4
PROGRAM BUDAYA SALAM 1. Pengenalan. Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang saya berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir saya dapati budaya menghormati guru, warga sekolah dan tetamu tidak begitu diperkatikkan. Apabila saya atau guru-guru lain bertembung dengan murid-murid mereka tidak tahu apa yang mereka hendak lakukan. Terdapat juga rungutan daripada guru-guru sekolah yang mengatakan bahawa murid-murid tidak menghormati mereka. Murid-murid akan menghormati guru-guru yang mengajar mereka sahaja. Saya juga dimaklumkan oleh guru disiplin bahawa ada juga segelintir murid-murid terutamanya murid-murid baru, Tahun 1 yang mungkin budaya tersebut telah disemai di sekolah mereka tetapi tidak dapat diperkatikkan di sekolah ini. Budaya yang mereka lakukan di TADIKA KEMAS atau Pusat Asuhan lain tidak ada kesinambungan yang menyebabkan budaya tersebut semakin terpinggir dan diketepikan. Saya juga mendapat maklumat daripada guru besar yang mengatakan hubungan di antara guru-guru di sekolah dengan warga luar agak longgar. Malah mesyuarat Agung PIBG terpaksa ditangguhkan pada tahun sebelumnya kerana masalah tersebut. Berdasarkan dapatan-dapatan tersebut maka saya selaku Guru Penoloing Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) mengambil pendekatan rasional untuk memperkenalkan Budaya Salam di sekolah tersebut.

Program Budaya Salam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

amalan budaya cemerlang

Citation preview

Page 1: Program Budaya Salam

PROGRAM BUDAYA SALAM

1. Pengenalan.

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang saya berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir saya

dapati budaya menghormati guru, warga sekolah dan tetamu tidak begitu diperkatikkan. Apabila

saya atau guru-guru lain bertembung dengan murid-murid mereka tidak tahu apa yang mereka

hendak lakukan. Terdapat juga rungutan daripada guru-guru sekolah yang mengatakan bahawa

murid-murid tidak menghormati mereka. Murid-murid akan menghormati guru-guru yang

mengajar mereka sahaja.

Saya juga dimaklumkan oleh guru disiplin bahawa ada juga segelintir murid-murid

terutamanya murid-murid baru, Tahun 1 yang mungkin budaya tersebut telah disemai di sekolah

mereka tetapi tidak dapat diperkatikkan di sekolah ini. Budaya yang mereka lakukan di TADIKA

KEMAS atau Pusat Asuhan lain tidak ada kesinambungan yang menyebabkan budaya tersebut

semakin terpinggir dan diketepikan.

Saya juga mendapat maklumat daripada guru besar yang mengatakan hubungan di antara

guru-guru di sekolah dengan warga luar agak longgar. Malah mesyuarat Agung PIBG terpaksa

ditangguhkan pada tahun sebelumnya kerana masalah tersebut.

Berdasarkan dapatan-dapatan tersebut maka saya selaku Guru Penoloing Kanan Hal

Ehwal Murid (HEM) mengambil pendekatan rasional untuk memperkenalkan Budaya Salam di

sekolah tersebut. Saya, Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Hal

Ehwal murid sekolah telah mengadakan mesyuarat bagi melaksanakan program tersebut.

2. Tujuan Pelaksanaan

Selaras misi dan visi sekolah, pelaksanan Program tersebut adalah bertujuan:-

a) Menjadikan Budaya Salam sebagai suatu cara hidup

b) Melatih murid berinteraksi dengan memulakan salam

c) Menerapkan nilai-nilai Islam dalam amalan harian murid

d) Menanamkan sikap menghormati semua warga sekolah

e) Memberi pengetahuan dan kepentingan salam dalam kehidupan

Page 2: Program Budaya Salam

3. Pelaksanaan Program

Dalam melaksanakan program tersebut, setiap warga komunit perlu mempunyai satu

tujuan dalam melakukan perubahan melalui komitmen, sumber dan kerja sepasukan. Fullan

(2011) menyatakan untuk mendapatkan hasil yang baik dalam melakukan perubahan

memerlukan melakukan tekanan yang positif. Tekanan yang positif ini mendorong saya untuk

melakukan perubahan demi kebaikan di sekolah.

Setelah mendapat mandat daripada guru besar dan peruntukan yang dibenarkan oleh

sekolah, Jawatankuasa HEM mengadakan mesyuarat bagi menyusun agiha tugas-tugas kepada

guru-guru sekolah untuk dilaksanakan. Seterusnya suatu taklimat khas diadakan kepada semua

guru-guru merancang perancangan dan strategik bagi melaksankan program tersebut.

Di antara program yang dirancang bagi menyemarakan program tersebut ialah

a. Program 5 minit Budaya Salam. Guru bertugas akan membaca atau menyampaikan

maklumat kebaikan budaya salam kepada semua murid sebelum masuk waktu

persekolahan di perhimpunan.

b. Mengedarkan risalah Fadihilat Salam kepada semua guru kelas untuk ditampal di bilik-

bilik khas, papan kenyataan dan bilik-bilik darjah

c. Mengadakan pertandingan mewarna tulis khat mengenai Budaya Salam kepada murid-

murid Tahap 1 dan pertandingan tulisan cantik jawi kepada murid-murid Tahap 2

d. Menganugerahkan tokoh murid kepada murid yang menunjukkan disiplin yang tinggi

sepanjang program tersebut dijalankan. Borang edaran calon diberi kepada semua guru

kelas untuk dinilai oleh Jawatankuasa program

e. Tazkirah Jumaat “ Budaya Salam Dalam Islam”. Ia dilaksanakan oleh Jawatankuasa

Panitia Agama Islam untuk dilaksanakan dengan melantik seorang guru untuk

menyampaikan tazkirah tersebut.

4. Implikasi Projek

Program yang dijalankan ini mendapat sambutan baik darpada semua warga sekolah.

Program kesedaran budaya memberi salam sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada murid

budaya memberi salam cara yang diajar oleh ajaran Islam. Untuk mengukur kesan semerta

Page 3: Program Budaya Salam

program ini memerlukan analisis dan kajian yang mendalam dan memerlukan program yang

berterusan bagi melaksanakan program ini. Walaubagimanapun kesan yang dapat dilihat ialah

hubungan di antara murid-murid semakin mesra dan murid menjadi lebih yakin untuk

berinterkasi dengan guru. Diharap suasana disiplin yang kondusif dan terdidik akan dapat

membantu prestasi pembelajaran murid di sekolah.

Cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan di dalam program ini ialah dengan

mengadakan program yang berterusan dan tidak setakat tempoh yang dihadkan. Edaran-edaran

risalah perlu disebarluaskan kepada penjaga murid dan PIBG agar mereka juga berperanan sama

mendidik murid di sekolah sterusnya di rumah.

Murid yang baik disiplin, murid yang baik prestasinya.