Upload
others
View
10
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
P.U.(A)483/2012 Dikemaskini – P.U.(A) 306/2017 (Berkuatkuasa 10 Oktober 2017) AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007
PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2012
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 378(2)(b) Akta Pasaran Modal
dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671], Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri, membuat
peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Fi) 2012.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 28 Disember 2012.
Tafsiran 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini ―
“Kod” -Di Potong
[Di potong P.U.(A) 221/2016]
“prospektus" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen
226 Akta dan termasuk suatu dokumen penzahiran di bawah perenggan 212(5)(b) Akta.
2
Fi berkenaan dengan cadangan berhubung dengan sekuriti selain debentur, sukuk, skim unit amanah dan skim pelaburan ditetapkan 3. Fi yang kena dibayar berkenaan dengan Penggal 1A Bahagian VI Akta selain yang
berhubung dengan debentur, sukuk, skim unit amanah dan skim yang ditetapkan hendaklah
mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Fi berkenaan dengan pengambilalihan, percantuman dan pengambilan paksa 4. Fi yang kena dibayar berkenaan dengan Penggal 2 Bahagian VI Akta hendaklah
mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2.
Fi berkenaan dengan prospektus 5. (1) Fi yang kena dibayar berkenaan dengan perenggan 212(5)(b) dan
Penggal 3 Bahagian VI Akta hendaklah mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang
dinyatakan dalam―
(a) Jadual 3 berkenaan dengan pendaftaran prospektus dan deposit
memorandum maklumat selain berhubungan dengan skim unit amanah dan
skim pelaburan ditetapkan; dan
(b) Jadual 4 berkenaan dengan pendaftaran prospektus dan deposit
memorandum maklumat berhubungan dengan skim unit amanah dan skim
pelaburan ditetapkan.
(2) Fi yang disebut dalam subperaturan (1) berkenaan dengan prospektus
hendaklah kena dibayar sama ada Suruhanjaya mendaftarkan prospektus itu atau tidak.
Fi berkenaan dengan amanah perniagaan 6. Fi yang kena dibayar berkenaan dengan Penggal 1A, 3A dan 3B Bahagian VI Akta,
selain pendaftaran prospektus dan deposit memorandum maklumat, hendaklah mengikut
apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 5.
3
Fi berkenaan dengan debentur dan sukuk 7. Fi yang kena dibayar berkenaan dengan Penggal 1A, 3A dan 4 Bahagian VI Akta
hendaklah mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 6. Fi berkenaan dengan skim unit amanah dan skim pelaburan ditetapkan
8. Fi yang kena dibayar berkenaan dengan Penggal 1A, 3A dan 5 Bahagian VI Akta
selain amanah perniagaan hendaklah mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang
dinyatakan dalam Jadual 7.
Fi berkenaan dengan cadangan yang melibatkan penilaian pakar dan penilaian aset [Pin:P.U.(A)306/2017]
9. Fi yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana cadangan yang disebut dalam
seksyen 212 Akta yang melibatkan penilaian pakar dan penilaian aset hendaklah mengikut
apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 8. [Pin:P.U.(A)306/2017]
Fi berkenaan dengan pendepositan dokumen penzahiran dan penyerahsimpanan helaian maklumat penting produk 10. Fi yang kena dibayar berkenaan dengan pendepositan dokumen penzahiran dan
penyerahsimpanan helaian maklumat penting produk sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya hendaklah mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual 9.
[Pin: P.U.(A) 118/2015]
Penarikan balik, pengembalian, penolakan dan kajian semula keputusan Suruhanjaya 11. (1) Bagi produk pasaran modal selain yang disebut dalam subperaturan (2), fi
yang kena dibayar dan boleh dibayar balik berkenaan dengan penarikan balik,
pengembalian atau penolakan untuk meluluskan, memberi kuasa, mendaftar atau
mengiktiraf, mana-mana permohonan atau pengemukaan kepada Suruhanjaya hendaklah
mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 10.
