Upload
joe-tsen
View
210
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bm
Citation preview
1.0PENDAHULUAN
Pengenalan
Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata
dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi.
Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam
pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.
Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj. Sabran dan
Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji
tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian
tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang
membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-
perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.
Kata terbentuk daripada beberapa unit yang kecil. Unit tersebut dipanggil sebagai morfem.
Morfem bermaksud unsur terkecil yang mengandungi makna. Morfem ini boleh dibahagikan
kepada dua kategori, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Sebagai contoh, morfem
bebas merupakan bentuk yang dapat berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti kalah,
budak, dunia dan sebagainya. Bagi morfem terikat pula, ia merupakan kata yang tidak boleh
berdiri sendiri seperti me-, mem-, meny-, dan meng-.
Morfem juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat abstrak. Ia bermaksud morfem
tidak boleh didengar atau diujarkan. Morfem perlu ditukarkan ke dalam bentuk fizikal yang
lebih konkrit. Bentuk yang dinamakan sebagai fizikal dipanggil sebagai morf. Morf mewakili
morfem dalam sesuatu bahasa. Seandainya terdapat beberapa unsur morf yang mewakili
satu morfem, kumpulan morf ini dipanggil sebagai alamorf. Sebagai contoh, morfem meN-
mempunyai beberapa alamorf iaitu me-, men-, mem-, meny-, dan meng-.
Perbezaan alamorf ini terjadi bagi menyesuaikan bunyi-bunyi nasal dengan bunyi-bunyi awal
kata dasar yang diimbuhkan dengan alamorf-alamorf tersebut.
1
2.0 Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan,
kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan,
tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu iaitu proses pengimbuhan.
pemajmukan, penggandaan dan akronim.
2
Akronim
PenggandaanPemajmukan
Pengimbuhan
Proses Pembentukan Kata
Proses Pengimbuhan
Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata
dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata
dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit
kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata
dasar.
Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama
terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-
imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya,
membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu –an, -
wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-
awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran –kan dan –i. Jumlah apitan juga banyak dalam
bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an, dan peR-…-an yang membentuk
kata nama; dan meN-…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan, meN-…-i, dan mempeR-…-kan yang
membentuk kata kerja.
Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata
terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-
imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada
pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.
Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan berawalan pen-
dengan lebih terperinci.
Bentuk
awalan
pen-
Kaedah pembentukan kata terbitan
Contoh
Kata dasar Kata
Terbitan
Pe- Diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf l,m,n, ny, ng,
r dan w.
Ragut
Warna
Main
Peragut
Pewarna
Pemain
3
Imbuhan ini juga diletakkan didepan
kata dasar yang bermula dengan
huruf k, p, t, dan s. Tetapi huruf
pertama kata dasar tersebut
digugurkan dan digantikan dengan
bentuk sengau yang sama daerah
artkulasinya dengan huruf yang
pertama. Iaitu ;
ng = k
m = p
n = t
ny = s
Kunci
Pegang
Tampar
Soal
Pengunci
Pemegang
Penampar
Penyoal
Pem- Awalan ini diimbuhkan dihadapan
kata dasar yang bermula dengan
huruf b, f dan v serta gugusan
konsonan yang bermula dengan
huruf b dan p.
Beli
Fitnah
Varnis
Proses
Pembeli
Pemfitnah
Pemvarnis
Pemproses
Pen- Awalan ini diimbuhkan dihadapan
kata dasar yang bermula dengan
huruf c, d, j, sy dan z serta kata
pinjaman yang bermula dengan
huruf t dan s.
Cedok
Jemput
Syarah
Zina
Pencedok
Penjemput
Pensyarah
Penzina
Peng- Awalan ini diimbuhkan dihadapan
kata dasar yang bermula dengan
huruf vokal, huruf h, g, kh dan kata
pinjaman yang bermula dengan
huruf k.
Gigit
Hantar
Khayal
Olah
Intip
Penggigit
Penghantar
Pengkhayal
Pengolah
Pengintip
Penge- Awalan ini diimbuhkan pada kata
dasar yang berekasuku kata.
Bom
Cat
Pengebom
Pengecat
4
Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna –
makna tersebut ialah ;
Makna yang didukung awalan pen- Contoh
Orang yang melakukan sesuatu. Pembaca, Pemburu, Penyamun
Orang yang menjawat tugas. Pengawas, Pengarah, Pelakon
Orang yang suka akan sesuatu. Penzina, Penjudi, Pemikir
Orang atau benda yang memiliki sifat kata
dasar.
