12
1 SK BATU PUTIH BARU SANDAKAN, SABAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 6 MASA : 50 MINIT NAMA :______________________ KELAS :_______________ MARKAH : Arahan : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu sahaja jawapan. 1. "Mengapakah ______________ bermuram durja? tanya Sultan Megat Alam kepada puterinya. A tuanku B tuan hamba C anakanda D kamu Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah 2. Pak Amir memangkas daun-daun pokok di tepi pagar itu kerana terlalu A rimbun B lebat C banyak D rendang %

Ppt Bm011 Th6 Mgb

Embed Size (px)

DESCRIPTION

soalan

Citation preview

  • 1

    SK BATU PUTIH BARU

    SANDAKAN, SABAH

    PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

    BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

    TAHUN 6

    MASA : 50 MINIT

    NAMA :______________________

    KELAS :_______________

    MARKAH :

    Arahan : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti

    oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu sahaja jawapan.

    1. "Mengapakah ______________ bermuram durja? tanya Sultan Megat Alam kepada

    puterinya.

    A tuanku

    B tuan hamba

    C anakanda

    D kamu

    Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

    2. Pak Amir memangkas daun-daun pokok di tepi pagar itu kerana terlalu

    A rimbun

    B lebat

    C banyak

    D rendang

    %

  • 2

    3. Ibu menggunakan ____________gelang getah untuk mengikat plastik bungkusan roti yang

    telah dibukanya.

    A seurat

    B segelung

    C sehelai

    D segulung

    4. _____________________ sekarang pun dia masih belum datang

    A Sejak

    B Seperti

    C Antara

    D Sampai

    Soalan 5 berdasaarkan gambar di bawah.

    5. ___________________itu sentiasa menjaga tutur katanya semasa menyampaikan maklumat

    kepada para pendengar.

    A Jurucakap

    B Juruhebah

    C Juruacara

    D Jurubahasa

    6. Tandas murid itu berbau __________kerana ada murid yang tidak menjirusnya selepas

    membuang air kecil.

    A hamis

    B hanyir

    C hapak

    D hancing

  • 3

    7. Kerja-kerja mencari mangsa yang lemas di laut itu diteruskan juga ___________ cuaca

    kurang baik.

    A hingga

    B sekiranya

    C walaupun

    D sementara

    Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

    8. Ayah _______________baja pada sayur-sayurannya supaya hidup subur.

    A mencampak

    B mengirai

    C menabur

    D menuang

    9. Dia bersikap baik kepada semua orang, _____________kawan_lawan.

    A baik ... mahupun

    B jangankan ... pun

    C kalau ... atau

    D sama ada ... ataupun

    Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

  • 4

    10. Pelari yang menjuarai acara 100 meter itu _______________ tangannya sebaik sahaja dia

    melepasi garisan penamat.

    A mendepa

    B menjulang

    C mengangkat

    D melambai

    11. Ibu memberi ____________________daripada lebihan lauk kenduri semalam kepada

    ______________ orang jirannya.

    A setengah ... setiap

    B sebahagian ... beberapa

    C separuh ... sebilangan

    D sedikit... Segelintir

    Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah

    12. Puan Salmah sedang __________ benang emas pada sarung bantal akan dipakai pada majlis

    persandingan itu.

    A menyulam

    B menenun

    C menekat

    D mengait

    13. Pemeriksaan kesihatan percuma itu akan diadakan pada hari ___________

    A bila

    B esok

    C sekarang

    D semalam

  • 5

    14. Beberapa buah helikopter milik angkatan tentera Malaysia sedang___________ di ruang

    udara kawasan hutan itu.

    A berlegar-legar

    B berkisar-kisar

    C berpusing-pusing

    D berputar-putar

    15. Azli telah menyediakan beberapa soalan sebagai persediaannya se sebelum mengadakan

    sesi__________ dengan murid cemerlang di sekolahnya.

    A ramah mesra

    B soal jawab

    C temu ramah

    D suai kenal

    16. Elok __________ kamu ke sini kerana saya ingin bertanyakan beberapa soalan.

    A agak

    B nian

    C benar

    D sangat

    17. Sejak tadi kucing Siam itu asyik____________ adik di ruang tamu

    A mengekori

    B mengikuti

    C mengejar

    D menyusul

    18. ___________ Haiqal yang mengambil pemadam kamu yang hilang itu," kata Irsyad kepada

    Firdaus.

    A Tahu-tahu

    B Paling-paling

    C Entah-entah

    D Kalau-kalau

  • 6

    19. ________________ pulau di Langkawi sering dikunjungi pelancong dari luar negara.

