Upload
siti-nur-alia
View
70
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
uhhhhh
Citation preview
940819-07-5300
PERKEMBANGAN PERUBATAN ISLAM DI MALAYSIA
Pengenalan
Setiap penyakit ada ubatnya. Allah S.W.T yang menjadikan penyakit, Dialah yang
menyediakan ubatnya. Setiap sesuatu mempunyai sebab yang boleh dikaitkan dengan tingkah
laku manusia yang secara langsung berkaitan dengan rahsia Ilahi yang tidak difahami oleh
manusia. Perubatan Islam merupakan sistem perubatan yang tidak bercanggah dengan prinsip
Islam, baik dari segi falsafah teorinya mahu pun dari segi etika pengamalannya yang
menggunakan bahan-bahan yang halal dan mengikut sunnah Rasulullah termasuk juga merujuk
kepada kitab suci al-Quran. Menurut Ahmad Mahmud (1994:18), hal demikian tidaklah bererti
bahawa al-Quran itu digunakan sebagai tangkal ataupun azimat, kerana baginda Rasulullah s.a.w
tidak berbuat demikian dan tidak menyuruhnya, bahkan baginda adakalanya melakukan rawatan
dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan bahan-bahan semulajadi untuk merawat dirinya.
Perubatan telah lama dilihat sebagai sains dan juga seni. Bagi perawat muslim, peranan
akhlak dan etika amat penting dalam amalan perubatan, sama seperti ahli-ahli perubatan/perawat
umat lain. Namun pun begitu, bagi pengamal perubatan muslim, kesedaran saintifik dengan
kesedaran keagamaan amat berhubung rapat dan kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Atas
dasar inilah tercetusnya persoalan metodologi dalam sains Islam; metodologi dan paradigma
yang semestinya berbeza daripada metodologi dan paradigma yang dilahirkan oleh budaya lain
selain Islam (Bakar, 1991; 1-38).
Perubatan Islam banyak menggunakan ayat-ayat daripada al-Quran. Menurut Muhammad
Mahmud (1992; 22-29), al-Quran, sama ada keseluruhannya ataupun sebahagian daripada
ayatnya adalah setinggi-tinggi penawar. Setiap huruf yang terkandung padanya merupakan
940819-07-5300
penawar penyakit jiwa, melahirkan ketenangan, penawar sakit dalaman dan luaran dengan syarat
adanya iman terhadap Allah, Pencipta segala yang wujud, yang menurunkan al-Quran. Allah
memberitahu bahawa al-Quran itu diturunkan sebagai peringatan kepada manusia dan penawar
bagi hati orang yang beriman (at-Taubah: 30).
Dapat dilihat pada masa kini bahawa majoriti masyarakat umum berpegang bahawa
perubatan Islam mempunyai nilai rohaniah dan dapat mendekatkan kita kepada Allah S.W.T
malah ada yang berpendapat mendalami perubatan Islam perlu diwajibkan untuk setiap insan.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir golongan yang berpendapat bidang perubatan Islam
merupakan bidang ilmu dalam agama yang tidak perlu dituntut malahan ada pula segolongan
kecil lain yang mengambil pendekatan sekadar “berserah kepada tuhan” tanpa cuba untuk
berusaha mendapatkan rawatan perubatan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan masyarakat
harus menukar mentaliti mereka dengan segera.
Perubatan Islam tidak terhad kepada berkenaan penyakit-penyakit fizikal sahaja, ia juga
mementingkan pengubatan jiwa manusia. Pendekatan yang terbaik adalah apabila pengubatan
kedua-dua (fizikal dan jiwa) ini dapat dilakukan secara serentak. Sekiranya hanya aspek fizikal
dititikberatkan, ia akan melahir suatu generasi yang sihat secara zahirnya namun rosak jiwa dan
mental serta pemikirannya. Generasi yang tidak seimbang ini cenderung untuk tidak bersyukur
atas nikmat yang dikurniakan dan terus-menerus melakukan kemaksiatan kepada tuhan1.
Menurut Tarmizi, Nabi Muhammad berkata, “Dua nikmat yang sering disia-siakan oleh
kebanyakan manusia ialah kesihatan dan waktu lapang.”.
1 Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn.Bhd., 2002)
940819-07-5300
Definisi, Sejarah Perubatan Islam dan Perkembangannya di Malaysia
i) Definisi
Dalam bahasa Arab, istilah perubatan disebut sebagai al-Tibbah, manakala dalam Bahasa
Inggeris disebut sebagai theraupeutics yang datang daripada perkataan yunani therapeuein yang
bermaksud menyembuh2. Menyentuh mengenai definisi perubatan Islam, ahli perubatan islam
memberi penjelasan bahawa pengertian perubatan ialah “ilmu perubatan adalah suatu ilmu yang
membicarakan mengenai tubuh manusia, sama ada dari segi kebaikan, keburukan, mengawal
kesihatan dan menghilangkan kesakitan.”3. Namun begitu, berbeza pula pandangan tokoh
perubatan Islam yang bernama Dr. Ali Mu’nis. Dr. Ali Mu’nis dalam buku “Pengubatan Cara
Nabi” telah mengatakan bahawa perubatan Islam ialah perubatan Rasulullah s.a.w. dimana
Rasulullah pernah menyentuh mengenai salah satu bab perubatan yang bersabda: “sebaik-baik
ubat ialah al-Quran”. Ini menunjukkan bahawa perubatan Islam merupakan suatu cara
pengubatan yang menggunakan al-Quran untuk menyembuhkan segala penyakit yang dihadapi
oleh manusia yang merangkumi penyakit fizikal dan rohaniah4.
ii) Sejarah dan Perkembangannya di Malaysia
Di Malaysia, perubatan Islam telah datang sejak berzaman serta telah berkembang dengan
pesatnya. Semakin banyak pihak memilih untuk mencuba perubatan embertive setelah menemui
jalan mati dengan perubatan barat. Perubatan Islam di Malaysia walaubagaimanapun telah
diubahsuai supaya sesuai dengan warisan pengubatan lokal di Malaysia namun telah dipastikan
tidak melanggar syarak mahupun bertentangan dengan akidah. Professor Dr. Haron Din
2 Thomas Nelson and Sons, Highroad’s Dictionary: Pronouncing & Etymological (London: Thomas Nelson and Sons, 1951).3 Ahmad Bin Mustafa, Miftah al-Sa’adah Wa Misbah as-Siyadah (Kaherah: Dar al-Kutub al-Hadithah, hlm. 326).4 Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir (Beirut: Dar al-Fikr, 1970, hlm. 206).
940819-07-5300
merupakan seorang pengamal perubatan Islam yang tersohor di Malaysia dan merupakan
seorang yang memulakan kegemilangan perubatan Islam di Malaysia5. Beliau telah bermula
dengan memberikan kuliah secara kecil-kecilan kepada sejumlah kecil anak muridnya. Pada
1998, Professor Dr. Haron Din telah menubuhkan Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam
yang seterusnya membawa kepada penubuhan Pusat Rawatan Islam Darus Syifa’ di Bandar Baru
Bangi, Selangor, pada tahun 19906. Professor Dr. Haron Din juga telah banyak menerbitkan
karya-karya7 bagi membantu masyarakat untuk lebih memahami serta menerima perubatan Islam
disamping menjadi rujukan utama bagi mereka yang ingin belajar serta mengamalkannya. Selain
daripada beliau, Dr. Amran Kasimin yang juga merupakan penolong Professor Dr. Haron Din di
Darussyifa’ juga cukup aktif dalam pengeluaran buku-buku ilmiah yang diterbitkan bagi
membimbing masyarakat8.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi perubahan kepada cara hidup, bahasa dan
corak pemikiran masyarakat Melayu. Perubatan di Tanah Melayu juga menerima pengaruh
tersebut dan ini dapat dibuktikan dengan meneliti kaedah perubatan Islam di Tanah Melayu yang
kemudiannya menukar nama kepada Malaysia. Cara perubatan di Malaysia lebih menekankan
unsur-unsur Islam iaitu dengan penggunaan ayat-ayat al-Quran, selawat kepada Nabi
Muhammad s.a.w, menggunakan bahasa Arab serta menggunakan tulisan Jawi. Walaupun
kurang digunapakai pada awalnya, namun dengan kemunculan serta kegigihan Professor Dr.
Haron Din yang kekal menggunakan perubatan bercirikan Islam dalam teknik pengubatannya,
perubatan Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat.
5 Zabidi H. Nawawi, Perubatan Nabawi dan Perubatan Tabi’i (Ipoh: Pustaka Muda, 1993)6 Amran Kasimin, Darussyifa’ Bangunan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Kuala Lumpur: Percetakan Watan, 1991).7 Dr. Haron Din, Menjawab Persoalan Mahluk Halus: Kaitannya dengan Penyakit dan Pengubatan (Selangor: Darussyifa’, 2009)8 Amran Kasimin, Yasin untuk Rawatan dan Doa (1991), Histeria: Pencegahan dan Rawatan (1994), Iblis dan Cara Mengatasi Gangguan (1998)
940819-07-5300
Jenis-jenis Penyakit
Ibn Qaiyim al-Jauziyah telah menjelaskan di dalam kitab At-Tib an-Nabawi, “Penyakit-
penyakit terbahagi kepada dua bahagian, pertama; penyakit hati, kedua; penyakit fizikal.” Antara
penyakit-penyakit yang terkenal dalam perubatan Islam ialah:-
i) Aspek Psikologi
Penyakit berkaitan psikologi manusia seperti kecelaruan keresahan (anxiety) walaupun
tidak pernah dibincangkan secara spesifik dalam Islam, namun pernah disebut oleh tokoh ilmu
Islam seperti al-Razi, Ibn Kathir, Muhammad ‘Uthman Najati, Hasan Langgulung dan lain-lain.
Salah seorang tokoh yang sering membincangkan mengenai anxiety ini ialah al-Ghazali.
Menurut al-Ghazali, anxiety ialah penyakit mental yang datang daripada hati. Ianya lahir
daripada jiwa manusia yang tidak sihat. Ia mempunyai persamaan dengan penyakit hati lain
seperti kemarahan, kebencian, dengki, kesedihan, ego, dan sebagainya. Beliau juga turut
mengatakan anxiety sebagai takut kepada sesuatu benda atau perkara sehingga menyebabkan
lahir perasaan keresahan dan kekecewaan dalam diri9.
Penyakit psikologi seperti histeria pula mempunyai dua pendapat yang berbeza. Ada yang
beranggapan histeria berlaku disebabkan tekanan dan apabila seseorang itu terlalu
memendamkan perasaannya secara berpanjangan ianya akan menyebabkan tekanan itu tidak
akan mampu dikawal serta dipendam lagi di dalam hati dan melebihi had yang mampu
ditanggung perasaanya, maka seterusnya mengakibatkan histeria. Histeria juga dari sudut
kesihatan psikologi ditakrifkan sebagai gangguan kesihatan di mana tahap kesedaran pesakit
berubah dan menunjukkan emosi dan perilaku yang tidak normal. Namun, ada juga berpendapat
9 Al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din (Kaherah: Dar al-Taqwa li al-Turath, 2000).
940819-07-5300
bahawa histeria berlaku akibat jiwa yang lemah sehingga menyebabkan gangguan jin. Dr. Amran
Kasimin, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pernah menjadi
penolong Professor Dr. Haron Din di Darussyifa’ menyatakan bahawa jin atau makhluk halus
memang boleh meresapi masuk ke dalam badan dan jiwa manusia dan ada hadis yang
menyokong kenyataan ini. Jin boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui pelbagai cara, sama
ada melalui hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan dan sebagainya. Modus operandinya
ialah selepas berjaya memasuki tubuh manusia, makhluk halus ini akan terus-terusan menyerang
dan mengawal otak manusia sehingga menyebabkan perilaku yang tidak normal dan mengubah
personaliti seseorang yang dirasuki itu mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.
ii) Disebabkan Sihir
Menurut Kamus Dewan, ilmu sihir ini diperincikan kepada santau, mantera, ilmu pukau,
dan sebagainya yang mampu serta bertujuan menyakiti atau mempesona orang lain10. Sihir
berasal daripada perkataan as-sahar (السحر) iaitu bermaksud masa antara akhir malam dan awal
siang11. Definisi ini memberi gambaran bahawa sihir itu mempunyai persamaan dengan
kegelapan malam yakni suatu waktu yang sukar untuk dilihat secara jelas dengan mata kasar.
Masyarakat di Malaysia, bangsa Melayu terutamanya, walaupun mereka mengetahui
serta mengakui bahawa ilmu sihir ialah ilmu hitam yang bertentangan dengan norma kehidupan
serta melanggar syarak, masih terdapat sebilangan besar daripada mereka yang sanggup berhabis
duit mengunjungi pengamal sihir. Sihir pada masa kini mempunyai pelbagai jenis dan nama dan
kesan sihir-sihir ini bukan sahaja boleh dilihat dari segi fizikal mangsa, iaitu seperti lemah
anggota badan, sawan, sakit sendi serta sengal otot yang berpanjangan, kesan sihir juga boleh
10 Kamus Dewan Edisi Baru, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 384)11 Muhammad Mutawalli al-Sha’rawi, al-Sihru wa al-Hasad, (Kaherah: al-Maktabah al-Sha’rawi al-Islamiyyah, 1990, hlm. 24)
940819-07-5300
memberi kesan kepada kesihatan mental mangsa, iaitu seperti halusinasi dan kemurungan
berpanjangan. Antara kes sihir yang terkenal di Malaysia ialah kes Mona Fandey. Seorang ahli
politik telah meminta bantuannya untuk menjadi ahli politik yang tersohor dan Mona Fandey
serta suaminya telah menggunakan kapak dan memenggal kepala dan seterusnya mengerat 18
badan ahli politik itu dalam sebuah upacara pemujaan12.
iii) Saka
Saka merupakan salah satu penyakit yang sering mendapat perhatian dalam perubatan
Islam. Secara ringkasnya, Saka adalah jin yang berada di dalam tubuh badan manusia yang sudah
sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Saka juga difahami sebagai ilmu atau
jin yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawah yang seterusnya. Masyarakat
terdahulu di Malaysia membela jin-jin ini atas pelbagai sebab, antaranya untuk dibuat sahabat,
melakukan rawatan penyakit, menjaga keturunan dan sebagainya.
Antara kesan saka terhadap pewaris adalah pewaris akan menghadapi seksaaan perit
ketika hendak mati kerana roh sukar keluar daripada badan. Ada juga kes dimana pewaris saka
itu sudah lama meninggal dunia tetapi saka di dalam badannya menggunakan jasadnya dan hidup
seperti orang normal. Pewaris juga tidak dapat hidup tenang kerana gangguan. Ketika inilah ahli
keluarga pewaris mula mencari rawatan alternatif seperti perubatan Islam kerana perubatan
moden Barat tidak mampu untuk membantu.
12 New Straits Times, “Butchered Like Animals”, (5 Ogos 2007).
940819-07-5300
Kaedah Rawatan Perubatan Islam
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Daud dan at-Tarmizi daripada Usamah bin
Syuraik, dia berkata bahawa orang-orang Arab telah bertanya kepada Rasulullah sama ada patut
atau tidak untuk mereka berubat. Baginda menjawab, “Ya, wahai hamba Allah, berubatlah.
Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar,
kecuali satu.” Lalu mereka bertanya, apakah yang satu itu, maka Baginda menyatakan, “Yang
satu itu ialah tua.” (Hadis Hasan Sahih. Lafaz oleh at-Tarmizi)13. Keterangan hadis ini
menunjukkan bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan semua orang harus berusaha untuk
merawat penyakit mereka. Ilmu perubatan Islam di Malaysia banyak menggunakan serta
merujuk kepada ilmu Perubatan Nabi-nabi. Ilmu Perubatan Nabi-nabi sangat menentang
penggunaan ramuan-ramuan yang mendatangkan kemudaratan atau kematian apabila diambil
seperti racun dalam pengubatannya.
Di Malaysia, ramai yang beranggapan bahawa rawatan perubatan Islam hanya
menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan doa. Mereka juga menolak kaedah atau rawatan lain
daripada penggunaan kedua-dua ini sebagai bukan rawatan Islam. Kekeliruan ini perlu diatasi
segera kerana rawatan Islam adalah satu istilah umum bagi rawatan yang bertujuan untuk
mengubati sesuatu penyakit melalui cara dan pendekatan yang tidak bercanggah dengan syariat
Islam.
13 Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Konsep Perubatan Islam <http://www.darussyifa.org>
940819-07-5300
i) Bekam
Kaedah berbekam dalam rawatan penyakit digunakan secara meluas oleh pengamal
perubatan Islam di Malaysia. Rawatan bekam atau dikenali sebagai al-Hijamah14 adalah
pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan.
Bekam juga disebut sebagai satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik
yang terdapat pada badan seseorang15. Kaedah ini mampu untuk menyembuhkan penyakit moden
seperti stres, kelesuan badan, resdung, dan lain-lain. Berbekam juga boleh menjadi penawar
untuk penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan migrain. Berbekam juga dapat
menghalang daripada gangguan sihir daripada terus berulang. Gangguan sihir berulang berlaku
kerana tapak gangguan dalam badan pesakit tidak dipecahkan. Secara umumnya, jin boleh
bergerak dalam tubuh manusia melalui aliran darah yang kotor iaitu di bawah permukaan kulit
badan. Kaedah bekam dapat memusnahkan tapak gangguan tersebut.
Di Malaysia, pengamal kaedah rawatan bekam ini menggunakan alatan seperti gelas atau
buluh untuk menyedut permukaan kulit untuk mengeluarkan angin, darah, darah beku atau
kekotoran dalam badan. Terdapat dua jenis bekam yang banyak digunakan di Malaysia iaitu,
bekam kering (angin) dan bekam basah (darah)16. Bekam kering tidak mengeluarkan darah kotor,
yang keluar dari permukaan kulit hanyalah angin dan air sahaja. Manakala bekam basah pula
akan mengeluarkan darah kotor, air dan angin dari permukaan kulit, hasilnya tubuh badan akan
berasa lebih segar dan cergas. Pengamal bekam akan memaklumkan kepada pelanggan mereka
tentang semua maklumat serta kemungkinan termasuklah pantang larang serta kesan bekam.
Antara kesan bekam yang boleh berlaku ketika dan selepas bekam ialah pitam, pening,
14 Kadhim Qasim Ali Al-Rubaye MSc. PhD, The Clinical and Histological Skin Changes After theCupping Therapy (Al-Hijamah), (Turki: Journal of Turkish Academy Dermatology, 2012)15 Zuarida Mohyin, Memahami Erti Bekam, (Utusan Malaysia, 9 Mac 2010).16 Nizam, Bekam, (27 Ogos 2008) <http://www.perubatantradisionalnabawiyyah.com/bekam>
940819-07-5300
pendarahan, lebam, kulit melecet dan lain-lain. Antara pengamal bekam yang terkenal dan aktif
untuk memperkenalkan bekam kepada masyarakat di Malaysia ialah Persatuan Perubatan Islam
Hijamah Malaysia (PERHIJAM).
ii) Herba dan Tumbuhan
Herba dan tumbuhan telah lama menjadi amalan dalam pelbagai kelompok kaum dan
bangsa. Penggunaan herba dan tumbuhan oleh perawat di Malaysia semakin berkembang luas
kerana keberkesanannya. Seorang ulama Melayu bernama Haji Ismail Haji Mustafa Pontianak
telah menulis sebuah kitab yang diberi nama “Kitab al-Tibb” yang bermaksud Buku Panduan
Perubatan. Kitab yang lebih dikenali sebagai “Kitab Tibb Pontianak” ini menjelaskan mengenai
cara perubatan menggunakan herba untuk penyakit-penyakit tertentu yang berunsurkan Islam17.
Terdapat lebih daripada 100 jenis herba-herba telah disenaraikan dalam kitab ini seperti bawang
putih, manjakani, temulawak, dan banyak lagi.
Di Malaysia, herba banyak digunakan oleh pengamal perubatan Islam kerana didapati
herba dapat membuang segala racun dan toksik dalam badan. Herba yang terbaik untuk
digunakan ialah herba yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu seperti madu, minyak zaitun
dan termasuklah herba-herba yang tumbuh disekitar kita. Herba seperti halia (zingiber
officibale), bawang putih dan lada hitam banyak digunakan di Malaysia untuk merawat
gangguan sihir. Buah delima juga digunakan kerana buah delima kaya dengan kandungan zat
besi yang tinggi dan berpotensi untuk membantu kelancaran system pencernaan, kelancaran
darah, dan juga memperkuatkan jantung. Penggunaan herba juga perlu dimakan/diminum secara
rutin dan kerap serta penggunaan herba harus diambil dalam sukatan yang betul.
17 Perubatan Melayu Tradisional: Kitab Tibb Pontianak, (Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7(1), 2012, hlm. 149-162)
940819-07-5300
iii) Menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Ruqyah
Pusat perubatan Islam seperti Darussyifa’ menggunakan ayat al-Quran yang jelas ayat-
ayatnya, hadis dan sunnah Rasulullah yang nyata sumbernya dan doa yang dipohon juga jelas
maksud dan susunan katanya. Rawatan dengan menggunakan ruqyah dan ayat-ayat al-Quran
semakin hari semakin mendapat sambutan daripada penduduk di Malaysia kerana
keberkesanannya. Ruqyah secara bahasa bermaksud mantera atau jampi atau spell18. Ruqyah
secara syar’i pula bermaksud jampi-jampi mantera yang dibacakan untuk mengubati penyakit
atau mengusir gangguan jin atau sihir dengan hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-
doa yang bersumberkan dari hadis-hadis Rasulullah yang dapat difahami maknanya dan tidak
mengandungi unsur kesyirikan. Terapi Ruqyah tidak hanya terbatas pada gangguan jin sahaja
tetapi juga amat berkesan untuk menyembuhkan penyakit fizikal dan gangguan jiwa.
Untuk mengusir jin, perawat di Malaysia biasanya akan membacakan beberapa potong
ayat-ayat al-Quran atau memperdengarkan bacaan Ruqyah ke telinga pesakit dan memastikan
pesakit khusyuk mendengarnya. Sekiranya terdapat jin atau iblis di dalam tubuh pesakit, pesakit
kebiasaannya akan merasa panas dan makhluk halus di dalam tubuh pesakit tidak akan dapat
bertahan. Ruqyah juga boleh dibacakan kepada air dan diminum oleh pesakit yang mempunyai
sakit ringan seperti sakit perut.
18 Hans Wehr and J. Milton Cowan, A Dictionary of Modern Written Arabic, (London: Harrap, 1976)
940819-07-5300
Perbezaan Perubatan Islam dengan Barat
Terdapat beberapa perbezaan antara perubatan Islam dengan perubatan Barat. Perubatan
Barat tidak mengakui bahawa penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Allah S.W.T.
Kebanyakan doktor perubatan Barat pada masa kini menganggap diri mereka berkuasa untuk
menyembuhkan seseorang. Selain itu, perubatan Barat juga tidak cuba mendalami isu sosial dan
moral sebagai perkara yang penting di dalam merawat seseorang pesakit itu. Sebagai contoh,
seorang pesakit datang berjumpa dengan doktor atas masalah hati kerana ketagihan alkoholnya.
Majoriti doktor perubatan Barat hanya mementingkan untuk merawat masalah hati tersebut tanpa
cuba untuk mendalami sehingga ke dalam akar masalah tersebut kerana mereka terlalu sombong
dan bongkak dengan ilmu mereka. Seterusnya, perubatan Barat lebih mementingkan keuntungan
dan kekayaan disebabkan oleh amalan kapitalis yang diamalkan mereka. Akibatnya, statistik
penyelewengan dalam perawatan atau malpractice dalam perubatan Barat menunjukkan angka
yang tinggi dan membimbangkan.
Perubatan Barat menjadikan manusia sebagai penentu. Manusia inilah yang membuat
sistem penilaian dan menentukan segala-galanya dan mereka juga menentang konsep menerima
arahan atau keputusan daripada sistem lain seperti sistem agama. Menurut Mohd. Yusuf Othman
(1993), mereka juga memisahkan agama dengan ilmu sains perubatan iaitu agama hanyalah
dalam bentuk upacara manakala sains perubatan mempunyai peranan tersendiri yang tidak boleh
dicampurkan. Perubatan Barat menjadikan kitab-kitab perubatan, jurnal-jurnal dan buku-buku
perubatan sebagai pedoman dan panduan dalam pengamalan ilmu perubatan mereka.
Perubatan Islam pula mengakui dan yakin bahawa penyakit dan kesembuhan datangnya
dari Tuhan Maha Pencipta. Keyakinan ini mendidik setiap pengamal perubatan untuk tidak
takbur sekiranya berjaya menyembuhkan sesuatu penyakit. Perubatan Islam juga amat
940819-07-5300
mengambil berat akan pesakitnya. Masalah akan dikaji dan cuba untuk diatasi dari akar umbi dan
perawat Islam juga menjauhi yang haram dalam pengubatan. Seterusnya, majoriti perawat Islam
tidak mementingkan keuntungan malahan ada yang menjalankan kegiatan pengubatan Islam
secara ikhlas dan tidak mengenakan caj. Ini menunjukkan betapa murni dan ikhlasnya hati
mereka untuk membantu masyarakat.
Disamping itu, perubatan Islam juga menjadikan al-Quran sebagai wahyu rujukan utama.
Al-Quran merupakan kitab yang paling sempurna dan di dalamnya diterangkan segala macam
ilmu pengetahuan serta mempunyai data yang sangat terperinci yang tidak dapat dijumpai dalam
kitab-kitab perubatan sains moden yang lain. Al-Quran juga member peringatan dan renungan
kepada umat manusia disamping menggalakkan manusia untuk menggunakan akal fikiran
sehabis baik.
940819-07-5300
Kesimpulan
Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan yang terbesar dalam
bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan beberapa tokoh yang ternama dalam
bidang tersebut. Mereka bukan sahaja mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di
luar perubatan yang diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat dan telah menyebabkan
perkembangannya sampai sehingga ke Malaysia. Walaupun boleh dikatakan kegemilangan ilmu
perubatan pada masa kini lebih banyak dipelopori oleh Barat, namun begitu, tidak dapat
disangkal lagi bahawa perubatan Barat banyak merujuk ilmu perubatan Islam terdahulu.
Perkembangan perubatan Islam di Malaysia telah berjaya mendidik masyarakat untuk menjadi
masyarakat yang berakidah, bermoral dan sentiasa mengingati Allah S.W.T. Mempelajari dan
mengajar perubatan Islam ialah suatu ibadah, akan diberi ganjaran kelak di Akhirat sana nanti,
namun begitu, harus diingat supaya memastikan bahawa sesuatu perbuatan itu tidak bercanggah
dengan ajaran Islam.
Umat Islam pada masa kini harus bersama bangkit dan kembali kepada al-Quran sebagai
sumber asas demi untuk kembali menggenggami kegemilangan sejarah lampau di mana Islam
pernah menerajui bidang sains dan teknologi serta perubatan. Sekiranya dibiarkan Barat
mempelopori bidang ini, nescaya umat Islam akan terus ketinggalan dalam bidang ini.
Masyarakat kita yang tinggal di sebuah negara Islam bernama Malaysia ini juga harus bersama-
sama memperkembangkan perubatan Islam dan menambahkan ilmu supaya dapat mencapai
kemajuan dalam bidang perubatan serta menerajui kepimpinan tamadun dunia. Rakyat Malaysia
juga sepatutnya berganding bahu untuk meningkatkan martabah Ummah.
940819-07-5300
TOTAL CAMPUR NOTA KAKI : 3225
TOLAK NOTA KAKI + TAJUK DIKIRA SEBAGAI SATU : 2959