Upload
others
View
1
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Catatan: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD *** Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN , MESIN SERTA ASPEK KEMUDAHAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR 4
SPH PERDANA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2001/2004
Saya MOHD SUHAIMI BIN ISMAIL ( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana?Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:-
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis in sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi 4. ** Sila tandakan ( / )
( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )
( ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan )
( / ) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, ______________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS ) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: No 38, Taman Sri Pelangi, Jalan Sultan Iskandar Syah 33000 Kuala Kangsar, Perak EN. KAMALULARIFFIN BIN SUBARI Nama Penyelia Tarikh : ___ March,2004 Tarikh :____March,2004
i
PROJEK SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN
TAJUK:
AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN,
MESIN SERTA ASPEK KEMUDAHAN BENGKEL DI KALANGAN
PELAJAR 4 SPH PERDANA FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENYELIDIK:
NAMA : MOHD SUHAIMI BIN ISMAIL
NO.K/P : 690403 – 08 – 5039 KURSUS : 4 SPH
SESSI : 2001 / 2004
PEMBIMBING : EN.KAMALULARIFIN BIN SUBARI
ii
AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN,
MESIN SERTA ASPEK KEMUDAHAN BENGKEL DI KALANGAN
PELAJAR 4 SPH PERDANA FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD SUHAIMI BIN ISMAIL
Projek Sarjana Muda ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
March, 2004
iii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : ………………………
Nama Penuh : Mohd Suhaimi Bin Ismail
Tarikh : 08 hb. March, 2004
iv
“ Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup ) “
Tandatangan : …………………………………….
Nama Pembimbing : En. Kamalularifin Bin Subari
Tarikh : …………March, 2004
v
DEDIKASI
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T yang telah memberi rahmat dan limpah kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tesis ini dengan jayanya.
Khas buat ,
Ibu tercinta,…..
Terima kasih yang tidak terhingga di atas dorongan dan sokongan serta berkat
doa yang diberikan untuk kejayaan anakmu ini.
Isteri Tersayang………,
Terima kasih di atas segala pengorbanan , motivasi dan kesetiaan malahan Kesabaranmu dalam mengharungi liku –liku hidup dan perjuangan…..
Anak-anakku……
Izzatnul Faiz dan Izzatnul Shafiq, semoga kejayaan ayah ini dapat dijadikansumber inspirasi dan pendorong untuk kalian terus melangkah menuju masa depan
Doaku moga kita semua di limpahi rahmat Illahi dan sentiasa mendapat keberkatanNya…Amin
vi
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dalam
memberikan kesabaran, ketabahan., ketekunan dan kesihatan yang sempurna ke
atas hambaNya yang daif ini. Disini, penulis ingin merakam jutaan terima kasih
kepada Encik Kamalularifin Bin Subari selaku penyelia tesis ini yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, motivasi dan sumbangan idea-idea
beliau yang bernas dalam proses menyiapkan projek penyelidikan ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Universiti Teknologi
Malaysia. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah Fakulti
Pendidikan dan pelajar-pelajar 4 SPH Perdana Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan Kemahiran Hidup kerana sudi memberikan maklum balas sepanjang
kajian ini dijalankan .
Di kesempatan ini juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang telah banyak membantu, berbincang dan memberikan
sumbangan idea-idea dalam menyiapkan tesis ini. Teruskanlah perjuangan yang
masih belum selesai.
Semoga jasa dan pengorbanan anda semua mendapat keberkatan Allah.
Hanya Dia lah yang dapat membalasnya. InsyaAllah
Mohd Suhaimi Bin Ismail.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau sejauh manakah amalan keselamatan
penggunaan alatan tangan dan amalan keselamatan penggunaan mesin serta
aspek kemudahan bengkel Fakulti Pendidikan di kalangan pelajar-pelajar 4 SPH
Perdana. Penyelidik mengambil keseluruhan populasi sebagai responden iaitu
seramai 37 orang. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang
mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan B. Segala data yang diperolehi
diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science
( SPSS ) versi 11.5 berdasarkan frekuensi dan peratusan Hasil dapatan kajian
menunjukkan amalan keselamatan penggunaan alatan tangan berada pada tahap
yang sangat dominan manakala amalan penggunaan mesin berada pada tahap
yang sederhana serta responden juga amat berpuas hati dengan segala
kemudahan yang ada di bengkel Fakulti Pendidikan. Di akhir kajian ini,
penyel;idik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak pensyarah,
Fakulti dan pihak-pihak tertentu untuk kebaikan bersama.