4
(2) Bagi unit saham amanah dan skim pelaburan ditetapkan selain amanah
perniagaan, fi yang kena dibayar dan boleh dibayar balik berkenaan dengan penarikan balik,
pengembalian atau penolakan mana-mana permohonan atau pengemukaan kepada
Suruhanjaya hendaklah mengikut apa-apa amaun yang dinyatakan dalam Jadual 11.
(3) Jika suatu permohonan dibuat untuk kajian semula keputusan Suruhanjaya,
tiada fi yang kena dibayar bagi permohonan itu.
Fi berkenaan dengan cadangan dan penyerahsimpanan dokumen dan maklumat di bawah Rangka Kerja Serah Simpan dan Lancar
11A. Fi yang kena dibayar berkenaan dengan cadangan dan penyerahsimpanan
dokumen dan maklumat di bawah Rangka Kerja Serah Simpan dan Lancar hendaklah
mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 12.
[Memasukkan P.U.(A) 118/2015]
Fi bagi tindakan Suruhanjaya 12. (1) Fi yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah Peraturan-Peraturan ini
berkenaan dengan deposit atau penyerahsimpanan suatu dokumen dengan, atau
pendaftaran suatu dokumen oleh, Suruhanjaya atau berkenaan dengan apa-apa
permohonan untuk kelulusan, pemberikuasaan, pendaftaran atau pengiktirafan hendaklah
dibayar pada masa dokumen itu dihantar serah kepada Suruhanjaya bagi deposit,
penyerahsimpanan atau pendaftaran atau pada masa permohonan untuk kelulusan,
pemberikuasaan, pendaftaran atau pengiktirafan itu dikemukakan kepada Suruhanjaya.
(2) Jika suatu fi yang kena dibayar di bawah Peraturan-Peraturan ini bagi atau
berkenaan dengan deposit atau penyerahsimpanan suatu dokumen dengan atau
pendaftaran suatu dokumen oleh Suruhanjaya atau berkenaan dengan apa-apa
permohonan untuk kelulusan, pemberikuasaan, pendaftaran atau pengiktirafan dan
dokumen yang dikemukakan bagi deposit, penyerahsimpanan atau pendaftaran atau
permohonan untuk kelulusan, pemberikuasaan, pendaftaran atau pengiktirafan
dikemukakan tanpa pembayaran fi itu, dokumen itu hendaklah disifatkan tidak didepositkan
5
atau tidak diserahsimpankan dengan atau tidak dikemukakan bagi pendaftaran atau
permohonan itu hendaklah disifatkan tidak dikemukakan sehingga fi itu dibayar.
Pembatalan
13. Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Fi) 2011 [P.U.(A) 88/2011]
dibatalkan.
6
JADUAL 1 [Peraturan 3]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN CADANGAN BERHUBUNG DENGAN SEKURITI
SELAIN DEBENTUR, SKIM UNIT AMANAH DAN SKIM PELABURAN DITETAPKAN
No. Cadangan berhubung dengan sekuriti Fi
1. Tawaran awam permulaan atau
penyenaraian permulaan
[Pin. P.U.(A) 118/2015]
RM80,000.00 + 0.05% daripada jumlah nilai
pasaran sekuriti yang hendak disenaraikan dan
nilai nominal mana-mana sekuriti tambahan
diterbitkan atau akan diterbitkan yang tidak
tersenarai, tertakluk kepada amaun maksimum
sebanyak RM800,000.00 (termasuk fi untuk
kajian semula penilaian pakar dan penilaian
aset, sekiranya ada)
[Pin:P.U.(A)306/2017]
2. Pemerolehan atau skim penstrukturan
semula yang mengakibatkan
perubahan penting dalam haluan
perniagaan atau dasar suatu
perbadanan termasuk apabila
pemerolehan atau penstrukturan
semula itu adalah bersama dengan
butiran 7 di bawah.
