.8 Qiamullail Adalah Penting Untuk Diadakan Bagi
41
43
46
47
47
48
49
50
50
51
51
52
52
53
viii
Memantapkan Diri Ke Arah Pembentukan Akhlak Yang
Mulia.
Jadual 4.4.1 Aktiviti Dakwah Yang Dijalankan Di Kolej Menarik
Minat Saya Untuk Menyertainya.
Jadual 4.4.2 Saya Faham Dengan Apa Yang Disampaikan Semasa
Ceramah Agama Diadakan.
Jadual 4.4.3 Aktiviti Dakwah Yang Dijalankan Seperti Qiamullail
Menarik Minat Saya
Jadual 4.4.4 Bimbingan Usrah Adalah Penting Untuk Memantapkan
Pengetahuan Agama Saya
Jadual 4.4.5 Kelas Fardu Ain Amat Perlu Untuk Diadakan Di Kolej
Jadual 4.4.6 Kelas Bimbingan Al-Quran Adalah Penting Untuk
Memantapkan Pengetahuan Agama Saya.
Jadual 4.4.7 Saya Dapat Mengenal Pelajar Lain Semasa Aktiviti
Yang Dijalankan Di Kolej.
Jadual 4.4.8 Solat Berjemaah Yang Diadakan Di Kolej Perlu
Dilakukan Setiap Waktu Fardu Solat
Jadual 4.4.9 Kempen Menutup Aurat Adalah Yang Dilaksanakan Di
Kolej Menimbulkan Minat Saya Untuk Melakukannya
Jadual 4.4.10 Aktiviti Dakwah Yang Disediakan Sentiasa Mengikuti
Perkembangan Teknologi Terkini.
Jadual 4.4.11 Aktiviti Yang Disediakan Sentiasa Dikemas kini
Mengikut Keperluan Semasa.
Jadual 4.4.12 Saya Amat Berpuas Hati Dengan Kecekapan Dan
Prestasi Pengendali Program Semasa Program
Dijalankan
Jadual 4.4.13 Pendakwah Perlu Memiliki Sekurang-Kurangnya
Pengetahuan Asas Dalam Pengendalian Aktiviti Yang
Dijalankan
Jadual 4.5.1 Saya Sentiasa Menghadiri Ceramah Agama Yang
54
54
55
56
56
57
57
58
58
59
59
60
60
61
ix
Diadakan Di Kolej 13
Jadual 4.5.2 Saya Sentiasa Mendapatkan Informasi Tentang Aktiviti
Dakwah Yang Dijalankan Di Kolej Ini.
Jadual 4.5.3 Kelas Fardu Ain Menarik Minat Pelajar Di Kolej 13.
Jadual 4.5.4 Saya Pernah Bersama-Sama Menyertai Aktiviti Kolej
Yang Mengadakan Qiamullail Di Kolej 13
Jadual 4.5.5 Saya Mengikuti Aktiviti Bimbingan Usrah Yang
Diadakan Di Kolej 13
Jadual 4.5.6 Setiap Aktiviti Agama Yang Dilakukan Di Kolej 13,
Mendapat Sambutan Menggalakkan
Jadual 4.5.7 Saya Sentiasa Bersama-Sama Melakukan Solat Jemaah
Di Surau Kolej 13.
Jadual 4.5.8 Saya Menyertai Aktiviti Bertadarus Al-Quran Di Surau
Pada Bulan Ramadhan.
Jadual 4.5.9 Semasa Mengikuti Setiap Aktiviti Dakwah Yang
Diadakan Di Kolej 13, Saya Dapat Menumpukan
Perhatian
Jadual 4.5.10 Saya Sangat Berminat Dengan Setiap Aktiviti Dakwah
Yang Dijalankan Di Kolej 13 Ini.
Jadual 4.5.11 Pengendali Aktiviti Dakwah Sentiasa Memberikan
Informasi Terkini Tentang Aktiviti Dakwah Yang Akan
Dijalankan.
Jadual 4.5.12 Saya Merasa Puas Hati Dengan Bentuk-Bentuk Aktiviti
Dakwah Yang Dijalankan Di Kolej Ini.
Jadual 4.4.13 Semasa Menghadiri Aktiviti Dakwah Yang Dijalankan,
Ia Adalah Kerelaan Saya Sendiri.