viii
ABSTRACT
The aim of this research was to study the level of using tools charity,
skill handling machine charity and workshops convenient which easy to use or
deal among the 4 SPH Perdana students. This research involved all of the
sample which are 37 of them.The instrument are use in this research was a set
of questionnaire which has two part A and B. All the data had been processed
by using Statistical Packages for Social Science ( SPSS ) software version 11.5.
based on frequency, percentage and t-test. The result of this study showed that
respondent are high level in using tools charity but showed medium level in
skill handling machine and very satified in workshops convenient. At the end
of this study, researcher also gave a few suggestions for lecturers and Faculty
xi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT PENGESAHAN TESIS.
JUDUL. I
PENGAKUAN. II
DEDIKASI. IV
PENGHARGAAN. V
ABSTRAK. . VI
ABSTRACT. VII
KANDUNGAN. XI
SENARAI RAJAH XVI
SENARAI LAMPIRAN XV
xii
BAB 1 PENDAHULUAN MUKA SURAT 1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Fakulti Pendidikan 11
1.6.2 Pensyarah 11
1.6.3 Pelajar-Pelajar Perdana 12
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Amalan Keselamatan 13
1.8.2 Mesin 13
1.8.3 Alatan Tangan 14
1.8.4 Kemahiran 15
1.8.5 Bengkel Kemahiran Hidup 15
1.8.6 Pelajar 4SPH Perdana 16
1.8.7 SPH 16
1.8.8 Kemahiran Hidup 17
1.8.9 Kemahiran Manipulatif 17
1.8.10 Amali 17
xiii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Aspek Amalan Keselamatan Penggunaan
Alat tangan dan Mesin 19
2.3 Aspek Kemudahan Keselamatan Bengkel 23
2.4 Penutup 27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 28
3.1 Rekabentuk Kajian 28
3.2 Sampel dan Populasi Kajian 29
3.3 Intrumen Kajian
3.3.1 Bahagian A 30
3.3.2 Bahagian B 31
3.4 Kajian Rintis 33
3.5 Prosedur Kajian 34
3.6 Analisis Data 34
3.6.1 Pertimbangan Skor Peratus 35
4.0 Penutup 36
xiv
BAB 4 : ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan
4.2 Bahagian A 38
4.3 Analisis Bahagian A 38
4.4 Analisis Bahagian B 41
4.5 Persoalan Kajian 1 42
4.6 Persoalan Kajian 2 45
4.7 Persoalan Kajian 3 49
BAB 5 : RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Rumusan
5.2 Perbincangan Kajian 55
5.3.1 Persoalan Kajian 1 56
5.3.2 Persoalan Kajian 2 58
5.3.3 Persoalan Kajian 3 61
5.3 Cadangan-cadangan 64
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.5 Penutup 67
BIBLIOGRAFI 68-72
xv
LAMPIRAN
A. Set Borang Soal Selidik
B. Analisis Alpha Cronbach
C. Analisis Data Frequencies
xvi
SENARAI JADUAL
NO . JADUAL SENARAI JADUAL HALAMAN
1.0 Statistik Kemalangan Di Malaysia 5
3.3.1 Taburan Jumlah Responden Lelaki
dan Perempuan 29
3.1 Pengkelasan Skala Likert Dengan Markah skor. 31
3.2 Pemeringkatan Skala Likert 32
3.3 Taburan itm-item Persoalan Kajian 32
3.5 Keputusan Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 33
3.4 Pembahagian Tahap Kegunaan Penyelidik 36
4.1 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 38
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 39
4.3 Taburan Responden Mengikut Akademik 39
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 40
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 40
4.6 Taburan Peratus dan Min Persoalan Kajian 1 42
4.7 Purata Peratusan dan Tahap Skor 44
4.8 Taburan Peratus dan Min Persoalan Kajian 2 45
4.9 Purata Peratusan dan Skor Kajian 2 48
4.1.0 Taburan Peratusan dan Min Persoalan Kajian 3 49
4.1.1 Purata Peratusan dan Tahap Skor kajian 3 52
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA A Borang Soal selidik
B Statistik Kolerasi
C Analisis Alpha
D Analisis Frekuensi
BAB 1.
