3
Apakah definish “gejala sosial”? Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif atau buruk anggota masyarakat yang bertentangan dengan tatasusila ketimuran dan nilai-nilai murni serta yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Manakala secara perundangan pula tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mengtakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkutan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan . Berhubung dengan tajuk pidato pada pagi ini, “gejala sosial barah dalam pembangunan Negara”, kita boleh mengetahui bahawa gejala sosial mampu meruntuhkan pembangunan Negara dengan secara langsung ataupun tidak langsung. Barah, dalam perkataanya yang bermaksud: kanser. Tahap serius gejala sosial telah begitu bahaya sehingga dapat mengancamkan Negara, seperti barah mengancamkan nyawa pesakit. Dan ia telah menjejaskan pertumbuhbesaran nya, iaitu pembangunan Negara kita. Memang kita tidak boleh menafikan bahawa gejala sosial telah menjadi masalah yang sangat ketara kepada Negara. Bagaimankah gejala sosial dapat menjejaskan pembangunan Negara? Marilah kita mula dengan aspek ekonomi. Bidang ekonomi adalah mangsa yang paling utama. Malaysia akan kehilangan banyak pelancong sekiranya masalah gejala sosial masih berterusan. Mereka akan kehilangan minat untuk menjejaki ke Negara kita, apabila mengetahui

Pidato ( Gejala Sosial) Complete

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pidato ( Gejala Sosial) Complete

Apakah definish “gejala sosial”? Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai

perlakuan negatif atau buruk anggota masyarakat yang bertentangan dengan tatasusila ketimuran dan

nilai-nilai murni serta yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan

struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Manakala secara

perundangan pula tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan

Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mengtakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada

dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkutan 1952, kanak-kanak

didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan

peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja

yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada

mereka masih dalam alam persekolahan .

Berhubung dengan tajuk pidato pada pagi ini, “gejala sosial barah dalam pembangunan

Negara”, kita boleh mengetahui bahawa gejala sosial mampu meruntuhkan pembangunan Negara

dengan secara langsung ataupun tidak langsung. Barah, dalam perkataanya yang bermaksud: kanser.

Tahap serius gejala sosial telah begitu bahaya sehingga dapat mengancamkan Negara, seperti barah

mengancamkan nyawa pesakit. Dan ia telah menjejaskan pertumbuhbesaran nya, iaitu pembangunan

Negara kita. Memang kita tidak boleh menafikan bahawa gejala sosial telah menjadi masalah yang

sangat ketara kepada Negara.

Bagaimankah gejala sosial dapat menjejaskan pembangunan Negara?

Marilah kita mula dengan aspek ekonomi. Bidang ekonomi adalah mangsa yang paling

utama. Malaysia akan kehilangan banyak pelancong sekiranya masalah gejala sosial masih

berterusan. Mereka akan kehilangan minat untuk menjejaki ke Negara kita, apabila mengetahui

keadaan masyarakat yang kurang aman damai dan mungkin membahayakan nyawa mereka, sama ada

melalui berita ataupun ada yang menjadi mangsanya semasa berada di Negara kita. Mereka akan mula

tertanya-tanya, kenapa pegawai polis tidak melaksanakan tugas mereka? Mengapakah masalah

tersebut seperti tiada penghujungnya? Tetapi semua ini bukan salah pegawai polis, adalah

tanggungjawab semua pihak. Malangnya, peristiwa2 seperti berikut telahpun menyebabkan para

pelancong mempunyai anggapan yg buruk terhdp Malaysia, dan tidak akan mengunjungi ke sini lagi.

Bidang pelancongan adalah salah satu tunggak utama dlm ekonomi Negara kita, oleh itu kita dapat

kesan betapa serius ia akan menjejaskan ekonomi Negara,dan secara x langsung, pembangunan

Negara.

Selain itu, ia juga akan menjejaskan bidang pelaburan. Masalah gejala sosial akan

menjejaskan keamanan dan kedamaian Negara, dan kepada para pelabur, factor keamanan adalah

sangat penting untuk mereka membuat keputusan sama ada untuk me;abur di Negara tersebut. Jika

masalah gejala sosial tidak dibentung and bertambah serius, maka pelabur akan kecewa terhadap

Page 2: Pidato ( Gejala Sosial) Complete

pemerintahan Negara kita dalam menjaga keamanan Negara. Banyak sector perlukan modal dan

laburan dari pelabur luar Negara, oleh itu, ia aksn menyebabkan huru –hara jika para pelabur

mengambil semula saham dan modal mrk.

Bukan setakat ini shj, kerajaan akan mengalami kerugian untuk membasmikan masalah gejala

sosial! Vandelisme, kerosakan and lain2. Kerajaan perlu meluangkan duit and tenaga manusia untuk

membaiki, menguruskan dan menyelesaikan masalah yang tercetus kerana kes kes yang berlaku. Ini

sebenarnya sedang membazirkan wang kerajaan, dan juga wang rakyat. Alangkah baiknya Sekiranya

wang-wang tersebut yg telah dicampak ke dalam lubang yang tiada hujungnya ini digunakan untuk

membangunankan Negara! Kemasyhuran dan kemakmuran Negara akan mendatangkan kebaikan

kepada semua orang!

Sekiranya gejala sosial berterusan, maka nama baik Malaysia akan kehilangan cahayanya di

pelan antarabangsa.