Upload
suria-su
View
219
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
refleksi BIG
Citation preview
SURIALIKU BINTI KAMARUDIN
860604305084
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan
oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang
tinggi. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai contohnya perkhemahan,
khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk
membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek. Justeru, program Bina
Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal
pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada
nusa, bangsa dan juga negara.
Program BIG siri 4 memerlukan guru pelatih untuk menyertai aktiviti khidmat
komuniti iaitu memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan.
Kami dikehendaki memberi bantuan tenaga di Sekolah Kebangsaan Pahi, Kuala Krai,
Kelantan bermula pada 9 Februari sehingga 12 Februari 2015.
Sebelum menyertai aktiviti ini, saya kurang yakin dengan kemampuan fizikal dan
mental saya untuk berhadapan dengan mangsa-mangsa banjir. Oleh itu, beberapa
persiapan dilakukan bagi menjamin kelancaran perjalanan aktiviti ini. Antaranya, secara
peribadi saya mencari maklumat tentang sekolah tersebut. Ini sebagai persediaan awal
bagi menghadapi keadaan sekolah tersebut dengan baik. Selain itu, sebelum program
dijalankan kami telah melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap
jawatan. Para peserta telah mengadakan mesyuarat dimana mesyuarat ini telah banyak
membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga
untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Saya bertugas sebagai AJK Kebajikan di
mana saya perlu mengawal kebajikan setiap peserta dan memastikan segala keperluan
peserta seperti segala hal kebajikan dapat dipenuhi dan disediakan.bagi membantu
guru-guru pelatih lain. Kerjasama amat diperlukan dalam memastikan program ini
mencapai objektif yang dirancang.
Pada hari pertama kami sampai di SK Pahi, kami diberi penempatan yang agak
selesa. Saya bersyukur kerana keadaan sekolah tersebut tidaklah seteruk yang
dibayangkan. Selain itu, sekolah tersebut juga telah dibuka walaupun masih ada kesan-
kesan banjir yang masih tinggal.
Pada hari kedua, kami diberi tugas mengikut kumpulan. Kumpulan saya perlu
membersihkan kawasan surau. Kami perlu membersihkan lantai dan syiling surau serta
menyusun peralatan di dalam surau. Pada hari ketiga pula kami membantu kumpulan
lain membersihkan kerusi dan meja murid. Semasa melakukan aktiviti tersebut, saya
merasa gembira dan berbangga kerana kami bekerjasama dengan baik bagi
memastikan kerja yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun
kami berlainan bangsa, kami tetap dapat bekerjasama.
Selain itu, terdapat beberapa cabaran semasa melaksanakan program BIG ini.
Antaranya masalah komunikasi. Kebanyakan daripada kami tidak berasal daripada
Pantai Timur. Oleh itu, kami kurang memahami dialek Kelantan yang dituturkan oleh
warga SK Pahi. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dengan meminta
bantuan pensyarah dan secara tidak langsung kami dapat mempelajari dialek Kelantan.
Masalah yang lain ialah masalah cuaca yang panas pada siang hari dan sangat sejuk
ada malam hari. Pada siang hari, kami perlu memakai topeng muka kerana keadaan
cuaca yang panas dan kering. Selain itu, kami perlu minum banyak air bagi
mengelakkan jangkitan penyakit.
Selepas menyertai aktiviti ini, saya merasa lebih yakin dengan kemampuan diri
saya untuk menjadi sukarela bagi membantu mereka yang memerlukan. Justeru,
ternyata program khidmat sosial banyak memberi manfaat. Semua pengalaman dan
pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih
jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang
akan datang.
Sekian, terima kasih.