Program Penandaarasan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Program Penandaarasan

    1/3

    1 Pengenalan, Tujuan dan Objektif

    1. Pengenalan

    Program Penandaarasan merupakan program yang wajib dilaksanakan oleh peserta NPQEL sebagai memenuhi

    sebahagian keperluan kursus ini. Program ini dijalankan pada fasa pertama e-Pembelajarandan dilaksanakan

    selama 2 minggu di sekolah terpilih dalam daerah peserta. Dalam program ini, peserta akan ditempatkan di sebuah

    sekolah yang terpilih dalam daerah yang sama dengan sekolah asal peserta. Peserta boleh mencadangkan namasekolah bagi Program Penandaarasan dengan mengisi Borang Cadangan Sekolah Penandaarasan (rujuk Lampiran

    C) tetapi pengesahan sekolah penandaarasan akan dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Penempatan bagi

    Program Penandaarasan ini akan memberikan peluang kepada peserta untuk meninjau aspek kecemerlangan

    sekolah tersebut dan membuat penandaarasan agar kecemerlangan tersebut dapat dijadikan asas bagi merangka

    program di sekolah asal peserta dalam Program Sandaran. Peserta akan mendapat bimbingan khusus daripada

    Pengetua/Guru Besar sekolah penandaarasan yang akan bertindak sebagai Pembimbing atau mentor kepada

    peserta.

    Apabila peserta berada di sekolah penandaarasan ini, peserta perlu meninjau aspek pengurusan dan kepimpinan

    secara keseluruhan dan memilih salah satu program yang berjaya dilaksanakan di sekolah tersebut dan

    menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Semasa berada di sekolah penandaarasan, peserta akanmenerima juga bimbingan daripada penyelia yang terdiri daripada pensyarah IAB. Penyelia akan melakukan

    lawatan ke sekolah tersebut sekali dalam tempoh penandaarasan ini. Laporan tentang Program Penandaarasan ini

    perlu dibuat mengikut format yang ditetapkan dan diserahkan kepada penyelia pada hari pertama fasa 2 iaitu fasa

    bersemuka di IAB selama 2 minggu.

    2. Tujuan

    Program Penandaarasan ini bertujuan memberi pengalaman untuk para peserta menggunakan ilmu yang dipelajari

    dalam kursus ini untuk meninjau secara kritikal amalan-amalan pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Peserta

    perlu mampu meneliti program-program yang dijalankan di sekolah penandaarasan yang menyumbang kepada

    kecemerlangan sekolah tersebut. Salah satu program perlu diteliti secara terperinci dengan matlamat untukmenjadikan program itu asas kepada perancangan dan pelaksanaan program yang serupa di sekolah sendiri.

    3. Objektif

    Peserta-peserta diharapkan dapat:

    1. Mengkaji konsep, teori, prinsip dan model pengurusan dan kepimpinan sekolah yang dipelajari yang

    diterjemahkan dalam amalan-amalan perancangan, pelaksanaan, penyeliaan dan penilaian di sekolah;

    2. Memerhati dan mengkaji secara lebih dekat akan sistem pengurusan dan kepimpinan sekolah;

    3. Melaporkan tentang proses perubahan terancang yang dilakukan di sekolah;

    4. Merakam dan membuat refleksi tentang aspek-aspek pengurusan dan kepimpinan yang dipelajaridaripada Pembimbing di sekolah;

    5. Menyediakan laporan berbentuk akademik mengenai program yang dikaji bagi tujuan penandaarasan.

    2 Peranan Peserta

    2.1 Menghadiri dan membuat tinjauan dan kajian tentang amalan pengurusan dan kepimpinan di sekolah

    penandaarasan;

    2.2 Menyediakan log atau catatan harian tentang aktiviti yang dilakukan di sekolah penandaarasan;

    2.3 Menyediakan Log Kepimpinan (Leadership Log) dan mencatatkan segala perbincangan dan refleksi hasil

    pemerhatian dan perbincangan dengan Pembimbing (Pengetua/Guru Besar) di sekolah penandaarasan;

  • 7/30/2019 Program Penandaarasan

    2/3

    2.4 Meninjau secara keseluruhan amalan-amalan pengurusan dan kepimpinan di sekolah dan dilaporkan;

    2.5 Memilih salah satu program utama sekolah penandaarasan untuk dikaji bagi tujuan pelaksanaan di sekolah

    sendiri dalam fasa sandaran ;

    2.6 Menyediakan Laporan Penandaarasan mengikut format (rujuk Lampiran D dan Lampiran E) untuk

    dikemukakan kepada Pensyarah Penyelia pada permulaan Fasa 2 bersemuka di IAB. Laporan ini hendaklah

    termasuk log catatan harian dan Log Kepimpinan.

    3 Peranan Pembimbing dan Penyelia

    3.1 Pembimbing

    3.1.1 Menyediakan peluang dan memberi kerjasama kepada peserta untuk meninjau amalan-amalan

    pengurusan dan kepimpinan di sekolah;

    3.1.2 Memberi kerjasama dari segi membenarkan peserta mendapatkan maklumat daripada pihak pengurusan,

    guru dan staf sekolah;

    3.1.3 Meluangkan masa bagi perbincangan dengan peserta tentang amalan pengurusan dan kepimpinan

    sekolah;

    3.1.4 Memberi petunjuk dan panduan kepada peserta tentang penterjemahan teori pengurusan dan kepimpinan

    kepada amalan di sekolah;

    3.1.5 Membantu peserta dari segi pengayaan ilmu yang telah dipelajari dan bantuan terhadap sebarang

    kemusykilan peserta berkaitan aspek kepimpinan sekolah;

    3.1.6 Mengesahkan segala catatan peserta tentang aktiviti di sekolah dan sesi khusus pembelajaran

    kepimpinan.

    3.1.7 Menyediakan laporan sulit tentang prestasi kerja dan tingkah laku peserta semasa menjalani program di

    sekolah (rujuk Lampiran F).

    3.2 PerananPensyarahPenyelia

    3.2.1 Memastikan kehadiran peserta menjalankan program panandaarasan di sekolah terpilih;

    3.2.2 Membantu peserta dari segi pelaksanaan Program Penandaarasan dengan menggunakan kaedah yang

    ditetapkan;

    3.2.3 Membuat satu lawatan ke sekolah peserta untuk memastikan peserta menjalani program ini dengan betul

    dan membantu dari segi maklumat penyediaan laporan penandaarasan (rujuk Lampiran E);

    3.2.4 Menerima dan memeriksa Laporan Penandaarasan bagi setiap peserta seliaan dan menyerahkan kepada

    Urus setia NPQEL mengikut tarikh yang ditetapkan.

  • 7/30/2019 Program Penandaarasan

    3/3

    4 Panduan Pelaksanaan

    4.1 Tempoh penandaarasan adalah selama 2 minggu.

    4.2 Peserta dikehendaki menjalankan tugas di sekolah mengikut masa dan hari persekolahan sebagaimana

    yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua. Peserta perlu patuh kepada polisi dan peraturan sekolah. Peserta perlu

    menyediakanbuku Log Harianuntuk mencatat aktiviti setiap hari.

    4.3 Pada hari pertama/kedua Program Penandaarasan peserta dikehendaki berbincang dengan Guru Besar/

    Pengetua sekolah tentang jadual aktiviti yang akan dijalankan selama dua minggu. Aktiviti-aktiviti boleh dijalankan

    seperti berikut:

    4.3.1 MingguPertama

    o Mengenali pengetua, guru-guru, pelajar, latar belakang dan struktur organisasi sekolah;

    o Memahami visi, misi, falsafah, matlamat, objektif dan budaya sekolah;

    o Memahami hubungan komuniti setempat;

    o Mengumpul bahan-bahan awal berkaitan pengurusan dan kepimpinan sekolah;

    4.3.2 MingguKedua

    o Memilih satu projek perubahan yang telah/sedang dilakukan di sekolah penandaarasan;

    o Mendapatkan maklumat terperinci mengenai projek yang dipilih.

    4.3.3 SelepasProgramPenandaarasano Menyediakan laporan kajian berdasarkan format yang disediakan.o Panjang Laporan adalah antara 20 hingga 40 halaman tidak termasuk lampiran dan bibliografi (ditaip

    langkau 1 baris; font 12, Times New Roman/ Arial)

    o Laporan hendaklah dibuat dalam bentuk cetakan (1 salinan) dan juga dimuatkan dalam CD (softcopy) (2

    salinan).

    o Laporan bertulis (termasuk log harian dan log kepimpinan) dan CD hendaklah dihantar kepada

    Pensyarah Penyelia / Urus setia NPQEL pada hari pertama Fasa 2.

    Laporan juga hendaklah dimuat naik oleh peserta dalam portal e-Pembelajaran.

    http://epembelajaran.iab.edu.my/ep3/mod/assign/view.php?id=489http://epembelajaran.iab.edu.my/ep3/mod/assign/view.php?id=489