of 55 /55
Buku sumber tahun 6 1.9 TANAMAN SAYURAN Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, murid dapat: Menyatakan peralatan perkebunan dan kegunaannya Mengenal pasti tapak atau kawasan yang sesuai untuk ditanam dengan sayuran Mengenal pasti langkah-langkah dalam penyediaan tapak atau kawasan, seperti: - Membersihkan tapak - Menggembur tanah - Membina batas - Membubuh baja asas - Meletakkan sungkupan Mengenal pasti jenis-jenis sayuran Mengenal pasti langkah-langkah menyemai biji benih Mengenal pasti langkah-langkah menanam sayuran di batas atau dalam bekas Mengenal pasti langkah-langkah penjagaan tanaman, seperti : - menyiram - penjarangan - penyulaman - merumput - membaja - mengawal mahkluk perosak Mengenal pasti tempoh matang sayuran yang sesuai untuk dipungut hasil Mengendalikan hasil lepas tuai 86

TANAMAN SAYURAN TH6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tanaman Semusim

Citation preview

PENGENALAN

Buku sumber tahun 6Buku sumber tahun 6

1.9 TANAMAN SAYURAN

Hasil PembelajaranDi akhir pembelajaran ini, murid dapat:

Menyatakan peralatan perkebunan dan kegunaannya

Mengenal pasti tapak atau kawasan yang sesuai untuk ditanam dengan sayuran

Mengenal pasti langkah-langkah dalam penyediaan tapak atau kawasan, seperti:

-Membersihkan tapak

-Menggembur tanah

-Membina batas

-Membubuh baja asas

-Meletakkan sungkupan

Mengenal pasti jenis-jenis sayuran

Mengenal pasti langkah-langkah menyemai biji benih

Mengenal pasti langkah-langkah menanam sayuran di batas atau dalam bekas

Mengenal pasti langkah-langkah penjagaan tanaman, seperti :

-menyiram

-penjarangan-penyulaman

-merumput -membaja

-mengawal mahkluk perosak

Mengenal pasti tempoh matang sayuran yang sesuai untuk dipungut hasil

Mengendalikan hasil lepas tuai

Pengenalan

Menanam sayuran adalah merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan. Menanam sayuran boleh dilakukan di mana-mana terutama di tanah yang subur sama ada di rumah atau di sekolah. Di samping itu juga ianya boleh diusahakan secara kecil-kecilan atau komersial. Aktiviti menanam sayuran boleh memberikan keuntungan yang lumayan.

Penanaman sayuran sawi secara komersial

Peralatan Perkebunan

Antara peralatan perkebunan yang sering digunakan untuk berkebun sayur ialah:-

Cangkul

Sudip tanganSerampang tangan

PencakarPungkis Penyiram muncung halus

Kegunaan Peralatan

AlatanKegunaan

CangkulMenggembur tanah / membuat batas

Sudip tanganMengubah anak benih

Serampang tanganMerumput / menggembur tanah

PungkisMengangkut tanah / sampah

PencakarMeratakan tanah / mengumpul rumpai

Penyediaan Tapak Penanaman

Faktor pemilihan tapak

Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa faktor perlu diberi perhatian.

Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran.

Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang naungan pokok.

Berdekatan dengan sumber air seperti perigi, kolam, sungai atau taliair.

Tanah yang subur mengandungi bahan organik dan bersaliran baik

Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan, benih, baja, racun perosak dan memasarkan hasil.

Tanah yang rata Tanah mengandungi bahan

organik Berhampiran jalan Berdekatan sumber air

Penyediaan KawasanKerja-kerja membersihkan kawasan penanaman termasuklah

a) menebang pokok

b) menebas

c) mengumpul rumpai

d) meratakan tanah

Menggembur tanah

Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah, memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.

Langkah-langkah pembajakan:

Tanah digemburkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm

Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu. Ini adalah untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya

Menabur kapur untuk menurunkan keasidan tanah.

Membajak tanah dengan jentera pembajak

Membina Batas

Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaikki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman.

Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm.

Pembajaan Asas

Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m) dan kemudian digaulkan ke dalam tanah.

Sungkupan

Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.