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kepesatan pembangunan ekonomi Malaysia dapat di lihat dengan
kemajuan dalam sektor perindustrian dan pembangunan. Matlamat kerajaan
Malaysia untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju menjelang tahun
2020 telah memberikan satu cabaran baru kepada sistem pendidikan di negara
ini. Salah satu daripada sembilan cabaran wawasan 2020 ialah mewujudkan
masyarakat saintifik dan progres, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
masa depan. Bagi merealisasikan cita–cita dan hasrat negara ini, pihak kerajaan
telah melaksanakan pelbagai program bagi mencapai hasrat tersebut untuk
perkembangan sumber tenaga manusia. Program tersebut telah disalurkan
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memperkenalkan mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di dalam Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM) di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Mata pelajaran tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 1991.
( Kementerian Pendidikan Malaysia,1991).
Menteri Sains dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Lau Hing Ding
berkata, pelajar hari ini adalah aset negara untuk merealisasikan matlamat
Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru golongan pelajar agar
bersedia untuk bergerak ke hadapan serta meningkatkan pencapaian dalam
bidang kemahiran untuk memenuhi tenaga kerja mahir negara pada masa akan
datang.
2
“ Negara memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi serta memiliki
kemahiran dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2020 apabila negara sudah
mencapai status sebuah negara perindustrian yang maju “
( Utusan Malaysia, 15 Jan.1998,m/s 2 )
Untuk menjadi bakal guru Kemahiran Hidup (KH), individu itu
sewajarnya sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai bentuk ilmu
pengetahuan dan pelbagai kemahiran teknikal serta mengikuti perkembangan
terkini khususnya yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran untuk
diaplikasikan kepada generasi pelajar yang akan menjadi pemimpin pada masa
akan datang. Mata pelajaran KH merupakan salah satu mata pelajaran Pra-
Vokasional yang diajar di peringkat pelajar menengah rendah yang bertujuan
untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas. Dengan adanya kemahiran
asas ini pelajar-pelajar boleh bertindak dan mengendalikan kehidupannya
secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan
sentiasa berubah. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992)
Pelbagai langkah dan usaha yang telah dijalankan untuk menjayakan
hasrat dan cita–cita kerajaan ini yang di antaranya ialah melalui sektor
pendidikan. Bagi mempertingkatkan taraf pendidikan guru–guru terutamanya
yang berkaitan dengan pendidikan teknik dan vokasional, pihak kerajaan telah
memberi peluang kepada guru–guru berkenaan untuk melanjutkan ke peringkat
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan di Universiti Malaysia. Ini
termasuklah guru –guru Kemahiran Hidup yang mengajar mata pelajaran KH
yang terdapat di dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah.
Keselamatan mempunyai pelbagai makna Kamus Webster (1992) ,
antaranya ialah untuk mewujudkan satu keadaan yang selamat dan kebebasan
daripada sebarang dedahan bahaya, termasuklah kecederaan atau risiko di mana
ia akan mengujudkan suasana kerja yang selamat dengan cara mengurangkan
risiko ke tahap had terima.
3
Justeru itu, kemalangan adalah satu kejadian atau peristiwa yang boleh
membawa akibat serta-merta sama ada kena sasaran atau hampir kena sasaran
yang dijangkakan atau tidak dijangkakan dan berlaku dalam jangkamasa yang
tidak boleh ditentukan. Secara amnya, kemalangan yang berlaku melibatkan
(Marland,K.Set al,1978):
i) kelakuan tidak selamat ( amalan),
ii) keadaan persekitaran.
Di dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) ini, terdapat mata pelajaran Reka Cipta 1 dan 2, kimpalan,
menggegas dan memesin dan juga amalan ketukangan yang dijalankan di dalam
bengkel Fakulti Pendidikan. Di bengkel ini pelajar-pelajar akan didedahkan
dengan pelbagai jenis dan bentuk peralatan tangan dan kemudahan mesin bagi
menjalankan kerja-kerja amali mereka. Ketika di bengkel pelajar-pelajar
mungkin akan terdedah kepada bahaya kemalangan yang disebabkan oleh alat-
alat tangan atau mesin-mesin yang digunakan.
Setiap kemalangan yang berlaku walau sekecil mana pun, akan
mengakibatkan kerugian. Dalam konteks pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerja, kemalangan bermaksud urutan peristiwa yang tidak dijangka
dan tidak dirancang, berlaku melalui gabungan beberapa sebab lalu
mengakibatkan kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda,
kemalangan nyaris, kehilangan atau gabungan kesemuanya.
Maka langkah-langkah positif mesti diambil untuk mencegah kerugian
dan mencegah berlakunya kemalangan. Sepertimana kata pepatah, “ Mencegah
adalah lebih baik daripada merawat dan Cegah sebelum kena”
4
1.2 Latar belakang masalah
Badrie Abdullah, ( 1995) mengatakan bahawa kemalangan adalah
urutan peristiwa yang tidak dijangka dan tidak dirancang, berlaku melalui
gabungan beberapa sebab lalu mengakibatkan kecederaan fizikal (kecederaan
dan penyakit) kepada individu, kerosakan harta benda, kemalangan nyaris dan
kehilangan jiwa. Salah satu punca kemalangan dalam bengkel adalah disebabkan
amalan keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin serta kemudahan
keselamatan di dalam bengkel
Menurut Herbert W.Heinrich (1931), menyatakan dalam Teori Domino,
80% kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh tindakan tidak selamat
iaitu amalan mereka dalam penggunaan alatan tangan dan mesin, 10%
kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh keadaan alat alat tangan dan
hanya 2% adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dijangka berlaku
dan tidak dapat dapat dielakkan.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1993),
mendapati semua bengkel Kemahiran Hidup di sekolah Menengah
menggunakan pelbagai jenis alat-alat tangan dan mesin. Kemalangan yang
melibatkan penggunaan alat serta mesin akan dapat dicegah jika ianya dijaga
dan diselenggara dengan sempurna dari masa ke semasa.
Punca kemalangan tidak boleh dilihat dari sudut urutan peristiwa-
peristiwa malang dan ia juga tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja tanpa
mengambil apa –apa respon dan tindakan yang tertentu oleh pihak-pihak
berkenaan. Hasil daripada kajian penyelidik-penyelidik yang terdahulu,
kebanyakannya mendapati kemalangan selalunya disebabkan oleh ralat manusia,
kelemahan kejuruteraan, sistem dan proses kerja, persekitaran yang tidak selesa
dan sebagainya. Semasa menggunakan alatan tangan dan mesin, mereka
terdedah dengan pelbagai risiko bahaya yang boleh mengundang kemalangan.
5
1.1.1 Statistik Kemalangan Industri di Malaysia:
Statistik Kemalangan Industri yang dikeluarkan oleh satu badan yang terlibat
secara langsung dengan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
Malaysia ialah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP) dari
tahun 1997 sehingga Jun 2002. (Ismail Bahari ,2002 )
Jadual 1 : Statistik Kemalangan Industri di Malaysia
Perkara / Tahun
1997
1998
1999
2000
2001
Jun 2002
Jumlah kemalangan dilapurkan 3233 2546 2578 2292 3172 1561
Jumlah kemalangan maut 243 131 133 90 146 12
Jumlah kemalangan disiasat 1241 1193 1331 1171 1123 591
Statistik di atas menunjukkan bahawa kemalangan industri atau bengkel
adalah serius. Melihat daripada perangkaan dalam Jadual 1, jelaslah kepada
kita bahawa jumlah kemalangan industri adalah amat tinggi. Jika dibiarkan
keadaan ini berterusan ianya akan memberi kesan buruk kepada perkembangan
dan pembangunan Negara. Sememangnya telah menjadi hasrat kerajaan untuk
menjadi negara maju menjelang 2020. Pun begitu, apalah ertinya sebuah negara
maju sekiranya pada masa yang sama ada rakyat yang hidup menderita akibat
kehilangan anggota dan juga nyawa.
Langkah –langkah tegas perlu diambil untuk mengurangkan bilangan
kemalangan tidak kira di mana jua sama ada di sektor industri, dan juga
bengkel- bengkel di pusat pengajian tinggi mahupun di peringkat bengkel
sekolah., beberapa perkara yang seharusnya diambil perhatian oleh pelajar-
pelajar adalah mengurangkan kesilapan dan mengamalkan amalan keselamatan
penggunaan alatan tangan dan mesin dengan selamat serta mematuhi segala
peraturan-peraturan keselamatan yang telah ditentukan.
6
Oleh yang demikian, langkah keselamatan perlu diambil perhatian yang
serius dan sewajarnya. Alat-alat tangan dan mesin-mesin yang digunakan perlu
selalu dijaga, diselenggara dan diawasi dengan sempurna untuk mengelakkan
berlakunya kerugian harta benda . Selain daripada itu alat-alat tangan hendaklah
mencukupi untuk digunakan oleh pelajar. Shahrin (1993), berpendapat, kerja-
kerja amali tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya sekiranya peralatan yang
digunakan tidak mencukupi.
Megat Hashim (1997), menyatakan alat kelengkapan tidak
diselenggarakan dengan baik kerana tiadanya pengetahuan pengurusan dan
penyelenggaraan alatan tersebut. Oleh itu, bagi mengekalkan jangka hayat
sesuatu peralatan atau mesin dengan lebih lama, maka pengurusan dan
penyelenggaraan kelengkapan perlu diberi keutamaan dari segi penggunaan,
baik pulih, penyimpanan dan sebagainya.
Kenyataan itu turut disokong oleh Ng Beng Goh (1997), melalui dapatan
kajiannya juga menyatakan pengetahuan guru dalam penyelenggaraan alat
tangan dan mesin juga adalah masih cetek dan ini akan memberi implikasi
terhadap pengajaran dan pembelajaran terutama kepada pelajar. Jika
pengetahuan dari aspek penyelenggaraan masih lemah, maka ini juga akan
menjadikan alat tangan dan mesin mudah rosak dan kemalangan juga mudah
berlaku di dalam bengkel
Dengan adanya pelbagai alatan dan mesin yang canggih hasil dari
perkembangan teknologi masa kini, produktiviti dan output pengeluaran dapat
di tingkatkan. Namun begitu, penggunaan alatan yang berteknologi tinggi ini
perlulah sejajar dengan peraturan keselamatan yang diperlukan oleh peralatan
tersebut bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar adalah terjamin ketika
mengendalikannya.
7
Menurut Laporan International Labour Office (1990), kebanyakan
kemalangan yang melibatkan peralatan dan mesin adalah di sebabkan oleh
kelemahan pekerja itu sendiri, cuai semasa membuat kerja serta pemilihan
peralatan dan mesin yang tidak betul untuk sesuatu kerja tertentu.
Kenyataan di atas turut di sokong oleh Armstrong (1980), yang
menyatakan di antara faktor kemalangan dalam kerja-kerja melibatkan mesin
dan jentera adalah kesalahan pengendalian, mesin tidak lengkap dengan
pelindung keselamatan, muatan melampaui had kemampuan dan pekerja yang
kurang mahir dalam mengendalikan mesin tersebut
Selain daripada penggunaan alatan tangan dan mesin, persekitaran
sesebuah bengkel memain peranan penting dalam hal-hal yang berkaitan dengan
keselamatan pelajar-pelajar. Pengaruh fizikal, reka bentuk yang efisen dan
keluasan bengkel juga turut memainkan peranan dalam menentukan kejayaan
sesuatu pembelajaran yang bercorak kerja amali ataupun teori.
Kajian telah dijalan untuk mengkaji respon pelajar terhadap kemudahan
peralatan alatan tangan dan mesin serta persekitaran bengkel yang selamat
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1992), pemilihan sekolah adalah
berdasarkan kemudahan bengkel dan peralatan yang sesuai serta ruang yang
mencukupi mengikut keperluan mata pelajaran tertentu.
Apa yang pernah diperkatakan oleh Braker (1982), makmal juga penting
dalam menentukan kejayaan pembelajaran kerja amali kerana ia adalah tempat
untuk membina minat, membangunkan kemahiran serta memastikan pelajar
untuk belajar dengan lebih mendalam.
Kajian Hamimah (2002), menyatakan, makmal atau bengkel di sekolah
perlulah disediakan dengan persekitaran yang terancang dan memberansangkan
minat pelajar untuk membuat kerja-kerja amali kerana dari persekitaran
8
sedemikian akan menyeronokkan pelajar untuk belajar. Begitu juga dengan
kurikulum itu sendiri. Kurikulum memainkan peranan yang sangat penting
dalam membentuk dan mengembangkan minat pelajar agar minatnya dapat
dikekalkan untuk tujuan pembelajaran.