    A Gugusan

    B Tompokan

    C Barisan

    D Kelompok

    Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah

    20. Aqilah sedang ___________gambar peta Malaysia dengan menggunakan kertas surih.

    A menekap

    B menyalin

    C mengecap

    D menggaris

    21. Sikap Zarish yang _________ menyebabkan banyak orang sukar berurusan dengannya.

    A besar kepala

    B kepala angin

    C keras kepala

    D berat kepala

    22. Cikgu Alya memberi penerangan yang terrperinci kepada murid-muridnya tentang kejadian

    siang dan malam.

    Perkataan seerti bagi terperinci ialah

    A halus

    B lengkap

    C lanjut

    D mendalam

  • 7

    23. Pemuda itu bukan sahaja kaya malah dia juga seorang yang jujur dan berhemah tinggi.

    Perkataan berlawan bagi berhemah ialah

    A sombong

    B biadab

    C bongkak

    D boros

    24. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    I Tulisan pada batu nisan itu agak kabur dan sukar dibaca.

    II Penjelasan yang diberikan pleh Encik Abu itu agak kabur.

    III Pencuri itu berjaya kabur daripada kawalan pihak polis.

    IV Air di dalam akuarium itu agak kabur kerana sudah lama tidak berganti.

    A I dan II

    B I dan IV

    C III dan IV

    D II dan III

    25. Mengapakah banyak orang menyerbu kaunter bas ekspres itu pada waktu pagi?

    Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas?

    A Mereka berminat untuk menjadi pemandu bas di syarikat bas itu.

    B Mereka bimbang tiket bas ke destinasi yang hendak dituju kehabisan.

    C Mereka hendak membeli tiket bas secara beramai-ramai.

    D Benar, banyak orang menyerbu kaunter bas ekspres itu pada waktu pagi.

    26. Cikgu menasihati murid-muridnya supaya sentiasa mengulang kaji pelajaran.

    Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

    A Mengapakah Cikgu menasihati murid-muridnya?

    B Apakah nasihat guru kepada murid-muridnya?

    C Bagaimanakah cara mengulang kaji pelajaran?

    D Siapakah yang perlu mengulang kaji pelajaran?

  • 8

    Soalan 27 - 28

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

    27. Nenek sedang membakar kuih baulu di dapur.

    A Kuih baulu sedang dibakar oleh nenek di dapur.

    B Kuih baulu nenek dibakar di dapur.

    C Kuih baulu yang di dapur itu dibakar oleh nenek.

    D Kuih baulu di dapur nenek sedang dibakar

    28. "Saya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana kecemerlangan saya dalam

    bidang kurikulum dan kokurikulum," kata Ezri.

    A. Ezri memberitahu bahawa dia mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana

    kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

    B. Ezri menerangkan bahawa dia meminta ke sekolah berasrama penuh kerana

    kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

    C. Ezri mendapat tahu bahawa dia mendapat tawaran daripada sekolah berasrama penuh

    kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

    D. Ezri menyatakan bahawa dia bersetuju ke sekolah berasrama penuh kerana

    kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

    Soalan 29 - 30

    Pilih ayat yang betul.

    29. A Sila kalian dapat membantu persediaan majlis itu.

    B Usah ditangisi pemergiannya kerana itu sudah ketentuan Tuhan.

    C Tolong makan hidangan yang disediakan.

    D Jemput buangkan sampah itu ke dalam tong sampah

    30. I Abang memasukkan bola itu di dalam bakul.

    II Pak Tarn Daud ialah adik lelaki emak saya.

    III Antara Halim ataupun Leman, masing-masing tidak pandai bermain bola.

    IV Saya tidak memahami peraturannya kerana dia menggunakan bahasa Cina.

    A I dan III

    B I dan II

    C II dan III

    D II dan IV

  • 9

    Soalan 31 - 35

    Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    31. Apakah jenis puisi di atas?

    A Pantun

    B Syair

    C Sajak

    D Seloka

    Tanah airku indah menawan,

    Jadi tumpuan jutaan insan,

    Timur, barat, utara, selatan,

    Masyhur namamu menjadi sebutan.

    Bumi subur banyak sumbernya,

    Rakyatnya pula gigih berusaha,

    Maju dan makmur negaraku Malaysia,

    Dikagumi sekalian warga dunia.

    Rakyat Malaysia berbilang bangsa,

    Semuanya hidup aman sentosa,

    Sedia berkhidmat untuk negara,

    Setiap saat separijang masa.

    Inilah tanah tumpah darahku,

    Akan kepertahankan sepanjang hayatku,

    Jika diancam musuh seteru,

    Sila langkah mayatku dahulu.

    Kepada pertiwi aku berjanji,

    Menabur budi berbuat bakti,

    Nama negara harum mewangi,

    Di mata dunia dipandang tinggi.

  • 10

    32. Puisi di atas menceritakan perihal

    A kesejahteraan negara

    B perpaduan rakyat

    C azam utuk mempertahankan negara

    D Keistimewaan Negara

    33. Mengapakah masyarakat dunia kagum akan Malaysia?

    A kerana terdapat banyak tempat yang menarik

    B kerana Malaysia maju dan makmur serta rakyatnya gigih

    C kerana Malaysia tenteram, aman dan tidak berlaku peperangan

    D kerana rakyatnya banyak dan berbilang bangsa

    34. Pernyataan yang berikut benar tentang puisi di atas kecuali

    A Malaysia terkenal di seluruh dunia

    B Malaysia mempunyai banyak tanah yang sesuai untuk pertanian

    C Rakyat Malaysia setia terhadap negaranya

    D Malaysia terkenal kerana ekonominya

    35. Apakah maksud frasa Sila langkah mayatku dahulu?

    A sanggup berjuang walaupun nyawa terkorban

    B sanggup menghadapi segala cabaran

    C mencabar musuh supaya berlawan

    D memberikan amaran kepada musuh supaya berundur

  • 11

    Soalan 36 - 40

    Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang

    berikutnya.

    Jika tangan, kaki dan mulut kanak-kanak ditumbuhi bintik-bintik merah seperti jerawat

    atau ruam, simptom itu berkemungkinan besar menunjukkan bahawa kanak-kanak itu

    dijangkiti virus penyakit kaki, tangan dan mulut. Sekali pandang bintik-bintik merah itu

    keljhatan seperti penyakit demam campak. Selain itu, penyakit ini mudah berjangkit. Oleh

    sebab itu, pesakit biasanya dipisahkan daripada orang lain.

    Penyakit kaki, tangan dan mulut ( KTM ) bukanlah penyakit baharu. Penyakit yang

    saban tahun menyerang kanak-kanak dan bayi ini mengorbankan nyawa jika tidak dirawat

    dengari segera. Meskipun mempunyai nama yang hampir dengan penyakit kuku dan mulut

    yang menyerang haiwan ternakan, namun kedua-duanya tidak mempunyai perkaitan.

    Penyakit KTM berpunca daripada jangkitan virus Coxsackie, sejenis virus daripada

    golongan keluarga Enterovirus. Penyakit ini merebak melalui sentuhan langsung dengan

    lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis individu yang dijangjiti kuman ini

    Penyakit KTM biasanya menyerang kanak-kanak di bawah usia 10 tahun. Hal ini

    demikian kerana daya tahan tubuh mereka masih lemah dan kurang berupaya untuk

    melawan virus tersebut. Walau bagaimanapun, ada juga kes penyakit KTM yang melibatkan

    orang dewasa terutamanya warga emas. Antara tanda gejala penyakit ini termasuklah

    demam panas sehingga mencapai 39 darjah Celsius, sakit tekak, ulser pada tekak dan mulut,

    serta sakit kepala. Pesakit juga mendapat ruam beserta lepuh di tangan, kaki dan di kawasan

    lampin.

    Menyedari bahaya dan betapa mudahnya penyakit ini merebak, pihak Kementerian

    Kesihatan menyeru ibu bapa agar lebih peka terhadap gejala penyakit KTM Ibu bapa

    diminta untuk membawa anak-anak berjumpa dengan doktor jika anak-anak mereka

    mengalami simptom-simptom penyakit KTM.

  • 12

    36. Apakah tanda-tanda awal penyakit kaki, tangan dan mulut ( KTM )?

    A Timbul jerawat di muka

    B Menghidap demam campak

    C Timbul bintik-bintik seperti ruam

    D Timbul bintik-bintik merah pada tangan, kaki dan mulut

    37. Apakah persamaan penyakit ini dengan demam campak?

    A Hanya menyerang kanak-kanak

    B Tejdapat bintik-bintik merah pada bahagian-bahagian badan yang tertentu

    C Disebabkan oleh virus Coxsackie

    D Boleh menyerang haiwan

    38. Penyakit ini kerap menyerang kanak-kanak kerana..

    A kanak-kanak tidak mampu menjaga diri sendiri

    B sistem pertahanan badan kanak-kanak masih lemah

    C kanak-kanak suka bermain di tempat yang kotor

    D virus Coxsackie hanya menyerang kanak-kanak

    39. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

    A. Virus Coxsackie disebarkan oleh haiwan ternakan

    B. Penyakit KTM mempunyai perkaitan yang rapat dengan penyakit kuku dan mulut yang

    menyerang haiwan.

    C. Penyakit KTM berjangkit melalui sentuhan langsung dengan lelehan pesakit.

    D. Penyakit KTM biasanya menyerang kanak-kanak di bawah usia dua tahun.

    40. Rangkai kata daya tahan bermaksud...

    A kemampuan menahan sesuatu

    B kemampuan melawan sesuatu

    C kemampuan menolak sesuatu

    D kemampuan menerima sesuatu

    SOALAN TAMAT