Aktiviti 1 : Penyediaan Kawasan Penanaman1. Membersihkan kawasan tapak tanaman

a) Menebang pokok yang terdapat di tapak tanaman

b) Menebas semak samun dan mencabut akar-akar pokok

c) Mencabut rumput dan mengumpulkan sampah serta kayu kayan untuk dibakar

2. Membajak dan meratakan tanah

a) Menggembur tanah dengan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm.

b) Mendedahkan tanah selama seminggu

c) Menaburkan baja di permukaan tanah

3. Membina batas

a) Membina batas dengan menaikkan tanah setinggi 15-25 cm

b) Lebar batas bergantung kepada jenis sayuran yang ditanam dan panjang mengikut keperluan

4. Membaja asas

a) Dapatkan baja asas yang sesuai seperti tahi ayam atau tahi lembu

b) Tabur baja asas sama rata di atas batas

c) Kadar baja asas adalah 5 kg semeter persegi

d) Gaulkan baja asas ke dalam tanah

5. Meletakkan sungkupan

a) Pilih sungkupan yang sesuai seperti pelepah kelapa, rumput kering atau jerami padi.

b) Sebarkan sungkupan samarata supaya menutup seluruh permukaan batas

Jenis sayuran

Sayuran boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan:

Jenis daun seperti kangkung, sawi dan bayam.

Jenis buah seperti terung, timun, tomato dan cili.

Jenis ubi seperti sengkuang, lobak putih, keledek, ubi kayu dan ubi kentang.

Jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis dan kacang kelisa.

Menyemai biji benih

Penyemaian biji benih boleh dibuat terus ke batas atau disemai di dalam kotak semaian.

Penyemaian Biji Benih Terus Ke Batas

Sayuran seperti kangkung, sawi, kailan dan bayam ditanam dengan menggunakan biji benih yang disemai terus ke batas mengikut aluran diikuti dengan kerja-kerja penjarangan anak benih. Aktiviti 2: Penyemaian Biji Benih Terus Ke Batasa) Biji benih perlu dirawat dengan mencampurkan racun kulat sebelum disemai.

b) Buat alur cetek di atas batas pada jarak 10 cm antara alur.

c) Biji benih halus dicampurkan dengan pasir halus dengan nisbah 2 bahagian biji benih dan 7 bahagian pasir untuk mendapatkan taburan yang sekata.

d) Tabur biji benih pada alur dan timbus dengan tanah.

e) Biji benih yang telah disemai hendaklah diberi perlindungan dan disiram air 2 hingga 3 kali sehari.

f) Selepas terdapat 4 hingga 5 helai daun anak benih, kerja-kerja penjarangan hendaklah dilakukan.

g) Buang anak benih kurang subur dan tinggalkan anak-anak pokok yang sihat.

h) Jarak antara pokok (untuk sawi dan kangkung) selepas dilakukan penjarangan adalah 4 -5 cm.

Penyemaian Biji Benih Dalam Kotak SemaianPenyemaian biji benih dibuat di dalam kotak yang dibuat daripada kayu yang bertebuk di bawahnya. Ukuran yang sesuai adalah 75 cm x 45 cm x 10 cm (Panjang x Lebar x Tinggi). Kotak diisi dengan medium ke paras 2 hingga 4 cm dari atas permukaan kotak.

Jenis sayuran yang sesuai disemai dengan cara ini ialah kobis, bunga kobis, brokoli atau flokoli.

Aktiviti 3: Penyemaian Dalam Kotak Semaiana) Biji benih perlu dirawat dengan mencampurkan racun kulat sebelum disemai.

b) Biji benih ditabur di dalam kotak semaian dan ditimbus dengan selapisan tanah setebal 5 cmc) Selepas biji benih cambah dan mengeluarkan 4 hingga 5 helai daun, anak benih boleh diubah ke batas atau ke dalam bekas penanaman.

Menanam Sayuran Dalam BekasSayuran jenis daun yang sesuai ditanam dalam bekas seperti kobis, bunga kobis, brokoli atau flokoli. Bekas penanaman yang sesuai untuk tanaman sayuran adalah seperti pasu, beg plastik, tin kosong, tayar terpakai dan kotak kayu.

Penyediaan Medium Dalam BekasSayuran boleh tumbuh dengan subur dalam pelbagai medium. Medium tersebut hendaklah mempunyai kemampuan menyerap dan menyimpan air serta mempunyai pengudaraan yang baik. Medium yang sesuai untuk menanam sayur dalam bekas adalah campuran tanah yang disediakan dengan nisbah 7:3:2 iaitu 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir.

Mengubah

Mengubah adalah proses menanam semula anak benih ke batas atau bekas penanaman.

Aktiviti 4: Mengubah

a) Anak benih di kotak semaian hendaklah dilakukan pengerasan beberapa hari dengan cara mengurangkan perlindungan berperingkat-peringkat.

b) Kerja-kerja mengubah dilakukan sebaik-baiknya lewat petang atau awal pagi.

c) Kotak semaian hendaklah disiram untuk tujuan bagi mengelakkan medium semaian pecah sewaktu mengubah.

d) Dengan menggunakan sudip tangan, cungkil anak benih dengan ketulan tanah yang terdapat di sekeliling akar.

e) Kerja-kerja tersebut dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.

f) Tanam anak benih ke batas tetap atau ke dalam bekas penanaman pada jarak 5cm 10 cm.

g) Tanah di sekeliling anak benih hendaklah ditekan padat supaya akar mendapat pegangan yang kuat.

Mengubah anak benih sayuran

Penjagaan

Selepas anak benih diubah ke batas atau bekas penanaman, kerja-kerja penjagaan harian yang perlu dilakukan seperti berikut;

Menyiram

Sayuran perlu disiram 2 hingga 3 kali sehari bergantung kepada cuaca. Penyiraman dilakukan dengan menggunakan tong penyiram bermuncung halus. Bagi kawasan kebun sayur yang luas sistem percikan air sesuai digunakan.

Menyulam

Menyulam adalah kerja-kerja menggantikan pokok yang mati atau tidak subur selepas diubah ke atas batas atau ke dalam bekas dengan pokok yang sihat.

Merumput

Merumput dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara rumpai dan tanaman bagi mendapatkan nutrien, air, ruang dan cahaya matahari. Merumput boleh dilakukan dengan cara mencabut dengan tangan, menggunakan serampang tangan atau tajak.

Merumput

Membaja

Membaja bertujuan untuk memastikan pokok tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang tinggi. Baja yang biasa digunakan terdiri dari baja organik dan baja bukan organik. Contoh baja organik seperti tahi ayam, kompos atau tahi kelawar.

Baja bukan organik atau baja kimia mengandungi unsur-unsur seperti nitrogen, posforus dan kalium seperti urea, trisuperfosfat dan kalium nitrat.

Mengawal Perosak dan Penyakit

Sayuran yang ditanam menghadapi masalah serangan makhluk perosak. Serangan makhlok perosak boleh mengurangkan kualiti dan kuantiti hasil sayuran.

Serangga perosak boleh menyerang bahagian akar, daun, batang, pucuk, bunga dan buah.

Contoh serangga perosak yang biasa menyerang sayuran adalah seperti belalang, siput, kutu trip, afid dan kumbang.

BelalangSiput babi

Kutu trip

(Thrips palmi Karny)Hama merah (Tetranychus urticae)Afid dewasa

berkepakSatu koloni kecil afid

dewasa dan nimfaKumbang dewasa

A. foveicollis

* Gambar ehsan daripada En. Jamaluddin bin Salim (MARDI Serdang)Penyakit yang biasa menyerang sayuran adalah seperti penyakit hawar bakteria, lecuh anak benih, bintik daun, kulapok dan reput akar.

Reput akar Lecuh anak benih

Bintik daun

Langkah mengawal serangga perosak adalah seperti berikut:

a) Memungut serangga perosak dengan tangan

b) Menyembur racun serangga

c) Mengamalkan tanaman giliran

d) Pengurusan kebun yang baik

Langkah-langkah kawalan penyakit adalah seperti berikut:

a) Mengumpul dan mengambus pokok-pokok yang diserangi penyakit

b) Menyembur racun kulat

c) Mengamalkan tanaman giliran

d) Menjaga kebersihan kebun

Memungut hasil

Sayuran jenis daun dipungut antara 4 hingga 8 minggu selepas menyemaiKerja-kerja memungut hasil biasanya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang.

Tempoh matang sayuran adalah seperti berikut:

Jenis sayuran Masa menanam (hari)

Sawi hijau

Sawi putih

Bayam

Kangkung

Salad

Pak Choi

Kailan 30 - 40 hari

30 - 35 hari

30 - 35 hari

25 - 30 hari

30 - 35 hari

30 - 35 hari

45 - 60 hari

Hasil sayuran ditimbang

Sayuran yang dipungut hendaklah dibasuh dan dibungkus dengan baik sebelum ianya dijual.