[Pin. P.U.(A) 118/2015]
RM80,000.00 + 0.05% daripada jumlah nilai
pasaran ekuiti atau sekuriti boleh ubah akan
diterbitkan dan jika tiada nilai pasaran, nilai
nominal, tertakluk kepada amaun maksimum
sebanyak RM800,000.00 (termasuk fi untuk
kajian semula penilaian pakar dan penilaian
aset, sekiranya ada)
[Pin:P.U.(A)306/2017]
3. Penyatuan dua atau lebih perbadanan
tersenarai
RM80,000.00 + 0.05% daripada jumlah nilai
pasaran sekuriti yang hendak disenaraikan dan
nilai nominal mana-mana sekuriti tambahan
diterbitkan atau akan diterbitkan yang tidak
tersenarai, tertakluk kepada amaun maksimum
sebanyak RM800,000.00 (termasuk fi untuk
kajian semula penilaian pakar dan penilaian
7
No. Cadangan berhubung dengan sekuriti Fi
aset, sekiranya ada)
[Pin:P.U.(A)306/2017]
4. Penyenaraian sekunder perbadanan
tersenarai asing di Malaysia
RM50,000.00
5. Penyenaraian silang perbadanan
tersenarai di luar Malaysia
RM50,000.00
6. Suatu perbadanan yang bercadang
untuk disenaraikan dengan serentak
dalam bursa saham dan bursa saham di
luar Malaysia
RM50,000.00
7. Pemindahan penyenaraian perbadanan
tersenarai dalam pasaran alternatif ke
pasaran utama bursa saham kecuali
apabila pemindahan adalah bersama
dengan butiran 2 di atas.
RM40,000.00 + 0.025% daripada jumlah nilai
pasaran sekuriti yang hendak disenaraikan dan
nilai nominal mana-mana sekuriti tambahan
diterbitkan atau akan diterbitkan yang tidak
tersenarai, tertakluk kepada amaun maksimum
sebanyak RM400,000.00 (termasuk fi untuk
kajian semula penilaian pakar dan penilaian
aset, sekiranya ada).
[Pin:P.U.(A)306/2017]
8. Kelulusan pekeliling atau dokumen
pengenalan
RM10,000.00
9. Penubuhan dana tertutup baru RM10,000.00 + 0.01% daripada
modal berbayar
10. Peningkatan modal berbayar untuk
dana tertutup
RM2,000.00 setiap dana
11. Penyenaraian syarikat awam tidak
tersenarai dalam bursa saham diluar
Malaysia
RM10,000.00
8
No. Cadangan berhubung dengan sekuriti Fi
12. Pengecualian atau pengubahan
daripada kehendak di bawah garis
panduan bagi:
(a) bentuk dan kandungan
berhubungan dengan
pengemukaan kepada
Suruhanjaya; atau
(b) peruntukan selain bentuk dan
kandungan di bawah
butiran 12(a)
RM500.00 setiap pengecualian/pengubahan
RM2,000.00 setiap pengecualian/pengubahan
13. Lanjutan masa RM2,000.00
14. Pengemukaan suatu cadangan yang
disemak semula atau permohonan
untuk menyemak semula suatu
cadangan diluluskan
RM2,000.00
15.
Permohonan lain di bawah subseksyen
212(4) dan (5) dan yang ditentukan
oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen
212(7)
[Pin. P.U.(A) 118/2015]
RM2,000.00
16. Permintaan untuk penentuan
Suruhanjaya sama ada suatu
cadangan dianggap sebagai suatu
perolehan yang mengakibatkan suatu
perubahan yang signifikan dalam
haluan perniagaan atau dasar suatu
perbadanan
RM2,000.00
[Memasukkan. P.U.(A) 118/2015]
9
No. Cadangan berhubung dengan sekuriti Fi
17. Permohonan oleh penasihat kewangan
korporat untuk diterima masuk ke
dalam senarai diluluskan sebagaimana
yang ditentukan oleh Suruhanjaya
[Memasukkan. P.U.(A) 118/2015]
RM2,000.00 setiap permohonan
18. Permohonan untuk diiktiraf sebagai
pegawai kanan berkelayakan
sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya
[Memasukkan. P.U.(A) 118/2015]
RM500.00 setiap permohonan
10
JADUAL 2
[Peraturan 4]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN PENGAMBILALIHAN, PERCANTUMAN DAN
PENGAMBILAN PAKSA
No. Perihalan Fi
1. Kelulusan dokumen tawaran
Nilai tawaran
daripada RM1.00
hingga RM2.98 bilion
RM10,000.00 +
0.05% daripada nilai
tawaran (hingga
RM2.98 bilion); dan
Apa-apa baki yang
melebihi RM2.98
bilion nilai tawaran
0.025% daripada
baki nilai tawaran
2. Kelulusan pekeliling nasihat bebas RM5,000.00
3. Pengecualian daripada obligasi
tawaran pengambilalihan
mandatori
RM15,000.00
4. Pengecualian daripada peruntukan
pengambilalihan, percantuman
atau pengambilan paksa selain
butiran 3 di atas
[Pin. P.U.(A) 221/2016]
RM7,000.00
5. Arahan RM7,000.00
6. Tatacara pengambilan paksa RM2,000.00
7. Lanjutan tempoh masa RM2,000.00
11
JADUAL 3
[Perenggan 5(1) (a)]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN PENDAFTARAN PROSPEKTUS DAN DEPOSIT
MEMORANDUM MAKLUMAT
SELAIN BERHUBUNGAN DENGAN SKIM UNIT AMANAH DAN SKIM PELABURAN
DITETAPKAN
No
.
Perihalan Prospektus
Prospektus
ringkas
Prospektus
tambahan
atau gantian
Prospektus
asas
Prospektus asas
tambahan atau
gantian
Kertas terma Harga
Tambahan
1. Pendaftaran RM15,000.00 RM8,500.00 RM6,500.00 RM7,500.00 RM3,250.00 RM500.00 RM500.00
2. Pengecualian
atau
pengubahan
daripada
kehendak di
bawah garis
panduan
RM500.00 setiap pengecualian/pengubahan
3. Deposit
memorandum
maklumat
RM500.00
12
JADUAL 4
[Perenggan 5(1)(b)]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN PENDAFTARAN PROSPEKTUS DAN
DEPOSIT MEMORANDUM MAKLUMAT
BERHUBUNGAN DENGAN SKIM UNIT AMANAH DAN SKIM PELABURAN DITETAPKAN
No. Perihalan Fi
1. Pendaftaran prospektus untuk skim unit amanah dan skim
pelaburan ditetapkan yang baru selain amanah perniagaan
RM3,000.00 + RM100.00 setiap skim
2. Pendaftaran prospektus untuk amanah perniagaan RM15,000.00
3. Pendaftaran prospektus untuk pembaharuan prospektus RM1,500.00 + RM100.00 setiap skim
4. Pendaftaran prospektus tambahan atau gantian selain amanah
perniagaan
RM1,500.00 + RM100.00 bagi setiap
skim
5. Pendaftaran prospektus tambahan atau gantian untuk amanah
perniagaan
RM6,500.00
6. Deposit memorandum maklumat RM500.00
7. Pengecualian atau pengubahan daripada garis panduan RM500.00 setiap pengecualian atau
pengubahan, setiap skim
13
JADUAL 5
[Peraturan 6]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN AMANAH PERNIAGAAN
No. Perihalan Fi
1. Pendaftaran atau pengiktirafan amanah perniagaan RM3,000.00
2. Pengemukaan surat ikatan RM1,000.00
3. Kelulusan untuk penyenaraian amanah perniagaan RM30,000.00 + 0.05% daripada
permodalan pasaran, tertakluk kepada
amaun maksimum sebanyak
RM800,000.00 (termasuk fi untuk kajian
semula penilaian pakar dan penilaian
aset, sekiranya ada)
Pin:P.U.(A)306/2017]
4. Perolehan atau pelupusan aset yang mengakibatkan
suatu perubahan penting dalam haluan perniagaan atau
dasar suatu amanah perniagaan tersenarai
RM30,000.00 + 0.05% daripada
permodalan pasaran tambahan, tertakluk
kepada amaun maksimum sebanyak
RM800,000.00(termasuk fi untuk kajian
semula penilaian pakar dan penilaian
aset, sekiranya ada)
[Pin:P.U.(A)306/2017]
5. Lain-lain penyenaraian atau sebut harga unit dalam suatu
amanah perniagaan
RM10,000.00 + 0.05% daripada
permodalan pasaran tambahan, tertakluk
kepada amaun maksimum sebanyak
RM800,000 (termasuk fi untuk kajian
semula penilaian pakar dan penilaian
aset, sekiranya ada)
[Pin:P.U.(A)306/2017]
14
No. Perihalan Fi
6. Pemberikuasaan atau pengiktirafan suatu amanah
perniagaan tidak tersenarai
RM30,000.00 + 0.05% daripada harga
tawaran unit diterbitkan, tertakluk kepada
amaun maksimum sebanyak
RM800,000.00 (termasuk fi untuk kajian
semula penilaian pakar dan penilaian
aset, sekiranya ada)
[Pin:P.U.(A)306/2017]
7. Penyenaraian sekunder amanah perniagaan diiktiraf RM50,000.00
8. Pengemukaan cadangan yang disemak semula atau
permohonan untuk menyemak semula suatu cadangan
diluluskan
RM2,000.00
