10
PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

PROTOKOL PEMULIHANMAHKAMAH BESAR

Page 2: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

Protokol Mahkamah Tinggi1. Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi akan diteruskan samaada

secara bersemuka atau atas talian/ secara maya tertakhluk kepada budi bicaraHakim setelah pertimbangan akan kesesuaiannya dilakukan (termasuk tetapitidak terhad kepada keadilan, keberkesanan, kualiti, kecekapan dan kesesuaian).Pihak yang terlibat akan dimaklumkan oleh Hakim atau Unit Pendaftaran yangberkenaan bagaimana prosiding akan dijalankan.

2. Perbicaraan di hadapan Pendaftar Mahkamah Besar akan diperdengarkan secaraatas talian/maya pada lazimnya.

3. Pihak yang tidak diwakili peguam yang tidak mempunyai ruang fizikal atauteknologi untuk menjalankan perbicaraan secara di atas talian akan disediakanbilik di bangunan Mahkamah Tinggi bagi membolehkan mereka meneruskanperbicaraan atas talian / secara maya.

4. Kaunter perkhidmatan akan beroperasi melalui penggunaan dropbox, JCMS,email atau melalui temu janji dengan Pejabat Pendaftaran yang berkenaan.

5. Semua pihak dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yangditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti telah lengkap dua dos vaksinCOVID -19, memakai sungkup muka, mempraktikkan penjarakkan sosial dankeputusan PCR/ART test yang negatif.

Page 3: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

PANDUAN PENDENGARAN JARAK JAUH (‘REMOTE HEARINGS’)

Mahkamah Peguam Saksi-Saksi

• Sebelum memutuskan untuk membenarkan memberi

kesaksian secara maya, Mahkamah mesti mengambil kira

hak defendan untuk perbicaraan yang adil

• Peguam bela dan pendakwa/plaintif harus menimbangkan

dan bersetuju jika meneruskan perbicaraan secara maya

adalah wajar

• Mahkamah harus bertanya tentang keperluan pihak yang

hadir iaitu; menjalankan percubaan, mempunyai bilik

persendirian, waktu/zon masa, teknologi dan internet dsb.

• Mahkamah harus menjelaskan bagaimana perbicaraan

akan dijalankan (tertib di mana pihak bercakap, dan

bagaimana jurubahasa akan menterjemah dahulu) dan

memantau mereka yang hadir pada perbicaraan.

• Hakim/Pegawai Kehakiman harus sebelumnya tersedia

membaca semua dokumen-dokumen daripada pihak-

pihak

• Mahkamah harus merakamkan perbicaraan, pihak

berkenaan harus dimaklumkan tentang rakaman.

• Mahkamah harus menerangkan sebelumnya:

o Meletakkan posisi kamera yang bersesuaian

o Cara bagaimana mereka berbicara (penggunaan

mic/angkat tangan/fungsi bual)

o Isu-isu yang boleh berbangkit (gangguan, masalah

perhubungan dsb.) dan bagaimana mengatasinya.

o Kesan pada pihak yang terganggu

• Mahkamah harus bersedia membenarkan banyak masa

rehat dan jangkamasa untuk menerangkan prosedur dan

dasar pada keputusan

• Mahkamah harus maklum tentang lokasi dimana pihak

yang sedang mengambil bahagian- tidak semua litigant

mempunyai ruang peribadi, yang senyap untuk menyertai

perbicaraan.

- Mengamalkan perkara di dalam

Surat Keliling Ketua Pendaftar

1/2021

- Semua dokumen mahkamah

mesti dihantar melalui

kemudahan elektronik sebelum

perbicaraan.

- Fokus pada penyampaian

secara oral, Peguam tidak harus

membacakan hujahan.

- Peguam yang berhasrat untuk

berkongsi skrin harus meminta

kebenaran mahkamah terlebih

dahulu

- Interjections boleh dilakukan

dengan mengangkat tangan

terlebih dahulu

- Meminimakan gangguan

- Di hujung perbicaraan,

Hakim/Pegawai Kehakiman yang

akan lebih dulu memutuskan

talian

- Mikrofon dalam keadaan mute

bila tidak digunakan.

- Peguambela mesti bersendirian

(rakan guam dibenarkan) di

dalam bilik yang terjamin dengan

pintu ditutup kemas.