Pemarah, pemabuk, penyabar
Alat untuk melakukan sesuatu. Penyapu, Pengelap, Pemadam
Ukuran hasil daripada melakukan sesuatu. Pelaung, Penanak, Pelontar
Makna abstrak Penunjuk, pendapat
Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata nama lain
dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru- .
Akhiran Kata Nama
Akhiran –an adalah satu – satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam
bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa
pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung
oleh kata dasar tersebut ;
Maksud Contoh
Hasil daripada melakukan maksud yang
terkandung dalam kata dasar.
Ejekan = hasil ejekan
Ulasan = hasil ulasan
Menunjukkan maksud kawasan atau
bidang yang luas.
Darat = daratan
Hamparan = hamparan
Sesuatu yang banyak Longgok = longgokan
Timbun = timbunan
Membawa maksud alat Acuan = alat untuk mengacu
Usung = alat untuk mengusung
Membawa maksud orang atau haiwan atau
benda yang menjadi penderita kerja.
Buru = buruan
Tawan = tawanan
Rampas = Rampasan
Membawa maksud sesuatu yang
mempunyai sifat yang terkandung pada
Asinan = sesuatu yang masin
5
kata dasar. Bulatan = sesuatu yang bulat
Manisan = sesuatu yang manis
Tempat melakukan sesuatu Kurung = kurungan
Ukuran atau kiraan Mingguan = kiraan berdasarkan minggu
Apitan Kata Nama
Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... –an, per-...an dan ke-...-an.
Apitan Kata Nama pen- ... –an.
Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai lima cabang
iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an. Kaedah pengabungan
apitan ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini
mempunyai kaitan dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-,
menge- dan meng-. Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah.
Me- (merundingkan) Pe- (perundingan)
Mem- (membiayai) Pem- (pembiayaan)
Men- (mendahulukan) Pen- (pendahuluan)
Meng- (menguruskan) Peng- (pengurusan)
Menge- (mengesahkan) Penge- (pengesahan)
Apitan pen- ... –an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam
jadual berikut.
Makna
Contoh
Kata dasar Kata terbitan
Proses atau perbuatan
mengerjakan maksu yang
terkandung dalam kata dasar.
Dalam
Kilang
Pendalaman (proses
mendalamkan)
Pengilangan
(perbuatan
mengilang)
Hasil perbuatan
Alam
Tahu
Pengalaman
(sesuatu yang
dialami)
Pengetahuan (hasil
yang diketahui)
Darat Pendaratan (tempat
6
Tempat perbuatan
Inap
mendarat)
Penginapan (tempat
untuk menginap)
Apitan Kata Nama pe- ... –an
Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya.
Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata
terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain,
imbuhan apitan ini juga mendukung beberapa makna. Ini dapat dilihat dalam jadual
dibawah.
Maksud Contoh
Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat
yang khusus.
Pedalaman (tempat yang kedudukannya
jauh dari pantai.)
Menunjukkan makna hal yang terkandung
dalam kata dasar.
Peperangan (hal berperang)
Apitan Kat Nama per- ... –an
Apitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama terbitan ini
juga mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-. Contoh ;
Beralih Peralihan
Bekerja Pekerjaan
Belajar Pelajaran
Apitan per-... –an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk
menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan
maksud kata dasar.
Apitan Kata Nama ke-...-an.
Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja
dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ini mendukung
beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang
terkandung dalam kata dasar, untuk menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil
daripada sesuatu.
7
Sisipan Kata Nama
Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang membentuk kata
nama ialah –el-, -er- dan –em-. Menurut beliau juga,kata terbitan bersisipan ini membawa
maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya ;
-el-
Gembung Gelembung
Saput Selaput
-em-
Guntur Gemuntur
Kuncup Kemuncup
-er-
Cucuk Cerucuk
Gigi Gerigi
Proses Pemajmukan
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.
