Perutusan Aidilfitri Presiden ISMA · PDF fileterkandung dalam intipati penghayatan terhadap agama Islam ... darah tinggi dan strok ditambah dengan bonus ... lelaki Malaysia ialah

  • Upload
    lamdang

  • View
    225

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

  • BuletinKDN: PP 1505(15323)/08/2008(010126)Ikatan Muslimin Malaysia Tahun 1 | Bil. 1 | September 2007

    BuletinM e m b i n a G e n e r a s i B e r t a q w a

    IkatanIkatanIkatanIkatanIkatanUntuk Ahli Sahaja

    http://www.ismaweb.net

    IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

    Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

    Kehidupan yangsingkat & kematianyang panjang

    Kejohanan FutsalKRIM Pantai Timur

    Harta sepencarianmengikutperspektif Islam 2

    muka 3

    muka 5

    muka 7

    BOLASEPAK 9 SEBELAHKRIM SAKTarikh: 3 NOVEMBER 2007

    KEM REMAJA ISMA 2007(KERIS 07)Tarikh: 7-10 DISEMBER2007

    DIARI ISMA

    Perutusan Aidilfitri Presiden ISMASaya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya EidilFitri kepada ahli-ahli, rakan-rakan ISMA dan semua kaum muslimin dan muslimat yangmembaca perutusan ini.

    Pertamanya marilah kita merakamkan jutaan kesyukuran kerana dipanjangkan usiadan diberikan kesihatan sehingga dapat menyelesaikan ibadah puasa Ramadhan pada tahunini. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita dan memanjangkan usia kita ke Ramadhanakan datang. Wa kullu am wa antum bikhair.

    Yakinlah bahawa Allah menjadikan penegak kepada pembangunan umat initerkandung dalam intipati penghayatan terhadap agama Islam itu sendiri. Dengan kata lain,Allah menjadikan dalam din-Nya ini unsur-unsur dan perkakasan yang jika diperkasakanakan memberikan kekuatan kepada penganutnya. Meskipun umat Islam telah melalui berbagaidugaan, peperangan, pemusnahan, kejatuhan, kemunduran, fitnah dan sebagainya, namunia tetap mampu bertahan dan masih dikira sebuah umat yang terunggul.

    Ini adalah kerana hikmah Allah yang menjadikan survival umat ini ada pada ajaranagamanya. Selama umat Islam beramal dengan sungguh-sungguh dengan agama Islam,selama itu mereka tidak akan dikalahkan. Sesungguhnya Kami yang menurunkan peringatan danKamilah yang akan memeliharanya (al-Hijr: 9). Mungkin mereka lemah oleh perpecahan danhilang kepimpinan, namun lambat laun mereka akan kembali berkuasa bila diberi peluanguntuk bersatu dan dikurniakan pemimpin rabbani.

    Saya ingin menegaskan kepada ahli, rakan dan umat Islam bahawa inilah fikrah dankeyakinan ISMA. Kekuatan umat ini akan dapat dikembalikan apabila kita dapat mendidikmereka dengan wasilah atau wahana kekuatan yang menjadi tiang agama ini sendiri. Inilahmanhaj dakwah kita dan inilah seruan kita yang sangat jelassatu-satunya cara untukmengembalikan kekuatan dan kekuasaan umat Islam ialah dengan mengembalikan merekakepada Islam dan mendidik mereka dengan berbagai wasilah kekuatan yang ada di dalamnya.

    Ramadhan adalah bulan pendidikan yang penuh dengan wasilah yang memberikankekuatan kepada umat Islam di peringkat individu dan juga umat. Ramadhan mendekatkanmuslim dengan Allah, mentelaah dustur atau perlembagaan hidupnya (al-Quran) melaluitadarus, membentuk jiwa yang berdisiplin dengan disiplin syarak melalui puasa dan iltizamdengan adab-adabnya, memupuk rasa keprihatinan dan kasih sayang sesama muslim melaluisedekah dan zakat fitrah dan begitulah seterusnya.

    Saya berharap ahli-ahli ISMA dan umat Islam di seluruh negara telah mengambilkesempatan yang maksima menimba bekalan untuk menyambung perjuanganmengembalikan kehidupan Islam dalam realiti. Saya juga berharap Ramadhan juga telahmemberikan umat ini kekuatan untuk berdepan dengan serangan ganas musuh Islam yangtidak putus-putus. Saya yakin selama mereka berpegang dengan ajaran Islam mereka tidakakan dapat dikalahkan.

    Saya juga ingin tegaskan bahawa jalan perjuangan kita sangat jelas. Perjuanganmengembalikan penghayatan Islam dalam realiti kehidupan sehingga ia menjadi satukekuatan tamadun yang berdaulat. Islam adalah agama yang sudah lengkap. Kita tidakperlu mencari jalan yang lain daripada Islam. Dalam perjuangan ini, tiada apa yang perlukita tokok tambah. Tugas kita ialah menampilkan qudwah dan kepemimpinan kepadamasyarakat dalam menghayati Islam yang sebenarnya dalam seluruh bidang kehidupan.

    Islam adalah ibadah, akhlak dan kebajikan. Islam adalah amar makruf nahi mungkar.Islam adalah kasih sayang, Islam adalah jundiyyah (keperwiraan terpimpin). Islam adalahpersaudaraan. Islam adalah kekeluargaan. Islam adalah ketangkasan pemuda. Islam adalahkhusyuk dan warak. Islam adalah kecerdasan jasmani, rohani dan mental. Islam adalahkeusahawanan. Islam adalah pengabdian dan hubungan dengan Allah. Dan seterusnya lagi

    Saya juga ingin memperingatkan saudara/i semua berkenaan adab-adab menyambutraya. Hari Raya adalah hari kebesaran umat Islam iaitu hari di mana kita menyuci dan

    MENARIK DI DALAM

    Ust. Abdullah Zaik bin AbdRahman

    bersambung di muka 5

    1

  • Buletin IkatanIkatanIkatanIkatanIkatan

    Email Pengarang :[email protected]

    Mencari Lailatul QadrRamadhan pasti akan berlalu. Semakinhampir tibanya Syawal semakin tinggiganjaran yang dikurniakan Allahkepada sesiapa yang menuruti jejaklangkah kekasih-Nya MuhammadSAW.

    Mari kita renung sejenak.Ramadhan yang berlalu pergi initelahkan membuahkan taqwa atauhanya menjadi rutin tahunan kita.Sesungguhnya 10 malam terakhirRamadhan dikurniakan satu malamyang menyamai 1000 bulan iaitumalam Lailatul Qadr.

    Allah s.w.t berfirman di dalamsurah An Qadr, ayat 1-5:

    Ertinya: (1)Sesungguhnya Kami telahmenurunkan (Al-Quran) ini pada MalamLailatul-Qadar, (2) Dan apa jalannya engkaudapat mengetahui apa dia kebesaran MalamLailatul-Qadar itu? (3)Malam Lailatul-Qadarlebih baik daripada seribu bulan. (4)PadaMalam itu, turun malaikat dan Jibril denganizin Tuhan mereka, kerana membawa segalaperkara (yang ditakdirkan berlakunya padatahun yang berikut); (5) Sejahteralah Malam(yang berkat) itu hingga terbit fajar!

    Marilah kita mengambilpeluang malam-malam Ramadhanyang masih tersisa ini denganberiktikaf di masjid seperti anjuranRasulullah SAW sepertimana hadisyang diriwayatkan oleh Aisyah RA,beliau berkata:

    Adalah Rasulullah saw. jika telah masuksepuluh hari terakhir bulan Ramadan, beliaumenghidupkan malam (untuk beribadah),membangunkan isteri-isterinya, bersungguh-sungguh (dalam ibadah) dan menjauhi isteri.(Shahih Muslim )

    Carilah Lailatul Qadr. Sesung-guhnya usia kita amat singkat. Jangandilepaskan peluang untuk meman-jangkan usia dengan kurniaan LailatulQadr. Siapkanlah persediaan Aidilfitrilebih awal agar tidak terganggumalam-malam akhir Ramadhan kita.Moga-moga Ramadhan kali ini berlaludengan meninggalkan kesan ketak-waan dalam diri kita. Insya Allah

    Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangkudan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalahuntuk Allah Tuhan yang memelihara danmentadbirkan sekalian alam.(al-Anaam: 162)

    T a r b i y y a h

    2

    TaqwaMerealisasikan taqwa adalah sebahagian daripada sikap taqwa. Lantaranpenting dan wajibnya taqwa bagi setiap muslim, syariat Islam (termasukibadah puasa) mensasarkan pembentukan diri muslim agar menjadi insanbertaqwa. Lebih kerap lagi, setiap khatib pada hari Jumaat atau solat hari rayaselalu menganjurkan jamaah untuk bertaqwa. Begitulah kekerapan penekanantaqwa dalam kehidupan beragama membuktikan bahawa taqwa adalah hasilutama yang diharapkan dari tujuan hidup manusia (ibadah).

    Muslim yang bertaqwa pasti selalu berusaha melaksanakan perintahTuhannya dan menjauhi segala larangan-Nya. Yang menjadi permasalahansekarang ialah umat Islam berada dalam kehidupan yang serba mudah, serbasenang bahkan cenderung serba boleh. Mereka sering berhadapan dengan hal-hal yang dilarang agama, tetapi sangat menarik naluri kemanusiaannya,ditambah lagi suasana keagamaan yang kurang mendokong. Keadaan ini amatberbeza dengan keadaan umat Islam terdahulu yang kental dalam kehidupanberagama dan suasana pada waktu itu yang cukup mendokong kualiti imanseseorang.

    Satu kaedah khusus mendidik muslim menuju taqwa perlu diwujudkan.Ini kerana, realiti membuktikan proses pendidikan taqwa sekarang, baik yangberbentuk syariat seperti puasa dan lain-lain atau berbentuk peringatan sepertihimbauan khatib dan lain-lain, terlihat kurang mengena sasaran, disebabkanbeberapa faktor. Antaranya:

    Pertama, muslim berkenaan belum memahami dengan sebenarpengertian taqwa, menyebabkan dia tidak berusaha melaksanakannya. Kedua,ketidaktahuannya tentang bagaimana, dari mana dan bilakah dia harus mulamerealisasikan taqwa. Kemudian yang ketiga kondisi sosial di mana dia hidup,tidak mendokong dirinya dalam membangun sikap taqwa, seperti suasanakehidupan sekarang yang serba selesa dan cenderung serba boleh. Keempat,wahana pendidikan diri seperti puasa tidak dilakukan secara sebenar bahkansekadar rutin yang kosong daripada penghayatan.

    Oleh itu, setiap individu muslim mestilah mengetahui posposalternatif yang harus dilaluinya. Antara yang paling awal dan utama adalahghaddhul bashor (memalingkan pandangan). Pandangan (dan jugapendengaran) adalah fasa awal dari segala tindakan. Penglihatan ataupendengaran yang dirakam oleh pancaindera kemudian dihantarkan ke otaklalu direfleksikan oleh anggota tubuh dan akhirnya berimbas ke hati sebagaitempat bersemayam taqwa.

    Jika penglihatan atau pendengaran bersifat negatif dalam ertimelanggar larangan agama maka ia membuatkan hati menjadi kotor. Jika hatisudah kotor maka fikiran (akal) juga menjadi kotor, dan ini memberi kesankepada kehidupan amali. Jika perilaku, fikiran dan hati sudah kotor tentunyauntuk mencapai sikap taqwa menjadi semakin sukar. Menjaga mata, telinga,fikiran, hati dan perbuatan dari hal-hal yang dilarang agama, menjadikanseorang muslim memiliki kesempatan besar dalam memperoleh taqwa.

    Taqwa adalah sebaikbaik bekal yang wajib kita perolehi dalammengharungi kehidupan dunia yang fana dan pasti hancur ini, untuk dibawakepada kehidupan akhirat yang kekal dan pasti dilalui. Adanya kematiansebagai sesuatu yang pasti dan tidak dapat diandai-andaikan serta adanyakehidupan setelah kematian menjadikan taqwa sebagai sasaran yang wajibdigapai dalam kehidupan manusia y