Upload
duongthuan
View
247
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 ~
PENGAJARAN KOLABORATIF O l e hLaila Hairani Bt Abdullah Sanggura
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
Definisi- Pengajaran Kolaboratif
1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang
bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran:
merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan
dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran.
(Sturman, 1992).
2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua
orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar
dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran
seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan
membuat keputusan antara guru-guru tersebut.
(Nunan, 1992)
3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi
dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila
menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional.
(Hargreaves, 1995).
4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman
buah fikiran dua orang yang digembelingkan.
5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu
sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau
penambahbaikan.
6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan
kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi
cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik.
7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional
melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.
8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru
meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing-
masing (Bailey,1996).
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 ~
9. Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang
kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang
dihasilkan sendirian.
10. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing
memerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar.
Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif
1. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk
memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang
menentukan prestasi murid.
2. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk
membentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran
Kolaboratif.
3. Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada
sejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada
pasukan/pakatan tersebut.
4. Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan
pasukan Pengajaran Kolaboratif.
5. Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan,
kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan
tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran
Kolaboratif pelbagai disiplin.
6. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal,
bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk
Pengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan
keberkesanannya.
7. Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat
refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang
pedagogi masing-masing.
8. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan
menggalakkan perkembangan profesional diri.
9. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan
pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan
pasangannya.
10. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan,
kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat
(Shannon and Meath-Lang, 1992).
11. Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran
Kolaboratif boleh dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan
atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 ~
Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991)
Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran:
1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan.
2. Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan.
3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian
Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 4 ~
Rujukan.
Bailey, F.(1996). The role of collaborative dialogue in teacher education. In D.
Freeman & J.C. Richards (Eds.), T e a c h e r l e a r n i n g i n l a n g u a g e t e a c h i n g . pp. 260 –280.
Cambridge: Cambridge University Press.
Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J.
Jarvis (Eds.), I d e a s a n d i s s u e s i n P r i m a r y E L T . (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson
in association with the Center for British Teachers.
Hargreaves, A. (1995). Beyond collaboration: Critical teacher development in the
postmodern age. In J. Smyth (Ed.), C r i t i c a l d i s c o u r s e s o n t e a c h e r d e v e l o p m e n t. (pp.
149-179). London: Cassell.
Nunan, D. (1992). C o l l a b o r a t i v e l a n g u a g e l e a r n i n g a n d t e a c h i n g. Cambridge:
Cambridge University Press
Shannon, N. B. & Meath-Lang, B. (1992). Collaborative language teaching: A co-
investigation In D. Nunan (Ed.), C o l l a b o r a t i v e l a n g u a g e l e a r n i n g a n d t e a c h i n g .
(pp.120-140). Cambridge: Cambridge University Press
Sturman, P. (1992). Team teaching: a case study from Japan. In D. Nunan C o l l a b o r a t i v e l a n g u a g e l e a r n i n g a n d t e a c h i n g
. (pp. 141-161). Cambridge: Cambridge
University Press.
Suraya Sulyman.(1995). A Proposal For Team Collaborative Teaching Language
Classrooms at Lower Secondary Level of Secondary Schools in Peninsular Malaysia,
unpublished M.Ed dissertation, University of Warwick.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 5 ~
PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid
bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil, membantu di antara
satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan.
Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam
kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif
dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid.
Beberapa orang sarjana terkemuka yang banyak menyumbangkan tenaga
mereka terhadap pembelajaran koperatif ada Robert E. Slavin, Spencer
Kagan dan Miguel Kagan, David W. Johnson dan Roger T. Johnson.
Prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif ialah:
Saling kebergantungan positif
1. Kebertanggungjawaban individu
2. Interaksi serentak
3. Penglibatan saksama
4. Interaksi bersemuka
5. Kemahiran sosial
6. Pemprosesan kumpulan.
1. Saling kebergantungan positif
Bila terdapatnya saling bergantungan secara positif, ahli-ahli di dalam
sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat
menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. Ahli-ahli kumpulan juga
akan merasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk
mencapai sesuatu matlamat. Lantas, setiap individu akan memastikan
kumpulan mereka berjaya. Ada banyak cara seseorang guru dapat
menstrukturkan pembelajaran yang berteraskan unsur saling
bergantungan secara positif. Misalnya, penggunaan resos seperti
lembaran kerja di mana 2 orang berkongsi untuk menyelesaikannya.
Dalam kes ini, ia dikenali sebagai saling bergantungan resos secara positif.
