Petua Keselamatan Jalan Raya

  • Upload
    rozita

  • View
    45

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jalan raya

Citation preview

Petua keselamatan jalan raya

# Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.# Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Had laju musim perayaan dikurangkan sebanyak 10 peratus.# Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan ketika menukar lorong. Periksa cermin sisi dan pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.# Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.# Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.# Patuhi garis panduan keselamatan ketika memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.# Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan saja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.# Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.# Pastikan kenderaan diselenggara dan diperiksa sebelum perjalanan jauh.Kompaun maksimum RM300 tanpa rayuan bagi enam kesalahan utama# Melebihi had laju# Memotong barisan# Tidak mematuhi lampu isyarat# Menggunakan lorong kecemasan# Memotong di garisan berkembar# Memandu secara berbahaya.

Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat - Anda Mampu Mengubahnya, Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Ingatlah Orang Tersayang dan Pandu Cermat.

Langkah-Langkah Keselamatan Jalanraya Sempena Perayaan Langkah-Langkah Berhati-hati Ketika Memandu Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Dan Perayaan Deepavali

Pengguna - pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya lebih berhati hati ketika memandu untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya dan Deepavali . Pengguna - pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi hadlaju dan bersabar ketika memandu . Mereka juga hendaklah memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan yang jauh .Mereka hendaklah berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk . Disamping itu beberapa langkah telah diambil oleh JKR bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya kepada pengguna pengguna sempena perayaan yang akan tiba .Langkah-Langkah Keselamatan Jalanraya Sempena Perayaaan Melaksanakan Program Pembaikan Kos Rendah ke atas lokasi lokasi kawasan jalan raya merbahaya yang telah dikenalpasti . Program ini melibatkan pemasangan papan tanda , pembaikan persimpangan , mengecat semula garisan jalan dan lain-lain lagi . Kesemua lokasi terlibat adalah seperti di Lampiran A Aktiviti pembinaan di jalan raya diberhentikan agar tidak mengganggu aliran trafik ketika musim perayaan . Papan tanda amaran dan 'blinker' akan dilletakkan dikawasan pembinaan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya . Papan tanda tunjuk arah akan diletakkan ditempat-tempat yang sesuai bagi membantu pengguana-pengguna jalanraya melalui dan melepasi kawasan pembinaan tersebut Kawasan yang berpotensi mengalami cerun runtuh , pihak JKR Negeri / Syarikat Konsesi diarah meletakkan papan tanda amaran yang mencukupi dan pengawasan berterusan dilakukan sepanjang musim perayaan . Menjalankan rondaaan ke atas semua jalan bagi mengenal pasti kerosakan atau kawasan yang berisiko tinggi .

Seterusnya adalah diharapkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya akan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya semasa musim perayaan .

H Had lajuL Lampu isyarat Lorong kecemasan loriP Perangkap lajuS Salah laku jalan raya Sekatan jalan raya