62
62
63
63
64
64
65
66
66
67
67
68
x
Senarai Ringkasan Perkataan
SWT
Subhanahu Wa Taala
PPIPS
Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial
PSZ
Perpustakaan Sultanah Zanariah
(SPSS)
Statistical Package for Social Science
UTM
Universiti Teknologi Malaysia
UiTM
Universiti Teknologi Mara
xi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Halaman
Borang Soal Selidik 92
Surat Kebenaran Melakukan Kajian (Fakulti Pendidikan) 102
Surat Kebenaran Melakukan Kajian (PPIPS) 103
Surat Kebenaran Melakukan Kajian (PSZ) I 104
Surat Kebenaran Melakukan Kajian (PSZ) II 105
Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat Pelajar 106
xii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Judul Halaman
Halaman Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Senarai Jadual vii
Senarai Ringkasan Perkataan x
Senarai Lampiran xi
Kandungan xii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
xiii
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Konsep dan Istilah 9
1.8.1 Persepsi 9
1.8.2 Pelajar 10
1.8.3 Aktiviti 10
1.8.4 Dakwah 11
1.8.5 Pembentukan 11
1.8.6 Akhlak 11
1.8.7 Jamaah 12
1.8.8 Masyarakat 12
1.9 Kesimpulan 12
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan 14
2.3 Pengenalan Dakwah 17
2.4 Pengertian Aktiviti Dakwah 20
2.5 Matlamat Aktiviti Dakwah 22
2.6 Jenis-Jenis Aktiviti Dakwah
23
2.6.1 Ceramah Umum
24
2.6.1.1 Menjelaskan Tajuk Ceramah 25
2.6.1.2 Analisis Tajuk Ceramah 25
2.6.1.3 Membuat Kajian Sebelum
Memberi Ceramah
25
2.6.2 Bimbingan Usrah 26
2.6.3 Pelaksanaan Kempen
26
xiv
2.6.4 Bimbingan Al-Quran Dan Tadarus Al-
Quran
27
2.6.5 Kelas Fardu Ain 28
2.6.6 Membudayakan Solat Berjemaah 29
2.6.7 Melaksanakan Qiamullail
29
2.7 Pembinaan Akhlak 30
2.8 Pengenalan Jamaah 31
2.9 Konsep Jamaah Islam 33
2.10 Kesimpulan 35
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka bentuk Kajian 36
3.3 Lokasi Kajian 37
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 38
3.5 Prosedur Kajian 38
3.6 Instrumen Kajian
39
3.6.1 Bahagian A 40
3.6.2 Bahagian B 40
3.6.3 Bahagian C 40
3.6.4 Bahagian D
41
3.7 Kajian Rintis 41
3.8 Cara Pengumpulan Data 42
3.9 Analisis Data 42
3.10 Kesimpulan 44
xv
IV ANALISA DAPATAN
4.1 Pendahuluan 45
4.2 Bahagian A 46
4.3 Bahagian B 49
4.4 Bahagian C 54
4.5 Bahagian D 61
IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 69
5.2 Perbincangan
69
5.2.1 Maklumat Demografi Responden 70
5.2.2 Kepentingan Aktiviti Dakwah Terhadap
Pembentukan Akhlak Ahli Jamaah Dan
Masyarakat Setempat
71
5.2.3 Pandangan Pelajar Terhadap Aktiviti
Dakwah Yang Dijalankan Di Kolej 13
73
5.2.4 Gambaran Tentang Sambutan Pelajar
Terhadap Aktiviti Dakwah Yang
Dilaksanakan Oleh Kolej 13
76
5.3 Rumusan 79
5.3 Cadangan
82
5.4.1 Individu 82
5.4.2 Masyarakat 82
5.4.3 Pendakwah 83
5.4.4 Badan Dakwah 84
5.4.5 Media Massa 84
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dakwah merupakan seruan untuk menjadi hamba kepada Allah. Dakwah juga
merupakan tuntutan yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Tuntutan ini
disebabkan dakwah itu merupakan satu keperluan bagi manusia keseluruhannya.
Keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi juga atas kepentingan
hidup di dunia ini. Allah berkuasa penuh meninggikan agama Islam tanpa campur
tangan manusia sedikit pun, tetapi oleh kerana agama ini telah diamanahkan kepada
manusia, maka semua orang Islam bertanggungjawab terhadap agama ini. Sejarah
menunjukkan dengan jelas bahawa orang Islam dahulu, terutamanya para sahabat telah
berusaha sedaya upaya untuk memperjuangkan agama ini (Ab Aziz Mohd Zin, 1997: 3).
Dakwah Islamiah sebagai suatu gerakan yang muncul dalam masyarakat turut berubah
dengan berubahnya masyarakat. Apabila tugas dakwah hendak dijalankan dalam
sesebuah masyarakat yang telah berubah, maka ia harus menyesuaikan dan peka dengan
perubahan itu. Dakwah Islamiah yang berusaha untuk memperkukuh keimanan dan
keyakinan manusia, seharusnya mempunyai strategi yang sesuai dengan perubahan
sosial dan pembentukan akhlak (Abdullah Muhammad Zin, 2000: 6).
