5
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Abdul Hamid bin Kamaruddin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Intan, barisan hakim yang adil, guru-guru dan rakan pelajar yang dihormati. Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan satu syarahan yang bertajuk “Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Penyayang”. Hadirin yang dihormati, Salah satu matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin kita ialah melahirkan masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan masyarakat penyayang dapat membentuk dan membina negara maju dalam semua bidang, iaitu ekonomi, politik dan sosial. Langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang ialah mewujudkan perasaan muhibah antara kaum dan menghapuskan sifat perkauman. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan satu cara perasaan muhibah dapat disuburkan dalam diri masyarakat Malaysia yang memaparkan kebudayaan dan adat resam semua kaum. Sambutan Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badan- badan swasta merupakan satu langkah ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Sambutan yang diadakan ini dapat mengeratkan siratulrahim dan kemesraan dalam sesebuah institusi keluarga. Selain itu, sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Aktiviti yang dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti persatuan, pakaian beruniform dan permainan. Melalui aktiviti inilah semangat perpaduan, semangat muhibah dan bersatu padu antara pelajar berbilang kaum dapat disemaikan. Tegasnya, masyarakat penyayang penting demi perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Petikan syarahan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Petikan syarahan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Abdul Hamid bin Kamaruddin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Intan, barisan hakim yang adil, guru-guru dan rakan pelajar yang dihormati. Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan satu syarahan yang bertajuk “Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Penyayang”. Hadirin yang dihormati, Salah satu matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin kita ialah melahirkan masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan masyarakat penyayang dapat membentuk dan membina negara maju dalam semua bidang, iaitu ekonomi, politik dan sosial.

Langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang ialah

mewujudkan perasaan muhibah antara kaum dan menghapuskan sifat perkauman. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan satu cara perasaan muhibah dapat disuburkan dalam diri masyarakat Malaysia yang memaparkan kebudayaan dan adat resam semua kaum.

Sambutan Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badan-

badan swasta merupakan satu langkah ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Sambutan yang diadakan ini dapat mengeratkan siratulrahim dan kemesraan dalam sesebuah institusi keluarga.

Selain itu, sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan

masyarakat penyayang. Aktiviti yang dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti persatuan, pakaian beruniform dan permainan. Melalui aktiviti inilah semangat perpaduan, semangat muhibah dan bersatu padu antara pelajar berbilang kaum dapat disemaikan.

Tegasnya, masyarakat penyayang penting demi perpaduan dan

keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Page 2: Petikan syarahan

1. Apakah salah satu daripada matlamat Wawasan 2020? A Masyarakat penyayang B Masyarakat penyabar C Masyarakat harmoni D Masyarakat prihatin 2. Mengapakah masyarakat penyayang perlu diwujudkan? A Dapat kejayaan yang cemerlang B Dapat hidup dalam suasana harmoni C Dapat membina negara yang aman dan damai D Dapat membentuk dan membina negara yang maju dalam semua bidang 3. Apakah langkah-langkah mewujudkan masyarakat penyayang?

A Menimbulkan semangat perkauman B Dengan semangat muhibah yang jitu C Tanamkan semangat muhibah dan hapuskan sikap perkauman D Kehidupan yang mesra seluruh masyarakat di tempat tinggal

4. Berdasarkan petikan, semua yang berikut adalah benar kecuali... A kelahiran dan kewujudkan masyarakat penyayang adalah penting B kewujudan masyarakat penyayang menimbulkan banyak masalah C aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan masyarakat penyayang D Hari Keluarga dianjurkan oleh kerajaan atau badan swasta 5. Perkataan perpaduan sesuai digantikan dengan maksud A bersatu padu B hubungan baik C bersama-sama D turut serta

Page 3: Petikan syarahan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kegiatan kokurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib disertai setiap murid di sekolah. Aktiviti kokurikulum meliputi unit-unit beruniform, persatuan, kelab dan sukan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan. Segala aktiviti ini berhubung kait dengan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, penyertaan setiap murid adalah penting untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari. Selain itu, kokurikulum dapat melatih diri kita bekerjasama, tolong-menolong, bertolak ansur, berdikari serta hormat-menghormati antara satu sama lain. Semua nilai murni ini haruslah dihayati dan diamalkan dalam menjalani kehidupan. Hadirin yang dihormati,

Melalui kegiatan kokurikulum kita berpeluang menyumbangkan tenaga dan bakti kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh, kegiatan gotong-royong yang dijalankan oleh Persatuan Puteri Islam menggalakkan ahli-ahli Puteri Islam supaya bersatu padu dan bekerjasama di samping menjalin hubungan yang erat dengan masyarakat sekeliling. Dengan ini, lahirlah generasi yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Selain itu, aktiviti sukan dan permainan yang kita sertai semasa kegiatan kokurikulum dapat membina kecerdasan fizikal dan mental kita. Sebagai mengakhiri syarahan saya pada pagi ini, saya ingin menegaskan bahawa kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan kepada kita khususnya para pelajar. Sekian, terima kasih.

Page 4: Petikan syarahan

1. Siapakah yang wajib menyertai aktiviti kokurikulum?

A Ibu bapa B Murid-murid sekolah C Guru-guru dan kakitangan D Ahli jawatankuasa sekolah 2. Yang manakah bukan faedah mengikuti aktiviti kokurikulum? A Dapat memenuhi masa lapang. B Dapat mengurangkan masa senggang. C Boleh bergaul dengan rakan di sekolah. D Tidak menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan. 3. Nyatakan sikap-sikap baik yang boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum.

A Berjimat-cermat dan hormat-menghormati. B Bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur dan berdikari. C Pandai berbohong, mencuri dan membuang masa. D Menggunakan masa dengan baik.

4. Apakah kesan daripada penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum

kepada institusi kemasyarakatan?

A Mewujudkan perpaduan kaum B Menggalakkan semangat kesukanan C Menyemaikan semangat kekitaan D Melahirkan generasi berbudi

5. Maksud perkataan cerdas dalam petikan di atas ialah ...

A besar B lemah C pintar D bersih

Page 5: Petikan syarahan

Petikan Syarahan Skema Jawapan Petikan 1 1. A 2. D 3. C 4. B 5. A

Petikan 2 1. B 2. D 3. B 4. A 5. C