Faktor keselamatan (Had Laju)Selain Peraturan 85 Peratus, had laju yang ditetapkan juga mengambil kira kesan tenaga kinetik hasil daripada impak perlanggaran. Sebagai contoh, katakan terdapat 2 kejadian kemalangan jalan raya, satu daripadanya membabitkan 2 buah kereta manakala satu lagi pula melibatkan kereta dengan bas ekspres; dan kesemua kenderaan yang terlibat berlanggar pada kelajuan 90 km/j. Kecederaan serta kemungkinan kematian mangsa apabila berlanggar dengan bas ekspres adalah lebih serius, oleh itu kesan impak daripada perlanggaran dengan kenderaan berat adalah lebih besar daripada perlanggaran dengan kenderaan ringan.Daripada faktor inilah had laju kenderaan berat ditetapkan pada kelajuan yang lebih rendah daripada had laju asal yang diguna pakai pada kenderaan ringan. Malangnya, kebanyakan kenderaan berat di Malaysia sering mengingkari had laju kenderaan berat yang ditetapkan.[sunting] Faktor penggunaan bahan apiKadar penggunaan bahan api juga mempengaruhi penentuan had laju di jalan raya. Misalnya, suatu ketika dahulu Amerika Syarikat pernah menguatkuasakan had laju maksimum seragam persekutuan 55 bsj (89 km/j) untuk mengurangkan penggunaan bahan api akibat Krisis Tenaga pada dekad 1970-an.Perangkap laju di MalaysiaDi Malaysia, operasi perangkap laju adalah salah satu operasi yang sering dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia sebagai satu langkah pencegahan untuk menghalang pengguna jalan raya daripada memandu melebihi had laju. Mereka yang bersalah memandu melebihi had laju biasanya akan ditahan di dalam sekatan jalan raya yang dibuat tidak jauh daripada lokasi perangkap laju, ataupun menerima saman secara pos ("saman ekor"). Perlaksanaan "saman ekor" pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila terdapat beberapa pemandu yang tidak bersalah tiba-tiba menerima saman trafik; ada kalanya dengan kelajuan dikesan yang tidak masuk akal (contohnya apabila sebuah Perodua Kancil disaman pada kelajuan 200km/j).Bagaimana operasi perangkap laju dilaksanakanPerangkap laju boleh dilakukan sama ada dengan menempatkan anggota polis dengan radar pengesan kelajuan ataupun dengan menggunakan kamera pengesan kelajuan yang boleh mengesan pesalah secara automatik tanpa perlu menempatkan anggota polis di tempat berkenaan. Kedua-dua alat berkenaan menggunakan prinsip kesan Doppler bagi mengukur kelajuan kenderaan dengan tepat.Sungguhpun demikian, terdapat segelintir pemandu yang berupaya menangkis peralatan sedemikian melalui alat pengesan radar. Alat pengesan radar diharamkan di kebanyakan negara, dan pihak polis juga turut dibekalkan dengan "pengesan alat pengesan radar" (RDD; Radar Detector Detector) bagi menangkis peralatan sedemikian.Meter laju yang digunakan pada kenderaan biasanya mengukur kelajuan sama ada daripada pusingan roda ataupun aci pemacu akhir di dalam sistem transmisi. Sungguhpun demikian, ukuran kelajuan oleh meter laju biasanya adalah kurang tepat kerana beberapa faktor seperti saiz roda dan beban spring tidak mempengaruhi bacaan kelajuan. Oleh itu, biasanya terdapat sedikit selisih antara bacaan meter laju kenderaan dengan bacaan pada radar pengesan kelajuan yang digunakan oleh pihak polis.

Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri.Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya dan pengguna jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripada itu, masalah ini haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak.

