13
MENGAPAKAH ZAMAN RENAISSANCE / ZAMAN KELAHIRAN SEMULA DAN ZAMAN PENCERAHAN DILIHAT SEBAGAI TITIK TOLAK KEPADA KEBANGKITAN RASIONALISME DALAM ILMU DAN PERTUMBUHAN SAINS SOSIAL? AISYAH BINTI AZMI (A137211) MOHD SHAZWAN BIN MOKHTAR (A136437) NOOR FATIN BINTI HALID (A136503) NUR AFIQKHA AKMA BINTI MOHD HUSSEIN (A136288) SYAZWANI BINTI MOKHTAR (A136512)

Pss tutor (2)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pss tutor (2)

MENGAPAKAH ZAMAN RENAISSANCE / ZAMAN

KELAHIRAN SEMULA DAN ZAMAN PENCERAHAN

DILIHAT SEBAGAI TITIK TOLAK KEPADA

KEBANGKITAN RASIONALISME DALAM ILMU DAN

PERTUMBUHAN SAINS SOSIAL?

AISYAH BINTI AZMI (A137211)

MOHD SHAZWAN BIN MOKHTAR (A136437)

NOOR FATIN BINTI HALID (A136503)

NUR AFIQKHA AKMA BINTI MOHD HUSSEIN (A136288)

SYAZWANI BINTI MOKHTAR (A136512)

Page 2: Pss tutor (2)

RASIONALISME

Sebelum Zaman Pencerahan yakni pada Zaman Pertengahan, tradisi sains dibangunkan oleh golongan agamawan yang bersifat teleologikal dan menganggap kajian tentang alam bedasarkan penakulan manusia tidak wajar dan tidak mungkin dilakukan yakni dari segi agamanya dianggap menyebar ajaran sesat.

Walau bagaimanapun, kewajaran epistemologi yang mendasari tradisi ilmu pada Zaman Pertengahan mula dipersoalkan apabila Eropah memasuki Zaman Renaissance (1450-1650) dan seterusnya Zaman Pencerahan (1650-1800). Hal ini turut memberi impak dalam perubahan yang berlaku dalam bidang seni, senibina, ekonomi.

Pada Zaman Pencerahan terutamanya, masyarakat Barat telah menerima rasionalisme sebagai prinsip utama untuk mencari dan menyusun ilmu.

Page 3: Pss tutor (2)

Falsafah rasional (rasionalisme) yang

diperkenalkan ialah penakulan manusia (human

reasoning) secara logik dan sistematik.

Pengetahuan mengenai alam nyata dapat

diperolehi melalui proses penakulan manusia

bukanlah berasaskan kepercayaan dan keimanan

seperti di Zaman Pertengahan.

Semua ilmu pengetahuan boleh dinyatakan dalam

bentuk satu sistem.

Ia berkaitan dengan usaha untuk mencari prinsip,

peraturan dan hukum-hukum yang mendasari

kehidupan bukan semata-mata mengumpul dan

mempelajari maklumat yang banyak tentang

sesuatu fenomena.

Page 4: Pss tutor (2)

Penyebaran falsafah rasional (rasionalisme) dan satu

himpunan pengetahuan baru yang mengandaikan

segala benda di alam nyata boleh diselidiki dan dikaji

secara sistematik dan objektif seperti sains tulen.

Sejak itu, sains sosial yang didasari oleh falsafah

rasional berkembang mengikut 3 zaman utama:

Zaman Pertengahan (Middle Ages – 500-1450)

Zaman Renaissance (Kelahiran Semula – 1450-

1650/ abad ke 15- abad ke 17)

Zaman Pencerahan atau Keserlahan (Enlightment –

1650 – 1800/abad ke 17- awal abad ke 19)

Page 5: Pss tutor (2)

ZAMAN RENAISSANCE (KELAHIRAN SEMULA)

Masih sistem feudal; zaman penerokaan dan penjelajahan; raja-raja Eropah bersaing menghantar pengembara / pelayar contohnya Christopher Columbus dan Francis Drake meneroka kawasan baru.

Perkembangan empayar Islam (Abassiyah di Baghdad, Damsyik).

Peristiwa-peristiwa penting yang meyebabkan kewajaran tradisi teleologikal dipersoalkan –

1) Pengaruh falsafah rasional Islam yang merebak ke Eropah akibat pertembungan dengan tamadun budaya Islam

Penakulan manusia telah lama diutamakan dalam Islam untuk memahami penciptaan, alam nyata, sifat Tuhan, sifat manusia.

Antara ahli pemikir Islam yang menyumbang kepada ilmu matematik, algebra, alchemy, sejarah : Ibnu Sina (Avicenna), Ibnu Rushd (Avirroes), dan Ibnu Khaldun (penulis buku ‘Muqadimmah’)

Page 6: Pss tutor (2)

2) Penemuan dan penerimaan semula falsafah rasional

Yunani yang dipopularkan oleh Aristotle, Socrates, Plato,

Archimedes. Ahli fikir Yunani ini telah lama berusaha

memperjelaskan secara logikal sifat masyarakat, peranan

pemerintah atau negara, fungsi pasar, tetapi ditolak di

Zaman Pertengahan.

Tertarik dengan saranan ahli fikir Islam dan Yunani tentang

peri pentingnya penakulan manusia sebagai sumber ilmu

pengetahuan, ahli fikir zaman Renaissance seperti Rene

Descartes, Spinoza, dan Leibniz.