2
Dalam pengurusan dakwah, masyarakat merupakan badan tidak formal yang
bertanggungjawab secara langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan
keperluan masyarakat. Amar makruf ialah tanggungjawab masyarakat tetapi nahi
mungkar dalam beberapa hal yang membabitkan kesalahan kecil boleh diselesaikan oleh
masyarakat. Manakala kesalahan yang di bawah kuasa jabatan atau agensi tertentu perlu
dilaporkan kepada pihak yang berwajib untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.
Masyarakat tidak berhak menghukum mengikut kehendak masyarakat sendiri. Dalam
usaha menjaga kemaslahatan seluruh anggota masyarakat, suatu tindakan memastikan
perlaksanaan individu dan masyarakat berteraskan syariat Islam perlu dilakukan. Di
samping itu, masyarakat bertanggungjawab menunjukkan contoh teladan dengan akhlak
mulia kepada generasi pewaris atau baru (Berhanuddin Abdullah, 2000: 6).
Bagi membentuk akhlak manusia, maka organisasi dakwah hendaklah
ditubuhkan bagi mengatur dan melaksanakan aktiviti dakwah dengan strategi yang
berkesan, tepat dan mampu dilaksanakan dalam batas dan ruang yang ada dan terhad ini
bagi memastikan kejayaan pembentukan akhlak bagi masyarakat setempat (Mohd Shahir
Hj Abdullah, 2000: 5).
a) Organisasi dakwah hendaklah menentukan dengan jelas akan objektif yang
hendak dicapai serta mampu dilaksanakan supaya ia tidak menjadi angan-angan
kosong atau menjadi objektif yang tidak boleh diukur dan dipastikan.
b) Aktiviti dakwah mestilah dilengkapi dengan peralatan canggih selaras dengan
kemajuan sains dan teknologi terkini.
c) Segala program dan aktiviti yang dijalankan mestilah bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan dan memperkuatkan iman di kalangan umat Islam
secara khusus dan rakyat Malaysia secara umum.
3
Aktiviti dakwah seharusnya merangkumi kurikulum masa depan yang
mempunyai fokus ke arah membebaskan individu daripada kongkongan mata pelajaran
sebagai sumber utama ilmu, serta melengkapkan diri dengan kemahiran kognitif,
interpersonal dan kecekapan yang tinggi. Untuk memenuhi matlamat pembentukan
akhlak masyarakat yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan
mestilah mampu membekalkan dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani (Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1999: 14).
Salah satu aktiviti dakwah dalam pembentukan akhlak ialah memberitahu kepada
kumpulan sasaran dakwahnya akan perkara-perkara yang mereka tidak boleh lakukan
disebabkan perkara-perkara itu dilarang oleh agama. Tetapi jika tugas ini tidak
dilakukan dengan berhati-hati dan berkesan, akibatnya ia boleh menimbulkan reaksi
yang negatif daripada mereka yang cuba diubah tingkah laku sasaran, akibatnya sasaran
akan terus melakukan perbuatan-perbuatan yang menjadi larangan itu. Suatu teori yang
sangat berguna sebagai panduan apabila para pendakwah hendak membanteras tingkah
laku yang menyalahi agama ialah Teori Reaktans Psikologi (Abdullah Hassan, 2001:
10).
Menurut Sulaiman Ibrahim (2000), kegiatan dakwah terpadu di kalangan
mahasiswa di universiti harus dipergiatkan dengan mengutamakan program tunjang
seperti program Kefahaman Islam, Kepimpinan Islam dan Sahsiah Islam. Kaedah yang
paling baik pula ialah Sistem Usrah yang bersistematik menerusi penyelia yang
berpengalaman berserta penggunaan tajuk bersesuaian yang mementingkan soal utama
dan permasalahan umat Islam, bukan sekadar meniupkan semangat juang dan
memberontak semata-mata, mementingkan juga penghayatan menyeluruh terhadap
pengertian-pengertian tarbiah itu sendiri.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Aktiviti dakwah yang dijalankan oleh badan-badan yang tertentu merupakan
salah satu cabang dalam pembentukan akhlak seseorang. Sejauh mana sesuatu aktiviti
dakwah itu dapat membentuk akhlak seseorang adalah bergantung kepada bagaimana
aktiviti dakwah dijalankan. Kenyataan yang sedang berlaku pada hari ini berbeza dengan
kehidupan dahulu kerana kehidupan pada hari ini penuh cabaran (Ghazali Darusalam,
1996: 3). Jika dilihat kepada trend semasa, keruntuhan akhlak seolah-olah sudah sebati
dan bertapak kukuh dalam masyarakat. Kini budaya yang mementingkan keseronokan
dan pemuasan hawa nafsu ini dan pemikiran materialistik menjadi budaya yang dihayati
oleh semua lapisan umur sama ada golongan tua atau muda (Abdul Ghafar Hj. Don,
2000: 5).
