2
PENGHARGAAN Alhamdulillah hirabbil a’lamin, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah azzawajalla di atas nikmat dan rahmatnya dapat saya meneruskan kehidupan sehingga pada saat ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, saya dipermudahkan untuk menyempurnakan tugasan internship ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang selama ini telah banyak membantu saya sepanjang tempoh untuk menyiapkan tugasan internship ini. Pertama sekali kepada Dr Mohd Nasir bin Othman selaku pensyarah pembimbing dan Encik Baharuddin bin Hassan selaku guru pembimbing saya kerana ke dua-dua individu tersebut telah banyak memberikan tunjuk ajar, semangat, dorongan dan buah fikiran yang bernas bagi menyempurnakan tugasan internship ini. Tidak lupa kepada pihak sekolah kerana telah membenarkan saya menjalankan menjalankan program internship di sekolah SK Baru Parit Buntar dengan sebaik mungkin. Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih diucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan PPG Sains 1 yang

Pnhrgaan INo

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penghargaan Internship

Citation preview

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirabbil alamin, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah azzawajalla di atas nikmat dan rahmatnya dapat saya meneruskan kehidupan sehingga pada saat ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, saya dipermudahkan untuk menyempurnakan tugasan internship ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang selama ini telah banyak membantu saya sepanjang tempoh untuk menyiapkan tugasan internship ini. Pertama sekali kepada Dr Mohd Nasir bin Othman selaku pensyarah pembimbing dan Encik Baharuddin bin Hassan selaku guru pembimbing saya kerana ke dua-dua individu tersebut telah banyak memberikan tunjuk ajar, semangat, dorongan dan buah fikiran yang bernas bagi menyempurnakan tugasan internship ini.

Tidak lupa kepada pihak sekolah kerana telah membenarkan saya menjalankan menjalankan program internship di sekolah SK Baru Parit Buntar dengan sebaik mungkin. Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih diucapkan buat sahabat-sahabat seperjuangan PPG Sains 1 yang turut sama memberi bantuan dan kerjasama dari segi idea, panduan, serta informasi terkini. Jasa kalian semua hanya Allah jua yang dapat membalasnya.