Saiz sesebuah bengkel memainkan peranan untuk mengujudkan
keselesaan bagi pelajar-pelajar sewaktu membuat kerja-kerja amali. Menurut
Buku Pengurusan Kemahiran Hidup secara Kolaboratif (JPN), ruang yang
kondusif di samping lengkap dengan peralatan dan bahan-bahan yang sesuai
merupakan satu faktor yang mesti disediakan supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kemudahan fizikal yang
disediakan di sesebuah bengkel hendaklah sesuai dengan keperluan kurikulum
Kemahiran Hidup Bersepadu.
Rentetan daripada kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-
penyelidik yang terdahulu menunjukkan bahawa kadar kemalangan yang
berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya amalan keselamatan terhadap
penggunaan alatan tangan, mesin-mesin dan juga disebabkan oleh faktor
persekitaran bengkel atau tempat kerja yang tidak selamat. Contohnya tumpahan
minyak yang tidak dibersihkan dan juga pencahayaan tempat kerja yang tidak
mencukupi. Selain daripada itu sistem pendawaian elektrik dan juga tahap
kebisingan juga merupakan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya
kemalangan di sesebuah bengkel.
9
1.3 Pernyataan masalah
Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup
(SPH) yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia kepada pelajar-
pelajar perdana adalah merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memenuhi
keperluan kekurangan tenaga pengajar dalam bidang teknikal di sekolah-
sekolah Menengah di seluruh Malaysia.
Bagi memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan, pelajar-
pelajar yang mengikuti program ini, mata pelajaran berbentuk amali dan juga
teori telah diperkenalkan. Sehubungan dengan itu, dalam kajian yang telah
dijalankan ini, penyelidik telahpun mengkaji faktor amalan keselamatan
penggunaan alatan tangan, amalan keselamatan penggunaan mesin-mesin dan
aspek kemudahan bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 SPH Perdana di
bengkel Fakulti Pendidikan.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengumpul dan seterusnya menganalisa data-
data maklumat yang diperolehi daripada pelajar-pelajar 4SPH Perdana di
Universiti Teknologi Malaysia mengenai amalan keselamatan penggunaan
alatan tangan dan mesin serta aspek kemudahan keselamatan bengkel yang
selamat di bengkel Fakulti Pendidikan,UTM. Secara khususnya objektif kajian
ini adalah untuk :-
1.4.1 Mengenalpasti tahap amalan keselamatan penggunaan alatan tangan di
kalangan pelajar 4 SPH Perdana
1.4.2 Mengenalpasti tahap amalan keselamatan penggunaan mesin di
kalangan pelajar 4 SPH Perdana.
10
1.4.3 Mengenalpasti aspek kemudahan keselamatan di bengkel Fakulti
Pendidikan, di kalangan pelajar 4 SPH Perdana
1.5 .Persoalan Kajian
Dalam proses mencapai objektif kajian yang dikehendaki, beberapa
persoalan kajian yang telah dikemukakan. Berikut merupakan persoalan kajian
yang perlu dijawab iaitu :-
1.5.1 Adakah pelajar 4SPH Perdana mengamalkan amalan penggunaan alat
tangan yang selamat semasa membuat kerja-kerja amali di bengkel.
1.5.2 Adakah pelajar 4SPH Perdana mengamalkan amalan keselamatan
penggunaan mesin semasa menjalankan kerja amali dibengkel.
1.5.3 Adakah kemudahan keselamatan di bengkel Fakulti Pendidikan
bersesuaian.
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik berharap agar hasil kajian ini, dapat memberi manfaat kepada
pihak yang berkenaan. Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:-
1.6.1 Fakulti Pendidikan
Maklumat yang diperolehi dari kajian ini , diharapkan dapat membantu
pihak Fakulti Pendidikan terutamanya Jabatan Teknik dan Vokasional untuk
mendapatkan respon berkaitan dengan amalan keselamatan penggunaan alatan
tangan dan mesin di kalangan pelajar 4SPH Perdana ketika membuat kerja-kerja
amali di bengkel Fakulti Pendidikan. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini
diharapkan dapat membantu pihak Fakulti menilai amalan keselamatan dalam