Di samping itu, bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang
merupakan suatu ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, atau pun pujian
guru. Saling bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi
di mana setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka
perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. Ini
seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu
kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 6 ~
2. Kebertanggungjawaban individu
Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan
menyumbang kepada tugasan/aktiviti kumpulan demi kejayaan
kumpulan masing-masing. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri
mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain dan dengan itu,
akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai
prestasi yang baik. Ahli-ahli dalam kumpulan akan dipilih secara rawak
untuk menjawab, menerang atau menghujah. Masing-masing
dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakan-
rakan sekumpulan dan markahnya akan diambilkira untuk menentukan
kejayaan kumpulannya. Interaksi serentak berlaku bila mana murid
bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka.
Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan
berlaku secara tersusun. Dalam kelas koperatif, perbincangan boleh
berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. Interaksi
serentak mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan
mempertingkatkan potensi belajar setiap murid.
3. Penglibatan saksama
Dalam pembelajaran koperatif, mestilah ada penglibatan saksama, di
mana semua murid mesti melibatkan diri secara saksama dan oleh itu
setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses
pembelajaran. Dalam kerja kumpulan yang lain, tidak ada cara untuk
memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk
belajar.
4. Interaksi bersemuka
Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan
yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan
persefahaman serta kemajuan. Kedudukan mata-bertentang-mata
dapat memberangsangkan perkongsian idea, resos ataupun jawapan. Di
samping itu, ia dapat juga memupuk semangat kekitaan dan seterusnya
menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli. Menurut Johnson, Johnson
dan Holubec (1986) salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah
memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersekemuka semasa
bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masing-
masing.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 7 ~
5. Kemahiran Sosial
Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran koperatif
seperti mengikut giliran, memberi galakan. mendengar, memberikan
pertolongan dan meminta pertolongan dan pengelasan ataupun
meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut norma-
norma masyarakat, dan menyemak pemahaman bagi membolehkan
kumpulan berfungsi secara efektif. Kemahiran ini akan memupuk ciri-ciri
kepimpinan, kepercayaan, membuat keputusan dan lain-lain. Pelajar-
pelajar pendiam juga bermanfaat kerana mereka juga akan terus
berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. Pemerolehan kemahiran
sosial adalah penting dalam kejayaan hidup. Pelajar bukan sahaja perlu
kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling
bergantungan dan kerja berpasukan adalah amalan biasa.
6. Pemprosesan Kumpulan
Ahli-ahli kumpulan akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan
kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Di samping itu, mereka juga
akan membuat refleksi tentang kumpulan masing-masing telah berfungsi
dengan baik. Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan
supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi.
Semasa pemerosesan kumpulan, ahli-ahli boleh mereflek secara individu
tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan meraka pada hari
tersebut atau selepas mengakhiri sesuatu unit. Borang Penilaian Kendiri
boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Di samping itu, ahli-ahli juga harus
digalakkan untuk mereflek secara berkumpulan.
7. Implikasi Pembelajaran Koperatif
Antara implikasi utama pembelajaran koperatif boleh disenaraikan
seperti berikut:
a. Meningkatkan prestasi akademik murid.
b. Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid.
c. Mengeratkan persahabatan yang positif.
d. Meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid.
e. Meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas.
f. Meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan.
g. Mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat
sesama murid.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 8 ~
h. Memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap pembelajaran
dan cara belajar yang berkesan.
Pembelajaran Koperatif harus diimplementasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Keberkesanannya
memang tidak dapat dipertikaikan. Ia bukan sahaja membentuk kerjasama
di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses
pemikiran mereka.
RUJUKAN:
Nota-nota yang dibekalkan oleh En. Norjoharuddeen Mohd Nor dan En.
Ahmad Ramli , Fasilitator-Fasilitator RECSAM.
Robert E. Slavin, Cooperative Learning: Theory, Research dan Practice, New
Jersey.
David W. Johnson, Roger T. Johnson, Learning Mathematics dan Cooperative
Learning plans for Teachers.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 9 ~
Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan
Pembelajaran Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk
mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan
menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih
banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan
diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk
memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar
kolaboratif.
Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara
pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.
Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran
Kolaboratif
1. Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif.
2. Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.
3. Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan
pembelajaran dialami oleh guru dan murid.
4. Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.
5. Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab
atas pembelajaran diri sendiri.
6. Kedua-dua bentuk pembelajaran memerlukan pelajar menyampaikan
idea dalam kumpulan kecil.
7. Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan
pasukan.
8. Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan pengetahuan
dan kejayaan pelajar .
9. Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian kebolehan pelajar.
Sumber : Matthews, Roberta S.; Cooper, James L.; Davidson, Neil;
Hawkes, Peter. Building bridges between cooperative and
collaborative learning
Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran
Kolabaratif
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 0 ~
Bil Dalam Pembelajaran Koperatif... Dalam Pembelajaran Kolaboratif
1
Pelajar menerima latihan dalam
kemahiran berkumpulan dan
sosial.
Adalah dipercayai bahawa
pelajar telah memiliki kemahiran
sosial yang dikehendaki. Mereka
dikehendaki membangunkan
kemahiran sedia ada untuk
mencapai matlamat
pembelajaran
2
Aktiviti distrukturkan di mana
setiap pelajar memainkan
peranan spesifik.
Pelajar-pelajar merunding dan
meng-organisasi usaha sendiri.
3
Guru memantau, mendengar
dan mencampur tangan
kegiatan kumpulan jika perlu.
Aktiviti kumpulan dipantau oleh
guru. Jika timbul persoalan, soalan
itu dijawab oleh kumpulan itu
sendiri. Guru cuma membimbing
pelajar ke arah penyelesaian
persoalan.
4
Pelajar dikehendaki menghantar
kerja di akhir pelajaran untuk
dinilai.
Pelajar menyimpan draf kerja
untuk kerja-kerja lanjutan.
5
Pelajar-pelajar menilai prestasi
individu dan kumpulan dengan
dibimbing oleh guru.
Pelajar-pelajar menilai prestasi
individu dan kumpulan tanpa
dibimbing oleh guru
Sumber
Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
13 Mei 2000
http://www.teachersrock.net
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 1 ~
Contoh Rancangan Mengajar
Secara Kolaboratif
Tahun 4
Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF
Asuhan Tilawah al-Quran
Persediaan sebelum mengajar.
Guru pendidikan Islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang
mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.
GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM
mengikut kesesuaian yang akan diajar.
Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama
berdasarkan persediaan mengajar GPI
1. Bidang : Asuhan Tilawah al-Quran
2. Isi Pelajaran : Memahami Surah al-Maun ayat 1-3
3. Masa : 60 minit
4. Fokus :
Pemikiran : Memahami makna, isi penting dan pengajaran
surah al-maun.
Amalan : Meningkatkan amalan baik terhadap anak
yatim, fakir miskin untuk bertaqwa kepada
Allah..
Penghayatan : Sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T. dan
mensyukuri nikmatnya
Prinsip Islam Hadhari :
i. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
ii. Penguasaan ilmu pengetahuan
iii. Kehidupan berkualiti.
5. Hasil pembelajaran :
6. Di akhir pelajaran murid dapat :
Aras 1 : memahami maksud ayat dari surah al-Maun secara
Keseluruhan
Aras 2 : menyatakan perkara penting yang terdapat di dalam
surah al-Maun. Menghuraikan isi kandungan surah al-
Maun
Aras 3 : Menyatakan pengajaran ayat dari surah al-Maun
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 2 ~
7. Kaedah
6.1 Penerangan .
6.2 Perbincangan kumpulan.
6.3 Sumbang saran
6.4 Kajian masa depan (usaha meningkatkan kemahiran /ilmu
pengetahuan)
8. Sumber pengajaran dan pembelajaran :
1.1 LCD
2.2 Carta ayat dan terjemahan
3.3 Gambar berkaitan anak yatim
4.4 VCD surah dan pengertiannya
9. Persediaan guru GPI / j-QAF :
1.1 LCD dalam Power Point / gambar
2.2 Lembaran kerja
3.3 Gambar yang berkaitan
10. Pengetahuan sedia ada :
Murid boleh membaca ayat dari surah al-Maun yang telah dipelajarinya
11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran )
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 3 ~Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4)
Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Pendahuluan
( 2 minit )
Memberi salam
Bacaan Doa
Guru masuk ke
kelas dan memberi
salam kepada
murid.
Guru membimbing
murid membaca
doa.
Guru berdiri
mengikut
kesesuaian
tempat.
Membantu
membetulkan
bacaan doa
murid-murid dan
adab ketika
berdoa.
Murid
menjawab
salam guru.
Murid
membaca doa.
Set Induksi
( 3 minit )
Gambar anak yatim
dan fakir miskin
Bersoal jawab
berkaitan gambar
Ini gambar apa?
Guru
menayangkan
gambar anak
yatim dan fakir
miskin
Murid
menjawab
soalan yang
diajukan oleh
guru
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 4 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Langkah 1
( 15 minit )
Aras 1
Pengenalan surah
� Nama surah
� Tempat diturun-
kan
� Sebab diturun-kan
Memahami maksud
ayat dari surah al-
Maun ayat 1-3
Guru memberi
penerangan
pengenalan surah
maksud ayat dari
surah Maun (1-3)
Guru bersoal
jawab kepada
murid tentang
maksud ayat 1-3
surah al-Maun
Contoh soalan
i. Siapakah orang
yang mendustakan
agama?
ii. Nyatakan hukum
orang yang tidak
me membantu
anak yatim
iii. Siapakah yang
dikatakan anak
yatim?
Guru B mem-
bantu guru A
memapar-kan
perkara yang
ditayang-kan di
LCD berkaitan
dengan maksud
ayat 1-3 surah al-
Maun.
Guru B mem-
bantu guru A
mem-bimbing
murid menjawab
soalan.
Guru B mem-
bantu men-catat
jawapan murid di
papan hitam
Murid
mendengar
penerangan
guru dengan
teliti
Murid mencatat
jawapan
Murid bertanya
dan menjawab
soalan guru
mengikut
arahan
LCD
guru
sebagai
fasilitator
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 5 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Langkah 2
( 15 minit )
Aras 2
Menyenaraikan
perkara penting yang
terdapat di dalam
surah al-Maun.
Cara berbuat baik
terhadap anak yatim
dan orang miskin
Guru menerangkan
isi-isi penting
berdasar kepada
paparan LCD :
Bersoal jawab
KBKK
Contoh :
i. Istilah “ yatim”
ii. Maksud “ miskin”
iii. maksud “ yang
mendustakan
agama”
Penilaian
i. Apakah maksud
anak yatim dan
orang miskin
Guru B membantu
memaparkan LCD
isi berkaitan
Guru B
mengawasi murid-
murid
Guru B
mengedarkan
kad imbasan
yang berkaitan
dengan isi
pelajaran
Murid
menjawab
soalan guru.
Murid
memaparkan
kad imbasan
(jawapan) atau
memaparkan
Murid
menjawab
soalan guru
LCD
Kad
imbasan
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 6 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
ii. Nyatakan contoh “
orang yang
mendustakan
agama”
Guru memperbaiki
jawapan murid
Langkah 3
(20 minit )
Huraian isi kandungan
surah al-Maun ayat 1-3
Peranan kita terhadap
anak yatim dan miskin
Golongan yang
mendustakan agama
Guru membahagi-
kan murid kepada 3
kumpulan
Guru mengarahkan
murid berbincang:
i. Peranan
terhadap anak
yatim dan orang
miskin
Guru B membantu
membimbing
dalam sessi
perbincangan
Guru B
mengedarkan
kertas peta minda
sepada setiap
murid.
Murid
berbincang isi
kandungan
surah al-Maun
ayat 1-2
Mengikut
arahan guru
melengkapkan
peta minda
Lembaran
kerja
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 17 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
ii. Guru
mengarahkan
setiap kumpulan
untuk
melengkapkan
peta minda
yang diedarkan.
Contoh peta minda
Mengawasi dan
membimbing
murid
melengkapkan
peta minda.
Nama
Surah
Jumlah
Ayat
Surah
al-Maun
Tempat
turun surah
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 8 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Isi kandungan surah.
Contoh
Senaraikan golongan
yang mendustakan
agama
Guru B
mengawasi murid
semasa
perbincangan.
Guru B
mencatatkan
jawapan murid di-
papan hitam.
Guru membantu
kumpulan
menampal peta
minda mereka di
dinding dalam
kelas mereka.
Murid
melengkapkan
peta minda.
Wakil kumpulan
membaca hasil
perbincangan
mereka.
Murid
menjawab
soalan yang
dikemukan oleh
guru
� � � ��� � � �
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 9 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Guru mengarahkan
setiap wakil setiap
kumpulan untuk
menampalkan peta
minda mereka di
dinding pada
tempat yang telah
ditentukan di dalam
kelas mereka
Penilaian
(Guru menyoal murid)
� Siapakah mereka
yang digolongkan
sebagai “ yang
mendustakan
agama”?
Guru memastikan
juga supaya
murid mematuhi
arahan.
Guru membantu
menyoal murid
soalan yang
berkaitan
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 0 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Penutup
( 5 minit )
Rumusan dan Penilaian
Guru
mengingatkan
murid supaya
mengamalkan
sifat mahmudah
dan menjauhi sifat
mazmumah
Guru juga
menasihati murid
supaya
mengamalkan isi
pelajaran ayat 1-3
surah al-Maun
Guru B bersama
guru A
menasihati
murid supaya
mengamal-kan
tingkah laku
yang baik ketika
bersama anak
yatim dan fakir
miskin
Mendengar
nasihat guru
dengar teliti
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 1 ~
Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 2
Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF
Asas Ulum Syari’ah ( Ibadah )
1. Persediaan sebelum mengajar.
Guru pendidikan islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama
merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.
GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan
BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar.
Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama
berdasarkan persediaan mengajar GPI
2. Bidang : Asas Ulum Syar'iah ( Ibadah )
3. Isi pelajaran : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
4. Masa : 30 minit
5. Fokus
5.1 Pemikiran : murid mengetahui dan memahami fardhu ain dan
fardhu kifayah.