- Peguam tidak boleh

merakamkan perbicaraan

➢ Saksi harus mempunyai latakbelakang berkecuali

➢ Saksi-saksi boleh memberi keterangan dari lokasi rasmi (bangunan

kerajaan, firma guaman, mahkamah)

➢ Saksi boleh memberi kesaksian dari rumah kediaman jika difikirkan

bersesuaian berdasarkan dari keadaan semasa dan harus

memaklumkan pihak mahkamah alamat saksi tersebut

➢ Saksi mesti berpakaian yang bersesuaian untuk perbicaraan

Mahkamah

➢ Saksi harus ditanyakan untuk memastikan siapa yang hadir di dalam

ruangan di mana mereka sedang duduk ketika memberikan kesaksian.

➢ Saksi harus ‘menunjukkan” pada hakim keadaan sekitar dmana mereka

duduk. Ini harus dilakukan beberapa kali semasa perbicaraan

➢ Meminta saksi untuk duduk jauh dari skrin agar mereka tidak dapat

membaca sebarang bahan dari dalam computer. Jika ada kekhuatiran

yang saksi membaca melalui skrip yang tersedia lebih awal, maka

hakim akan menanyakan perkara ini.

➢ Meminta saksi memberi keterangan sebelum memberi kesaksian

bahawa mereka tidak akan terganggu dan tiada orang di ruangan

bersama mereka mereka ketika memberi keterangan.

➢ Memberikan kemudahan bualan sulit, untuk membenarkan saksi

berhubung terus dengan Hakim jika mereka ada keperluan

➢ Saksi-saksi mesti memasuki ruangan 10 minit lebih awal sebelum

perbicaraan dan menunggu di ‘ruang tunggu’ sehingga mereka

dibenarkan masuk.

➢ Saksi tidak perlu berdiri apabila mengangkat sumpah

➢ Saksi haruslah sendirian, di ruang yang terjamin, dengan pintu tertutup

rapi dan dipastikan tiada sebarang gangguan

➢ Saksi harus membaca semula semua keterangan atau afidavit yang

mutakhir, atau laporan yang dibuatnya di dalam perbicaraan dan

mempunyai salinan dokumen berkenaan bersama

➢ Saksi tidak boleh merakamkan perbicaraan

Page 4: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

Protokol Mahkamah Perantaraan1. Pendengaran Mahkamah Perantaraan di hadapan hakim-hakim Mahkamah Perantaraan akan dilaksanakan secara bersemuka atau

jarak jauh/dalam talian/secara maya berdasarkan budi bicara Hakim setelah mempertimbangkan semua keadaan yang berkaitan

(termasuk tetapi tidak terhad kepada keadilan, keberkesanan, kualiti, kecekapan, kesesuaian). Pihak-pihak berkenaan akan

dimaklumkan terlebih dahulu oleh Hakim atau Pendaftar mengenai tatacara pendengaran yang akan dijalankan.

2. Perbicaraan di hadapan hakim-hakim Mahkamah Perantaraan akan diperdengarkan secara atas talian/maya pada lazimnya.

3. Pada lazimnya Pendengaran di hadapan Pendaftar Mahkamah Perantaraan akan dilaksanakan secara dalam talian/secara maya.

4. Pihak-pihak tanpa wakil peguam yang tidak mempunyai kemudahan teknologi atau fizikal untuk berada dalam talian akan disediakan

sebuah bilik di bangunan Mahkamah Tinggi di mana mereka boleh mendaftar masuk untuk pendengaran.

5. Perkhidmatan kaunter boleh diakses melalui dropbox, JCMS, emel atau membuat temujanji dengan Unit Pendaftaran.

6. Semua pihak diarahkan untuk mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti

sudah menerima 2 dos vaksin Covid-19, memakai sungkup muka, menjarakkan sosial, mempunyai keputusan negatif ujian PCR/ART.

Page 5: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

Unit Pendaftaran Kebankrapan1. Kaunter Kebankrapan akan kembali semula beroperasi dan akan terus mematuhi SOP

selaras dengan Kementerian Kesihatan. Hanya mereka yang memakai sungkup muka dansudah menerima 2 dos vaksin akan diterima untuk memasuki bangunan mahkamah.

2. Ujian PCR/ART mungkin akan diperlukan untuk memasuki premis-premis mahkamah.

3. Perjumpaan pemiutang mungkin akan dilaksanakan secara dalam talian hanya jikaPetitioning Creditor boleh menampung Judgement Debtor (penghutang) di dalam pejabatmereka. Sebarang dokumen atau pertanyaan bolehlah dikemukakan melalui emel ataudropbox.

4. Penjarakkan sosial hendaklah sentiasa dilaksanakan semasa penghutang berada di dalampejabat Petitioning Creditor’s.

5. Petitioning Creditor dikehendaki memaklumkan secara bertulis kepada Timbalan PenerimaRasmi mengenai kapasiti yang boleh disediakan sebelum perjumpaan pertama pemiutangditetapkan.