9. Pengecualian atau pengubahan daripada kehendak di
bawah garis panduan bagi—
(a) bentuk dan kandungan berhubung dengan
pengemukaan kepada Suruhanjaya; atau (b) peruntukan selain bentuk dan kandungan di
bawah subbutiran (a)
[Memasukkan. P.U.(A) 118/2015]
RM500.00 setiap
pengecualian/ pengubahan
RM2,000.00 setiap
pengecualian/ pengubahan
10. Lanjutan tempoh masa
[Memasukkan. P.U.(A) 118/2015]
RM2,000.00 setiap permohonan
11. Penyerahsimpanan dokumen RM100.00 setiap dokumen
12. Kelulusan pekeliling RM10,000.00
15
No. Perihalan Fi
13. Permohonan berkenaan dengan aktiviti dalam talian,
permohonan untuk penarikan awal moratorium dan
permohonan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya di
bawah subseksyen 212(7)
RM2,000.00
16
JADUAL 6 [Peraturan 7]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN DEBENTUR DAN SUKUK
No. Jenis permohonan Nilai nominal sekuriti diterbitkan Fi
1. (a) Terbitan debentur dan sukuk
berdenominasi ringgit
[Pin. P.U.(A) 118/2015]
Kurang daripada RM50 juta RM10,000.00
RM50 juta hingga kurang
daripada RM100 juta
RM30,000.00
RM100 juta dan lebih RM50,000.00
(b) Terbitan debentur dan sukuk
berdenominasi ringgit tidak boleh
niaga dan tidak boleh pindah
berdasarkan suatu penempatan
secara persendirian
Kurang daripada RM1
bilion
RM100,000.00
[Menggantikan. P.U.(A) 118/2015]
RM1
lebih bilion dan lebih
RM300,000.00
2. Terbitan debentur dan sukuk
berdenominasi mata wang asing
[Pin. P.U.(A) 118/2015]
- RM10,000.00
3. Dipotong
[Di potong P.U.(A) 118/2015]
4. Dipotong
[Di potong P.U.(A) 118/2015]
5. Lanjutan tempoh masa
- RM2,000.00 setiap
permohonan
6. Penyemakan terma RM2,000.00 setiap
permohonan
17
No. Jenis permohonan Nilai nominal sekuriti diterbitkan Fi
7. Pengecualian atau pengubahan
daripada kehendak di bawah garis
panduan bagi:
(a) bentuk dan kandungan
berhubungan dengan
pengemukaan kepada
Suruhanjaya; atau
(b) peruntukan selain bentuk dan
kandungan di bawah
butiran 7(a)
-
RM500.00 setiap
pengecualian/pengubahan
RM2,000.00 setiap
pengecualian/pengubahan
8. Penyerahsimpanan surat ikatan
amanah
[Menggantikan P.U.(A) 118/2015]
-
RM500.00
9. Dipotong
[Di potong P.U.(A) 118/2015]
-
10. Permohonan lain yang ditentukan oleh
Suruhanjaya di bawah subseksyen
212(7)
- RM2,000.00
18
JADUAL 7
[Peraturan 8]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN SKIM UNIT AMANAH DAN SKIM PELABURAN
DITETAPKAN SELAIN AMANAH PERNIAGAAN
No. Perihalan Fi
1. Pengemukaan surat ikatan (untuk skim tersenarai )
RM3,000.00 + RM100.00 setiap skim
tersenarai
2. Pendaftaran surat ikatan RM1,500.00 + RM100.00 setiap skim
3. Dipotong
[Di potong P.U.(A) 118/2015]
4. Pendaftaran surat ikatan tambahan
RM1,000.00
5. Dipotong
[Di potong P.U.(A) 118/2015]
6. Penyerahsimpanan dokumen
RM100.00 setiap dokumen
7. Penubuhan skim atau pengiktirafan skim asing
(tidak termasuk amanah pelaburan hartanah dan dana
dagangan bursa)
RM5,000.00 setiap skim yang tidak
tersenarai atau RM10,000.00 + 0.01%