Bentuk salah laku jalan rayaSalah laku jalan raya boleh berlaku dalam pelbagi bentuk dan di mana sahaja. Secara kasarnya ia boleh dibahagi kepada 3 kategori yang besar iaitu: Kecuaian memandu Memandu secara terburu-buru Keganasan jalan rayaDi bawah adalah huraian mengenai 3 kategori salah laku jalan raya ini.[sunting] Kecuaian memanduKecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika teleologi, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikanKecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu: Tekanan jiwa Memandu sambil buat kerja lain KemabukanTekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi dengan memikirkan mengenai masalah yang menrunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar.Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya atas sebab tekanan jiwa, seharusnya tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana ini kemalangan tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Pekara ini mungkin benar dari segi etika deontologi Kant. Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana membiarkan dirinya memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih terdapat ruang untuk si pemandu untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa.Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok , membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud boleh dilakukan semasa memandu kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenar penuh dengan perkara diluar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya pekara ini berlaku semasa anda membaca SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu.Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral. Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai dalam diri mereka. Dalam konteks ini, pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasan kesuntukkan masa bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai ekonomi di atas nilai keselamtan.Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada banyak pertikaian mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana ternyata mereka adalah salah.[sunting] Memandu secara terburu-buruMemandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Pekara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka. Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk seperti di bawah: Menunjuk-nunjuk Kecetekan melayan nafsu sensasi Tidak menghargai nyawaSemua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak tertunggu-tunggu untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Sikap ini terserlah juga dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang mongel. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai.Sikap menunjuk-nunjuk ini sebenarnya merupakan satu sifat kejahatan (vice). Ia sangat berkaitan dengan sifat-sifat keji seperti bongkak, sombong, angkuh dan pongah. Malah ia adalah sangat berlawanan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh masyarakat timur seperti Malaysia.Cara memandu yang terburu-buru boleh mendatangkan keseronokkan dari segi sensasi. Adalah sukar menerangkan mengapa manusia itu menikmati kelajuan kenderaan. Tetapi agaknya rasa kegentingan itu satu kenikmatan bagi mereka yang memandu secara terburu-buru. Pekara ini perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi. Oleh itu, kertas kerja ini tidak akan menerangkan pekara ini secara lebih mendalam.Pemandu-pemandu yang memandu secara terburu-buru sedikit sebanyak bertujuan untuk menikmati kelajuan. Pekara ini menunjukkan peribadi mereka mengahadapi kecetakkan dari segi melayan nafsu sensasi. Peribadi mereka dikatakan cetek kerana mereka mengejar keseronokan yang merupakan sensasi fizikal, selera kasar, tidak berpanjangan malahan dapat memudaratkan nyawa diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Maka dari segi ini kita boleh mengatakkan bahawa sikap dan perlakuan mereka adalah tidak bermoral.Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi. Maka dari sudut ini, dapat dikatakan bahawa memandu secara terburu-buru merupakan satu salah laku dari segi etika.[sunting] Keganasan jalan rayaKeganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. Pekara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh.Contoh-contoh bagi kes keganasan jalan raya sejak 3 tahun lalu yang berlaku di Malaysia adalah seperti berikut: Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta. Pada 9 April 2003 di Gelang Patah, seorang pemuda telah diserang orang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang berkenaan. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan. Pada 25 Januari 2005, seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh samseng jalan Pada 13 Februari 2005, seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi. Pada 25 Februari 2005, seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah.Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa keganasan jalan raya sememangnya lumrah di negara Malaysia.Punca berlakunya keganasan jalan raya yang dapat dikesan sepanjang kajian ini adalah seperti berikut: Tekanan jiwa Kesedaran perlindungan diri yang meluluMenurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof, tekanan akibat kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli. Katanya, Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walupun berpunca dari kemalangan kecil. Pendapat beliau ini disokong dengan fakta bahawa bahawa pada tahun 1995, terdapat 171 kes pembuli jalan raya yang dilaporkan kepada polis di Kuala Lumpur.Walau bagaimanpun, pendapat mengenai tekanan jiwa itu sebagi punca utama berlakunya keganasan jalan raya tidak pula dipersetujui oleh pakar Psikologi Kejenayahan, Encik Lok Jian Sin . Menurut beliau, tekanan jiwa seperti tekanan jiwa daripada perkerjaan dan kesesakkan jalan raya tidaklah merupakan punca berlakunya keganasan jalan raya. Sebaliknya beliau mengatakan bahawa kesedaran perlindungan diri yang melulu adalah punca utama berlakunya keganasan jalan raya. Dalam keadaan ini, orang bandar selalunya terlalu menjaga ruangan perlindungan (defensible space) sehingga ia terlalu sensitif akan sesiapa yang menembusinya. Maka pemandu-pemandu itu akan senang bereaksi ganas kerana terlalu ingin untuk melindungi diri. Selain itu keganasan jalan raya itu juga sangat berkaitan dengan sifat kejantanan dan sikap tunjuk kuasa yang ada pada kaum lelaki.Maka di sini kita boleh buat satu kesimpulan bahawa masalah keganasan jalan raya sebenarnya melibatkan masalah kebatinan yang agak rumit dan ini bukan satu masalah moral semata-mata.CARA-CARA MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYAKemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa kerugian besar kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini.Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh berbunyi 3 P iaitu Pendidikan Perundangan PenyelidikanHuraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut.PENDIDIKANOleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap, maka pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya.Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu: melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral, melalui sekolah memandu melalui komunikasi awam seperti televisyen.Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan raya mengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa.PERUNDANGANPerundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan tidak masuk ajar akan terus mengancam keselamatan jalan raya.Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu: Pembentukan undang-undang Penguatkuasaan undang-undangPembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan.Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.PENYELIDIKANPenyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah. Ilmu kaji kejenayahan (criminology) Pengurusan jalan rayaIlmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang.