29
Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA)

Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

Prospektus Pra-diploma Pengajian

Bahasa Arab (PPBA)

Page 2: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

Visi Al-Zuhri

Suatu institusi unggul yang menyediakan pendidikan Islam

bagi melahirkan individu Muslim cemerlang yang menyumbang dalam membangunkan ummah

Misi Al-Zuhri

Al-Zuhri bertekad membangun potensi aql agar dioptimum peranannya berpandukan Islam

dan pemangkin ke arah kesucian ruhani menerusi pendidikan Islam sepadu.

Kami berusaha gigih membina insan bersemangat ilmiah serta bersedia berbakti

agar terwujud masyarakat Islam madani yang bertaqwa

Page 3: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

A. MENGENAI ALA. MENGENAI ALA. MENGENAI ALA. MENGENAI AL----ZUHRIZUHRIZUHRIZUHRI Mukadimah Mukadimah Mukadimah Mukadimah Matlamat pendidikan adalah melahirkan insan mulia yang bertaqwa dan berkebolehan supaya berjaya di dunia dan di akhirat. Pengajian Islam di peringkat tinggi memainkan peranan penting dalam menentukan falsafah, matlamat dan kaedah seluruh sistem pendidikan Islam. Pengajian di peringkat tinggi harus menawarkan pengajian untuk pelbagai disiplin (jami’ah) dan bersifat menyeluruh (kulliyyah). Di samping itu pelajar daripada sistem pendidikan sekular mempunyai peluang untuk mendalami ilmu agama sesuai dengan minat dan cita rasa pelajar dan ibu bapa. Mereka diberi peluang untuk melanjutkan pengajian agama di peringkat pos menengah. B. SISTEM PENGAJIAN B. SISTEM PENGAJIAN B. SISTEM PENGAJIAN B. SISTEM PENGAJIAN SyaratSyaratSyaratSyarat----Syarat Kemasukan Syarat Kemasukan Syarat Kemasukan Syarat Kemasukan Calon yang ingin melanjutkan pengajian ke Pra-Diploma Pengajian Bahasa Arab perlu memenuhi syarat di bawah:

• Berusia 30 tahun ke atas. • Mempunyai asas bahasa Arab yang baik (boleh membaca dan menulis bahasa

Arab). Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad. Peperiksaan percubaan (entry test) juga akan diberikan untuk memastikan tahap bahasa yang digunakan oleh calon menepati kriteria yang telah ditetapkan. Pengajian Secara Odit (Berkala)Pengajian Secara Odit (Berkala)Pengajian Secara Odit (Berkala)Pengajian Secara Odit (Berkala) Pelajar odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part-time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan transkrip untuk modul yang diambil dan tidak akan diberikan sijil kelulusan pra-diploma. Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu terhadap calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad. Peperiksaan percubaan (entry test) juga akan diberikan untuk memastikan tahap bahasa yang digunakan oleh calon menepati kriteria yang telah ditetapkan.

Page 4: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

Prosedur Kemasukan Prosedur Kemasukan Prosedur Kemasukan Prosedur Kemasukan Calon yang berminat untuk memasuki program Pra-Diploma Pengajian Bahasa Arab perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan anda: i. 2 keping gambar saiz paspot. ii. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan

keputusan peperiksaan. iii. Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada. iv. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon

pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah). v. Calon dibenarkan untuk membuat pendaftaran selewatnya 3 minggu setelah

pengajian bermula. Yuran Yuran Yuran Yuran Yuran Pendaftaran (Pra-Diploma) $100 (sekali sahaja) Yuran Pengajian $760 setiap semester / $190 setiap bulan Yuran Pendaftaran (Odit) $ 50 (sekali sahaja) Yuran Pengajian $ 40 setiap modul Pelajar-pelajar boleh memohon biasiswa atau pinjaman daripada badan-badan yang diiktiraf untuk membantu menampung kos pengajian mereka.

• Yuran pendaftaran dan yuran pengajian bagi bulan yang telah diikuti oleh pelajar tersebut tidak akan dikembalikan bagi pelajar yang berhenti atau diberhentikan daripada Al-Zuhri.

Tempoh PengajianTempoh PengajianTempoh PengajianTempoh Pengajian Tempoh pengajian bagi Pra-Diploma Pengajian Bahasa Arab adalah tidak kurang daripada 2 tahun (6 semester). Al-Zuhri mengamalkan sistem 3 semester dalam jangkamasa 12 bulan. Setiap semester mempunyai 15 minggu pengajian dan 2 minggu cuti. Semester 1 : Februari – Mei (13 minggu) Peperiksaan Semester 1 : Mei (2 minggu) Cuti Semester 1 : Mei (2 minggu)

Page 5: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

Semester 2 : Jun – September (13 minggu) Peperiksaan Semester 2 : September (2 minggu) Cuti Semester 2 : September (2 Minggu) Semester 3 : Oktober – Januari (13 minggu) Peperiksaan Semester 3 : Januari (2 Minggu) Cuti Semester 3 : Januari (2 Minggu) Semester 4 : Februari – Mei (13 minggu) Peperiksaan Semester 4 : Mei (2 minggu) Cuti Semester 4 : Mei (2 minggu) Semester 5 : Jun – September (13 minggu) Peperiksaan Semester 5 : September (2 minggu) Cuti Semester 5 : September (2 Minggu) Semester 6 : Oktober – Januari (13 minggu) Peperiksaan Semester 6 : Januari (2 Minggu) Cuti Semester 6 : Januari (2 Minggu) Pensyarah Pensyarah Pensyarah Pensyarah Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.

Program Pengajian Program Pengajian Program Pengajian Program Pengajian Al-Zuhri menawarkan program Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab yang diajarkan secara sepenuh masa. Pelajar perlu melengkapkan 81 kredit . Program ini disampaikan selama 24 bulan atau 6 semester. Pelajar perlu menamatkan kesemua 27 modul tersebut dalam tempoh tidak lebih daripada 2 tahun. Di samping itu pengajian juga dibuka untuk peserta yang ingin mengikuti pengajian secara odit.

Page 6: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

Jadual 1: Mata Pelajaran Pra Diploma

KodKodKodKod Mata PelajaranMata PelajaranMata PelajaranMata Pelajaran ModulModulModulModul Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa

PengantarPengantarPengantarPengantar JumlahJumlahJumlahJumlah JamJamJamJam

Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah KreditKreditKreditKredit

WP1(1-3)3 ‘Ulum al-Qur’an 1 , 2 , 3 Arab 9 9 WP2(1-3)3 ‘Ulum al-Hadith 1 , 2 , 3 Arab 9 9 WP3(1-3)3 ‘Ulum al-Shari’ah 1 , 2 , 3 Arab 9 9 WP4(1-3)3 Bahasa Arab (Kitabah) 1 , 2 , 3 Arab 9 9 WP5(1-3)3 Bahasa Arab (Qira’ah) 1 , 2 , 3 Arab 9 9 WP6(1-4)3 Bahasa Arab (Lughah) 1 , 2 , 3 , 4 Arab 24 12 WP7(1-3)3 Bahasa Arab

(Muhadatsah) 1 , 2 , 3 Arab 9 9

WP8(1-3)3 Bahasa Arab (Ta’bir) 1 , 2 Arab 15 6 WP913 Tasawwur Islam 1 Melayu 3 3 WP1013 ‘Aqidah Islam 1 Melayu 3 3 WP1113 Tazkiyah al-Nafs 1 Arab 3 3

JumlahJumlahJumlahJumlah 102102102102 81818181 C. SILIBUS PENGAJIAN C. SILIBUS PENGAJIAN C. SILIBUS PENGAJIAN C. SILIBUS PENGAJIAN WP1 ‘ULUM ALWP1 ‘ULUM ALWP1 ‘ULUM ALWP1 ‘ULUM AL----QUR’AN QUR’AN QUR’AN QUR’AN WP 1 WP 1 WP 1 WP 1 ‘Ulum Al‘Ulum Al‘Ulum Al‘Ulum Al----Qur’Qur’Qur’Qur’aaaan n n n Sinopsis: Kursus ini mengandungi enam modul, tiga di peringkat pra-diploma dan tiga di peringkat diploma. Matlamat kursus di peringkat pra-diploma adalah untuk mempelajari dan menambahkan perbendaharaan bahasa Arab secara berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, dengan memahami maksud dan ertinya dari kata-kata seiras dan seerti, serta penerangan yang ringkas dalam bahasa Arab dan diikuti dengan latihan-latihan pengukuhan. Adapun tafsiran yang lebih meluas penjelasannya akan menggunakan bahasa Melayu supaya ianya mudah difahami. Selain dari itu tujuan kursus ini agar surah-surah yang sering dibaca khususnya di dalam solat dapat dihayati dengan memahami maksudnya. WP113 (‘Ulum alWP113 (‘Ulum alWP113 (‘Ulum alWP113 (‘Ulum al----Qur’Qur’Qur’Qur’aaaan Modul 1) n Modul 1) n Modul 1) n Modul 1) Tafsiran surah-surah berikut:

• Surah al-Fatihah. • Surah al-Asr. • Surah al-Humazah.

Page 7: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Surah al-Fil. • Surah Quraisyh. • Surah al-Ma’un. • Surah al-Kautsar. • Surah al-Kafirun. • Surah al-Nasr. • Surah al-Masad. • Surah al-Ikhlas. • Surah al-Falaq. • Surah al-Nas. • Ayat yang menjelaskan bahawa al-Qur’an adalah penyembuh dan memberi

peringatan (Surah Yunus ayat 57-58). • Ayat yang menjelaskan bahawa al-Qur’an memberi pertunjuk kepada jalan

yang lurus (Surah Syura ayat 52-53). • Hafalan dari surah al-Lail hingga surah Insyiqaq.

WP12WP12WP12WP123 (‘Ulum al3 (‘Ulum al3 (‘Ulum al3 (‘Ulum al----Qur’Qur’Qur’Qur’aaaan Modul 2) n Modul 2) n Modul 2) n Modul 2) Tafsiran surah-surah berikut:

• Surah al-Syams. • Surah al-Lail. • Surah al-Dhuha. • Surah al-Syarh. • Surah al-Tin. • Surah al-A’laq. • Surah al-Qadr. • Surah al-Baiyinah. • Surah al-Zalzalah. • Surah al-A’diyat. • Surah al-Qari’ah. • Surah al-Takatsur. • Ayat-ayat yang menandakan keesaan Tuhan (Surah al-Baqarah ayat 163-165). • Ayat yang menjelaskan bahawa al-Qur’an membawa kepada jalan yang lurus

dan selamat (Surah al-Isra’ ayat 9-12). • Ayat yang menjelaskan kekuatan dan kelemahan yang sebenar (Surah al-Hajj

ayat 73-74). • Ayat yang menjelaskan tentang perniagaan yang pasti membawa keuntungan

(Surah al-Saff ayat 10-13). • Ayat yang menjelaskan bahawa Islam adalah Ibadah dan ‘Amal (Surah al-

Jumu’ah ayat 9-11).

Page 8: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

Hafalan dari surah al-Muthaffifin sampai surah al-Naba’. WP133 (‘Ulum alWP133 (‘Ulum alWP133 (‘Ulum alWP133 (‘Ulum al----Qur’Qur’Qur’Qur’aaaan Modul 3) n Modul 3) n Modul 3) n Modul 3) Tafsiran surah-surah berikut:

• Surah al-Mutaffifin. • Surah al-Insyiqaq. • Surah al-Buruj. • Surah al-Thariq. • Surah al-A’la. • Surah al-Ghasyiah. • Surah al-Fajr. • Surah al-Balad. • Ayat-ayat yang mengharamkan riba (Surah al-Baqarah ayat 275-281). • Ayat-ayat yang menjelaskan kewajipan taat dan patuh (Surah ali-Imran ayat

26-30). • Ayat-ayat yang menjelaskan sifat-sifat orang yang beriman (Surah Mukminun

ayat 1-11). • Ayat-ayat yang menjelaskan bahawa kejayaan memerlukan kesabaran dan

ketabahan (Surah al-Ahzab ayat 21-25). • Ayat-ayat yang menyentuh tentang keimanan kepada Hari Akhirat (Surah

Yasin ayat 77-83). Hafalan surah-surah berikut:

• Surah al-Hujurat. • Surah al-Waqia’h. • Surah al-Rahman. • Surah al-Jumua’h. • Surah al-Mulk.

BUKU-BUKU RUJUKAN:

1. Tafsir al-Jalalain.

2. Ibn Katsir, Tafsir al-Qur’anil A’zim.

3. Tafsir Abi Bakr al-Jazairi, Aisar al-Tafasir.

Page 9: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

WP2 ‘Ulum AlWP2 ‘Ulum AlWP2 ‘Ulum AlWP2 ‘Ulum Al----Hadith Hadith Hadith Hadith Sinopsis: Kursus ini mengandungi enam modul, tiga di peringkat pra-diploma dan tiga di peringkat diploma. Matlamat kursus ini di peringkat pra-diploma adalah untuk menambah secara berperingkat perbendaharaan bahasa Arab melalui hadith-hadith pilihan yang mudah bahasanya berkaitan dengan penjelasan tanggungjawab dan akhlak mulia, disamping menggalakkan pelajar berhubung langsung dengan sunnah Rasulullah s.a.w. tentang perkara-perkara yang mereka telah ketahui atau pelajari sebelum ini tetapi mungkin tidak dikaitkan secara langsung kepada hadith-hadith berkenaan. Diharapkan pada akhir kursus ini pelajar dapat memperkayakan perbendaharaan bahasa Arab mereka dan dapat menyedari tanggungjawab seorang Muslim dan menghayati serta mencernakan adab-adab yang mulia daripada hadith-hadith tersebut dalam kehidupan seharian mereka sebagai seorang individu Muslim. WP213 (‘Ulum alWP213 (‘Ulum alWP213 (‘Ulum alWP213 (‘Ulum al----HHHHadadadadiiiith Modul 1) th Modul 1) th Modul 1) th Modul 1) Hadith-hadith pilihan: (Sejarah dan pengajaran dari peristiwa ringkas tentang sahabat-sahabat yang meriwayatkan hadith-hadith berkenaan perlu dijelaskan)

• Hadith Umar bin Abi Salamah: Adab makan (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abdullah bin A’bbas: Adab minum (riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

• Hadith Abdullah bin Umar: Adab menghadiri majlis (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abu Sai’d al-Khudri: Membantu orang yang memerlukan (riwayat

Muslim dan Abu Daud).

• Hadith Abu Sai’d al-Khudri: Adab bersembang di tepi jalan (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abdullah bin Masu’d: Kejujuran membawa kepada kebajikan (riwayat

Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abu Hurairah: Sifat belas dan kasih terhadap manusia dan binatang (riwayat Bukhari dan Muslim).

Page 10: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Hadith Abu Hurairah: Tanda-tanda orang Munafiq (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abdullah bin Mas’ud: Sifat Takabbur (riwayat Muslim).

• Hadith Abu Hurairah: Berbakti kepada kedua ibu bapa (riwayat Bukhari dan

Muslim).

• Hadith Abdullah bin A’mru: Berbuat baik kepada jiran tetangga (riwayat Abu Daud).

• Hadith Anas bin Malik: Membantu orang yang dizalimi (riwayat Bukhari).

• Hadith Abu Hurairah: Fadhilat membaca al-Quran (riwayat Abu Daud).

• Hadith Abu Hurairah: Fadhilat berzikir (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abu Hurairah: Fadhilat menuntut ilmu (riwayat Tirmizi).

WP223 (‘Ulum alWP223 (‘Ulum alWP223 (‘Ulum alWP223 (‘Ulum al----Hadith Modul 2) Hadith Modul 2) Hadith Modul 2) Hadith Modul 2)

• Hadith Mua’z bin Jabal: Penjelasan tentang Tauhid dan bahaya Syirik (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Umar bin al-Khattab: Asas-asas agama Islam (riwayat Muslim).

• Hadith Humran maula Uthman bin Affan: Sifat Wudhu Nabi s.a.w. (riwayat

Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abu Hurairah: Tuma’ninah di dalam solat (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abdullah bin Abbas: Kewajipan berzakat (riwayat Bukhari dan

Muslim).

• Hadith Abdullah bin Masu’d: Adab berbicara apabila bersama teman-teman (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abu Hurairah: Memberi salam (riwayat Bukhari dan Muslim).

Page 11: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Hadith Abu Sai’d al-Khudri: Adab meminta izin (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abdullah bin Umar: Sifat belas terhadap haiwan (riwayat Bukhari dan

Muslim).

• Hadith Qais bin Abi Hazim: Kewajipan amar makruf dan nahi munkar (riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).

• Hadith Tamim al-Dari: Nasihat adalah untuk pemimpin-pemimpin dan umat

Islam umumnya (riwayat Muslim).

• Hadith Zubair bin Awwam: Dorongan untuk beramal dan mencari rezeki (riwayat Bukhari).

• Hadith al-Bara bin A’zib : Doa tidur (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abu Sai’d al-Khudri: Nikmat Ahli Syurga berterusan (riwayat Muslim).

WP233 (‘Ulum alWP233 (‘Ulum alWP233 (‘Ulum alWP233 (‘Ulum al----Hadith Modul 3)Hadith Modul 3)Hadith Modul 3)Hadith Modul 3)

• Pengenalan tentang ilmu Mustaloh Hadith: a) Definasi Mustolah Hadith. b) Definasi Sunnah dan Khabar. c) Pecahan khabar kepada: Tawatur dan Ahad. d) Hadith Ahad dan bahagian-bahagiannya. e) Hadith Hasan dan Hadith Dhaif.

• Hadith Ubadah bin Shamit: Fadhilat Tauhid (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abu Hurairah: Fadhilat solat jemaah (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abu Hurairah: Fadhilat berjihad di jalan Allah (riwayat Bukhari dan

Muslim).

• Hadith Hakim bin Hizam: Ancaman dari membuat penipuan dan tipu helah dalam perniagaan (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Jabir bin Abdullah: Pengharaman riba (riwayat Muslim).

Page 12: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Hadith Aisyah: Perintah menunaikan hudud dan pengharaman syafa’at padanya (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Abu Hurairah: Antara hak-hak wanita dalam Islam (riwayat Bukhari

dan Muslim).

• Hadith Aisyah: Memberi nafkah kepada isteri dan anak (riwayat Bukhari dan Muslim).

• Hadith Nu’man bin Bashyir: Kewajipan menjauhkan diri dari perkara yang

harÉm dan syubhat (Bukhari dan Muslim).

• Hadith Umar bin al-Khattab: Kewajipan mengikhlaskan kata-kata dan ‘amal untuk Allah s.w.t. (riwayat Bukhari dan Muslim)

BUKU-BUKU RUJUKAN:

1. Imam Ibn Hajar, Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari.

2. Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim.

3. Aunul Ma’bul Syarh Sunan Abi Daud.

4. Tuhfatul Ahwazi Syarh Sunan al-Tirmizi. WP3 ULUM ALWP3 ULUM ALWP3 ULUM ALWP3 ULUM AL----SYARIAH SYARIAH SYARIAH SYARIAH Sinopsis: Kursus ini mengandungi enam modul, tiga diperingkat pra-diploma dan tiga di peringkat diploma. Tujuan kursus ini di peringkat pra-diploma pada modul pertama dan kedua adalah untuk mengulangkaji pengajian fiqeh ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji berserta dalil-dalilnya dari al-Qur’an dan Sunnah secara ringkas dan padat dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar supaya membolehkan pelajar secara bertahap membaca dan memahami buku-buku fiqeh dalam bahasa Arab. WP313 (‘Ulum alWP313 (‘Ulum alWP313 (‘Ulum alWP313 (‘Ulum al----SyarSyarSyarSyariiii’ah Modul 1)’ah Modul 1)’ah Modul 1)’ah Modul 1)

• Toharah. • Benda yang suci, benda yang najis dan benda yang dimaafkan dari benda yang

najis. • Bersuci dari najis.

Page 13: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Air dan jenis-jenisnya, dan hukum menggunakan air-air tersebut. • Wuduk dan hukum-hukumnya. • Mandi hadas. • Tayammum. • Menyapu di atas khuf (sepatu). • Menyapu di atas jabirah (balutan). • Solat. • Rukun-rukun, wajib-wajib dan sunat-sunat solat. • Solat Jemaah. • Solat Jumaat. • Orang-orang yang ada keuzuran. • Puasa.

WP323 (‘Ulum alWP323 (‘Ulum alWP323 (‘Ulum alWP323 (‘Ulum al----Syari’ah Modul 2)Syari’ah Modul 2)Syari’ah Modul 2)Syari’ah Modul 2)

• Haji dan Umrah.

• Amalan di Miqat.

• Sifat Umrah.

• Menunaikan Haji.

• Perbuatan-perbuatan dalam haji.

• Rukun-rukun, wajib-wajib dan sunat-sunat haji.

• Rukun-rukun dan wajib-wajib umrah.

• Zakat: Benda-benda yang wajib zakat.

• Syarat wajib zakat: a- Nisab zakat. b- Zakat Fitrah. c- Masarif zakat.

WP333 (‘Ulum alWP333 (‘Ulum alWP333 (‘Ulum alWP333 (‘Ulum al----SyarSyarSyarSyariiii’ah Modul 3) ’ah Modul 3) ’ah Modul 3) ’ah Modul 3) Sinopsis: Modul ketiga kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada cara dan sistem pembahagian harta warisan menurut IslÉm. Walaupun modul ini tidak membahaskan kesemua masaalah-masaalah yang dibahaskan ulama dalam ilmu ini,

Page 14: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

tetapi ianya akan menyentuh hukum-hukum dan masaalah-masaalah yang sering berlaku. Diharapkan pada akhir modul ini para peserta sedar dengan kewujudan sistem ini dan kewajipan manusia sebagai hamba Allah untuk menuruti hukum-hukumnya dalam semua aspek kehidupan demi kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. Allah telah menentukan hak-hak dan Dia Maha Mengetahui akan hikmah-hikmah disebalik penentuannya. Fara’id:

• Muqadimah ilmu fara’id.

• Rukun-rukun warisan.

• Syarat-syarat warisan.

• Sebab-sebab warisan.

• Halangan-halangan warisan.

• Lelaki-lelaki yang menjadi pewaris.

• Wanita-wanita yang menjadi pewaris.

• Jenis-jenis warisan: a) al-fard. b) al-ta’syib.

• Yang mewarisi 1/2 dan syarat warisannya.

• Yang mewarisi 1/4 dan syarat warisannya.

• Yang mewarisi 1/8 dan syarat warisannya.

• Yang mewarisi 2/3 dan syarat warisannya.

• Yang mewarisi 1/3 dan syarat warisannya.

• Yang mewarisi 1/6 dan syarat warisannya.

• Hukum-hukum yang khusus untuk nenek.

• A’syhabah dan bahagiannya.

Page 15: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Al-Hajb dan bahagiannya:

a) Hajbul Hirman b) Hajbun Nuqsan

BUKU-BUKU RUJUKAN:

1. Ibn Daqiq al-I’id, Tuhfatul Labib Fi Syarh Taqrib.

2. Abu Bakr bin Muhd al-Husaini, Kifayatul Akhyar.

3. Mughni Muhtaj Syarh Minhaj.

4. Imam Nawawi, Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab. WP4,5,6,7 BAHASA ARAB WP4,5,6,7 BAHASA ARAB WP4,5,6,7 BAHASA ARAB WP4,5,6,7 BAHASA ARAB (KITABAH,(KITABAH,(KITABAH,(KITABAH, QIRAAH,QIRAAH,QIRAAH,QIRAAH, LUGHAH,LUGHAH,LUGHAH,LUGHAH, MUHADATSAH & TA’BIR) MUHADATSAH & TA’BIR) MUHADATSAH & TA’BIR) MUHADATSAH & TA’BIR) Sinopsis: Matlamat kursus ini di peringkat pra diploma untuk membina kemahiran membaca, memahami, menulis dan bertutur dalam bahasa Arab. Ianya adalah kursus intensif yang bermula dari peringkat dasar dan naik secara bertahap sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Diharapkan pada akhir kursus ini pelajar mempunyai kemahiran untuk membaca dan memahami serta boleh menulis dalam bahasa Arab, supaya dapat mengikuti kursus seterusnya di peringkat diploma yang kebanyakannya menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Matlamat kursus ini ialah untuk memperkayakan perbendeharaan mengenai ehwal dan urusan kehidupan seharian disamping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab. Ianya adalah kursus intensif yang memberi penekanan kepada aspek pertuturan yang merangkumi pelbagai keadaan dan situasi. Diharapkan pada akhir kursus ini pelajar lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi secara sepontan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan di mana sahaja mereka berada. WP4 BAHASA ARAB (KITABAH)WP4 BAHASA ARAB (KITABAH)WP4 BAHASA ARAB (KITABAH)WP4 BAHASA ARAB (KITABAH) WP413(KitaWP413(KitaWP413(KitaWP413(Kitabah Modul I)bah Modul I)bah Modul I)bah Modul I)

• Pengenalan kepada jenis-jenis Khat Arab. • Kepentingan khat Naskh & Req’ah. • Cara memegang & menggunakan pen khat. • Belajar menulis khat Naskh, huruf (ا،ب،ت،ث،ن،ي).

Page 16: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Belajar menulis huruf (ج،ح،خ،ع،غ). • Belajar menulis huruf (د،ذ،ر،ز،ل،ك). • Belajar menulis huruf (س،ش،ص،ض،ط،ظ). • Belajar menulis huruf (ف،ق،م،و). • Belajar menulis huruf (ة،� .( ،ء،• Belajar menulis khÉt Req’ah, huruf (ا،ب،ت،ث،ن،ي). • Belajar menulis huruf (ج،ح،خ،ع،غ). • Belajar menulis huruf (د،ذ،ر،ز،ل،ك). • Belajar menulis huruf (س،ش،ص،ض،ط،ظ). • Belajar menulis huruf (ف،ق،م،و). • Belajar menulis huruf (ة،� .( ،ء،

WP423(Kitabah Modul II)WP423(Kitabah Modul II)WP423(Kitabah Modul II)WP423(Kitabah Modul II)

• Lam Syamsiah & Lam Qamariah. • Ta’ Marbutah & Ta’ Maftuhah. • Huruf Mad. • Syaddah & Tanwin. • Tanda Baca: Tanya. • Tanda Baca: koma. • Tanda Baca: dua titik bertindan. • Tanda Baca: satu titik. • Huruf-huruf yg hampir serupa bunyinya (1). • Huruf-huruf yg hampir serupa bunyinya (2). • Huruf-huruf yg disebut tapi tidak ditulis. • Huruf-huruf yg ditulis tapi tidak disebut.

WP433(KitWP433(KitWP433(KitWP433(Kitaaaabah Modul III)bah Modul III)bah Modul III)bah Modul III)

• Kaedah membezakan Ta’ Marbutah & Ta’ Maftuhah. • Huruf-huruf yg hampir sama bunyinya. • Hamzah Wasl. • Hamzah Qat’i. • Kaedah menulis hamzah pertengahan di atas Alif. • Kaedah menulis hamzah pertengahan di atas Ya’ (1). • Kaedah menulis hamzah pertengahan di atas Ya’ (2). • Kaedah menulis hamzah pertengahan di atas Waw. • Kaedah menulis hamzah pertengahan bersendirian. • Kaedah menulis hamzah di akhir kalimah (1). • Kaedah menulis hamzah di akhir kalimah (2).

Page 17: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

WP5 BAHASA ARWP5 BAHASA ARWP5 BAHASA ARWP5 BAHASA ARAB (QIRAAH)AB (QIRAAH)AB (QIRAAH)AB (QIRAAH) WP513(QirWP513(QirWP513(QirWP513(Qiraaaa’’’’ah Modul I)ah Modul I)ah Modul I)ah Modul I)

• Mengenal & menyebut huruf (ب،ت،م). • Mengenal & menyebut huruf (ر،ف،د). • Mengenal & menyebut huruf (ل،ن،س،ش). • Mengenal & menyebut huruf (ز،ج). • Mengenal & menyebut huruf (ث،ذ). • Mengenal & menyebut huruf (ك،ق). • Mengenal & menyebut huruf (ص،ض،ط،ظ). • Mengenal & menyebut huruf ( ،خ،غ،ح). • Mengenal & menyebut huruf (ع،ء). • Mengenal & menyebut huruf (و،ي). • Syaddah, Lam Syamsiah & Lam Qamariah • Tanwin & Ta’ Marbutah

WP523(QirWP523(QirWP523(QirWP523(Qira’a’a’a’ah Modul II)ah Modul II)ah Modul II)ah Modul II)

• Sulaiman belajar di Ma’had Ta’lim Lughah Arabiah. • Bersama doktor. • Di pasar. • Nilai pekerjaan. • Hijrah ke Habsyah & Madinah. • Taman Haiwan. • Telefon. • Pencegahan lebih baik daripada rawatan. • Mengutamakan orang lain. • Riadah untuk ruh dan badan. • Cara membuat gula. • Imam Muslim & Imam Tabari.

WP533(QirWP533(QirWP533(QirWP533(Qira’a’a’a’ah Modul III)ah Modul III)ah Modul III)ah Modul III)

• Peranan lidah. • Alat-alat pengangkutan. • Ilmu yang bermanfaat. • Jahiliyah masakini & Jahiliyah masa lampau. • Pahlawan bertopeng • Pertubuhan Rabitah Alam Islami. • Amanah.

Page 18: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Sistem penghadaman dalam badan manusia. • Merawat kegemukan. • Bacalah ! • Kerisauan. • Pemakanan tidak sihat.

WP6 BAHASA ARAB (LUGHAH)WP6 BAHASA ARAB (LUGHAH)WP6 BAHASA ARAB (LUGHAH)WP6 BAHASA ARAB (LUGHAH) WP613WP613WP613WP613 (Lughah M(Lughah M(Lughah M(Lughah Modul I)odul I)odul I)odul I)

• Isim Isyarah. • Jumlah Ismiah ( mubtada’ & khabar ). • Huruf Qamariah & Syamsiah. • Kata hubung ( huruf jar ). • Idhafah ( perkataan bersandar ). • Zarf Zaman dan Zarf Makan. • Na’at dan Man’ut ( sifat ). • Isim Mausul. • Istifham. • Dhomir Muttasil. • Mufrad & Jama’. • Dhomir Munfasil. • Fi’il Madhi. • ‘Adat dam Ma’dud ( Bilangan 1- 10 ). • Mamnu’ minassarfi.

WP623(Lughah Modul II)WP623(Lughah Modul II)WP623(Lughah Modul II)WP623(Lughah Modul II)

• Mubtada’ dan Khabar. .Akhawatuha & ”إن“ •• “#َ%ْ&َ”. • Isim Tafdhil. • ‘Adat & Ma’dud ( 11-1000 ). • Fi’il Madhi – Mudhari’ – Amr. • Fa’il. • Maf’ul Bih. • Jumlah Fi’liah. • Jumlah Ismiah. • Dhomair lil Fa’il. .Akhawatuha & ”آ'ن“ •• Mufrad – Muthanna – Jama’.

Page 19: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Fi’il Ta’ajjub. • Nida’ ( Munaada ). • Al-Istifham. • Masdar. • Mubtada’ Dhomir. • “�” Nafiah. • “�” Nahiah. • Al-Alwan ( Warna ). • Harfu Nasb. • Lam Ta’lil. • Harfu Jazm ( Lam Amr ). • Tanda-tanda I’rab Isim ( Marfu’- Mansub – Majrur ).

WP633 (Lughah Modul III)WP633 (Lughah Modul III)WP633 (Lughah Modul III)WP633 (Lughah Modul III)

• Tanda-tanda I’rab : Asliah – Far’iah – Taqdiri. • Isim Mu’rab & Mabni. • Marfu’at min al-Asma’. • Fi’il. • Fi’il Mabni lil Majhul ( Niib Fa’il ). • Isim Fa’il & Isim Maf’ul. • Isim Makan & Isim Zaman. • Isim Alat. • Ma’rifah & Nakirah. • Mufrad – Muthanna – Jama’. • Jumlah Ismiah & Fi’liah. • Mubtada’ & Khabar. .ismuha wa khabaruha & ”إن“ • .ismuha wa khabaruha & ”آ'ن“ •• Harfu Jazm. • Ahruf Jazimah Fi’lan Wahidan. • Adawat Syarat Jazimah. • Fi’il Mujarrad & Fi’il Mazid. • Wazan Fi’il Mujarrad & Mazid. • Masdar Fi’il Mujarrad & Mazid.

WP643 (Lughah Modul VI)WP643 (Lughah Modul VI)WP643 (Lughah Modul VI)WP643 (Lughah Modul VI)

• Fi’il Lazim & Muta’addi. • Jama’ Taksir. • Nida’ & Munada.

Page 20: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Idhafah. • Bahagian-bahagian Fi’il. • Bahagian-bahagian dhomir:

- Dhomir Rafa’ Munfasil. - Dhomir Nasb Munfasil.

• Mansubat min al-Asma’. • Maf’ul Bih. • Maf’ul Fih ( Zharaf ). • Maf’ul Mutlaq. • Masdar Marrah. • Masdar Hai’ah. • Masdar Mimi. • Maf’ul Li ajlih ( Maf’ul Lahu ). • Tamyiz. • Fi’il Ta’ajjub. • Al-Hal & Wau Hal. • Mustasna. • At-Tawabi’ : Na’at – Badal – ‘Ataf – Taukid. • Mamnu’ min as-Sarfi.

WP7 BAHASA ARAB (MUHADATSAH)WP7 BAHASA ARAB (MUHADATSAH)WP7 BAHASA ARAB (MUHADATSAH)WP7 BAHASA ARAB (MUHADATSAH) WP713 (MuhWP713 (MuhWP713 (MuhWP713 (Muhaaaadatsah Modul I)datsah Modul I)datsah Modul I)datsah Modul I)

• Ucapan selamat, tahniah dan sesi kenal suai. • Tempat tinggal & pekerjaan. • Di rumah & bersama keluarga. • Hari, bulan, musim dan arah. • Lawatan ke taman haiwan. • Menziarahi perpustakaan. • Di lapangan terbang. • Menjamu di kedai makan. • Suasana di bilik darjah. • Beribadah di masjid. • Melanjutkan pengajian di universiti. • Berurusan di hospital.

Page 21: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

WP723 (MuhWP723 (MuhWP723 (MuhWP723 (Muhaaaadatsah Modul II)datsah Modul II)datsah Modul II)datsah Modul II)

• Sesi beramah mesra. • Makan diluar: menu & membuat pesanan, melunaskan bill, membuat aduan &

memberi pujian. • Perjalanan di jalan raya: menyoal tentang arah, isyarat dan tanda-tanda di jalan

raya, di stesyen minyak, membaik pulih kenderaan, menyewa & menumpang kenderaan.

• Pengangkutan awam: ehwal tiket, keterangan dan maklumat pengangkutan melalui kapal terbang, kereta api dan taksi.

• Bermalam di hotel dan berkhemah di kawasan peranginan. • Urusan kewangan di bank.

WP733 (MuhWP733 (MuhWP733 (MuhWP733 (Muhaaaadatsah Modul III)datsah Modul III)datsah Modul III)datsah Modul III)

• Ehwal surat menyurat.... • Perbualan di telefon.... • Membeli belah di pasar raya: membeli bahan makanan, pakaian & kasut,

peralatan kamera dan video, dan mencetak gambar, di kedai rambut.... • Di pusat informasi pelawat: tempat-tempat lawatan yang menarik. • Ehwal sukan. • Ehwal sakit & perubatan: mendapatkan khidmat doktor, keterangan pesakit. • Masa kecemasan & menghadapi masaalah: mendapatkan bantuan orang ramai,

sesat di jalan, kemalangan, kecurian, orang hilang, berurusan dengan polis dan membuat laporan.

WP8 BAHASA ARAB (TA’BIR)WP8 BAHASA ARAB (TA’BIR)WP8 BAHASA ARAB (TA’BIR)WP8 BAHASA ARAB (TA’BIR) WP813 (Ta’bir Modul I)WP813 (Ta’bir Modul I)WP813 (Ta’bir Modul I)WP813 (Ta’bir Modul I)

• Dhomir Munfasil. • Feel Madhi. • Feel Mudhari’. • Feel Amr. • As-Sa’ah ( Masa – Jam ). • Jumlah Ismiah. • Jumlah fi’liah. • ‘Adat dan Ma’dud. • Huruf Jar. • Istifham. • Isim Fa’il

Page 22: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

• Mufrad – Muthanna – Jama’. • Harfu Nasb. • Nasb Feel Mudhari’. • Perkataan Berlawan. • Maf’ul Bih. • Isim Tafdhil. • Feel Ta’ajjub. • Zarfu Zaman & Zarfu Makan. .”آ'ن“ •• Harfu Jazm ( )& ) & Fi’il Mudhari’. • Isim Mausul. • Isim Isyarah. • Mudhaf & Mudhaf Ilaih. • Harfu “Lam” Amr. • Penggunaan “س” pada Feel Mudhari’

WP823(Ta’bir Modul II)WP823(Ta’bir Modul II)WP823(Ta’bir Modul II)WP823(Ta’bir Modul II)

• Dhomir Munfasil. • Dhomir Muttasil. • Fi’il Ta’ajjub. .Ismuha wa Khabaruha & ”إن“ •• Isim Tafdhil. • Dialog (Perbualan). .”آ'ن“ & ”,+*ن“ •• Harfu Nasb (َأن – َ&ْ. - ِل ). • Harfu Jar. • MubtadÉ’ Muakhar. • Fi’il. • Fi’il. • Maf’ul Bih. • Mufrad – Muthanna – Jama’. • Jumlah Ismiah & Jumlah Fi’liah. .”س“ & ”1َ*َف“ •• “2.3َ”. • “ َ5ُ6ْ7ُ”. • Idhafah. • “ َ#َ%ْ&َ”. • Sifat ( Na’at ).

Page 23: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

WP913 TASAWWUR ISLAMWP913 TASAWWUR ISLAMWP913 TASAWWUR ISLAMWP913 TASAWWUR ISLAM Sinopsis: Kursus ini bertujuan untuk memberi pandangan yang komprehensif tentang Islam yang mencakupi aspek ketuhanan, kerasulan, al-Quran, al-hadith, kerohanian, syariah, pemerintahan, kekeluargaan, kemasyarakatan, institusi dan ekonomi sebagai satu entiti yang bersepadu dan tidak boleh dipisahkan. Ianya berbeza dengan segala bentuk ajaran, pemikiran dan sistem yang dicetuskan oleh manusia kerana Islam sesuai untuk setiap zaman, keadaan dan tempat. ASAS PEMIKIRAN ISLAM

• Tuhan, Alam, Insan dan Rasul - Tuhan. - Alam. - Insan. - Rasul.

• Kedudukan Wahyu dan Akal

- Takrif Wahyu, Ciri Wahyu & Cara Wahyu diturunkan. - Peranan Wahyu. - Akal & Ciri-cirinya. - Peranan Akal. - Perbezaan Antara Wahyu dan Akal. - Kelemahan Akal. - Bimbingan Al-Qur’an kepada Akal.

• Pengaruh luar yang merosakkan Pemikiran Muslim

- Aspek Pengaruh Penjajahan Pemikiran Luar. - Sosial dan Kebudayaan. - Ekonomi, Media Massa & Politik.

• Salah faham terhadap Islam

- Atheisme, Kapitalisme, Sosialisme & Sekularisme.

Page 24: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

PANDANGAN HIDUP ISLAM

• Islam Sebagai Satu Cara Hidup - Pengertian Islam. - Islam Sebagai al-Din.

• Ciri-ciri Pandangan Hidup Islam

- Ketuhanan (Rabbaniyyah). - Lengkap (Syumuliyyah). - Benar dan Nyata (Waqi’iyah).

WP1013 AQIDAH ISLAMWP1013 AQIDAH ISLAMWP1013 AQIDAH ISLAMWP1013 AQIDAH ISLAM Sinopsis: Matlamat kursus ini adalah menanamkan dan memperkukuhkan aqidah Islam berkaitan dengan keimanan terhadap Allah, malaikat dan qadha’ dan qadar. Diharapkan pada akhir kursus ini pelajar dapat menambahkan semangat cinta kepada Allah dan mengagongkan kebesarannya, menyedari kehebatan ciptaannya iaitu malaikat-malaikat yang juga merupakan tenteranya, menerima taqdir dan ketentuannya yang kadangkala tidak diketahui hikmah-hikmah disebaliknya. Akhir sekali sifat redha dan sifat muraqabatullah dapat disemai dalam sanubari para pelajar. WP913 (Aqidah IslWP913 (Aqidah IslWP913 (Aqidah IslWP913 (Aqidah Islaaaam Modul 1)m Modul 1)m Modul 1)m Modul 1)

1. Islam agama fitrah. 2. Pengenalan aqidah Tauhid. 3. Penjelasan mengenai tauhid Rububiyyah. 4. Penjelasan mengenai tauhid Uluhiyyah. 5. Pengertian Iman. 6. Beriman kepada Allah S.W.T. 7. Beriman kepada para Malaikat a.s. 8. Beriman kepada Kitab-kitab. 9. Beriman kepada para Rasul. 10. Beriman kepada Akhirat. 11. Beriman kepada Taqdir. 12. Perkara-perkara yang membatalkan Iman.

BUKU RUJUKAN:

1. Aqidah Islam Ahli sunnah wal jamaah, Mufti Sabah.

Page 25: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

WP1113 TAZKIYAH ALWP1113 TAZKIYAH ALWP1113 TAZKIYAH ALWP1113 TAZKIYAH AL----NAFSNAFSNAFSNAFS Sinopsis:

1. Ikhlas dan menjejak Sunnah Rasulullah s.a.w.

2. Fadhilat ilmu dan ulama.

3. Jenis-jenis hati: - Petanda hati yang sakit dan petanda hati yang sihat. - Sebab-sebab penyakit hati.

4. Perkara-perkara yang menracuni hati:

- Perbualan, pandangan, makanan dan pergaulan yang melampaui batas.

5. Santapan rohani yang menghidupkan hati: - Berzikir & membaca al-Qur’an. - Istighfar. - Berdoa. - Selawat ke atas Nabi s.a.w. - Qiyamullail. - Zuhud (Bersikap sederhana).

6. Mengimbangi tuntutan dunia & akhirat.

7. Muhasabah diri dan faedahnya.

8. Sabar & Syukur.

9. Tawakkal.

10. Cinta pada Allah s.w.t.

11. Redha dengan Qadha’ & Qadhar Allah s.w.t.

12. Takut pada Allah s.w.t dan mengharap rahmatNya.

13. Taubat: Rahsia & Keistimewaannya.

Page 26: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

BUKU-BUKU RUJUKAN:

1. Ihya Ulumuddin, li al-Ghazali bi Tahqiqi al-I’raqi. Tob’ah al-Syu’bi.

2. Ighasatul Lahfan Min Masoyidis Syaithan, li Ibni al-Qayim. Tob’ah al-Halbi.

3. Al-Taghrib wa al-Tarhib, li Munziri.

4. Riyadhus Solihin, li al-Nawawi, bi Tahqiqi al-Bani. Tob’ah al-Maktab al-Islami.

5. Al-Ruh, li Ibni al-Qayim. Tob’ah Muhammad Ali Sobih.

6. Maui’zatul al-Mu’minin, li al-Qasimi. Tob’ah al-Maktabah al-Tijariah.

D. SISTEM PENILAIAND. SISTEM PENILAIAND. SISTEM PENILAIAND. SISTEM PENILAIAN Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap semester. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Kelayakan menduduki peperiksaanKelayakan menduduki peperiksaanKelayakan menduduki peperiksaanKelayakan menduduki peperiksaan Setiap pelajar layak menduduki peperiksaan bagi sesuatu kursus jika ia mematuhi peraturan dari kehadiran dan melaksanakan semua tugasan yang ditetapkan oleh pensyarah. Pelajar yang tidak layak menduduki peperiksaan akan diberikan gred F. Sumber PemarkahanSumber PemarkahanSumber PemarkahanSumber Pemarkahan Markah keseluruhan setiap modul adalah 100% peperiksaan.

Page 27: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

Skema PemarkahanSkema PemarkahanSkema PemarkahanSkema Pemarkahan Prestasi seseorang pelajar setiap semester dinilai berdasarkan jam kredit, gred dan nilai purata gred.

MarkahMarkahMarkahMarkah Gred AbjadGred AbjadGred AbjadGred Abjad CatatanCatatanCatatanCatatan Mata NiMata NiMata NiMata Nilai Gredlai Gredlai Gredlai Gred 85 - 100 A Sangat Cemerlang 4.00 75 - 84 A- Cemerlang 3.60 70 - 74 B+ Sangat Baik 3.30 65 - 69 B Baik 3.00 60 - 64 B- Sangat Memuaskan 2.60 55 - 59 C+ Memuaskan 2.30 50 - 54 C Tidak Memuaskan 2.00 45 - 49 D Lemah 1.60 0 - 44 F Gagal 0.00 TH TH Tidak Hadir 0.00 TR TR Transfer Kredit -

Mata Pelajaran yang Tidak LulusMata Pelajaran yang Tidak LulusMata Pelajaran yang Tidak LulusMata Pelajaran yang Tidak Lulus Pelajar yang tidak lulus peperiksaan sesuatu mata pelajaran perlu menduduki semula modul tersebut apabila ditawarkan kelak. Jika keputusannya lulus, gred yang dianugerahkan ialah berdasarkan markah yang diraih. E. PENGANUGERAHAN SIJILE. PENGANUGERAHAN SIJILE. PENGANUGERAHAN SIJILE. PENGANUGERAHAN SIJIL Al-Zuhri akan menganugerahkan Sijil Pra-Diploma Pengajian Bahasa Arab mengikut kelas yang berdasarkan kepada Himpunan Purata Nilai Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan. Kelas yang dianugerahkan adalah seperti berikut:

Himpunan Purata Nilai GredHimpunan Purata Nilai GredHimpunan Purata Nilai GredHimpunan Purata Nilai Gred Kelas Sijil DiplomaKelas Sijil DiplomaKelas Sijil DiplomaKelas Sijil Diploma 3.60 – 4.00 Sangat Cemerlang 3.10 – 3.59 Cemerlang 2.60 – 3.09 Sangat Baik 2.10 – 2.59 Baik 1.60 – 2.09 Lulus 1.00 – 1.59 Lemah 0.10 – 0.99 Gagal

Page 28: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

Sistem PenilaSistem PenilaSistem PenilaSistem Penilaian dan Purata Nilai Gred (PNG)ian dan Purata Nilai Gred (PNG)ian dan Purata Nilai Gred (PNG)ian dan Purata Nilai Gred (PNG) Kesemua matapelajaran akan diambil kira untuk mengira Purata Nila Gred (PNG) semester dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG). Contoh perkiraan bagi PNG adalah seperti berikut:

Semester 1Semester 1Semester 1Semester 1

KursusKursusKursusKursus GredGredGredGred Nilai GredNilai GredNilai GredNilai Gred Jam KreditJam KreditJam KreditJam Kredit HHHHimpunanimpunanimpunanimpunan

Purata Nilai GredPurata Nilai GredPurata Nilai GredPurata Nilai Gred Kitabah 1 B 3 3 9 Qiraah I B 3 3 9 Ulum Quran 1 A 4 3 12 Ulum Syariah 1 C 2 3 6 Ulum Hadith 1 A 4 3 12 Aqidah Islam B 3 3 9

JUMLAHJUMLAHJUMLAHJUMLAH 11118888 55557777 Purata Nilai Gred (Purata Nilai Gred (Purata Nilai Gred (Purata Nilai Gred (55557)7)7)7)

GPAGPAGPAGPA Kredit (1Kredit (1Kredit (1Kredit (18888))))

3.13.13.13.17777

Semester 2Semester 2Semester 2Semester 2

KursusKursusKursusKursus GredGredGredGred Nilai GredNilai GredNilai GredNilai Gred JJJJam Kreditam Kreditam Kreditam Kredit HimpunanHimpunanHimpunanHimpunan

Purata Nilai GredPurata Nilai GredPurata Nilai GredPurata Nilai Gred Kitabah 2 A 4 3 12 Qiraah 2 C 2 3 6 Muhadatsah 1 C+ 2.3 3 6.9 Lughah 1 B- 2.6 3 7.8 Ulum Quran 2 A 4 3 12 Ulum Hadith 2 B+ 3.3 3 9.9 Ulum Syariah 2 B 3 3 9

JUMLAHJUMLAHJUMLAHJUMLAH 21212121 63.663.663.663.6 Purata Nilai Gred (Purata Nilai Gred (Purata Nilai Gred (Purata Nilai Gred (63.663.663.663.6))))

GPAGPAGPAGPA KreKreKreKredit (dit (dit (dit (21212121))))

3.3.3.3.03030303

Purata Nilai Gred (Purata Nilai Gred (Purata Nilai Gred (Purata Nilai Gred (57+63.657+63.657+63.657+63.6)))) CGPACGPACGPACGPA

Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Kredit (Kredit (Kredit (Kredit (18+2118+2118+2118+21)))) 3.093.093.093.09

Page 29: Prospektus Pra-diploma Pengajian Bahasa Arab (PPBA) PPBA.pdf · berperingkat melalui surah-surah dari Juz amma dan beberapa ayat pilihan, ... • Surah al-Tin. • Surah al-A

SyaratSyaratSyaratSyarat----syarat Penganugerahan Sijil:syarat Penganugerahan Sijil:syarat Penganugerahan Sijil:syarat Penganugerahan Sijil: Sijil Pra-Diploma dianugerahkan kepada pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Telah memenuhi syarat-syarat keperluan Sijil iaitu menamatkan 27 modul dalam tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.

2. Mendapat keseluruhan Himpunan Purata Nilaian Gred yang tidak kurang dari

2.00.

3. Mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.

4. Pengesahan dari Jabatan Akademik.

5. Telah melunaskan semua yuran-yuran yang ditetapkan.