daripada permodalan pasaran bagi setiap
skim yang dicadangkan untuk
disenaraikan, tertakluk kepada amaun
maksimum sebanyak RM800,000.00
8. Penubuhan amanah pelaburan hartanah RM10,000.00 + 0.01% daripada
permodalan pasaran atau harga tawaran
bagi unit yang hendak diterbitkan dalam
suatu amanah pelaburan hartanah
tersenarai, tertakluk kepada amaun
maksimum sebanyak RM800,000.00
19
No. Perihalan Fi
(termasuk fi untuk kajian semula penilaian
aset, sekiranya ada)
[Pin. P.U.(A) 118/2015]
9. Pengiktirafan amanah pelaburan hartanah asing RM10,000.00 setiap skim yang tidak
tersenarai
10. Penubuhan dana dagangan bursa RM10,000.00
11. Pengiktirafan dana dagangan bursa asing
RM10,000.00 setiap skim
12. Peningkatan had saiz skim
RM2,000.00 setiap skim
13. Pengecualian atau pengubahan daripada garis
panduan bagi —
(a) bentuk dan kandungan berhubung dengan
pengemukaan kepada Suruhanjaya; atau
(b) peruntukan selain bentuk dan kandungan di
bawah subbutiran (a)
[Menggantikan P.U.(A) 118/2015]
RM500.00 setiap pengecualian atau
pengubahan bagi setiap skim
RM1,000.00 setiap
pengecualian/pengubahan, setiap skim
14. Lanjutan tempoh masa
[Pin. P.U.(A) 118/2015]
RM1,000.00 setiap lanjutan bagi setiap
skim
15. Penstrukturan semula syarikat pengurusan (tidak
terpakai bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal yang dikeluarkan di bawah Akta)
RM2,000.00 setiap permohonan
20
No. Perihalan Fi
16. Pelantikan wakil pengurusan dana yang tidak
dilesenkan oleh Suruhanjaya
RM2,500.00
17. Pengemukaan cadangan yang disemak semula atau
permohonan untuk menyemak semula cadangan yang
diluluskan
10% daripada fi yang kena dibayar untuk
cadangan asal selain peratusan yang dicaj
berkenaan dengan permodalan pasaran
18. Penyenaraian sekunder skim tersenarai asing RM10,000.00
19. Di potong
[Di potong P.U.(A) 118/2015]
Tiada
20. Pendaftaran atau pendaftaran semula pemegang
amanah
RM1,000.00
21. Di potong
[Di potong P.U.(A) 118/2015]
Tiada
22. Permohonan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya di
bawah subseksyen 212(7)
RM1,000.00
23. Permohonan untuk menyediakan satu atau mana-mana
gabungan kemudahan yang berikut:
(a) pengedaran atau pengagihan dokumen penzahiran
elektronik dan borang permohonan elektronik;
(b) transaksi dalam talian skim unit amanah atau skim
pelaburan ditetapkan, selain amanah perniagaan;
atau
(c) aktiviti dalam talian berhubung dengan skim unit
amanah atau skim pelaburan ditetapkan, selain
amanah perniagaan
[Memasukkan P.U.(A) 118/2015]
RM1,000.00 setiap permohonan
21
JADUAL 8
[Peraturan 9]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN KAJIAN SEMULA PENILAIAN PAKAR DAN DENGAN
PENILAIAN ASET
[Pin:P.U.(A)306/2017]
No. Perihalan Fi
1. Kajian semula penilaian aset RM3,000.00 + 0.01% daripada nilai
pasaran* tertakluk kepada amaun
maksimum sebanyak RM100,000.00
1A. Kajian semula laporan orang yang
berwibawa yang berhubungan dengan
sumber mineral, minyak dan gas.