Rene Descartes Spinoza Leibniz

Page 7: Pss tutor (2)

Membuat spekulasi falsafah (bukan kajian empirikal)

tentang proses pemikiran itu sendiri (the thinking

process), kewujudan manusia (human existence),

keadaan manusia(human condition), sifat dan peranan

kesedaran manusia (human consciousness) membina

tamadun manusia.

Menyarankan bahawa segala yang wujud dalam alam

nyata adalah hasil pemikiran manusia atau cerminan

kesedaran manusia.

Menyarankan bahawa selain tradisi dan autoriti ilmuan-

agama (religious scolars) keupayaan manusia berfikir

dan membuat penakulan perlu diambil kira dalam

proses penjanaan ilmu pengetahuan.

Page 8: Pss tutor (2)

ZAMAN ENLIGHTMENT (PENCERAHAN)

Falsafah rasional hanya menjadi salah satu cara

pemikiran yang dominan pada zaman berikutnya

iaitu pada Zaman Pencerahan di sekitar abad ke-17

dan ke-18 seiring dengan perubahan yang berlaku

dalam kalangan masyarakat Eropah.

Manusia semakin digalakkan berfikir dan membuat

penakulan secara logik dan sistematik

Aspek-aspek kehidupan manusia boleh dikaji

secara sistematik, logikal dan kritikal, termasuk

kepercayaan keagamaan, estetika, dan pendidikan.

Page 9: Pss tutor (2)

Perubahan-perubahan sosial yang berlaku pada

ketika itu telah menyumbang kepada

perkembangan falsafah rasional.

Peristiwa-peristiwa utama yang memungkinkan

penyebaran dan penerimaan falsafah rasional di

Eropah:

pengluasan ekonomi perdagangan (mercantalism),

perkembangan sains fizikal seperti fizik, matematik,

astronomi, dan geologi,

reformasi keagamaan (Gerakan Protestant) diterajui

oleh Martin Luther yang mempersoalkan peranan

keagamaan dan kuasa tradisi paderi Katolik dan gereja,

lalu menyemarakkan Mazhab Protest dalam tradisi

Kristian.

Page 10: Pss tutor (2)

Kesan-kesan terhadap masyarakat Eropah:-

Kuasa dan dominasi gereja Katolik ke atas masyarakat

menjadi semakin lemah.

Hal ini membawa kepada kebebasan minda Eropah

daripada dikuasai gereja.

Keyakinan orang ramai terhadap sains dan kaedah

sains untuk memperolehi ilmu pengetahuan meningkat

terutamanya pada Zaman Isaac Newton.

Suasana intelektual berubah iaitu kajian kritis dan

saintifik mengenai alam nyata dari sudut fizikal dan

sosial dialu-alukan lalu mencetuskan gerakan intelektual

yang berusaha memartabatkan rasionalisme.

Page 11: Pss tutor (2)

SAINS SOSIAL

Bermula dari Zaman Pencerahan, rasionalisme telah diterima sebagai prinsip utama dalam mengkaji ilmu dan alam nyata.

Hal ini membawa kepada peningkatan minat dalam memahami alam semula jadi / persekitaran fizikal dan manusia secara saintifik.

Gedung ilmu pengetahuan juga telah berkembang dan ini mencetuskan usaha untuk menambahkan lagi pengetahuan saintifik tentang alam fizikal dan sosial yang menghasilkan dua cabang ilmu.:-

Sains Tabii (natural science)

Sains Kemanusiaan

Sains sosial sebagai bidang ilmu yang mengkaji masyarakat dan budaya manusia, secara khususnya bagaimana masyarakat itu berfungsi atau beroperasi dan unsur-unsur kebudayaan yang menentukan pola-pola umum tingkah laku manusia (general pattern of human behaviour) belum ada lagi pada masa itu.

Merupakan himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian mengenai manusia, budaya dan masyarakat, iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial, dan jaringan sosial sesama mereka.

Page 12: Pss tutor (2)

SUMBANGAN AHLI PEMIKIR PADA ZAMAN

PENCERAHAN

Situasi di Zaman Pencerahan yang menyokong pertumbuhan ilmu sains sosial di akhir abad ke 19:

Ada kepercayaan bahawa tamadun manusia sebenarnya telah maju, oleh itu, pemikiran manusia seharusnya maju juga.

Manusia lebih yakin dan berupaya untuk menentukan halatuju masyarakat dan dirinya.

Penjelasan keagamaan oleh ilmuan agama tentang masalah sosial yang dikatakan sebagai sesuatu yang ditakdirkan Tuhan semakin kurang diyakini.

Manusia semakin sensitif terhadap apa jua isu dan masalah sosial yang berlaku di sekitar mereka akibat peperangan, kemiskinan, dan konflik yang berlaku sejak abad ke-17 dan ke-18. Oleh itu, ada sikap ingin tahu dalam diri manusia. Contoh: Mengapa peperangan berlaku? Apa yang boleh dilakukan

untuk mencapai keamanan? Apakah bentuk kerajaan yang layak untuk melindungi manusia?

Page 13: Pss tutor (2)

KESIMPULAN

Zaman renaissance dan pencerahan sememangnya

menjadi titik tolak kepada perkembangan falsafah

rasionalisme, kerana:

Pengaruh rasional Islam yang diadaptasi.

Penemuan dan penerimaan semuala falsafah Yunani

Galakan berfikir dengan logik dan sistematik.

Perubahan sosial masyarakat.

Secara umum dilihat, lahir tokoh-tokoh pelopor yang

menyemai kembali keilmuan fahsafah di eropah / barat