6. Permohonan penghutang akan terus diterima melalui emel atau dropbox dan akandiuruskan secara bertulis. Bagaimanapun, jika perjumpaan pemiutang masih diperlukan,Perjumpaan boleh lah dilaksanakan secara dalam talian hanya jika judgment debtormempunyai akses dan bersetuju untuk menghadirinya, dan jika Petitioning Creditor bolehmenampung judgment debtor di dalam pejabat mereka.

7. Pendengaran waran tangkap tergantung kepada pelaksanaan waran oleh Polis DiRajaBrunei.

8. Jika permohonan dari penghutang diterima dan mahkamah memerlukan pandangan daripemiutang-pemiutang, mahkamah akan memberi tempoh selama 2 minggu kepadapemiutang-pemiutang untuk mengembalikan semula pandangan mereka. Jika gagal,sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah akan dianggap diterima oleh pemiutang-pemiutang.

9. Pengambilan cek akan terus diadakan secara temujanji dan akan disediakan di kaunter-kaunter kebankrapan.

10. Perkhidmatan kaunter akan diteruskan melalui emel atau dropbox.

Page 6: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

Unit Pendaftaran Waris1. Rancangan akan dilaksanakan pada peringkat yang berbeza semasa tempoh peralihan dijalankan bermuka 19hb November 2021 sehingga tamat. Pertimbangan mengenai tempoh endemik juga akan diambil kira.2. Tumpuan utama dalam tempoh peralihan ini ialah pembukaan semula perkhidmatan kaunter dan kesinambungan pendengaran DPO secara dalam talian ataufizikal.3. Semua surat-menyurat dan pertanyaan am akan diteruskan melalui emel, telefon atau JCMS.

DOKUMEN-DOKUMEN DAN PERMOHONAN

4.Skop: Surat Petadbiran/Surat Waris, Corrective Affidavit atau sebarang pertanyaan lanjut5. Tatacara: Penggunaan dropbox dan dalam talian akan giat dijalankan. Pengguna yang berdaftar dengan fail sedia ada akan diuruskan melalui JCMS. Pemfailansecara perseorangan adalah tidak dibenarkan.6. Bermula: November/ Disember 2021.7. Penerimaan permohonan

● Permohonan dengan dokumen yang lengkap hanya akan diterima:● Melalui dropbox ; atau● Emel

● Semua surat-menyurat akan diteruskan melalui emel, telefon atau JCMS● Semua borang permohonan dan senarai semak boleh dimuat turun seperti yang telah disediakan di laman sesawang Kehakiman. Borang dan senarai

semak akan diemel oleh pejabat pendaftaran waris.● Pemberian surat pentadbiran● Affidavit for Collector of Stamps● Petition for Administration● Dokumen-dokumen yang lain juga akan disediakan dalam talian

● Dokumen-dokumen baru akan dimuat naik ke dalam JCMS● Jika salinan digital diterima, Penolong Pegawai Waris akan:

● Mencetak atau mengisi borang untuk dimuat naik dan membuka fail JCMS baharu jika belum● Memuat naik salinan digital dokumen ke dalam fail JCMS

Page 7: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

Unit Pendaftaran Waris8. Borang di proses:

a. Selepas dokumen lengkap, resit akan dihantar melalui email dan arahan bagi pembayaran akan diberikan kepada pemohon dengan mengikut waktu (slot) yangditetapkan.

b. Sebaik ada bukti pembayaran daripada pemohon, fail dibuka.c. Proses seterusnya berjalan mengikut SOP.

PENDENGARAN

9. Skop: Lanitkan Petadbir/Waris, De Bonis, sebutan dan medisasi (mediation)10. Tarikh bermula:

NOVEMBER DECEMBER JANUARY

Pendengaran di atas

talian hanya untuk kes

yang mendesak

1st half: Pendengaran atas talian untuk kes mendesak sahaja

dan menggunakan bilik zoom.

2nd half: Pertimbangan untuk memilih pendengaran kes

tertentu sahaja untuk dijalankan secara fizikal.

Mengekalkan pendengaran kes di

atas talian dengan pendengaran kes

secara bersemuka yang terpilih.

11. Platform: Atas Talian, Bilik Zoom and Mahkamah. Pertimbangan untuk sebutan kes akan diberi mengikut hierarki platform (dengan persetujuan pihak-pihak yangterlibat)a. Atas Talian – semua pihak-pihak terlibat di rumah masing-masingb. Atas Talian – pemohon di bilik zoom Mahkamah Tinggic. Mahkamah – Kehadiran Fizikal dikehendaki12. Pertimbangan untuk platforms:

a. jenis kes (Pada kebiasaannya, kes yang tidak dipertikai akan melaksanakan pendengaran kes secara atas talian)b. kerumitan kesc. jumlah kehadiran pihak-pihak yang terlibatd. masa yang diperlukan untuk kes

Page 8: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

Unit Pendaftaran Waris13. Senarai kes-kes: Penolong Pegawai Waris akan menyediakan fail-fail yang sedia untuk diperdengarkan dan memutuskan samaada kes-kes tersebut sesuai

diperdengarkan secara atas talian. Penolong Pegawai Waris akan menghubungi pihak yang terlibat untuk mendapatkan persetujuan dan jika terdapat sebarangkebimbangan jika pendengaran kes secara atas talian dilakukan. Jika kebimbangan itu tidak dapat ditangani, Penolong Pegawai Waris akan merujuk kepada

Timbalan Pegawai Waris untuk arahan selanjutnya14. Pertimbangan selanjutnya mengenai dengan penggunaan platform akan diberi jika jumlah kes yang diperdengarkan dalam sebulan tidak dapat diselesaikan

dengan hanya bergantung kepada satu aplikasi sahaja15. Pendengaran diatas kertas: Sebagai tambahan dan alternatif bagi platform yang sedia ada. Pendengaran diatas kerta tidak memerlukan persetujuan pihak-

pihak yang terlibat. Ini akan meningkatkan jumlah pendengaran kes yang dapat dijalankan serta mengurangkan kehadiran orang awam secara fizikal diMahkamah. Template yang diusulkan untuk diisi oleh pihak-pihak tersebut masih di dalam pertimbangan.

16. Penjadualan Pendengaran Kess:a. LA/PROBATE/ DEBONIS: Maksimum sebanyak 3 kes ditetapkan sejam untuk Rimbalan Pegawai Waris yang bertugas pada setiap hari Selasa. Kes-kes yang

sesuai diperdengarkanakan ditetapkan pada jam 9.00 pagi, 9.15 pagi dan 9.30 pagi, Penolong Pegawai Waris akan menetapkan masa danmemaklumkannya kepada Pendaftar sebelum hari Khamis pada minggu sebelumnya.

b. SEBUTAN KES/SIDANG PENGANTARAAN: Tarikh dan masa akan ditetapkan oleh Timbalan Pegawai Waris yang menguruskan kes.17. Pendengaran Secara Di Atas Talian: Rujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) mahkamah. Jika pihak yang terlibat ingin menyertai pendengaran tersebut,

mereka dikehendaki menghantar notis makluman awal secara bertulis kepada Pendaftaran Waris.18. Pendengaran Secara Bersemuka (Fizikal): rujuk kepada garis panduan bagi pendengaran secara bersemuka. Pertimbangan yang diperlukan:

a. tempat untuk menjalankan pendengaran kes,b. masa yang diperuntukkan untuk pendengaran kes,

c. Bilangan maksimum kehadiran yang dibenarkan (disarankan hanya 5 orang sahaja jika perlu)d. Masa maksimum yang dibenarkan bagi setiap sesi di dalam mahkamah ( Cadangan: 30 minit)

19. Permohonan melalui Summons in Chambers (SIC) : rujuk kepada Protokol Pendaftar menegnai SIC

Page 9: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

PENDAFTARAN PERKAHWINAN SIVIL

1. Perkahwinan Sivil pada lazimnya akan dijalankan di hadapan Pendaftar dan di hadapan saksidibangunan Mahkamah.

2. Kehadiran yang dibenarkan hanya terhad kepada pasangan pengantin, dua orang saksi dan PendaftarPerkahwinan

3. Temuduga perkahwinan akan dijalankan secara di atas talian/secara maya.

4. Kaunter-kaunter perkhidmatan akan beroperasi melalui email atau dropbox. Walk-ins hanyadibenarkan melalui temu janji sahaja.

5. Semua pihak dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti telah lengkap dua dos vaksin COVID-19, memakai sungkup muka, mempraktikkan penjarakkan sosial dan keputusan PCR test negatif.

Page 10: PROTOKOL PEMULIHAN MAHKAMAH BESAR

Unit Penterjemahan

1. Tatacara meninggalkan dokumen-dokumen di dalam dropbox ataupun penyerahan melalui emel akan terus giat dijalankan

2. Pihak awam yang memerlukan perkhidmatan penterjemahan akan dihubungi untuk melakukan bayaran di mana dokumen akan terus diberikan dan disediakan di dalam dropbox.

3. Penterjemahan Bahasa Cina hanya akan dilangsungkan selepas 4hb Disember 2021.