RM50,000.00 setiap laporan tertakluk
kepada amaun maksimum sebanyak
RM100,000.00
[Memasukkan:P.U.(A)306/2017]
2. Memproses permohonan pengecualian
daripada garis panduan
RM2,000.00
*Berdasarkan jumlah nilai pasaran semua aset yang terlibat dalam setiap pengemukaan
atau permohonan.
22
JADUAL 9
[Peraturan 10]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN DOKUMEN PENZAHIRAN DAN HELAIAN MAKLUMAT
PENTING PRODUK
No. Perihalan Fi
1. Deposit dokumen penzahiran
[Pin. P.U.(A) 118/2015]
RM500.00
2. Penyerahsimpanan helaian
maklumat penting produk
RM500.00 bagi penyerahsimpanan
permulaan
RM100.00 bagi penyerahsimpanan setiap
gantian
23
JADUAL 10
[Subperaturan 11(1)]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN PENARIKAN BALIK, PENGEMBALIAN DAN
PENOLAKAN PERMOHONAN ATAU PENGEMUKAAN SELAIN YANG DIBUAT DI
BAWAH SUBPERATURAN 11(2)
No. Perihalan Fi
Bahagian tetap Bahagian tidak tetap
1. Ditarik balik sebelum Suruhanjaya memulakan kerja
Amaun sepenuhnya
dikekalkan
tertakluk
kepada amaun
maksimum
sebanyak
RM100,000.00
(termasuk fi
untuk kajian
semula
penilaian
pakar dan
Amaun
sepenuhnya
dibayar balik
24
No. Perihalan Fi
Bahagian tetap Bahagian tidak tetap
penilaian asset,
sekiranya
ada)
[Pin:P.U.(A)306/2017]
2. Ditarik balik selepas telah memulakan kerja
Suruhanjaya Amaun sepenuhnya dikekalkan tertakluk kepada amaun
maksimum sebanyak
RM200,000.00 (termasuk fi untuk
kajian semula penilaian pakar dan
penilaian asset, sekiranya ada)
[Pin:P.U.(A)306/2017]
3. Dipulangkan oleh Suruhanjaya
4. Penolakan oleh Suruhanjaya
[Menggantikan P.U.(A) 118/2015]
25
JADUAL 11
[Subperaturan 11(2)]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN PENARIKAN BALIK,
PENGEMBALIAN DAN PENOLAKAN UNTUK MELULUSKAN
PERMOHONAN ATAU PENGEMUKAAN UNTUK SKIM UNIT AMANAH
DAN SKIM PELABURAN DITETAPKAN SELAIN AMANAH PERNIAGAAN
No. Perihalan Fi Bahagian tetap Bahagian tidak tetap
1. Ditarik balik sebelum Suruhanjaya memulakan kerja
25% daripada
bahagian tetap
dikekalkan;
selebihnya
dibayar balik
Amaun sepenuhnya dibayar balik
No. Perihalan Fi Bahagian tetap
Bahagian tidak tetap
2. Ditarik balik selepas Suruhanjaya telah memulakan kerja
Amaun sepenuhnya dikekalkan
tertakluk kepada amaun maksimum
RM200,000.00 (termasuk fi untuk kajian
semula penilaian aset, sekiranya ada) 3. Dipulangkan oleh Suruhanjaya
4. Penolakan oleh Suruhanjaya
[Menggantikan P.U.(A) 118/2015]
26
JADUAL 12
[Peraturan 11A]
JADUAL FI BERKENAAN DENGAN RANGKA KERJA SERAH
SIMPAN DAN LANCAR
No. Perihalan Nilai nominal
sekuriti
Fi
1. Debentur dan sukuk
(a) Penyerahsimpanan bagi terbitan—
(i) debentur dan sukuk
berdenominasi ringgit
Kurang daripada RM50
juta
RM10,000.00
RM50 juta hingga kurang
daripada RM100
juta
RM30,000.00
RM100 juta dan lebih
RM50,000.00
27
No. Perihalan Nilai nominal
sekuriti