Senario pembentukan akhlak dengan merealisasikan program-program dakwah
di kalangan umat Islam kini adalah satu agenda penting untuk membendung gejala
keruntuhan akhlak daripada terus berlaku. Walaupun berbagai-bagai program dakwah
yang dijalankan, namun gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat masih berada pada
tahap kritikal.
Situasi ini menimbulkan persoalan. Adakah program tersebut mendapat
sambutan daripada umat Islam? Sejauh manakah program-program ini memberi manfaat
kepada sasaran dan adakah ia berkesan ke atas pembentukan akhlak ahli jamaah dan
masyarakat setempat?
Pembentukan akhlak ini juga mendapat perhatian alim ulama dan tokoh-tokoh
agama di negara ini. Ustaz Fadzil Hanafi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Kedah, menyatakan keruntuhan akhlak hari ini amat serius dan perlu di
5
tangani segera. Menurutnya masalah penglibatan remaja dalam aktiviti jenayah,
penagihan, berpelesiran, pelacuran merosakkan harta benda awam dan sebagainya sudah
sampai ke satu tahap yang kritikal. Beliau berharap pihak berkuasa menjalankan
pemantauan berterusan (Dakwah, Julai 1998: 8).
Dalam kehidupan umat Islam di Malaysia daripada perspektif kerohanian
terhadap beberapa cabaran baru yang sedang melanda masyarakat dan negara Islam,
terutamanya dilihat fenomena ini daripada sudut pengurusan secara global.
1.3 Penyataan Masalah
Pembentukan akhlak adalah satu usaha dalam menangani keruntuhan nilai
kemanusiaan di kalangan masyarakat Islam kini yang telah berada pada tahap kritikal.
Menyedari dan menginsafi perkara ini, beberapa langkah yang drastik perlu diambil bagi
menjamin keutuhan umat daripada dipengaruhi oleh masalah semasa ini di antaranya
mengadakan aktiviti dakwah di kalangan masyarakat.
Lantaran itu, perlaksanaan aktiviti dakwah dalam pembentukan akhlak perlu
dihalusi supaya satu pelan tindakan dapat diambil untuk menjayakan perlaksanaan
aktiviti dakwah terhadap pembentukan akhlak ahli jamaah dan masyarakat setempat.
Memandangkan belum ada kajian dibuat secara khusus mengenai masalah ini di
Kolej 13 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidik merasakan perlunya
dibuat kajian dan penyelidikan mengenai masalah ini.
6
Di dalam kajian ini, fokus yang diberikan adalah kepada aktiviti yang
dilaksanakan terhadap pelajar di Kolej 13. Menilai persepsi pelajar terhadap aktiviti
dakwah di kalangan pelajar dalam kehidupan seharian. Dari segi menunaikan
tanggungjawab ibadah khusus, meningkatkan akhlak dan hubungan sosial,
mendisiplinkan diri dalam pelajaran dan pembentukan sifat serta peribadi sebagaimana
yang dikehendaki oleh Islam.
Adalah diharapkan, semoga dapatan daripada penyelidikan ini dapat membantu
pihak kolej atau masyarakat mengetahui sejauh manakah perlaksanaan aktiviti dakwah
dalam pembentukan akhlak dan ahli jamaah atau masyarakat setempat dapat dihasilkan
dengan baik dan sempurna.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif berikut:
1.4.1 Mengenal pasti kepentingan aktiviti dakwah terhadap pembentukan
akhlak ahli jamaah dan masyarakat setempat
1.4.2 Meninjau pandangan pelajar tentang aktiviti dakwah yang dijalankan di
Kolej 13
1.4.3 Mendapatkan gambaran tentang sambutan pelajar terhadap aktiviti
dakwah yang dilaksanakan di Kolej 13
7
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang diutarakan dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut:
1.5.1 Sejauh manakah kepentingan aktiviti dakwah terhadap pembentukan akhlak ahli
jamaah dan masyarakat setempat?.
1.5.2 Apakah pandangan pelajar terhadap aktiviti dakwah yang dijalankan di Kolej
13?.
1.5.3 Sejauh manakah sambutan pelajar terhadap program dakwah yang dilaksanakan
oleh Kolej 13?.
1.6 Kepentingan Kajian
Pemantapan rohani sangat penting terhadap setiap individu Muslim terutama di
kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan dengan amanah yang diberikan. Begitu
juga dengan pelajar di Kolej 13 yang diamanahkan oleh keluarga dan negara untuk
belajar dan menamatkan pengajian mereka. Mereka sepatutnya diisi dengan pelbagai
pengetahuan agama supaya amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan
dengan sebaik mungkin. Pada dasarnya kajian ilmiah ini dibuat untuk melayakkan
penyelidik dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia.