Upload
vukhue
View
223
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU MATA PELAJARAN TEKNIKAL
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TANAH MERAH, KELANTAN.
ZAKIAH BINTI MD TAHIR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TANAH MERAH, KELANTAN.
ZAKIAH BINTI MD TAHIR
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Setulus kasih dan ingatan buat…
Ayahanda Md Tahir Md Nor,
Bonda Siti Aminah Mat Yaacob,
Keluarga tersayang
Dengan doa dan restumu aku disini,
Memenuhi hajat dan harapan mu,
Buat Tunang Tersayang,
Anies Bin Mohd Nor,
Sesungguhnya kehadiranmu,
Banyak memberi semangat kepadaku,
Segala pengorbanan dan doronganmu,
Tidak mampu ku balas.
Pembimbing…
En. Asnul Dahar Bin Minghat
Serta rakan seperjuangan
Seperti mana asal usul kita…
Akhirnya akan kembali jua
Ke tempat asal
Tiap detik perjalanan
Menjadi perhatian dan perhitungan…
Semoga kalian dapat mengharungi
Kehidupan yang sempurna dan mendapat
Keredhaan ALLAH s.w.t.
iv
PENGHARGAAN Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayah-Nya , kajian ini mampu disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Sekalung penghargaan kepada penyelia kajian, Tn Hj. Asnul Dahar Bin
Minghat yang banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan
nasihat tanpa kenal erti jemu. Tanpa beliau maka pincanglah kajian ini. Terima
kasih yang tidak terhingga kerana merealisasikan impian ini.
Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan
Pelajaran Kelantan, Pengetua, guru-guru teknikal dan staf Sekolah Menengah
Teknik Tanah Merah, yang terlibat secara langsung dalam menjayakan kajian ini.
Malah tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan yang memberi bantuan. Ingatlah,
hanya Tuhan yang mampu membalas jasamu itu.
Penghargaan khas ini ditujukan khas buat bonda tercinta Siti Aminah dan
ayahanda Md Tahir Md Nor yang tanpa jemu mendoakan kejayaan anaknya ini.
Keluarga tercinta serta tunang tersayang, Anies Mohd Nor. Terima Kasih tidak
terhingga di atas segala dorongan, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan
dengan penuh keikhlasan.
Wassalam.
Zakiah Binti Md Tahir.
v
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti
persepsi pelajar terhadap guru teknikal dari aspek pengetahuan, kemahiran,
penggunaan bahan bantu mengajar dan sikap guru teknikal terhadap pengajaran
mata pelajaran teknikal. Responden terdiri daripada 148 orang pelajar tingkatan
empat kursus Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal di Sekolah Menengah
Teknik Tanah Merah, Kelantan. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal
selidik berbentuk skala likert yang mengandungi 40 item berdasarkan kepada
persoalan kajian. Data yang diperolehi telah dikumpul dan dianalisis menggunakan
perisian SPSS 12.0 (Statistical Package for Social Science Windows) untuk mencari
nilai min dan peratusan bagi setiap persoalan kajian. Hasil kajian mendapati
persepsi responden terhadap guru mata pelajaran teknikal dari aspek penggunaan
bahan bantu mengajar adalah tahap paling rendah berbanding ketiga-tiga aspek yang
lain. Diikuti aspek kemahiran guru, sikap guru seterusnya aspek pengetahuan guru
pada tahap paling tinggi. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan
kajian lanjutan.
vi
ABSTRACT
The descriptive study to the students have a perseption on the affectiveness
of the teaching-learning process by the technical teacher from aspects of their
knowledges, skills, teaching aids material usage and and the attitude towards the
teaching process of the technical subject. The respondents was consisted in both of
one hundred and forty eight students form four the civil engineering, electrical
engineering and mechanical engineering courses at Sekolah Menengah Teknik
Tanah Merah, Kelantan. Research’s instrument was a set of linker scale
questionnaires consisted of 40 items, which based on the scope of this research. The
obtained data had been collected and analyzed by using the SPSS software version
12.0 (Statistical Package For Social Science For Windows), to find out the value of
mean and percentage for each scope of this research. The research revealed that, the
students have a perseption on the affectiveness of the teaching-learning process by
the technical teacher from aspects teaching aids material usage to low level from
other aspects. Further aspects of teacher skills, the attitude towards the teaching
process and the top level from aspects knowledges. Some recommendation to
improve this research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi / Istilah 10
1.10 Penutup 12
viii
BAB II SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pengetahuan 16
2.3 Kemahiran 18
2.4 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 20
2.5 Sikap 24
2.6 Penutup 27
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Lokasi kajian 29
3.3 Reka Bentuk Kajian 29
3.4 Populasi Kajian 29
3.5 Sampel Kajian 30
3.6 Instrumen Kajian 31
3.7 Kajian Rintis 32
3.8 Prosedur Kajian 34
3.8.1 Proses Mentadbir Soal selidik 35
3.9 Analisis Data 36
3.10 Penutup 38 BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data Bahagian A 40
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Agama 41
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempat
Kediaman 42
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kursus 43
ix
4.3 Analisis Data Bahagian B 43
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 44
4.3.2 Analisis Persoalan kajian Kedua 48
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 52
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 56
4.4 Purata Min dan Tahap Keseluruhan Untuk Setiap
Persoalan kajian. 60
4.5 Penutup 61
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Rumusan kajian 62
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 63
5.3.1 Persoalan Kajian Pertama 63
5.3.2 Persoalan Kajian Kedua 66
5.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 68
5.3.4 Persoalan Kajian Keempat 70
5.4 Cadangan Kajian 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
5.6 Penutup 73
BIBLIOGRAFI 74-78
LAMPIRAN
Lampiran A – D 79-90
x
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 1.1 Peratusan Keputusan SPM 2000 hingga 2003 di
Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan. 6
3.1 Jumlah Populasi dan Sampel Mengikut Kursus 30
3.2 Pembahagian Aspek Soal Selidik 31
3.3 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 34
3.4 Darjah Persetujuan dan Analisis Akhir 36
3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 37
3.6 Skala Pemeringkatan Skor Min 37
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respoden Mengikut Jantina 40
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respoden Mengikut Bangsa 41
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respoden Mengikut Agama 42
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Tempat Kerdiaman 42
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus 43
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi
Aspek Pengetahuan Guru Tentang Isi Pelajaran. 45
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi
Aspek Kemahiran Guru Dalam Menyampaikan Isi Pelajaran. 49
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi
Aspek Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. 53
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi
Sikap Guru Teknikal Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal. 57
4.10 Purata Min dan Tahap Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian 60
xi
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL
BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
HEM - Hal Ehwal Murid
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam
PKE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik
PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
S - Setuju
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
f - Kekerapan
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set Soal Selidik 79
B Jadual Krejcie R.V dan Morgan D.W (1970) 85
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Bahagian
Perancangan Dan penyelidikan Dasar pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (BPPDP) 86
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian,
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. 88
E Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia. 89
F Surat Permohonan Mendapatkan Surat Kebenaran
Menjalankan Kajian di Sekolah 90
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju telah memberi cabaran baru
kepasa sistem pendidikan negara pada keseluruhannya. Sebagai sebuah negara
membangun yang berhasrat untuk menjadi negara perindustrian, sudah seharusnya
usaha-usaha gigih dijalankan untuk melahirkan tenaga pekerja profesional bagi
menampung keperluan sektor perindustrian. Untuk tujuan tersebut sekolah-sekolah
teknik di seluruh negara telah diberi mandat untuk menjayakannya. Ini terbukti dengan
penyusunan semula sekolah-sekolah teknik secara berperingkat. Dengan wujudnya
fenomena seperti ini, fungsi dan tanggungjawab Sekolah Menengah Teknik menjadi
semakin meluas.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Teknikal, 1987
menyatakan bahawa Pendidikan Teknik dan Vokasional bertujuan untuk memenuhi
matlamat berikut :
i) Membantu negara dalam proses pembangunan dan permodenan industri
melalui program pendidikan teknik dan vokasional yang mengeluarkan
tenaga manusia terlatih serta berpengetahuan teknikal.
ii) Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar melanjutkan
pelajaran dalam bidang teknologi.
2
iii) Memperkembangkan minat di kalangan pelajar dalam bidang sains dan
teknologi.
iv) Memperkembangkan sikap yang positif, bertanggungjawab dan
berdisiplin di kalangan pelajar.
Dalam Rancangan Malaysia Keenam telah menekankan kepada pembangunan
sumber manusia. Aspek ini sangat penting dalam membangun Malaysia mencapai
tahap negara perindustrian. Perancangan ini menfokuskan kepada keperluan untuk
mengembangkan pendidikan teknik dan vokasional bagi menambahkan lagi tenaga
profesional yang berkualiti bagi memahami pembangunan ekonomi negara yang sedang
berkembang pesat. Dengan itu, guru adalah golongan yang bertanggungjawab untuk
merealisasikan hasrat negara ini.
Arus pembangunan semasa, dengan perkembangan pesat sektor industri ianya
memberi impak tersendiri terhadap perkembangan pendidikan teknikal. Pembangunan
pendidikan teknikal merupakan usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan serta
pengetahuan di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terutama bagi
pelajar yang berkecenderungan tinggi terhadap bidang ini. Sistem pendidikan pada
masa kini melalui banyak perubahan dari masa ke semasa dalam usaha untuk
menjadikan sistem pendidikan yang terbaik bagi pelajar-pelajar di semua peringkat.
Perubahan ini sangat penting kepada pelajar-pelajar yang belum lagi melangkah ke
alam pekerjaan.
Pendidikan merupakan satu proses mengajar, membentuk individu agar menjadi
tahu dan hasilnya terdapat perubahan tingkahlaku dan pemikiran kepada yang dididik.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi sistem pendidikan. Antaranya ialah
peranan yang perlu dimainkan oleh guru sebagai tenaga pengajar dan minat pelajar
untuk terus mendalami ilmu pengetahuan bersama guru mereka. Namun begitu guru
dan murid merupakan dua faktor terpenting dalam bilik darjah kerana kedua-duanya
perlu saling berinteraksi dengan baik bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
3
yang lebih efektif. Guru bertanggungjawab untuk menyampai dan mencorak bentuk
ilmu pengetahuan yang disampaikan sesuai dengan penerimaan mereka. Untuk menjadi
guru yang profesional, seseorang guru harus menekankan tiga aspek penting dalam
dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1994).
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid dan ianya mula diperkenalkan di sekolah-sekolah
bestari. Namun begitu guru tetap memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan pendidikan dalam sesebuah institusi pengajian. Kualiti pendidikan banyak
bergantung kepada kualiti guru kerana guru yang baik membuatkan pembelajaran
menarik dan dihargai oleh murid yang mengikutinya. Dalam usaha mencapai matlamat
ini, seseorang guru sepatutnya mempunyai kemahiran, kebolehan dan sikap yang baik
samada di dalam dan di luar bilik darjah.
Semenjak pendidikan teknik mula diperkenalkan di Malaysia, mata pelajaran
aliran teknikal mula bertapak sebagai mata pelajaran elektif di Sekolah Menengah
Teknik seluruh Malaysia. Di antara mata pelajaran yang disenaraikan untuk aliran
teknikal ialah Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE), Pengajian
Kejuruteraan Awam (PKA) dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM).
Mata pelajaran aliran teknikal khususnya Pengajian Kejuruteraan Elektrik,
Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal adalah mata
pelajaran elektif KBSM yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk tingkatan empat dan lima. Mata pelajaran ini ditawarkan
untuk memenuhi minat dan kecenderungan pelajar dalam bidang kejuruteraan
disamping melengkapkan diri serta memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam
bidang kejuruteraan. Selain itu, untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berkemahiran
dalam memenuhi kehendak industri, teknologi dan perkembangan ekonomi. Mata
pelajaran aliran teknik ini juga adalah satu bidang yang berkait rapat dengan keperluan
dan kepentingan manusia dalam kehidupan seharian mereka. Para pelajar akan dapat
4
menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang merangkumi unsur-unsur
kerohanian, kemasyarakatan dan kewarganegaraan sekiranya guru mereka bijak
mendidik pelajar mereka dengan lebih berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah Laporan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000
(1999), menyatakan bahawa matlamat pendidikan teknikal adalah untuk melahirkan
golongan pelajar berkelayakan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik, Sains
serta Asas Kejuruteraan. Pelajar-pelajar ini dijangka meneruskan pengajian dalam
kursus sains dan berasaskan teknologi di peringkat diploma dan ijazah bagi melahirkan
golongan tenaga kerja profesional yang benar-benar berkemahiran.
Dengan sokongan padu yang diberikan oleh kerajaan mengenai pendidikan
teknikal ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pendidikan ini semakin penting.
Secara tidak langsung dapat memenuhi sasaran Malaysia bagi menyediakan tenaga
kerja profesional menjelang tahun 2020. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai
latihan (Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Pelajaran, 1991) mahukan
keperluan mengenai kawalan serta pengurusan pendidikan teknik baik dan sistematik.
Ini bagi mengurangkan pembaziran yang berlaku hasil daripada kecelaruan yang timbul
akibat daripada ketidakseimbangan pendidikan dan peluang pekerjaan.
Untuk dimanfaatkan dalam sektor pengeluaran, tercetus senario permintaan
yang mendesak terhadap jerutera dan penolong jurutera terutama dalam bidang
elektrikal dan elektronik kejuruteraan jentera. Berdasarkan Laporan Rancangan
Malaysia Kelapan, pertambahan sebanyak 52,920 jurutera dan 117,720 penolong
jurutera diperlukan bagi memastikan sektor pengeluaran memainkan peranan aktif
dalam ekonomi intensif modal. Sokongan padu seharusnya diunjurkan melalui
5
pendidikan teknik dan vokasional sebagai pembentuk tenaga kerja profesional yang
berketerampilan teknologi.
Walaupun perancangan program mata pelajaran teknikal ini telah dibuat dengan
teliti oleh Jabatan Pelajaran Teknikal, masalah pencapaian rendah masih lagi wujud
terutama dalam mata pelajaran teknik yang melibatkan aliran teknikal. Fenomena ini
wujud kerana mereka beranggapan mata pelajaran ini sukar kerana kebanyakannya
melibatkan pemahaman konsep dan pengiraan. Tambahan pula mata pelajaran teknikal
ini kebanyakannya menguji kemahiran berfikir pelajar.
Masalah pencapaian yang semakin merosot telah berlaku di beberapa buah
Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Antara salah satu sekolah yang tergolong
dalam kategori ini adalah Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan. Jika
dibandingkan dengan Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, pencapaian keputusan SPM
di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah amat berbeza. Sekolah ini mempunyai
pencapaian yang kurang memuaskan, sedangkan Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas
berada pada kedudukan ke 23 daripada 82 buah Sekolah Menengah Teknik di Malaysia.
Jadual 1.1 di sebelah menunjukkan peratusan keputusan SPM tahun 2000 hingga 2003
di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan.
6
Jadual 1.1 : Peratusan Keputusan SPM Bagi Mata Pelajaran Teknikal Tahun 2000
Hingga 2003 di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan.
Mata Pelajaran Tahun Bil.
Calon Bil.
Calon Lulus
Hadir Gagal Bil % 1. Pengajian Kejuruteraan 2003 70 13 55 80.88 Mekanikal (PKM) 2002 42 4 38 90.48 2001 33 3 30 90.91 2000 40 1 39 97.44 2. Pengajian Kejuruteraan 2003 61 5 56 91.8 Awam (PKA) 2002 31 3 28 90.32 2001 31 1 30 96.77 2000 36 1 35 97.22 3. Pengajian Kejuruteraan 2003 76 8 68 89.47 Elektrik (PKE) 2002 40 0 39 100 2001 36 0 36 100 2000 37 1 36 97.3
(Sumber: Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah Kelantan, 2004)
Banyak faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran dalam bilik darjah. Selain
daripada penggunaan bilik darjah yang berkesan dan teknik pengajaran yang
dipelbagaikan, idea-idea baru juga menjadi cabaran kepada guru teknikal untuk
menangani karenah para pelajar. Dengan cara ini pelajar akan lebih menghormati dan
sentiasa mempunyai tangapan yang baik terhadap guru. Secara tidak langsung pelajar
akan berusaha dan merasakan sesi pembelajaran itu merupakan suatu yang bermakna,
seronok dan mencabar.
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang melibatkan
interaksi guru dengan murid. Pengajaran guru bergantung kepada bagaimana guru
dapat menyesuaikan diri dan memahami masalah pembelajaran murid. Terdapat
7
pelbagai aspek yang mempengaruhi mutu pengajaran guru. Antaranya ialah
pengetahuan dan ilmu yang dimiliki oleh guru, kaedah yang digunakan dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan sikap guru terhadap pelajar itu
sendiri.
1.3 Pernyataan Masalah
Kemerosotan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran
teknikal di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, pada tahun 2003 menyebabkan
pengkaji terpanggil untuk menjalankan kajian ke atas sekolah tersebut. Oleh yang
demikian, kajian ini dijalankan bertujuan meninjau persepsi pelajar terhadap guru mata
pelajaran aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan dari
aspek pengetahuan guru, kemahiran guru, penggunan bahan bantu mengajar dan sikap
guru terhadap pengajaran mata pelajaran teknikal.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti pengajaran di kalangan guru teknikal dari aspek pengetahuan
guru tentang isi pelajaran.
1.4.2 Mengenalpasti pengajaran di kalangan guru teknikal dari aspek kemahiran amali
guru dalam menyampaikan isi pelajaran.
1.4.3 Mengenalpasti pengajaran di kalangan guru teknikal dari aspek penggunaan
bahan bantu mengajar.
1.4.4 Mengenalpasti sikap guru teknikal terhadap pengajaran mata pelajaran teknikal.
8
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, terdapat beberapa persoalan utama yang ditekankan
untuk meninjau persepsi pelajar terhadap guru mata pelajaran teknikal. Antaranya
seperti berikut :
1.5.1 Apakah guru teknikal mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran teknikal?
1.5.2 Apakah guru teknikal mempunyai pelbagai kemahiran amali dalam
menyampaikan isi pelajaran?
1.5.3 Apakah guru teknikal menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar?
1.5.4 Apakah sikap guru teknikal terhadap pengajaran mata pelajaran teknikal?
1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini wajar dijalankan kerana ia sangat penting untuk kita semua bagi
melihat bagaimana persepsi pelajar terhadap pengajaran di kalangan guru mereka.
1.6.1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mencari langkah yang terbaik bagi
mengatasi masalah pencapaian pelajar teknik yang kian merosot.
1.6.2 Guru dapat menilai sendiri sama ada corak pengajaran yang disampaikan adalah
bersesuaian dengan pelajar.
1.6.3 Sebagai penerima maklumat, pelajar akan dapat menyusun maklumat
bersesuaian dengan peranannya. Dalam hal demikian, mudah membuat
tanggapan sama ada baik atau buruk seseorang guru itu, kemudian barulah
melihat pada pembelajaran mereka.
1.6.4 Guru dapat melihat sendiri persepsi pelajar terhadap pengajaran mereka. Secara
tidak langsung, ianya akan membuka jalan kepada guru untuk melakukan
sesuatu bagi mengubah cara dan membaiki pengajaran mereka terutama dalam
meningkatkan lagi pencapaian pelajar.