Praktis Random

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Praktis Random

    1/2

    Kajian terkini mengenai praktis turut dijalankan oleh Vera, Alvarez dan Medina

    (2008) dalamEffects of Different Practice Conditions On Acqusition, Retention, And

    Transfer of Soccer Skills By 9 Year Old School Children. Kajian ini mengkaji kesan

    praktis tiga model iaitu, praktis blocked, random, dan gabungan pada pemerolehan,

    pengekalan dan pemindahan kemahiran motor baru terhadap kanak-kanak. Seramai

    67 orang subjek (purata umur 9.5 tahun) Tahun 4 (31 lelaki, 26 perempuan) telah

    dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada tiga kumpulan praktis (blocked=22

    orang, random= 23 orang dan gabungan= 22 orang) untuk mengkaji pemerolehan

    dua kemahiran sukan bola sepak iaitu kemahiran mengelecek dan menendang bola

    pegun menggunakan kaki dominan. Setiap peserta diberi ujian pra dan ujian pasca,

    ujian pemindahan dan ujian pengekalan selepas dua minggu. Analisis menunjukkan

    bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran menendang oleh

    ketiga-tiga kumpulan kecuali menggelecek bola. Kumpulan gabungan dan random

    menunjukkan prestasi yang sangat signifikan berbanding kumpulan lain dalam

    kemahiran menggelecek

    Selain itu, Goode dan Magill(1986) dalam kajian The Contextual Interference Effect

    in Learning Three Badminton Serves telah menguji praktis random dan praktis

    blocked terhadap perempuan kolej yang tidak mempunyai pengalaman menjalani

    praktis pada hantaran servis pendek, panjang dan hantaran drive. Mereka menjalani

    praktis selama tiga minggu sebanyak 36 kali percubaan pada setiap sesi dengan

    jumlah 324 percubaan. Kumpulan blocked menjalani satu praktis terhadap satu

    kemahiran servis pada setiap minggu manakala kumpulan random menjalani

    kesemua kemahiran servis pada setiap sesi praktis. Seperti dapatan yang diperoleh

    Shea dan Morgan (dalam Magill, 2009), didapati pada mulanya, prestasi kumpulan

  • 7/27/2019 Praktis Random

    2/2

    praktis random dalam kemahiran servis sangat lemah berbanding kumpulan blocked.

    Namun, setelah menjalankan ujian pengekalan, didapati kumpulan praktis random

    menunjukkan kemahiran yang lebih baik berbanding kumpulan blocked. Kajian

    Goode dan Magill (1986) menunjukkan bahawa gangguan kontekstual dalam

    kemahiran praktis memberi faedah terhadap pembentukan perlakuan kemahiran

    servis pada jangka masa panjang