4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS, JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS. LAPORAN MALAM PENGHAYATAN PALESTIN TARIKH 21 JULAI 2010 Bersamaan 9 SYAABAN 1431H (RABU) TEMPAT DEWAN INDERA KAYANGAN, IPG KAMPUS PERLIS ANJURAN LAJNAH BIMBINGAN DAN MOTIVASI, IKATAN MAHASISWA PENDIDIKAN ISLAM TEMA BERSATU UNTUK PALESTIN

Post Mortem Palestin

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PERLIS,JALAN BEHOR PULAI,01000 KANGAR, PERLIS.

LAPORAN MALAM PENGHAYATAN PALESTIN TARIKH21 JULAI 2010 Bersamaan9 SYAABAN 1431H (RABU)

TEMPATDEWAN INDERA KAYANGAN, IPG KAMPUS PERLIS

ANJURANLAJNAH BIMBINGAN DAN MOTIVASI,IKATAN MAHASISWA PENDIDIKAN ISLAM

TEMABERSATU UNTUK PALESTIN

1.0 PENGENALANPada hari Rabu, 21 Julai 2010 bersamaan 9 Syaaban 1431H, Lajnah Bimbingan dan Motivasi, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam telah mengadakan Malam Penghayatan Palestin dengan bertemakan Bersatu untuk Palestin. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang realiti umat Palestin dari dahulu hingga kini bagi menyuburkan sokongan dalam bentuk moral atau material serta menimbulkan kesedaran serta membangun semangat persaudaraan rakyat Malaysia terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Ia diadakan di Dewan Indera Kayangan bermula jam 8.30 malam hingga 12.30 malam. Program ini terbuka kepada seluruh warga IPG Kampus Perlis dan beberapa tetamu undangan dari bebrapa buah sekolah seperti SM Teknik Arau.

2.0 LAPORAN SEMASA PROGRAM2.1 Pendaftaran PesertaPendaftaran peserta diadakan pada hari bengkel nuqaba tersebut iatu pada pukul 8.00 pagi. Semua peserta dikehendaki membayar RM2 sebagai yuran penyertaan dan mengambil fail masing-masing yang mengandungi tentatif program, borang kaji selidik dan lain-lain.

2.2 Usrah Tunjang TarbiahSlot 1, Usrah Tunjang Tarbiah ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Slot ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iatu Encik Wan Zuki yang merupakan pensyarah matematik di Universiti Malaysia Perlis atau UINIMAP. Slot ini menerangkan mengenai sejarah usrah yang memerlukan peserta berfikir mengenai bila kali pertama diperkenalkan usrah, siapa pengasasnya, apa latar belakangnya, dalilnya dan sebagainya. Selain itu, penceramah juga berkongsi ilmu mengenai kaitan antara usrah dan dakwah selain perbezaan di antara tarbiah dan talim. Elemen tarbiah iatu murabbi,mutarabbi dan manhaj tarbiah juga diterangkan dengan begitu teliti oleh penceramah. Terdapat juga perkongsian ilnu mengenai metod dakwah yang tiga iatu Takrif, Takwin dan Tanfiz selain 7 maratib amal dari Hassan al-Banna yang dimulai dengan menjadi individu muslim kepada Baitul Muslim dan seterusnya. Penceramah juga menerangkan mengenai 10 Muwasafat Tarbiah. Slot ini berakhir pada pukul 11.00.