16
8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis) http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 1/16 Bab III Metodologi Kajian 3.1 Pengenalan Bahagian ini menerangkan rekabentuk ataupun kaedah yang digunakan dalam kajian dan  beberapa perkara berkaitan dengan apakah yang akan dibincangkan. Antaranya ialah mengenai pemilihan sampel, instrumen kajian, prosidur kajian dan penganalisaan data. 3.2 Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan yang berbentuk diskriptif di mana ia bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji (Mohd Majid Konting, l990). Bentuk kajian yang dibuat adalah berkenaan dengan analisis kos dan faedah pelaburan dalam pendidikan menengah kebangsaan dan pendidikan teknik/vokasional. Metodologi penyelidikan bagi kajian ini menjurus kepada beberapa aspek iaitu: a. pendekatan bagi mengumpul data; b. jenis data yang hendak dikumpulkan; c. pengubahsuaian maklumat dan data yang diterima; dan d. model statistik dan kajian rintis. 107

prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

  • Upload
    ady-smd

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 1/16

Bab III

Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan

Bahagian ini menerangkan rekabentuk ataupun kaedah yang digunakan dalam kajian dan

  beberapa perkara berkaitan dengan apakah yang akan dibincangkan. Antaranya ialah

mengenai pemilihan sampel, instrumen kajian, prosidur kajian dan penganalisaan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan yang berbentuk diskriptif di mana

ia bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji (Mohd Majid Konting, l990).

Bentuk kajian yang dibuat adalah berkenaan dengan analisis kos dan faedah pelaburan

dalam pendidikan menengah kebangsaan dan pendidikan teknik/vokasional.

Metodologi penyelidikan bagi kajian ini menjurus kepada beberapa aspek iaitu:

a. pendekatan bagi mengumpul data;

b. jenis data yang hendak dikumpulkan;

c. pengubahsuaian maklumat dan data yang diterima; dand. model statistik dan kajian rintis.

107

Page 2: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 2/16

3.3 Pendekatan untuk Mengumpul Maklumat

Pendekatan dalam pengumpulan maklumat pada masa sekarang akan dijadikan satu

 panduan untuk menganggarkan pendapatan pada masa depan dan pada semua masa. Ini

 bermakna pekerja-pekerja pada masa sekarang dianggarkan akan menerima pendapatan

yang sama pada masa depan ini bagi memudahkan pengiraan.

Fungsi ini dibina berdasarkan model regrasi mudah bertujuan untuk membuat pengunjuran pendapatanyang akan diperolehi oleh pekerja yang dikaji. Fungsi ini pernah diutarakan oleh Jacob Mincer (1974)

dengan menggunakan fungsi semilogaritima LnY = a + bS + cX + dX2 di mana Y adalah pendapatan, Slama masa persekolahan, X pengalaman bekerja, a pemalar sementara c dan d adalah angkali kecerunan

yang menunjukkan peratusan perubahan dalam lama masa persekolahan/pengalaman akan mempengaruhi

 peratusan dalam peningkatan pendapatan. Fungsi ini juga pernah digunakan oleh ahli ekonomi dalam

menganalisa teori gelagat pengguna, teori pengeluaran dan teori kos oleh Ferguson (1975), Mahzan (1979)

dan Doll (1979).

Bagi kajian ini fungsi regrasi mudah akan digunakan untuk membuat unjuran pendapatan

yang diterima oleh responden. Rumusnya seperti di bawah:

 Y = f (x)

Y = a + bX fungsi linear Y = a +bX+cX2  fungsi Kuadratik Y = a+bX+cX2+dX3 fungsi Kubik Y = Pendapatan yang diunjurkan

f(x) = Pendapatan berfungsi kepada umur/pengalaman

a = Pemalar/pintasan

b,c & d = kecerunan

  X=PengalamanSumber: Mincer (1974), Psacharopoulos & Woodhall (1993).

Penggunaan regrasi tiga fungsi iaitu Linear, Kuadratik dan Kubik adalah bersesuaian

dengan data yang hendak digunakan. Ini kerana data mentah (pendapatan responden)

yang diterima adalah dalam keadaan berselerak pada sesuatu tingkat umur. Sekiranya

108

Page 3: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 3/16

fungsi linear sahaja digunakan kemungkinan besar ada data-data yang terpaksa diabaikan

semasa membuat pengunjuran.

3.4 Kajian Rintis

Kajian ini telah dijalankan pada bulan Mei, 2002 dengan mengambil 22 orang

responden lepasan SPM dan 22 orang Responden lepasan SPMV yang telah bekerja

sebagai sampel untuk mengira pendapatan. 30 orang pelajar sekolah rendah, menengah

dan teknik bagi mengira kos persendirian. Bagi mengira kos sosial 3 buah sekolah iaitu

sekolah rendah, menengah dan teknik telah dipilih. Pemilihan tiga kadar bunga

(faedah iaitu 0%, 12% dan 25%), bertujuan untuk mencari IRR yang dianggarkan

 berada di antara nilai-nilai tersebut. r=12% akan menghasilkan NPV yang positif 

sementara r=25% akan menghasilkan NPV yang negatif. IRR akan terhasil apabila

 NPV=0. Hasil dari kajian rintis ini dapat dilihat dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: NPV dan IRR (Kadar Pulangan Sosial) Bagi Lepasan Sekolah

Menengah Kebangsaan dan Teknik 

Nilai Kini bersih (NPV) Kadar . PulanganPerkara r=0% r=12% r=25% Dalaman .

. (IRR)(fungsi linear)

Sek Men Biasa RM 271937.7 2151.17 -6835.79 15.11%Sek Men Teknik 1891010.15 48288.22 -3304.6 24.17%(fungsi Kuadratik)

Sek Men Biasa RM 150328.48 1137.43 -6853.66 13.9%Sek Men Teknik 5320850.06 7653757.44 -2280.49 24.7%(fungsi Kubik)Sek Men Biasa RM 150328.48 1137.43 -6853.66 13.9%Sek Men Teknik 5320850.06 116676.13 -1791.42 24.8%

109

Page 4: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 4/16

Rajah 3.1: NPV dan IRR bagi Kedua-dua jenis Sistem Persekolahan (fungsi Linear)

RM (000)’

NPV 

200 -

100 -

SMK SMT

0 15% 24% IRR 

Berdasarkan Rajah 3.1 di atas jelas menunjukkan NPV dan IRR bagi sekolah menengah

teknik aliran vokasional adalah lebih tinggi. Ini menunjukkan pelaburan dalam bidang

 pendidikan tersebut sentiasa mengatasi pulangan pelaburan dalam pendidikan sekolah

menengah biasa. Melalui analisis Keluk Lorenze pula, menunjukkan perbezaan yang

ketara penerimaan pendapatan di kalangan pekerja lepasan sekolah menengah teknik.

Terdapat pekerja yang mempunyai pendapatan terlalu tinggi dan ada yang agak rendah.

Ini dapat dilihat melalui garisan yang melengkung ke bawah agak lebar. Berbanding

dengan pelajar lepasan sekolah menengah biasa, didapati pendapatan yang diterima oleh

mereka hampir sama di antara seorang pekerja dengan pekerja yang lain melalui garisan

yang melengkung tidak begitu lebar ke bawah (Rajah 3.2).

110

Page 5: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 5/16

Rajah 3.2: Keluk Lorenze Menunjukkan Perbezaan Pendapatan Lepasan Sekolah

Teknik dan Kebangsaan

  0 25 50 75 100Peratus Kumulatif Pendapatan

Melalui Analisis ANOVA pula terdapat perbezaan ketara pendapatan di antara dua

kumpulan responden. Pendapatan lepasan SMT aliran vokasional (SPMV) lebih tinggi

 berbanding dengan lepasan SMK (SPM).

111

Peratus

Kumulatif 

Responden

100

SMT

SMK 

Peratus Kumulatif 

Page 6: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 6/16

Jadual 3.2: Analisis Varian

SSB C-1 PURATA FGANDADUA

ANTARA KUMPULAN 416,000,000 1 416,330,448 26.28

KALANGAN SSW

KUMPULAN 665,000,000 42 15,873,320

SST

JUMLAH 1,080,000,000 43

 Nisbah F (1, 42) dalam Jadual 3.2 di atas menunjukkan nilai 26.28, jika dibandingkan

dengan jadual taburan F atas kadar 5 peratus aras keyakinan yang menunjukkan nilai

4.08. Dengan ini jelas menunjukkan perbezaan yang singnifikan pendapatan antara dua

kumpulan lepasan sekolah tersebut.

3.5 Jenis Data yang Dikumpul

Maklumat-maklumat yang hendak dikumpul ialah berkenaan dengan pendapatan pekerja-

 pekerja sektor swasta dan sektor awam. Ia dijadikan ukuran untuk menilai daya saing

mereka dalam pasaran pekerjaan. Bagi mengelakkan daripada berlakunya fenomena gaji

yang sama di antara lepasan sekolah menengah biasa dengan sekolah teknik/vokasional

dalam sektor awam/swasta pendapatan responden di peringkat pelbagai umur diambil

untuk kajian. Pendapatan yang hendak dikira adalah merupakan pendapatan benar bagi

 pekerja dengan menolak cukai pendapatan yang dibayar oleh pekerja kepada kerajaan. Ia

112

Page 7: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 7/16

  bertujuan bagi mengelakkan berlakunya terlebih unjuran dalam mengkaji IRR 

  persendirian. Namun begitu herotan tidak dapat dielakkan dalam pengiraan kerana

masalah pembayaran cukai tidak langsung ke atas penggunaan barangan bercukai tidak 

dapat dianggarkan. Walau bagaimanapun dalam perhitungan IRR sosial, cukai tidak 

ditolak, sebaliknya pendapatan kasar responden dijadikan sampel dalam mengunjurkan

 pendapatan.

Contohnya:Pendapatan Kasar (bonus+elaun+lebihmasa+benafaat) RM XXXXXXTolak:

Pelepasan diri (8,000)Anak (terhad 2 orang) (1,600)KWSP/ Insuran (terhad) /perkeso (5,000)

Pendapatan Bercukai YYYYY @ Kadar Cukai = (ZZZZZZZ)Tolak: rebat diri 350

 . Cukai dibayar kepada kerajaan MMMM

Pendapatan kasar yang dikira dalam pengunjuran IRR sosial RM XXXXTolak: cukai dibayar kepada kerajaan MMMMPendapatan Benar yang dikira dalam pengunjuran IRR persendirian BBBBB

*isteri ditaksir berasingan*anak diandaikan 2 orang (banci penduduk tahun 2000, bilangan isirumah = 4.52 orang di peringkat kebangsaan).

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri & Jabatan Perangkaan Malaysia

Temuduga dan borang kaji selidik digunakan bagi memperolehi maklumat yang

disasarkan.

i. Kumpulan sasaran terdiri daripada individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan:

a. pekerja kilang;

 b. pekerja sektor swasta seperti Kewangan, Insuran dan Perkhidmatan yang lain;

113

Page 8: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 8/16

c. para pengusaha yang berkemahiran mengurus bengkel sesuai dengan bidang .

kemahiran mereka di peringkat sekolah; dan

d. pekerja sektor awam lain.

ii. Maklumat berkenaan dengan kos persendirian yang ditanggung oleh pelajar-pelajar 

sekolah menengah biasa dan teknik, seperti yuran pengajian, wang saku, alatulis,

 pakaian dan beberapa perbelanjaan yang lain sepanjang mereka belajar di sekolah.

iii. Maklumat berkenaan dengan kos sosial yang ditanggung oleh pihak kerajaan

contohnya kos mengendalikan sebuah sekolah seperti PCG ( Percapita Grant ), LPBT

( Lain-lain Perbelanjaan Berulang ) dan kos penyelenggaran yang lain. Maklumat ini

diperolehi daripada pihak sekolah berkenaan PCG yang diperolehi oleh pihak 

sekolah di samping kos-kos penyelenggaraan lain yang diterima oleh pihak sekolah.

iv. Perbelanjaan tidak langsung seperti pendapatan yang terlepas oleh seseorang pelajar.

Biasanya lepasan sekolah berumur 18 tahun bukan ditakrifkan sebagai buruh.

