PRU 13

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/23/2019 PRU 13

    1/2

    PILIHANRAYA UMUM KE-13 (PRU 13):

    KENYATAAN RASMI ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

    3 April 2013 / 22 Jamadil Awal 1434H

    Mengundi Merupakan Kesaksian Yang Diwajibkan Ke Atas Umat Islam

    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perlu Telus Dan Efisyen

    ABIM Seru Rakyat Tolak Amalan Politik Ganas & Lucah

    Merujuk kepada pengisytiharan pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana

    Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi, Angkatan Belia Islam

    Malaysia (ABIM) menilai pengumuman pembubaran tersebut sebagai

    langkah penting ke arah perkembangan demokrasi yang sihat di negara

    ini. Pembubaran yang dibuat sebelum Parlimen terbubar dengan

    sendirinya pada 28 April 2013 ini amat penting demi memastikan

    keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang

    selaku asas sistem pemerintahan raja berperlembagaan di negara ini

    tetap terpelihara.

    Sesungguhnya pengumuman pembubaran parlimen ini telah meredakan

    teka-teki dan kekeliruan di kalangan rakyat sejak sekian lama,khususnya

    selepas Dewan Undangan Negeri Sembilan terbubar pada 28 Mac yang

    lalu dan kemungkinan terbubarnya beberapa DUN yang lain andainya

    pengumuman pembubaran Parlimen ini tidak dilakukan segera.

    Memandangkan pilihanraya ini paling dinanti-nantikan serta bakal disorot

    dengan penuh minat oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negara,

    ABIM mengharapkan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) ini bakal

    diadakan dengan penuh telus,teratur dan demokratik serta

    terhindar dari sebarang insiden negatif yang memalukan

    pengamalan demokrasi di negara ini.

    Justeru, ABIM menyeru agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

    memainkan peranannya bukan sahaja secara efektif dan berkesan

    mengikut tatacara pilihanraya, bahkan yang terlebih penting ialah

  • 8/23/2019 PRU 13

    2/2

    memastikan kredibiliti dan integriti SPR itu sendiri tidak diragui

    sepanjang pengendalian pilihanraya akan datang.

    ABIM turut berharap agar badan-badan pemerhati dan pemantau

    pilihanraya yang terdiri daripada pertubuhan masyarakat sivil

    dapat memainkan peranan penting sebagai badan pemantau dan

    pengimbang (check and balance) dalam memastikan kelancaran

    PRU 13.

    Mengambil kesempatan ini, pihak ABIM sekali lagi mendesak dengan

    tegas agar sebarang amalan politik negatif seperti budaya politik

    samseng, fitnah dan lucah serta pendekatan politik londeh-

    melondeh ditolak sama sekali oleh parti-parti politik yang

    bertanding, para penyokong dan rakyat keseluruhannya. Marilah

    kita bersama-sama mengamalkan politik bermaruah sebagai landasan

    terbaik menjayakan pemilihan pemimpin untuk menerajui tanahair

    tercinta.

    Akhir sekali, ABIM menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya

    generasi muda dan para belia untuk melaksanakan hak sebagai

    warganegara dengan turun mengundi pada hari pilihanraya.

    Sesungguhnya tanggungjawab mengundi bukanlah tanggungjawab

    kenegaraan semata-mata, bahkan menurut ajaran Islam,

    mengundi wakil rakyat dalam pilihanraya merupakan

    tanggungjawab kesaksian dan keagamaan yang wajib

    dilaksanakan!

    MEMARTABATKAN KARAMAH INSANIAH

    MEMIMPIN KEBANGKITAN UMAT

    AMIDI DATO' ABDUL MANAN

    Presiden