Fi
(ii) debentur dan sukuk
berdenominasi ringgit
yang tidak boleh niaga
dan tidak boleh pindah
berdasarkan
penempatan secara
persendirian
Kurang daripada
RM1 bilion
RM100,000.00
RM1 bilion dan lebih
RM300,000.00
(iii) debentur dan
berdenominasi
wang asing
sukuk
mata
- RM10,000.00
(b) Penyerahsimpanan menurut suatu penyemakan
terma dan syarat debentur
atau sukuk sebelum terbitan
- 10% daripada fi yang kena dibayar
di bawah
subbutiran (a)
(c) Penyerahsimpanan surat ikatan amanah
- RM500.00
2. Sekuriti bersandarkan aset
(a) Penyerahsimpanan bagi terbitan—
(i) sekuriti
bersandarkan aset;
Kurang daripada
RM100 juta
RM50,000.00
RM100 juta dan lebih
RM100,000.00
(ii) sekuriti
bersandarkan
yang tidak
aset
boleh
Kurang daripada
RM1 bilion
RM100,000.00
28
No. Perihalan Nilai nominal
sekuriti
Fi
niaga dan tidak
boleh pindah
berdasarkan suatu
penempatan secara
persendirian
RM1 billion dan lebih
RM300,000.00
(b) Penyerahsimpanan menurut suatu penyemakan
terma dan syarat sekuriti
bersandarkan aset sebelum
terbitan
- 10% daripada fi yang kena dibayar
di bawah
subbutiran (a)
(c) Penyerahsimpanan surat ikatan amanah
- RM500.00
3. Produk Berstruktur
(a) Penyerahsimpanan bagi terbitan produk berstruktur
Kurang daripada
RM50 juta
RM10,000.00
RM50 juta hingga kurang
daripada RM100
juta
RM30,000.00
RM100 juta dan lebih
RM50,000.00
(b) Penyerahsimpanan surat ikatan amanah
- RM500.00
4. Dana Borong
(a) Penyerahsimpanan untuk penubuhan dana borong
- RM5,000.00 setiap
dana
(b) Penyemakan kepada borang penyerahsimpanan sebelum
pelancaran
- RM500.00
29
No. Perihalan Nilai nominal
sekuriti
Fi
5. Am
(a) Penyerahsimpanan dokumen penzahiran atau
pendepositan memorandum
maklumat, sekiranya ada
- RM500.00
(b) Penyerahsimpanan helaian maklumat penting produk
- RM500.00 bagi
penyerahsimpanan
permulaan RM100.00 bagi
penyerahsimpanan
setiap gantian (c) Pengecualian atau
pengubahan daripada
kehendak di bawah garis
panduan bagi—
(i) bentuk dan
kandungan berhubung
dengan
penyerahsimpanan/
pengemukaan kepada
Suruhanjaya;
(ii) peruntukan selain
bentuk dan
kandungan di bawah
subbutiran (i) untuk—
RM500.00 setiap
pengecualian/
pengubahan
30
No. Perihalan Nilai nominal
sekuriti
Fi
(A) dana borong; atau
(B) produk pasaran
modal selain
daripada dana
borong
RM1,000.00 setiap pengecualian/
pengubahan,
setiap skim RM2,000.00 setiap
pengecualian/
pengubahan
(d) Permohonan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya
di bawah subseksyen 212(7)
Akta
RM2,000.00
[Memasukkan P.U.(A) 118/2015]
Dibuat 24 Disember 2012 [SC/RS(A&R)/FEES.5/11(023)-1D; PN(PU2) 662/VII] RANJIT AJIT SINGH Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Diluluskan 27Disember 2012 [ KK/BPKA/K1/(S)/483/128/1/1 Jld.8; PN(PU2) 662/VII ]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua