8
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA RINI 2 81300, SKUDAI, JOHOR KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM 2015 TAJUK: ROKET AIR DIKELOLAKAN OLEH:

PP roket air

Embed Size (px)

DESCRIPTION

menghasilkan roket air berdasarkan aplikasi sains

Citation preview

Page 1: PP roket air

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA RINI 2

81300, SKUDAI, JOHOR

KERTAS CADANGAN

PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM 2015

TAJUK:

ROKET AIR

Page 2: PP roket air

DIKELOLAKAN OLEH:

PERSATUAN SAINS

SK TAMAN MUTIARA RINI 2

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

PERSATUAN SAINS

SK TAMAN MUTIARA RINI 2, 81300, SKUDAI, JOHOR

TAJUK: ROKET AIR

PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Taman Mutiara Rini 2, Skudai untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk

baru yang berkualiti dan berdaya saing.4. Melahirkan para usahawan muda.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

SASARAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Taman Mutiara Rini 2, Skudai.

PERNYATAAN MASALAH

Page 3: PP roket air

Antaranya ialah :

1. Kekurangan sumber/ kedai yang menjual roket air di pasaran. Murid berminat untuk bermain, namun ketiadaan kedai tertentu yang menjualnya.

2. Murid tidak pernah mendapat pendedahan mengenai proses mereka cipta bahan.3. Murid tidak mengetahui barang yang sesuai dalam penghasilan roket yang baik.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.

Skop kajian ialah untuk mengguna pakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah kerana pihak sekolah juga mahu menekankan konsep kitar semula.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Antara kepentingannya ialah:

1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk berinovasi dan rekacipta melalui aktiviti persatuan.

2. Membuka peluang serta menanam budaya berfikiran kreatif.3. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran Sains

(Teknologi).

ANGGARAN KOS PROJEK

Bil Pendapatan RM Bil Perbelanjaan RM1 Waran Peruntukan

Aktiviti Kokurikulum450.00 1. Paip PVC 2 meter

10 x RM 10.00100.00

Kementerian Pendidikaan

2. Pam angin10 x RM 15.00

150.00

Malaysia 3. Tiub basikal10 x RM 4.00

40.00

4. Pengikat (cable tied) 10 x RM 5.00

50.00

5. Gam / Selotape20 x RM 2.00

40.00

6. Pemberat ( Tanah Liat) 10 x RM 1.00

10.00

7. Kertas yang keras untuk membuat sirip roket (mounting board) 10 x RM 6.00

60.00

Page 4: PP roket air

JUMLAH 450.00 JUMLAH 450.00

Kos anggaran untuk projek inovasi ini.

*Untuk 10 kumpulan kecil.

Bahan tambahan perlu dibawa oleh murid: Botol minuman plastik berukuran besar , 1.5 L (Kitar semula)

TINJAUAN DAN KAJIAN

Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak bahan yang boleh digunakan untuk mebina roket daripada bahan terbuang. Masalah yang sering timbul ialah murid-murid tidak mencapai target seperti dalam pertandingan yang dianjurkan. Sehubungan itu, murid perlu diberi peluang untuk mereka cipta roket yang mampu untuk mengatasi target dalam sebuah pertandingan selain dapat melahirkan murid yang bersikap kreatif serta inovasi.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan melalui laman sesawang serta buku prinsip- prinsip fizik.

PERANCANGAN PROJEK

Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:

1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan Sains = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat

2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian maklumat dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku untuk menghasilkan projek roket ( Makmal Komputer dan PSS ) Memulakan tpengumpulan bahan dan alatan ( Bilik Sains 1 )

3. Mac : Menguji roket yang dibina4. April : Membaik pulih semula roket yang dibina

5. Mei : Dilancarkan semasa pertunjukan bulan sains peringkat sekolah .

KESIMPULAN

Page 5: PP roket air

Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran RBT. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

PENGENALANRoket air ialah roket yang menggunakan kuasa air dan udara untuk terbang.

Page 6: PP roket air

STRUKTUR ASAS ROKET AIR

Page 7: PP roket air

STRUKTUR ASAS ROKET AIR

PELANCARAN ROKET1. Masukkan air dalam roket.

2. Pastikan apabila roket dimasukkan pada pelancar, air lebih kurang 40% dari isipadu botol. Kalau lebih roket menjadi berat dan tak pergi tinggi.Pegang hujung roket (untuk pelancar tanpa kunci) atau kuncikan roket pada tapak pelancar.

3. Mulakan pam angin ke dalam pelancar roket. Jangan pam terlalu banyak angin , kerana boleh menyebabkan roket atau pelancar pecah.Pastikan tiada sesiapa berhampiran tapak pelancaran roket dan tempat roket dijangka akan jatuh.

4. Cuba dengan botol kecil dahulu 500ml sebelum mencuba dengan botol besar 1.5ml. Botol kecil boleh pergi setinggi 100 meter, sementara botol besar boleh pergi setinggi 200 meter.