11
PERUNDINGAN Perundingan merupakan satu proses yang dilakukan untuk mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan konflik atau menerima dan menolak sesuatu perkara yang melibatkan dua pihak atau lebih. Menurut Caplan (1970), perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak melibatkan perhubungan berhierarki. Biasanya professional yang terlibat adalah berasal dari bidang yang berbeza, seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan. Di samping itu, perundingan bermatlamat untuk memperbaiki tugas yang dijalankan dan memperkembangkan kemahiran sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa secara tersendiri pada masa hadapan. Dalam tugasan ini, kami juga melakukan perundingan dengan pihak yang terlibat iaitu pemilik Rachma Enterprise. Perbincangan awal yang dilakukan adalah pada masa kami memilih perniagaan ini sebagai subjek kepada tugasan ini. Pada peringkat awal, setiap ahli kumpulan telah berbincang berkaitan pemilihan perniagaan untuk tugasan ini. Kami telah menyenaraikan setiap idea-idea dari ahli kumpulan dan maklumat mula dikumpul. Setiap satu kedai yang tersenarai diberikan rasional mengapa ia dipilih. Di akhir perbincangan, setiap ahli kumpulan bersetuju untuk memilih Rachma Enterprise sebagai subjek tugasan.

PROSES PERUNDINGAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

proses perundingan

Citation preview

Page 1: PROSES PERUNDINGAN

PERUNDINGAN

Perundingan merupakan satu proses yang dilakukan untuk mencapai kata sepakat

untuk menyelesaikan konflik atau menerima dan menolak sesuatu perkara yang melibatkan

dua pihak atau lebih. Menurut Caplan (1970), perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan

perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak melibatkan perhubungan

berhierarki. Biasanya professional yang terlibat adalah berasal dari bidang yang berbeza,

seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan. Di samping itu, perundingan

bermatlamat untuk memperbaiki tugas yang dijalankan dan memperkembangkan kemahiran

sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa secara tersendiri pada masa

hadapan.

Dalam tugasan ini, kami juga melakukan perundingan dengan pihak yang terlibat iaitu

pemilik Rachma Enterprise. Perbincangan awal yang dilakukan adalah pada masa kami

memilih perniagaan ini sebagai subjek kepada tugasan ini. Pada peringkat awal, setiap ahli

kumpulan telah berbincang berkaitan pemilihan perniagaan untuk tugasan ini. Kami telah

menyenaraikan setiap idea-idea dari ahli kumpulan dan maklumat mula dikumpul. Setiap satu

kedai yang tersenarai diberikan rasional mengapa ia dipilih. Di akhir perbincangan, setiap ahli

kumpulan bersetuju untuk memilih Rachma Enterprise sebagai subjek tugasan.

Page 2: PROSES PERUNDINGAN

Dua fasa perundingan dilakukan oleh kumpulan kami dengan pihak Rachma Enterprise iaitu

di peringkat permulaan dan pada peringkat menyatakan cadangan penambahbaikan terhadap

perniagaan Rachma. Proses perundingan adalah seperti berikut :

1) Proses Pertama – Persediaan

Di peringkat persediaan, kami melakukan perbincangan antara ahli terlebih

dahulu tentang isu-isu yang akan diutarakan kepada pemilik syarikat. Setiap isu-isu

diteliti satu persatu terlebih dahulu samada ia akan dipersetujui atau tidak untuk

dirundingkan. Setiap isu yang dicadangkan berdasarkan apa yang dapat kami lakukan

dan kemungkinan pemilik tersebut dapat lakukan. Antara soalan-soalan berkaitan

dengan perundingan di peringkat ini adalah :

i) Berapa lamakah perniagaan tuan/puan ditubuhkan?

ii) Apakah servis yang ditawarkan?

iii) Berapa ramai pekerja di yang terlibat?

iv) Bagaimana pengagihan tugas dijalankan?

v) Anggaran helai baju yang dijahit sebulan.

vi) Bagaimanakah perekodan keluar masuk bahan mentah dibuat?

vii) Bagaimanakah pendapatan dari servis tersebut direkodkan?

Sebelum perundingan dilakukan, kami juga mengenalpasti setiap kemungkinan

yang bakal berlaku sekiranya terdapat konflik. Kebanyakan perniagaan tidak terbuka

berkaitan dengan hal-hal rekod urusniaga yang dilakukan. Oleh itu, sebagai langkah

awal, kami menyediakan alasan-alasan yang munasabah untuk berunding dengan

pemilik supaya dibenarkan untuk melihat rekod-rekod tersebut.

Selain itu, kami juga menyusun taktik bagaimana untuk melakukan

perundingan supaya perniagaan ini memberikan keizinan untuk kami melakukan

tugasan berkaitan perniagaan tersebut. Taktik memujuk adalah salah satu daripada

taktik yang dirancangkan selain taktik mesra dan merendah diri dengan pemilik

perniagaan tersebut. Ini bagi memberikan keselesaan kepada pemilik untuk

meneruskan bekerjasama dengan kami.

Page 3: PROSES PERUNDINGAN

2) Proses kedua – Pengenalan

Proses perundingan yang kedua adalah peringkat pengenalan antara ahli

kumpulan kami dan pemilik perniagaan tersebut. Kami telah membuat temujanji

dengan pemilik perniagaan melalui panggilan telefon terlebih dahulu. Ini bagi

memberikan persediaan kepada pihak tersebut untuk menerima kehadiran. Melaui

panggilan telefon tersebut, kami telah memberikan pengenalan awal tentang tujuan

kami untuk bertemu pemilik perniagaan tersebut.

Setelah temujanji dibuat, perundingan telah dibuat antara pihak kami dan

pemilik perniagaan tersebut. Pada peringkat ini, kami memperkenalkan setiap anggota

kumpulan dan tujuan kami mengadakan temujanji tersebut. Dalam perbincangan

tersebut, nada suara yang digunakan adalah lebih kepada kooperatif iaitu bekerjasama.

Ini adalah untuk memberikan ruang kemesraan antara kedua-dua pihak supaya

perbincangan ini mendapat persetujuan bersama.

Melalui perundingan tersebut, kami telah mendapat kebenaran dari pemilik

kedai untuk menjadikan perniagaan Rachma Enterprise sebagai subjek dalam tugasan

kami. Kami telah menetapkan tarikh dan masa untuk melakukan perbincangan kedua

berkaitan dengan maklumat-maklumat dari perniagaan tersebut. Maklumat tersebut

akan diperolehi melalui soalan yang telah dirangka di peringkat persediaan.

Hasil dari perundingan pertama dengan Puan Seni iaitu pemilik Rachma

Enterprise, perundingan tersebut berjalan dengan lancan. Puan Seni memberikan

kerjasama yang baik dan tiada isu yang berbangkit.

3) Proses ketiga – Permulaan

Perbincangan kedua dijalankan untuk memperolehi maklumat berkaitan

dengan perniagaan Rachma Enterprise. Perbincangan ini adalah mengikut

perancangan yang telah dibuat di peringkat persediaan iaitu menanyakan setiap soalan

yang disediakan. Persoalan adalah merangkumi setiap sudut perniagaan tersebut

daripada profil perniagaan, bahagian pemasaran, kewangan perniagan, bahagian

pengeluaran sumber manusia sehinggalah beberapa soalan berkaitan pasaran dan

persaingan.

Page 4: PROSES PERUNDINGAN

Setiap maklumat yang diperolehi dari Rachma Enterprise ini akan dianalisis

untuk dibuat laporan dan merangka penambahbaikan. Untuk penambahbaikan yang

akan dilakukan, kami telah mendapat keizinan dari Puan Seni sendiri. Beliau

memberikan sepenuh kepercayaan untuk kami.

4) Proses keempat – Intensifikasi

Di fasa ini, perundingan kedua telah dibuat dengan Puan Seni untuk

penambahbaikan. Setelah perbincangan dengan ahli kumpulan dibuat, persetujuan

dicapai. Puan Seni juga telah bersetuju dengan cadangan tersebut setelah beberapa

cadangan kami ditolak pada peringkat awal perundingan. Penambahbaikan akan

dilakukan pada bahagian pemasaran. Ini kerana, walaupun perniagaan ini sudah lama

bertapak di kawasan Tanjung Malim, namun ia dilihat kurang mendapat sambutan dari

pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ini disebabkan oleh kedudukan

perniagaan ini yang tidak strategik. Oleh itu, beberapa penambahbaikan telah

dirancang.

Antara perkara yang akan dijalankan adalah dengan membina laman niaga

melalui Facebook. Ia dibina untuk tujuan promosi dan kami telah menambah dan

menjemput rakan-rakan dari kalangan pelajar UPSI supaya turut sama mengikuti

Facebook Rachma Enterprise. Selain itu, banting dan risalah juga akan dibuat. Banting

akan digantung di hadapan kedai bagi membantu pelanggan untuk melihat kedai

tersebut. Risalah pula akan diedarkan di kawasan kampus Universiti Pendidikan

Sultan Idris untuk memperkenalkan perniagaan Rachma kepada pelajar-pelajar baru.

5) Proses kelima – Penutup

Bagi proses terakhir iaitu penutup, kami telah menunjukkan kepada Puan Seni

risalah, banting serta Facebook yang dibina untuk mendapat ulasan beliau. Hasil dari

perbincangan tersebut, Puan Seni berpuas hati dan berterima kasih kepada kami

kerana membantu beliau dari segi pemasaran. Setelah itu, risalah telah diedarkan

kepada pelajar UPSI dan banting telah digantungkan dihadapan kedai beliau.