5.2 Amalan : mengamalkan fardhu ain dan fardhu kifayah
5.3 Penghayatan : murid mengaplikasikan dalam kehidupan seharian
5.4 Prinsip Islam Hadhari :
Pembangunan ekonomi yang seimbang dan konprehensif (v)
Penguasaan ilmu pengetahuan ( iv ) .
Kekuatan pertahanan ( x ) .
6. Hasil pembelajaran :
Diakhir pelajaran murid dapat :
Aras 1 : menyatakan fardhu ain dan fardhu kifayah
Aras 2 : menjelaskan contoh-contoh fardhu ain dan fardhu kifayah
Aras 3 : menyatakan perbezaan erti fardhu ain adan fardhu kifayah
7. Kaedah :
Penerangan.
Sumbang saran.
Perbincangan.
Simulasi
8. Sumber pengajaran dan pembelajaran :
LCD
Lembaran kerja
Carta
Carta gambar yang berkaitan
9. Persediaan guru GPI / j-QAF :
LCD dalam Power Point / gambar
Gambar-gambar yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardu
kifayah.
10. Pengetahuan sedia ada :
murid pernah melakukan amalan fardhu ain dan fardhu kifayah
11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran )
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 2 ~Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Ibadah Tahun 2)
Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Mukadimah
( 2 minit )
Memberi
salam
Bacaan Doa
Guru masuk ke kelas dan
memberi salam kepada
murid.
Guru membimbing murid
membaca doa.
Guru berdiri mengikut
kesesuaian tempat.
membantu membetul-
kan bacaan doa murid-
murid dan adab ketika
berdoa.
Murid menjawab
salam guru.
Murid membaca
doa.
Langkah 1
( 5 minit )
Aras 1
Pengertian
Fardhu Ain
dan Fardhu
Kifayah
Guru memberi
penerangan mengenai
pengertian Fardhu Ain
dan Fardhu Kifayah.
Guru meminta murid
membaca pengertian
Fardu Ain dan Fardhu
Kifayah berdasarkan
carta secara kelas,
kumpulan dan individu.
Membahagikan
lembaran kerja kepada
semua murid.
Guru menampal carta
berkaitan pengertian
Fardu Ain dan Fardhu
Kifayah.
Memastikan setiap murid
memberi tumpuan dan
dapat membaca carta
yang dipamerkan .
Membantu guru A
mengedar lembaran
kerja dan membuat
penilaian berdasarkan
lembaran kerja yang
diberikan kepada murid
dan mengklafikasikan
murid mengikut aras.
murid melihat
carta yang
dipamerkan.
murid membaca
carta secara
kelas,kumpulan
dan individu.
murid menyiapkan
lembaran kerja
yang diberikan
oleh guru.
carta
lembaran kerja
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 3 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Langkah 2
( 8 minit )
Aras 2
Contoh
Fardhu Ain
bentuk
gambar
� Solat
� Puasa
� Menuntut
ilmu
� berbuat
baik
kepada
ibubapa
Contoh
Fardhu
kifayah
bentuk
gambar
� Mem-
bersihkan
kelas.
� menolong
rakan.
Guru membahagikan
murid kepada kumpulan
kecil mengikut aras.
Guru bersoal jawab
dengan murid mengenai
contoh-contoh Fardhu
Ain.
Guru mempamerkan
contoh-contoh Fardhu
Ain melalui gambar.
Guru meminta murid
mengklasifikasikan
gambar-gambar Fardhu
ain dan Fardhu Kifayah.
Guru meminta murid
menyebut semula
contoh-contoh mengikut
kategori Fardhu Ain dan
Fardhu Kifayah.
Membuat penilaian
murid pada aras 2.
Bersama membantu
guru A dan murid untuk
bergerak dalam kum-
pulan mengikut aras.
Membantu menampal
gambar di papan
hitam.
Memastikan murid
memberi tumpuan
terhadap pengajaran
dan pembelajaran.
Membantu murid untuk
menjawab soalan yang
diberikan oleh guru A.
Bersama guru A
memberi penjelasan
dan penerangan
kepada murid dalam
melakukan aktiviti murid
secara berkumpulan.
Bersama guru A
membuat penilaian
pada aras 2.
murid bergerak ke
kumpulan masing-
masing mengikut
arahan guru.
Murid mendengar
penerangan guru
dengan teliti.
Murid berada di
dalam kumpulan
masing-masing
selepas penilaian
aras 1.
Murid berinteraksi
dalam kumpulan
masing-masing
untuk menjalan-
kan tugasan yang
diberi oleh guru.
Wakil kumpulan
mem-bentang
hasil kerja masing-
masing.
LCD / Carta
Bahan Maujud
Simulasi contoh :
membersihkan
kelas dan
memungut
sampah
Lembaran Kerja
Penyediaan
Alatan : Gunting
dan gam.
∗ Guru-guru saling
bertukar peranan.
Guru B mengambil
alih peranan Guru
A sebagai fasilitator
utama dan Guru A
menjadi pembantu
kepada Guru B
pada peringkat ini
dan seterusnya.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 4 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Langkah 3
( 5 minit )
Perbezaan erti
Fardhu ain dan
Fardhu Kifayah
gambar
Guru menerangkan
tentang perbezaan
Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah.
Guru bersoaljawab
dengan murid mengenai
perbezaan Fardhu Ain /
Fardhu Kifayah.
Guru meminta murid
menyebut semula
tentang perbezaan
Fardhu ain dan Fardhu
Kifayah berdasarkan
gambar.
Guru menampal ‘flash
card’ yang menjelaskan
tentang perbezaan
Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah.
Bersama memastikan
murid memberi
tumpuan dan bersedia
menjawab soalan.
Membantu guru A
menunjukkan gambar
dan menggalakkan
ransangan interaksi di
antara guru dengan
murid.
murid mendengar
penerangan guru.
murid memberi
tindakbalas
terhadap soalan
guru.
Murid di dalam
kumpulan
berbincang
dengan soalan
guru.
Gambar Fardhu Ain
Solat
murid sedang
mengaji
Gambar Fardu
Kifayah
membasuh kereta
memungut
sampah
Penutup
( 5 minit )
Penilaian Guru menasihati murid
agar melaksanakan
Fardhu ain dan Fardhu
Kifayah di dalam
kehidupan seharian.
Guru membimbing dan
mengawasi murid
semasa menjawab
lembaran kerja.
Bersama Guru A
mengedar-kan
lembaran kerja kepada
murid.
Bersama guru A mem-
bimbing dan
mengawasi murid
menjawab lembaran
kerja yang disediakan.
mendengar
nasihat guru.
menjawab soalan
melalui lembaran
kerja yang
disediakan.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 5 ~Masa Kandungan
Aktiviti P & P
Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B
Pengukuhan
Kem Bestari
Solat
Bacaan
ruku’
meminta dan
membimbing murid
membaca dalam ruku’.
membantu murid
menyebut dan
membaca bacaan
rukuk.
murid membaca
bacaan ruku’.
Carta solat
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 6 ~
Contoh Rancangan Pengajaran Kolaboratif Secara Koperatif
Tahun 3 -Asas Ulum Syariah ( Aqidah )
Persediaan sebelum mengajar
Guru Pendidikan Islam (GPI ) dan Guru j-QAF bersama-sama
merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.
Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru j-QAF bersama-sama
berbincang untuk menyediakan bahan-bahan untuk mengajar (BBM)
mengikut kesesuaian yang akan diajar.
Guru j-QAF hendaklah menyediakan persediaan yang sama
berdasarkan persediaan mengajar GPI .
1. Bidang : Asas Ulum Syariah (Aqidah )
2. Isi pengajaran : Beriman kepada Kitab
3. Masa : 30 minit
4. Fokus :
Pemikiran - Murid mengetahui dan memahami tentang Rukun Iman.
Amalan – Sentiasa membaca Al-Quran .
Penghayatan – Mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Prinsip Asas Islam Hadhari :-
4.4.1 Keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
4.4.2 Kehidupan berkualiti .
4.4.3. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Hasil Pembelajaran:
Aras 1. Menyatakan pengertian kitab
Aras 2. Menjelaskan beriman kepada kitab Allah.
Aras 3. Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab
lain.
6. Kaedah-kaeadah :
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 7 ~
Penerangan
Sumbangsaran
Perbincangan
7. Sumber Pengajaran dan pembelajaran
LCD
Lembaran kerja
Carta
Kotak beracun
Marker pen
Kad imbasan
8. Persediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) / j-QAF
LCD
Bahan maujud (Al-Quran )
9. Pengetahuan sedia ada- Murid telah mengetahui tentang Rukun
Iman.
10. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran )
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 8 ~Masa Kandungan
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
pembelajaran
Murid
Catatan Guru A Guru B
Mukadimah
(2 minit)
Memberi salam
Bacaan doa
Guru masuk ke kelas
dan memberi salam
kepada murid.
Guru membimbing
murid membaca doa.
Guru berdiri mengikut
kesesuaian tempat.
Membantu
membetulkan bacaan
doa murid-murid dan
adab ketika berdoa.
Murid menjawab
salam guru.
Murid membaca
doa.
Set Induksi
(3 minit)
Nasyid “Rukun Iman”
Rukun Iman enam
perkara
Semua muslim wajib
percaya
Pertama Beriman
Kepada Allah
Kedua Beriman
kepada malaikat
Ketiga Beriman
kepada Kitab
Keempat Beriman
kepada Rasul
Kelima Beriman
kepada Hari Qiamat
Keenam Beriman
Qadha’ dan Qadar
(Lagu P.Ramlee-
Rukun Islam)
Guru mengarahkan
murid untuk
mendengar dan
menyanyikan nasyid
“Rukun Iman” .
Memasang pita
rakaman lagu tersebut
dan memastikan pita
rakaman lagu berjalan
lancar.
Murid mendengar
dan bernasyid
bersama-sama.
Pita rakaman
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 9 ~Masa Kandungan
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
pembelajaran
Murid
Catatan Guru A Guru B
Langkah 1
(5 minit)
Aras 1.
Menyatakan pengertian
Kitab Allah
Menyebut kitab yang
wajib diketahui.
Soalan :
Apakah ini? (Al-Quran)
� Kitab Allah ialah
kalam Allah yang
diwahyukan
kepada Rasul-
rasulnya.
Contoh kitab:
1. Taurat
2. Injil
3. Zabur
4. Al-Quran
Guru membahagikan
murid kepada
beberapa kumpulan
kecil (4-5 orang
murid).
Guru bertanya
kepada murid sambil
memegang Al-Quran
di tangannya.
“Apakah yang saya
pegang ini?”
“ Sebutkan nama-
nama kitab Allah yang
wajib diketahui”.
Guru mengarahkan
murid memberi
maklumbalas kepada
soalan secara lisan
dan bergilir di dalam
kumpulan.
Guru B membantu
guru A
membahagikan murid
ke dalam beberapa
kumpulan kecil supaya
lebih licin dan teratur.
Guru B membantu
guru A mengawal selia
murid melaksanakan
aktiviti di dalam
kumpulan seperti yang
diarahkan.
Guru boleh bertanya
untuk menggalakkan
cetusan idea di
kalangan murid dan
memberi bimbingan
jika perlu.
Guru memastikan
setiap kumpulan
melantik wakil untuk
membentangkan
pendapat kumpulan
mereka.
Murid bergerak dan
membentuk
kumpulan yang
ditentukan.
Murid saling
bertanya dan
menjawab soalan
guru mengikut
arahan serta giliran
yang ditetapkan.
Setiap kumpulan
memilih seorang
murid untuk
mewakili mereka
bagi
menyampaikan
maklumbalas
kumpulan.
Guru A dan guru B
boleh mem-
bahagikan bilangan
kumpulan untuk
dikawal selia oleh
mereka secara
serentak.
Benda maujud
“Al-Quran”
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 0 ~Masa Kandungan
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
pembelajaran
Murid
Catatan Guru A Guru B
Contoh : Murid A
bertanya kepada
murid B “Apakah
kamu selalu
membaca Al-Quran?”
Murid B menjawab
dan bertanya semula
kepada murid C dan
murid C menjawab.
Seterusnya aktiviti
bersoaljawab ini
diteruskan kepada
murid D dan kembali
kepada murid A.
Guru mengarahkan
setiap kumpulan
melantik seorang wakil
untuk
membentangkan
secara lisan
maklumbalas mereka
kepada soalan yang
dikemukakan.
Setiap wakil kumpulan
membentangkan
maklumbalas
kumpulan mereka.
Contoh :
Kumpulan yang
berada di ruang
hadapan kelas
dikawal selia oleh
guru A dan ruang di
belakang kelas
dikawal selia oleh
guru B.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 1 ~Masa Kandungan
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
pembelajaran
Murid
Catatan Guru A Guru B
Guru membantu guru
B untuk memberi
maklumbalas.
Bimbingan atau
membetulkan
jawapan murid jika
perlu.
Langkah 2
(5minit)
Aras 2:
Menjelaskan beriman
kepada Kitab Allah
1. Allah telah
menurun-kan kitab
kepada Rasul-
rasulnya.
2. Kitab Allah adalah
wahyu yang menjadi
panduan kepada
manusia.
3. Kitab Allah
mengandungi
aturan hidup yang
benar.
Guru mengarah setiap
murid dalam
kumpulan untuk
mengambil kotak
beracun yang diberi-
kan oleh guru.
Murid yang mendapat
kotak beracun itu
akan membaca
soalan yang terdapat
di dalamnya.
Wakil murid akan
menjawab soalan
yang terdapat di
dalam kotak tersebut.
Guru menyelia atau
memantau aktiviti
permainan kotak
beracun pada setiap
kumpulan murid.
Guru juga mengawasi
murid supaya tidak
berlaku perebutan
dan pergaduhan
semasa permainan ini
dijalankan.
Guru sentiasa
mengawasi kumpulan
murid .
Murid berada di
dalam kumpulan
masing-masing.
Murid akan
mengikut arahan
guru .
Sumbangsaran di
antara ahli
kumpulan.
Kotak
berancun:
Soalan yang
berkaitan
dengan isi
kandungan
buku teks.
∗ Guru-guru
saling
bertukar
peranan (A
dan B) .Guru B
mengambil
alih peranan
guru A
sebagai
fasilitator
utama dan
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 2 ~Masa Kandungan
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
pembelajaran
Murid
Catatan Guru A Guru B
4. Manusia
memerlukan kitab
Allah kerana :
Sebagai panduan
untuk hidup
sempurna.
Manusia
mempunyai
kelemahan .
Permainan kotak
beracun
“Siapa cepat dia dapat”
Kumpulan murid yang
dapat menjawab
soalan akan diberi
markah oleh guru.
Guru mengenalpasti
kumpulan murid yang
perlu diberi pemulihan
atau pengayaan.
guru A
menjadi
pembantu
kepada guru B
pada
peringkat ini
dan
seterusnya.
Langkah 3
(5minit)
Aras 3:
Menyatakan kelebihan
Al-Quran berbanding
dengan kitab-kitab lain.
Isi :
1. Al-Quran merupakan
mukjizat teragung
kepada Nabi
Muhammad S.A.W.
Guru membahagikan
kertas kosong kepada
setiap kumpulan
murid.
Guru memaklumkan
kepada setiap
kumpulan untuk
melengkapkan jadual
aktiviti yang diberikan.
Guru berperanan
mengawasi murid di
dalam setiap
kumpulan.
Guru mengenalpasti
murid yang perlu diberi
bimbingan untuk
melaksanakan
tugasan yang
diberikan.
Ketua kumpulan
murid ber-peranan
sebagai jurutulis
bagi melengkap-
kan jadual tugasan
yang diberikan.
Murid-murid yang
lain di dalam setiap
kumpulan saling
berbincang dan
memberi idea.
Carta yang
mengandungi
kelebihan Al-
Quran.
Kertas
kosong/
majung
Pensil warna
Marker pen.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 3 ~Masa Kandungan
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
pembelajaran
Murid
Catatan Guru A Guru B
2. Allah memelihara Al-
Quran daripad
penyelewengan
sehingga hari
kiamat.
3. Syariat di dalamnya
untuk seluruh
manusia.
4. Al-Quran
memansuhkan
syariat yang
terdapat di dalam
kitab Allah
sebelumnya.
5. Al-Quran menjadi
penawar kepada
penyakit.
Aktiviti “melengkapkan
jadual”.
Guru mengarahkan
murid berbincang
dalam kumpulan
masing-masing untuk
mencari jawapan
berpandukan carta
yang dipaparkan di
papan hitam.
Kumpulan yang dapat
menghasilkan tugasan
yang diberikan
dengan lengkap,
kemas dan dipamer-
kan di dalam kelas.
Guru mengarahkan
wakil kumpulan untuk
membentangkan
hasil tugasan.
Guru membuat
penilaian.
Guru memastikan
setiap kumpulan murid
dapat menyelesaikan
tugasan yang diberi
mengikut masa yang
ditetapkan.
Setiap murid di
dalam kumpulan
bekerjasama untuk
melengkapkan dan
menceriakan
tugasan.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 4 ~Masa Kandungan
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
pembelajaran
Murid
Catatan Guru A Guru B
Penutup
(5minit)
Rumusan dan penilaian.
Beriman kepada
Kitab Allah.
Pengertian kitab-kitab
yang wajib diketahui.
Kelebihan Al-Quran.
Guru meminta murid
menyatakan semula
tentang nama-nama
kitab yang wajib
diketahui.
Guru menasihati murid
supaya sentiasa
membaca Al-Quran
dan mengamalkan isi
kandungan Al-Quran.
Bersama guru A
berperanan untuk
memastikan murid
menjawab sama ada
secara kelas,kumpulan
dan individu.
Memastikan agar
murid member i
maklumbalas di atas
soalan guru.
Murid berserdia
menjawab semua
soalan yang
diberikan oleh guru.
Mendengar nasihat
guru dengan
tenang dan
istiqamah.
(5 minit) Pengukuhan :
Kem Bestari Solat-
Bacaan Tahiyyat
Awal
Guru meminta dan
membimbing murid
membaca tahiyyat
awal.
Membantu murid
menyebut dan
membaca bacaan
tahiyyat awal.
Murid membaca
tahiyyat awal
dengan betul dan
lancar.
Carta
tahiyyat awal.
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 5 ~