Menurut Abdullah Hassan, proses pemajmukan ialah penggabungan dua atau lebih
perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan. Ada dua
cara kata nama majmuk dibentuk, iaitu ;
endosentrik
eksosentrik
Endosentrik
Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk mengikut hukum
sintaksis dalam bahasa Melayu. Kata nama majmuk ini mengikut hukum D-M. Hukum D – M
ini bermaksud yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh kata nama
majumuk yang terhasil mengikut bentuk ini ialah ;
8
Anakanda Baja butir Menteri besar
Ketua menteri Padang ragut Rumah rehat
Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara
endosentrik ini, Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu. Hal ini
kerana, bentuk ini terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada bahasa asing,
dimana susunannya tidak mematuhi hukum DM, tetapi hukum MD. Contoh kata tersebut
ialah ;
Bumiputera Perdana menteri
Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku kepada
kata nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata
kerja + objek atau pelengkap.
Contohnya ;
Kajibumi
Kaji (kata kerja) Bumi (pelengkap)
Proses Penggandaan
Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami
pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak.
Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar, contohnya
cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian
daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan
pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata
dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannya vocal
e pepet. Misalnya, laki→lalaki→lelaki.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya
menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata
kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang
kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar, contohnya
bantu-membantu dan cinta-mencintai.
9
Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata
dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku
sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui
pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda
Menurut Goay Teck Chong, penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar
untuk membentuk kata ganda. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis
penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
Penggandaan Kata Nama
Penggandaan kata nama ini melibatkan ketiga –tiga proses penggandaan. Sama ada
penggandaan penuh, penggandaan separa ataupun penggandaan seretak.
Penggandaan penuh
Dalam penggandaan ini, kata dasar nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal,
kata nama terbitan dan kata nama majmuk.
Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu;
penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan.
penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan –an.
Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama yang
berawalan, berapitan, berakhiran ataupun bersisipan.
Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya. Kata nama
majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya. Contohnya perkataan
jawatankuasa, apabila digandakan akan menjadi jawatankuasa – jawatankuasa. Manakala
bagi kata nama majmuk yang dieja terpisah, penggandaan hanya akan berlaku pada
bahagian awalnya sahaja. Sebagai contoh perkataan alat tulis, apabila digandakan akan
menjadi alat – alat tulis.
Penggandaan Separa
Penggandaan separa terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang
tergolong dalam kata nama dan kata kerja.
10
Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang
tergolong sebagai kata nama.
Makna Kata Nama Ganda
Jadual ini akan menunjukkan maksud jenis – jenis kata nama ganda.
Makna Contoh Kata Ganda
Penanda jamak Buku – buku, meja – meja
Penanda nama haiwan Labi – labi, kura – kura
Makna kesamaan atau keserupaan Orang = Orang – orang
Penanda kepelbagaian jenis Kuih = Kuih –muih
Penanda tidak tahu Mana = Mana - mana
Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah
kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata
dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Kugiran - kumpulan gitar rancak
Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara
pembentukkannya.
11
Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
UMNO - United Malay National Organisation
Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
kugiran - kumpulan gitar rancak
Ditulis bermula dengan huruf besar
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku
katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya :
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Intan - Institut Tadbir Awam Negara
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
12
3.0 Pergolongan Kata
Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan-golongan tertentu
berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur
morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.
Dalam buku ini perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria
semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status
perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu
frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi-konstruksi yang dibentuk
oleh perkataan-perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen-
konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Dengan demikian perkataan dari sudut binaan
sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstituen
utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama (FN),
frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa-
frasa utama.
Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif ialah frasa-frasa endosentrik; tiap-tiap
satu boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi setiap frasanya.
Frasa nama, misalnya, mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Frasa sendi nama,
sebaliknya, bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrik kerana tidak terdapat satu
unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya; malah frasa sendi nama mengandungi
dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama dan frasa nama. Perkataan yang menjadi unsur inti
bagi frasa kerja pula ialah kata kerja (KK), dan perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa
adjektif ialah kata adjektif (KA). Ini dapat dilambangkan seperti berikut:
a) FN
|
KN
|
Kedai
b) FK
|
KK
|
Berjalan
13
c) FA
|
KA
|
Cantik
Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif, terdapat juga unsur
pilihan, iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti unsure-unsur inti
itu. Contohnya seperti sebuah dan runcit seperti dalam rajah:
d) FN
|
KN
|
Sebuah kedai runcit
e) FK
|
KK
|
Sedang berjalan cepat
f) FA
|
KA
|
Masih awal sangat
Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh disebut golongan kata utama kerana
inti bagi frasa-frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Selain tiga
golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti
bagi mana-mana frasa utama. Selain golongan ini, boleh dikelompokkan ke dalam satu
golongan kata secara kolektif, iaitu kata tugas yang bersifat heterogen.
Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu:
i) kata nama
ii) kata kerja
14
iii) kata adjektif
iv) kata tugas
KATA NAMA
Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang
boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang,
tempat atau benda. Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas, kata nama am
dan kata ganti nama.
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan
ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi
kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
Contoh:
i) kata nama khas hidup
a)manusia
- Nina, Ahmad, Raja Azlan Shah
b)bukan manusia
- Tompok, Si Belang, Comel
ii) kata nama khas tak hidup
-Kuala Lumpur, Proton Saga, Gunung Kinabalu
Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang
umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am
abstrak dan kata nama am konkrit.
Contoh:
i) kata nama am abstrak
- mimpi, roh, idaman, serapan
ii) kata nama am konkrit
- tangan, rumah, sungai, kambing
15
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama
diri. Kata ganti nama diri dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan
kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama
pertama, kedua dan ketiga.
i) kata ganti nama tunjuk
- kata nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya
dua iaitu itu dan ini.
ii) kata ganti nama diri
- kata nama yang menjadi pangganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Terbahagi
kepada dua iaitu:
a) kata ganti nama diri tanya-menanya hal benda, perkara atau manusia.
b) kata ganti nama diri orang
=pertama-saya, aku, beta, patik, kami dan kita
=kedua-saudara, kamu, awak, engkau, dan anda
=ketiga-ia, dia, beliau, mereka dan –nya.
Kata Kerja
Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
i) kata kerja transitif pula dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja
transitif pasif.
Kata kerja transitif aktif Kata kerja transitif pasif
makan dimakan, ku makan, kau makan
mengambil diambil, ku ambil, kau ambil
menendang ditendang, ku tendang, kau tendang
melihat dilihat, saya lihat, kamu lihat
memperisteri diperisteri, kau peristeri
ii) kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tak
berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
a) kata kerja tak trasitif tak berpelengkap
- bangun, tumbang, menangis, tersenyum, menjerit, terpegun, melancong.
b) kata kerja tak transitif berpelengkap
16
- beransur, tinggal, menjadi, ada, berbuat, berbantalkan.
Kata Adjektif
Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Dibahagikan
kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna:
i) kata adjektif sifat/keadaan
- baik, jahat, cerdik, pandai, lemah, kasar, nakal, sibuk, tenang, segar, tegap, berani
ii) kata adjektif warna
- putih, kuning, hijau, ungu, hitam, kelabu, biru, merah
iii) kata adjektif ukuran
- panjang, pendek, kecil, nipis, tebal, tinggi, cetek, dalam
iv) kata adjektif bentuk
- bulat, leper, bujur, lonjong
v) kata adjektif pancaindera
a) rasa- sedap, manis, lazat, masam, pahit
b) pandang- cantik, molek, hodoh, ayu, buruk
c) dengar- merdu, mersik, nyaring, bising
d) bau- harum, wangi, hapak
e) sentuh- halus, licin, keras kasar, lembut
vi) kata adjektif waktu
- segera, spontan, lewat, awal
vii) kata adjektif cara
- cepat, laju, deras, perlahan
viii) kata adjektif perasaan
- cinta, rindu, asyik, ghairah, saying, berahi
ix) kata adjktif jarak
- jauh, dekat, nyaris, hampir
17
4.0 Analisis Teks Cerpen
Berdasarkan cerpen bertajuk “kasih seorang kakak”, golongan kata yang terdapat dalam
cerpen ini ialah golongan kata nama. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula
kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am
dan kata ganti nama.
Kata Nama Am
Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri
makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, Institusi
atau bukan institusi, konkrit atau abstrak abstrak dan berbilang atau tak berbilang.
Kata nama am yang terdapat dalam cerpen :
Kata nama am hidup manusia Kata nama am hidup bukan manusia
Bapa burung
adik Kerbau
Doktor Pokok
Perempuan Belalang
Isteri Bunga raya
Ibu Kucing
Kata nama am tak hidup bukan institusi
konkrit
Kata nama am tak hidup institusi
Rumah Sekolah
Kata Nama Khas
18
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama
orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan
seumpamanya. Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf
besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada subgolongan. Iaitu,
Hidup > Manusia / Bukan manusia
Tak hidup
Kata nama khas yang terdapat dalam cerpen :
Kata nama khas hidup manusia Kata nama khas hidup bukan manusia
Anita Pokok durian
Cikgu Azmi Burung menggala kerbau
Mohyen -
Kata Ganti Nama
Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi
pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua
golongan kecil, iaitu kata ganti nama diri; dan kata ganti nama tunjuk.
Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang
dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada
tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.
Kata ganti nama diri orang yang terdapat dalam cerpen ialah:
kata ganti nama diri orang
pertama
kata ganti nama diri orang
kedua
kata ganti nama diri orang
ketiga
- - Dia
- - Ia
- - Mereka
Kata ganti nama diri tanya yang terdapat dalam cerpen :
19
1. mengapa
2. mana
Kata Kerja
Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan
kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006).
Kata kerja transitif
Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja
transitif pasif.
Kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif yang terdapat dalam cerpen ialah:
Kata kerja transitif aktif kerja transitif pasif
Anita cuma memakai seluar saja Adikmu ditangkap kucing.
Anita menyusup di bawah rumah Anita lupa adiknya anak patung yang dibeli
oleh ayahnya.
Sepatutnya dia mendapat seorang adik Bermula dari itulah Anita dilihat tidak sunyi
lagi.
Cikgu azmi sangat kepingin mendapatkan
burung itu.
Adik patung yang dibuat dari kain oleh
ibunya, tidak dihirau lagi.
Burung itu menjadi liar secara mendadak. Bulu - bulu adiknya ditanam dengan penuh
hormat.
Anita melepaskan pelukan bapanya.
-
20
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat
yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan
yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda
atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi
kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak
berpelengkap.
Kata kerja tak transitif yang terdapat dalam cerpen ialah :
kata kerja tak transitif berpelengkap kata kerja tak transitif tak berpelengkap.
Dia menahan sedih pilu Adiknya sudah manja.
Bapanya juga tergenang air mata. Anita cukup seronok.
Anita merenung bapanya. -
Dia masih tercangkung di bawah pokok -
Anita cepat - cepat berlari keluar. -
Kata Adjektif
21
Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur
inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,dan sudah lama sungguh. Kata dalam golongan
kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti
amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk
berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan
awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)
Kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu
(i) kata adjektif sifatan atau keadaan
(ii) kata adjektif warna
(iii) kata adjektif ukuran
(iv) kata adjektif bentuk
(v) kata adjektif waktu
(vi) kata adjektif jarak
(vii) kata adjektif cara
(viii) kata adjektif perasaan
(ix) kata adjektif pancaindera
Jenis kata adjektif yang terdapat dalam cerpen ialah :
kata adjektif sifatan
atau keadaan kata adjektif waktu kata adjektif cara
kata adjektif
perasaan
jinak Petang Cepat Sedih
- Cepat Lembut Gembira
- - - Marah
- - - Hampa
- - - Kasih
Kata Tugas
22
Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai
makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas
tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.
Ada 14 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan
fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :
- kata hubung - kata penegas
- kata tanya - kata seru
- kata pemeri - kata pembenda
- kata perintah - kata sendi nama
- kata arah - kata bilangan
- kata pangkal ayat
- kata bantu - kata penekan
- kata penguat
Jenis Kata tugas yang terdapat dalam cerpen ialah :
kata hubung kata tanya kata bantu kata sendi nama
Yang Mengapa Sedang Di
Dan Apa Sudah Ke
Atau Mana Hendak Dengan
Bahawa - Telah Dari
- - - Kepada
- - - Sperti
23
kata arah Kata pascakata
Atas Adiknya
Bawah Muridnya
Tepi panggilannya
- Usianya
- Anaknya
- rayunya
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, konsep morfologi dan digunakan dalam menghasilkan karya seperti
cerpen. Morfologi ini memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang
telah menunjukkan perubahan dan perkembangan yang pesat, terutama dalam bidang kosa
kata dan yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.
Berdasarkan kajian, saya mendapati dalam cerpen tersebut, penggunaan kata nama
merupakan golongan kata yang paling banyak digunakan. Bagi proses pembentukan kata
pula, manakala terdapat juga ayat tak transitif juga penggunaan ayat transitif.
Penulis sesebuah karya kerap menggunakan penggunaan kata nama dan kata ganti nama
diri dalam menghasilkan sebuah karya mereka.
24