Page 5: PROSES PERUNDINGAN

PERLAKSANAAN AKTIVITI

Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi menambahbaik bahagian pemasaran perniagaan

Rachma Enterprise. Antaranya adalah membina laman Facebook, membuat banting dan

mengedarkan risalah. Cadangan-cadangan ini telah dipersetujui oleh Puan Seni selaku pemilik

perniagaan ini. Ini hasil dari perbincangan dan perundingan kumpulan kami dengan beliau

selepas perancangan penambahbaikan dibuat.

Laman Facebook yang dibina oleh kami telah mendapat pengikut melebihi 200 orang

dan rata-rata pengikut tersebut adalah daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Objektif kami juga adalah untuk mengumpul dan memperkenalkan perniagaan Rachma ini

kepada pelajar-pelajar kerana biarpun Rachma sendiri telah mempunyai ramai pelanggan,

namun begitu kebanyakkan pelanggan Puan Seni adalah dari golongan pelajar. Kami

menggunakan inisiatif Facebook kerana pada masa sekarang Facebook adalah satu saluran

media yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat.

Selain itu, kami juga telah mengedarkan mencetak lebih 100 keping risalah untuk

diedarkan kepada pelajar UPSI. Kami telah mengedarkan risalah ini di Kampus Baru (Proton

City), Pintu Timur dan beberapa kolej dan kediaman luar kampus. Ini adalah cara paling

pantas untuk memberikan pengenalan dan seterusnya memberikan penerangan tentang

perniagaan Rachma ini.

Banting juga dibuat untuk memudahkan pelanggan mengenal pasti perniagaan

tersebut. Banting digantung dihadapan kedai Rachma. Respon dari kebanyakan pelanggan,

mereka menyatakan bahawa satu kelemahan perniagaan ini adalah kedudukan lokasi kedai

yang agak kurang menyerlah dan terlindung. Oleh itu, satu usaha yang dapat kami lakukan

adalah dengan membuat banting dan menggantungkan di hadapan kedai Rachma.

Beberapa cadangan kami telah ditolak oleh Puan Seni, antaranya ialah membuat tag

untuk setiap baju. Menurut Puan Seni, tag tersebut akan merumitkan proses jahitan kerana

pelanggan kebanyakan memberikan masa-masa tertentu untuk menyiapkan tempahan. Tag

tersebut akan melambatkan proses jahitan. Selain itu, cadangan untuk mengadakan booth-

booth jualan di carnival jualan sekitar UPSI juga ditolak memandangkan beliau kekurangan

kakitangan untuk menyiapkan tempahan.

Page 6: PROSES PERUNDINGAN

REFLEKSI

Hasil dari tugasan ini, banyak perkara-perkara yang dipelajari terutamanya dalam

melakukan perundingan dengan pihak kedua dan ketiga. Pengalaman melalui tugasan ini juga

boleh membantu kami dalam menempuhi alam pekerjaan kelak. Kami juga mengetahui cara-

cara untuk mencapai persetujuan dengan pihak Rachma Enterprise melalui perundingan yang

dibuat. Melalui proses perundingan ini, setiap perundingan yang dibuat akan mencapai kata

sepakat dan tidak akan berlaku konflik antara pihak-pihak yang berunding.

Untuk mencapai perundingan yang baik, perlulah mengikut proses perundingan yang

betul. Persediaan perlua dilakukan sebelum memulakan perundingan. Apa yang kami belajar

dari perundingan ini adalah persediaan sebelum membuat perundingan dengan pihak Rachma.

Di peringkat ini, perbincangan antara ahli kumpulan telah membantu proses perundingan.

Idea dan cadangan yang diberikan oleh setiap ahli telah membantu tugasan ini. Kerjasama

adalah paling penting bagi menjalankan tugasan ini.

Selain itu, kerjasama dari Puan Seni juga telah banyak membantu kumpulan kami

untuk menyiapkan tugasan pada waktu yang dijanjikan. Ini juga adalah kerana proses

perundingan yang dijalankan telah mendapat persetujuan awal dari kedua-dua pihak. Ini bagi

mengelakkan berlakuk konflik sekiranya apa yang dipersetujui tidak dilakukan di proses

penutup.

Kami berharap supaya tugasan ini diteruskan lagi pada semester akan datang.

Perundingan Keusahawanan telah memberikan banyak pengalaman dan pengajaran serta

mengajar kami bagaimana untuk menjadi seorang perunding yang baik.

Page 7: PROSES PERUNDINGAN

GAMBAR SOKONGAN

Page 8: PROSES PERUNDINGAN