Aktiviti 5 : Memungut hasila) Pungut hasil apabila sayur cukup matang

b) Cabut sayur kangkung dan bayam dengan cara memegang batangnya dan sayur sawi dipotong bahagian pangkal dengan pisau

c) Bersihkan tanah pada akar sayur kangkung dan bayam

d) Bagi tanaman kalian dan sawi, pangkal batangnya dipotong dengan pisau

e) Timbang sayur mengikut permintaan

f) Ikat atau bungkus sayur dengan plastik sebelum dijual

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut :

1. Apakah peralatan yang sesuai digunakan untuk menggembur tanah dan membuat batas?

A. Pencakar

B. Cangkul

C. Sudip tangan

D. Pungkis

2. Apakah tujuan membajak tanah untuk penanaman sayuran?

A. Memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah

B. Membekalkan nutrien tumbuhan

C. Mengekalkan kelembapan tanah

D. Memberikan keuntungan yang lumayan

3. Pilih pasangan jenis sayuran yang betul.

A. Jenis daun - Timun

B. Jenis ubi - Kailan

C. Jenis buah - Tomato

D. Jenis kekacang - Sengkuang

4. Yang manakah nisbah campuran tanah (loam, bahan organik dan pasir) yang betul untuk medium menanam sayuran dalam bekas:

A. 7 : 4 : 3

B. 7 : 3 : 2

C. 6 : 4 : 3

D. 6 : 3 : 2

5. Nyatakan cara memungut hasil bagi sayuran kangkung dan bayam.A. memetik

B. memotong

C. menggali

D. mencabut6. Padankan pernyataan berikut :

1. MengubahMengelakkan persaingan bagi nutrien, air, ruang

2. MenyiramMencabut anak benih yang kurang subur

3. MerumputDilakukan dengan cermat menggunakan sudip tangan

4. PenjaranganPokok yang subur dan hasil yang tinggi

5. MembajaMenggunakan bekas bermuncung halus

7. Mencari nama-nama sayuran tersembunyi :

WRJMKIPUDINAEV

KDTOMATOYOUGKG

AGISADERIRYUEJ

CKMRUIRBROKOLI

APUYGHUNMKRYAR

NKNIRYNRTAGUDL

GYTKFYGFFCILIE

BWIKRMLEKAEARN

UKOBISDAENEBGG

NAFEDIBARGRUYK

CNWNDONRGPANIU

IGSDLTYKIAERIA

SKAILANUBNSROS

KUDETUISAJXKIP

SNPETOLAYAFUQA

EGRTYUJLANYCWR

DKUNYITAMGKAWR

JJGSDRRDYSLIRF

USENGKUANGOYFI

OPRSAWIEHALIAP

BUNGAKANTANHDF

Jawapan soalan no. 7 :

WRJMKIPUDINAEVWRJMKIPUDINAEV

KDTOMATOYOUGKGKDTOMATOYOUGKG

AGISADERIRYUEJAGISADERIRYUEJ

CKMRUIRBROKOLICKMRUIRBROKOLI

APUYGHUNMKRYARAPUYGHUNMKRYAR

NKNIRYNRTAGUDLNKNIRYNRTAGUDL

GYTKFYGFFCILIEGYTKFYGFFCILIE

BWIKRMLEKAEARNBWIKRMLEKAEARN

UKOBISDAENEBGGUKOBISDAENEBGG

NAFEDIBARGRUYKNAFEDIBARGRUYK

CNWNDONRGPANIUCNWNDONRGPANIU

IGSDLTYKIAERIAIGSDLTYKIAERIA

SKAILANUBNSROSSKAILANUBNSROS

KUDETUISAJXKIPKODETUISAJXKIP

SNPETOLAYAFUQASNPETOLAYAFUQA

EGRTYUJLANYCWREGRTYUJLANYCWR

DKUNYITAMGKAWRDKUNYITAMGKAWR

JJGSDRRDYSLIRFJJGSDRRDYSLIRF

USENGKUANGOYFIUSENGKUANGOYFI

OPRSAWIEHALIAPOPRSAWIEHALIAP

BUNGAKANTANHDFBUNGAKANTANHDF

Kacang buncisBrokoli

KangkungLobak

TimunCili

TerungKobis

BayamKailan

kacang panjangPetola

KucaiKunyit

KeladiSengkuang

BendiSawi

LengkuasHalia

PudinaBunga kantan

SaderiPeria

TANAMAN HIDROPONIK

Hasil Pembelajaran (Aras 2)

Di akhir pembelajaran ini, murid dapa pengetahuan cara-carat:

Menanam sayuran secara hidroponik.

Memilih jenis sayuran yang sesuai ditanam secara hidroponik.

Mengenal pasti bahan dan peralatan

Menyemai dan memasang peralatan sistem hidroponik.

Menyemai biji benih.

Menyediakan larutan nutrien.

Pendahuluan

a. Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tumbuh-tumbuhan tanpa tanah.

b. Hidroponik adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu perkataan hydro bermaksud air dan ponos bermaksud kerja. Secara amnya hidroponik adalah aktiviti kerja air. Penanaman tumbuh-tumbuhan secara biasa di atas tanah dikenali sebagai geoponics.c. Tumbuh-tumbuhan dapat membesar dengan mendapat zat makanan dan air dalam bentuk larutan. Dalam sistem hidroponik, makanan dibekalkan kepada pokok melalui larutan baja yang dikenali sebagi larutan nutrien. Bekalan larutan nutrien yang seimbang membolehkan akar tumbuh dengan sempurna dan sihat. Ini akan menggalakan tumbesaran tumbuh-tumbuhan bagi pengeluaran daun dan pucuk. Namun demikian, pertumbuhan tanaman masih dipengaruhi pelbagai faktor seperti cahaya matahari, suhu, karban dioksida dan kelembapan persekitaran.d. Sistem hidroponik ini telah mula memberi sumbangan kepada kemajuan industri dan pengeluaran sayur-sayuran.

e. Penanaman secara hidroponik merupakan satu kaedah pengeluaran sayuran moden dan berteknologi tinggi yang berpotensi untuk berkembang lebih maju di Malaysia sejajar dengan arus pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Kebaikan dan kelemahan sistem penanaman secara hidroponik

Kebaikan Kelemahan

Hasil pengeluaran lebih berkualiti

Pengeluaran hasil lebih tinggi berbanding tanaman atas tanah

Penggunaan baja dan air dengan lebih cekap

Tanaman mudah dikawal daripada jangkitan penyakit bawaan tanah

Tanaman dapat diusahakan sepanjang tahun iaitu tidak dipengaruhi oleh musim samada musim hujan atau panas Tidak memerlukan kerja-kerja pembajakan tanah dan penyediaan batas Tidak memerlukan kawasan luas Tiada masalah rumpai seperti mana di atas batas tanaman Kurang serangan serangga perosak tanaman kerana ditanam dalam rumah jaring kalis serangga Mesra alam kerana tiada penggunaan najis haiwan dalam aktiviti pembajaan. Memerlukan kos perbelanjaan awal yang tinggi untuk pembinaan rumah perlindungan hujan dan peralatan sistem tanaman

Memerlukan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai pengurusan larutan baja dan teknik penanaman

Hanya sesuai ditanam dengan tanaman tertentu sahaja seperti sayur-sayuran jenis daun dan beberapa jenis tanaman bunga dan buah terpilih.

Sistem hidroponik

Pada amnya terdapat dua sistem penanaman secara hidroponik :

Sistem kultur air

Kaedah menanam sayuran di dalam takung tanaman menggunakan air yang mengandungi baja. Akar pokok sentiasa terendam dalam larutan baja. Antara jenis sistem hidroponik yang diamalkan di negara kita ialah hidroponik takung dan hidroponik air dalam.

Tanaman sawi menggunakan sistem takung

Sistem menggunakan medium

Kaedah menanam sayuran di dalam bekas berisi medium tanaman selain daripada tanah seperti habuk sabut kelapa, batu kelikir, pasir dan campuran habuk sabut kelapa dan sekam padi bakar. Larutan baja dibekalkan kepada tanaman sayuran melalui tiub spageti dan penitis secara tekanan graviti atau tolakan pam air.

Tanaman melon menggunakan

Tanaman timun Jepun menggunakan

habuk sabut kelapa

habuk sabut kelapa

Tanaman tomato menggunakan

Tanaman cili merah menggunakan

habuk sabut kelapa

habuk sabut kelapa

Jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam dengan kaedah hidroponik

Antara jenis tanaman yang sesuai ditanam menggunakan sistem hidroponik adalah seperti berikut :

a. Tanaman sayuran jenis daun (seperti sawi dan bayam) dan jenis buah (seperti tomato dan timun)

b. Tanaman herba / pokok renek seperti pegaga dan ulam rajac. Tanaman bunga-bungaan seperti ros dan chrysanthemum.d. Tanaman buah-buahan seperti melon wangi dan strawberi

Kailan Bayam Pudina Bunga

Tanaman hidroponik takung

Hidroponik takung merupakan satu teknik penanaman tumbuh-tumbuhan di dalam takung. Bekas atau takungan diisi dengan larutan baja. Tanaman hanya mendapat bekalan zat makanan daripada larutan baja yang diberi. Kaedah penanaman secara hidroponik takung hanya menggunakan takung, penutup takung dan larutan baja.

Kebaikan menanam secara hidroponik takung

a. Kerja penanaman dan penjagaan yang mudah

b. Sesuai ditanam pada ruang terhad asalkan terdapat cahaya matahari

c. Penggunaan baja dan air yang lebih cekap

d. Sesuai ditanam sepanjang tahun

e. Sesuai untuk pelbagai sayuran jenis daunf. Sesuai ditanam secara kecil-kecilan

g. Kos operasi yang murah

Jenis sayuran yang sesuai ditanam secara hidroponik takingAntara jenis tanaman sayuran yang sesuai ditanam secara hidroponik takung adalah seperti berikut:

a. Sayuran jenis daun seperti sawi, salad, bayam dan kangkung.

b. Tanaman ulaman dan herba seperti pegaga, kesum, pudina dan ulam raja.

c. Sayuran jenis buah seperti timun, tomato, melon wangi dan cili.

Bahan dan peralatan sistem hidroponik takung

a. Takungan dan raga

Takung berfungsi untuk menakung larutan baja atau larutan nutrien.

Raga tanaman berfungsi sebagai tempat memegang medium tanaman. Ianya diperbuat daripada plastik yang

hanya bertebuk di bahagian bawah sahaja untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dalam takung tanaman,

Takung tanamanRaga tanaman

b. Penutup takung

Penutup takung biasanya diperbuat daripada polisterin, berfungsi sebagai batas tanaman. Setiap penutup takung ditebuk lubang pada jarak 10 cm antara satu sama lain. Saiz lubang bergarispusat 5 cm. Lubang ini bertindak untuk memegang raga tanaman yang berisi pokok.c. Medium semaian Span diguna sebagai medium percambahan biji benih

Memotong span Memasukkan span dalam raga tanaman

d. Biji benih sayuran

Pilih biji benih yang berkualiti iaitu yang bernas dan sihat. Biji benih boleh dibeli di kedai pembekal biji benih, jabatan atau agensi pertanian seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang Kawasan atau MARDI.

Pelbagai jenis benih bermutu Memilih biji benih yang bernas

e. Larutan baja

Menyediakan larutan baja mengikut nisbah campuran yang disarankan oleh pembekal. Baja hidroponik boleh dibeli di kedai atau agensi pertanian dalam bentuk pati larutan baja.

Kaedah menanam hidroponik takung

a. Penyediaan peralatan tanaman

Penutup takung Raga tanaman

Biji benih Span Pati larutan baja hidroponik

Menyediakan medium dan bekas semaian

Bahan yang sesuai digunakan sebagai medium semaian biji benih mesti berupaya menyerap dan menyimpan air seperti bebenang atau span. Span merupakan medium yang paling banyak digunakan di negara ini. Medium semaian dimasukkan ke dalam raga tanaman dan disusun di dalam dulang semaian. Letakkan 3 atau 5 biji benih atas medium semaian yang telah dicelup dalam air bersih.. Takung tanaman boleh digunakan sebagai dulang semaian untuk mencambahkan biji benih.

Aktiviti 1: Menyemai Biji Benih dan Mengubah Anak Benih Ke Takung

a) Potong span mengikut saiz span 5cm x 5 cm.

b) Celupkan potongan span ke dalam air bersih.

c) Masukkan span basah ke dalam raga tanaman hingga ke dasarnya.

d) Pilih biji benih sayur yang berkualiti dan bebas daripada sebarang penyakit untuk disemai.e) Semaikan antara 3-5 biji benih sayuran seperti sawi, salad atau kailan di atas span dan susun raga tanaman di atas dulang semaian. Untuk kangkung 7 biji benih untuk satu raga biasa diamalkan.f) Tutup rapat dulang semaian dengan plastik hitam supaya biji benih tidak kering.

g) Biji benih sayuran daun akan cambah dalam tempoh 48 jam.h) Buka plastik hitam selepas benih cambah sepenuhnya.

i) Seterusnya anak-anak benih sayuran dipindah ke takung tanaman.

j) Pilih anak benih yang sihat sahaja untuk dibiarkan membesar. Anak benih yang kurang sihat, cacat atau rosak dibuang.

k) Biarkan hanya 2 hingga 3 anak benih setiap raga tanaman untuk membesar bagi memastikan bahawa tanaman yang ditanam akan membesar seragam.

Semaian benih

Benih dalam dulang semaian

Biji benih diperam selama 2 hariMengisi larutan baja hingga mencecah

bahagian bawah raga tanaman

Penyediaan Larutan Nutriena. Sementara menunggu biji benih cambah, larutan baja perlu disediakan.

b. Baja untuk tanaman hidroponik dibekalkan dalam bentuk larutan yang mengandungi semua unsur perlu bagi pertumbesaran tanaman sayuran.

c. Larutan baja merupakan bahan terpenting dalam penanaman sayuran secara hidroponik. Larutan baja yang disediakan mestilah mengandungi zat-zat makanan yang seimbang dan mencukupi.d. Larutan baja perlulah disediakan dengan lebih teliti pada paras kepekatan yang sesuai bagi tumbesaran tanaman yang ditanam.

e. Kesilapan menyediakan atau membancuh larutan baja hidroponik boleh menyebabkan tanaman sayuran mati atau tidak dapat tumbuh dan membesar dengan subur.

Aktiviti 2: Menyediakan Larutan Baja.

a) Penggunaan larutan baja hendaklah berhati-hati dan mengikut segala arahan yang terdapat pada label bekas larutan baja atau nutrien berkenaan.

b) Sebagai panduan terdapat dua bentuk baja hidroponik dalam pasaran tempatan iaitu berbentuk cecair kepekatan tinggi dan bentuk berbutir. Tetapi baja hidroponik cecair adalah lebih baik.

c) Bahan baja hidroponik dalam bentuk butiran atau tepung perlu dilarutkan terlebih dahulu bagi menghasilkan pati larutan baja. d) Pati larutan baja bolehlah dimasukan terus ke dalam takung hidroponik yang berisi air untuk dicairkan mengikut nisbah pencairan 1: 100 (1 bahagian larutan pati baja : 100 bahagian air).

Anak benih sayuran boleh dipindahkan ke takung tanaman setelah diperam selama 48 jam. Ini boleh dilakukan dengan cara mengangkat raga tanaman perlahan-lahan dan memasukkan ke dalam lubang pada penutup takung. Kerja-kerja pemindahan dilakukan dengan teliti supaya tidak merosakkan akar dan batang anak benih yang masih lembut.

Aktiviti 3 : Mengisi Air ke Dalam Takung Tanaman

a) Letakkan takung tanaman di kawasan permukaan rata dan mendapat cahaya matahari. Kemudian letakkan penutup takung di atas takung tanaman.

b) Sediakan larutan baja dan membancuh pati baja hidroponik mengikut arahan.

c) Pengisian larutan baja perlu dilakukan apabila anak benih yang disemai sedia untuk dipindah.

d) Larutan baja perlu diisi sehingga paras permukaan bawah raga tanaman e) Pastikan span di bahagian bawah raga mencecah atau menyentuhi air yang berada dalam takung.

f) Ini boleh diuji melalui kaedah mengangkat semula penutup takung dan perhatikan supaya air kelihatan menitis ke bawah.

g) Pengisian larutan baja boleh dilakukan melalui lubang raga tanaman pada penutup takung atau secara membuka penutup takung bagi memasukkan air terus ke dalam takung.

Penjagaan harian

Selepas mengubah anak benih ke takung tanaman aktiviti kerja-kerja penjagaan harian adalah seperti berikut:

Aktiviti 4: Penjagaan Tanaman Sayuran

a) Lakukan penjarangan anak benih supaya hanya 2 hingga 3 anak benih yang sihat dan subur dalam sebuah raga tanamanb) Penyulaman anak benih dibuat pada mana-mana raga tanaman yang tiada anak benih

c) Tinjauan kesuburan tanaman secara melihat kesuburan daun dan akar

d) Pengawasan larutan baja perlu dilakukan supaya jangan sampai larutan dalam takung kering.

e) Menambah air bersih apabila paras larutan baja dalam takung kurang daripada setengah dari isipadu asal.

f) Musnahkan sebarang serangga perosak yang terdapat pada tanaman.g) Musnahkan juga pokok-pokok yang diserang penyakit akar.

Meninjau kesuburan akar sihat berwarna putih segar.Penuaian hasil

Kerja-kerja penuaian hasil dilakukan apabila sayur-sayuran mencapai peringkat matang. Sebagai panduan sayuran jenis daun boleh dipungut antara 17 - 44 hari lepas biji benih disemai bergantung kepada jenis sayuran yang ditanam.

Berikut adalah umur sayuran jenis daun yang sedia untuk dikutip,

Sayuran dikutip dan seterusnya dijual bersama-sama akar dan span sebagai tanda bahawa ianya sayur hidroponik

Jenis sayuran Masa menanam (hari)

Sawi hijau

Sawi putih

Bayam

Kangkung

Salad

Pak Choi

Kailan 28 - 30 hari

28 - 30 hari

22 - 25 hari

17 - 21 hari

30 - 35 hari

28 - 34 hari

34 - 44 hari

Hasil pokok sawi Hasil pokok bayam

Kerja Selepas Memungut Hasil

Semua peralatan yang telah diguna perlu dibersih dan dikeringkan sebelum diguna semula. Sekiranya tiada aktiviti penanaman, peralatan hidroponik hendaklah disimpan di tempat yang sesuai seperti stor.

Membersih takung Membersih raga Membersih penutup takung

* PERINGATAN :

1. Nyamuk Aedes mudah membiak di dalam air yang bertakung. Oleh itu pastikan tiada ruang untuk nyamuk Aedes masuk dan membiak dalam takung tanaman atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik yang ada dijual di pasaran.

2. Keperluan peralatan dan bahan-bahan dalam melaksanakan kaedah penanaman secara hidroponik boleh diperolehi daripada MARDI Serdang, Selangor, (e-mel : [email protected] , Tel: 013-3443691)Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut :

1. Hidroponik ialah satu kaedah penanaman tumbuh-tumbuhan __________

A. Tanpa tanah

B. Tanpa air

C. Menggunakan medium

D. Memerlukan tanah

2. Berikut adalah kebaikan tanaman hidroponik KECUALIE. Hasil berkualiti

F. Penjagaan lebih mudah

G. Kos permulaan yang tinggi

H. Mengurangkan pencemaran alam sekitar

3. Apakah medium semaian yang digunakan untuk percambahan biji benih sayuran bagi sistem hidroponik takung?

I. Pasir

J. Tanah

K. Span

L. Air

4. Satu cara menentukan kesuburan tanaman hidroponik takung ialah

M. Akarnya berwarna kekuningan

N. Akarnya berwarna putih segar

O. Daunnya kecil dan berkedut

P. Daunnya kekuningan

5. Berikut adalah kerja-kerja yang perlu dilakukan selepas memungut hasil KECUALII. Membersih takung

II. Membersih ragaIII. Membersih penutup taking

IV. Simpan semua peralatan dalam stor

A. I dan II

B. II dan III

C. I dan III

D. I,II,III dan IV

6. Sawi hijau boleh mula dituai antara ___________ selepas ditanam

Q. 28 30 hari

R. 30 32 hari

S. 35 40 hari

T. 40 45 hari

Tandakan pada pernyataan yang betul dan X pada pernyataan yang salah.

1Kailan, bayam, pegaga sesuai ditanam dengan kaedah hidroponik

2Biji benih sayuran daun perlu diperam selama 48 jam

3Kos operasi untuk hidroponik takung sangat tinggi

4Biji benih sayuran boleh diperolehi di Jabatan Pertanian atau MARDI

5Takung berfungsi untuk menakung larutan baja.

Larutan Baja

Takung

Ruang udara

Penutup

Sawi ditanam dalam hidroponik takung

Keratan rentas hidroponik takung

Sayur seperti bayam, kalian dan kangkung ditanam secara hidroponik takung

EMBED MSPhotoEd.3

EMBED MSPhotoEd.3

EMBED MSPhotoEd.3

126 125

_1146646712.bin

_1151841271.bin

_1151841386.bin

_1151841270.bin

_1146646398.bin