3.6 Pengunjuran Maklumat dan Data

Maklumat mengenai pendapatan dan kos kadangkala perlu diubahsuaikan dan diunjurkan

untuk memperolehi Kadar Pulangan Dalaman (IRR) yang tepat. Maklumat tentang

 pendapatan yang diperolehi bukan daripada hasil pendidikan mereka tidak boleh diambil

114

Page 9: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 9/16

kira contohnya kekayaan keluarga dan pendapatan bukan daripada kelayakan SPM dan

SPMV yang diperolehi kerana ia boleh mengherotkan unjuran yang hendak dibuat

(Tsang, 1988). Pengunjuran pendapatan dibuat adalah dengan menggunakan teknik 

regrasi (linear, kuadratik dan kubik) hasil dari maklumat tentang pendapatan responden

dikelaskan mengikut umur masing-masing. Setelah pengunjuran pendapatan berdasarkan

umur dibuat, kos sosial dan persendirian hendaklah ditolak diperingkat umur 7 hingga 17

tahun. Walaubagaimanapun pengiraan tersebut perlulah disesuaikan dengan kaedah Nilai

Kini Bersih (NPV). Disebabkan pendapatan yang diperolehi hendaklah diremitkan

nilainya untuk masa kini, satu nilai r perlu ditetapkan bagi mendapatkan NPV (rujuk 

lampiran 1). Perolehan NPV sahaja tidak mencukupi untuk mengambarkan

keberuntungan pelaburan. Penggunaan IRR adalah perlu diteruskan, di mana kita

haruslah menyamakan nilai kos dan nilai perolehan pendapatan. IRR akan terhasil apabila

  NPV=0, untuk memperolehi nilai NPV=0 nilai r terendah perlu dicuba yang akan

menghasilkan nilai NPV positif sementara nilai r tertinggi akan mengasilkan nilai NPV

yang negatif (teknik cubajaya/interporlation digunakan). Dengan menggunakan formula

di bawah maka nilai IRR dapat dihasilkan.

 

Rumusnya IRR = a + [(b/b-c)(d-a)] 

NPV= (Jumlah Pendapatan – Jumlah Kos) / (1+r) n

 a= kadar r terendahd= kadar r tertinggi

. NPV= aliran tunai kini bersihIRR= kadar pulangan dalamanb= NPV terendahc= NPV tertinggin= tahunr= peratus kadar faedahSumber: Haflah, 1986 

115

Page 10: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 10/16

Rajah 3.3: Carta Aliran Menunjukkan Arah-Aliran Metodologi Kajian

Sumber: Mincer, 1974; Tsang, 1985 & Levin, 1995

3.7 Instrumen kajian

a. Kaedah Tinjauan.

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif di mana penyelidik akan

membuat tinjauan dengan memberikan borang-borang yang perlu diisi oleh

responden yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah (70 orang daripada 70 borang

dikeluarkan), menengah teknik (69 orang 69 borang dikeluarkan), menengah biasa

(70 orang daripada 70 borang dikeluarkan) dan para lepasan sekolah menengah

kebangsaan (318 orang daripada 400 borang yang dikeluarkan) dan sekolah

menengah teknik (454 orang daripada 500 borang dikeluarkan). Borang-borang lain

yang perlu diisi oleh pihak pentadbir sekolah pula ialah berkenaan dengan kos

 pentadbiran sekolah rendah (3 buah sekolah) dan menengah (3 sekolah menengah

116

Data-data

mengenaiPendapatan

Responden

Pengunjuran

Pendapatanresponden

Pengunjuran

Kos PelaburanSosial dan

Persendirian Menilaikini

Bersihkan

Pendapatan

dan KosResponden

Mencari nilai IRR dengan

Teknik Cuba Jaya Membuat 

 Perbandingan

dan Rumusan

Page 11: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 11/16

  biasa) dan 3 (sekolah menengah teknik). Maklumat ini dikumpulkan bagi tujuan

mendapatkan kos sosial dan kos persendirian di kedua-dua jenis sistem persekolahan

tersebut bagi mencari kadar pulangan pelaburan yang dikehendaki.

Untuk mengira kos sosial cuma 3 buah sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah

dan 3 buah sekolah teknik sahaja dipilih dalam kajian ini. Pemilihan sekolah rendah

adalah bagi tujuan mengira kos sosial di peringkat sekolah rendah. Sementara

 pemilihan sekolah menengah bagi tujuan mengira kos sosial diperingkat menengah.

Sekolah-sekolah berkenaan sudi memberikan kerjasama mereka dengan sukarela,

untuk tujuan kajian, seperti dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Nama Sekolah

Bil Nama Sekolah

12

3

45

6

78

9

SRK Kampung DewSRK Sungai Kepar 

SRK Kampung Gudang

SMK Seri Perak SMK Pekan Baru

SMK Abu Bakar Al-Baqir 

SMT KerianSMT Taiping

SMT K.Kangsar 

Untuk mengira kos persendirian pula pelajar-pelajar dari tiga daerah di Utara Perak 

dijadikan sampel yang terdiri dari para pelajar dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5.

Mereka ini dipilih berdasarkan daerah tempat mereka tinggal dan kesudian mereka

menjadi responden.

117

Page 12: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 12/16

Jadual 3.4: Daerah Kajian

Bil Daerah

Daerah Larut Matang

Daerah Kerian

Daerah Kuala Kangsar Lain-lain Daerah

 b. Kaedah Temubual.

Temubual ataupun wawancara merupakan kaedah bilamana subjek dan penyelidik 

  bertemu dalam proses memperolehi maklumat (Majid Konting,1994). Temubual

dilakukan kepada guru, pelajar, lepasan sekolah dan majikan. Maklumbalas yang

diperolehi dari responden menunjukkan sejauhmanakah pengetahuan mereka tentang

 butir-butir yang dikehendaki. Temu bual dilakukan bagi memberikan penerangan

sejelas-jelasnya kepada responden sebelum mereka mengisi borang-borang yang

disediakan untuk mengelakkan berlakunya sebarang ralat

e. Kajian Dokumen.

Ini dilakukan bagi menambahkan maklumat dan data kajian supaya dapat

menyokong soalselidik yang diedarkan kepada responden bagi mengelakkan

  berlakunya unsur-unsur ketidakbolehpercayaan maklumat yang diberikan oleh

responden.

118

Page 13: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 13/16

3.8 Sampel

Untuk mengira kadar pulangan pelaburan pendekatan   Analisis Kos-Faedah akan

digunakan bagi membentuk satu aliran tunai pendapatan yang telah diunjurkan

  berdasarkan pendapatan responden yang dikaji. Data yang diperlukan adalah data

mengenai pendapatan para pekerja dari pelbagai sektor pekerjaan yang terdiri dari

lepasan SPM dan SPMV di peringkat pelbagai umur. Untuk setiap disiplin pekerjaan data

mengenai pendapatan, bonus, kerja lebih masa dan apa-apa perolehan yang diterima oleh

mereka yang dianggap sebagai pendapatan bagi lepasan sekolah tersebut. Dalam masa

yang sama juga penyelidik ke sekolah-sekolah untuk mengenalpasti kos persendirian

yang ditanggung oleh para pelajar sekolah. Untuk kos sosial pula penyelidik telah ke

sekolah-sekolah bagi membuat tinjauan tentang kos operasi pengurusan yang ditanggung

oleh pihak kerajaan.

3.9 Kaedah Pengiraan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) dan Nilai Kini Bersih

(NPV)

Proses pengiraan kadar pulangan dan nilai kini bersih bagi lepasan sekolah menengah

akademik kebangsaan/biasa (SMK) dapat dilihat dengan lebih jelas melalui Lampiran 1.

Data-data berkenaan bilangan tahun ditunjukkan pada ruangan (bilangan Tahun), kadar 

diskaun 13% (r=13%), kadar diskaun 15% (15%), bilangan tahun seorang pelajar mula

 bersekolah hingga bersara dari perkerjaan (Umur Responden). (r=0) ialah aliran tunai

119

Page 14: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 14/16

yang diunjurkan dengan menggunakan persamaan Y = 750.59+314.58X (rujuk Lampiran

14) ditunjukkan dalam (r=0) bagi fungsi linear. [Output (Y) - pendapatan dan kos yang diunjur,

 Input ( X) - umur pekerja)]. (r=13) aliran tunai dengan kadar diskaun r=13%, (r=15) aliran

tunai dengan kadar diskaun r=15%. Kaedah ini lebih bersesuaian digunakan untuk 

mendapatkan satu aliran tunai yang konsistan. Walau bagaimanapun pada umur 7 hingga

17 tahun kos/perbelanjaan pendidikan (kos persendirian/sosial) telah dimasukkan iaitu

 pada peringkat sekolah rendah 7-12 tahun dan peringkat sekolah menengah 13–17 tahun.

Ruangan-ruangan r=0, r=13 dan r=15 akan dijumlahkan bagi memperolehi NPV. NPV

yang diperolehi itu seharusnya satu mempunyai nilai positif dan satu lagi bernilai negatif.

Ruangan (r=0) ialah aliran tunai yang diunjurkan dengan fungsi kuadratik Y=6396.51 – 

95.33X + 6.61X2 (Lampiran 14), (r=13) aliran tunai dengan kadar diskaun 13%

sementara (r=15) aliran tunai pada kadar diskaun 15%. (p0) Aliran tunai pendapatan

yang diunjur dengan menggunakan fungsi kubik Y=1166.22+474.4X-12.7X2+0.21X3

(Lampiran 14). (r=13) aliran tunai pada kadar diskaun r=13%, (r=15) aliran tunai dengan

kadar diskaun r=15%. Untuk memperolehi NPV (Nilai Kini Bersih) ialah dengan

menjumlahkan ruangan aliran tunai iaitu ruangan (r=0), (r=13) dan (r=15). Rumus bagi

 pengiraan nilai kini bersih (NPV) adalah seperti di bawah:-

   NPV = (Jumlah Pendapatan – Jumlah Kos) / (1+r)n

NPV=Nilai kini bersih

r=Kadar faedah/diskaun

n=Bilangan tahun

Sumber: Mahzan, 1979

120

Page 15: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 15/16

3.10 Pengumpulan Data

Bagi menjalankan kajian ini penyelidik telah bertemu sendiri dengan semua responden

yang terdiri daripada lepasan kedua-dua jenis sistem persekolahan, pengetua sekolah,

majikan, pelajar dan guru. Ini bagi menerangkan tujuan mengapa soalselidik diedarkan

dan mengenalpasti segala keraguan mengenainya. Sebelum itu penyelidik telah meminta

kebenaran pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam sesuatu organisasi seperti majikan,

  pengetua sekolah dan lain-lain bagi memperolehi kebenaran untuk menjalankan

  penyelidikan ini. Persoalannya sesetengah maklumat dianggap agak sulit, oleh yang

demikian faktor kesediaan pihak majikan memberikan maklumat juga diambil kira untuk 

memilih responden.

Rajah 3.4: Carta Gantt yang Menunjukkan Reka Bentuk dan Aliran Peringkat

Kajian

Sumber: Sidi Gazalba (1981), Pembimbing Latihan Ilmiah dan Tesis. Kuala Lumpur: Pernerbitan Pustaka

 Antara (Disesuaikan)

121

Peringkat

Persediaan

-Mengenalpasti

masalah kajian.

-Mengkaji

 bahan yang

 berkaitan

-Jangkamasakajian

-Menentu

 prosedur kajian

-Membentuk 

alat kajian

Kajian Rintis

-Imbasmuka

 permasalahan

-Membinasoalan kajian

-Kajian rintis

soal selidik 

-Analisis

dapatan kajian

-Membaiki dan

mengemaskini

soal selidik 

Pengumpul

an Data

-Pemilihan

Sampel

-Mengumpul

data

Persediaan

Akhir

-Menganalis data

-Menginterpitasi

data

-Menyesuaikan

semula dengankajian lepas

-Penulisan tesis

Page 16: prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

8/8/2019 prospek pelaburan dalam sektor pendidikan (kajian rintis)

http://slidepdf.com/reader/full/prospek-pelaburan-dalam-sektor-pendidikan-kajian-rintis 16/16

3.11 Analisis Data

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer “Statistical

Packages for Sosial Sciences (SPSS 10)” bagi mendapatkan:-

a) Statistik deskriptif seperti min, peratus dan kekerapan untuk menghuraikan kaitan pembolehubah dengan tajuk kajian; dan

  b) Jadual-jadual frekuensi bagi setiap aspek kajian atau pembolehubah untuk 

dipaparkan dalam analisis.

122