punca2.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

punca2.docx

Citation preview

Banyak pendapat yang mengatakan bahawa gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja berpunca daripada kepincangan dalam institusi kekeluargaan. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan masalah ini terus berleluasa?

Sejak akhir-akhir ini isu keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sedang hangat diperkatakan di media cetak dan media elektronik. Hal ini demikian kerana ramai remaja di negara kita terlibat dengan pelbagai gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas, black mental, pembuangan bayi dan lain-lain lagi. Sehubungan itu, masa depan negara akan terjejas kerana generasi pelapis yang ada sekarang sudah hilang jatidiri, identiti dan samangat patriotik untuk membangunkan negara. Mereka telah tenggelam dalam dunia mereka yang tersendiri iaitu hidup untuk berseronok semata-mata. Persoalannya apakah punca-punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala social yang semakin parah sekarang yang menjadi seperti duri dalam daging kepada negara ini?

Keruntuhan institusi kekeluargaan telah dikenal pasti sebagai punca utama meningkatnya statistik gejala keruntuhan moral dalam kalangan remaja pada hari ini. Ibu bapa pada zaman sekarang boleh dikatakan kebanyakankannya sentiasa sibuk dengan urusan perkerjaan masing-masing. Hal ini menyebabkan mereka kesuntukan masa untuk berada di rumah bersama-sama keluarga. Sejak kecil anak-anak mereka telah dibesarkan oleh pengasuh sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri. Sedangkan tugas mendidik anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa seperti yang diperintahkan oleh nabi Muhammad s.a.w kerana anak adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Apabila meningkat remaja mereka akan mengisi kekosongan jiwa mereka itu dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti minum arak, berdisko dan merempit. Oleh itu, kurang perhatian daripada ibu bapa telah mendesak anak-anak terjebak dengan pelbagai gejala social yang amat membimbangkan.

Selain itu, remaja zaman sekarang amat mudah dipengaruhi olen rakan-rakan mereka khususnya dalam pembentukan sahsiah dan tingkah laku. Hal ini bermakna pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi penglibatan remaja dalam pelbagai gelaja sosial yang menjijikkan itu. Oleh kerana berkawan dengan rakan yang buruk akhlaknya seperti kaki penagih dadah menyebabkan remaja tidak dapat mengelak daripada terjebak sama dalam gejala tersebut. Apabila ketagih mereka akan mencuri pula untuk membeli bekalan dadah daripada pengedar dalam kalangan rakan-rakan mereka. Sehubungan dengan itu, hidup mereka seolah-olah sudah hilang arah tujuannya sehingga mereka terjebak pula dalam pergaulan bebas, membuang bayi dan membunuh. Natihajnya remaja yang menjadi aset penting pembangunan negara tidak mampu menyumbang tenaga ke arah memakmurkan negara kerana telah dirosakakan oleh rakan-rakan yang tidak berakhlak itu.

Di samping itu, pengaruh media massa juga turut memainkan peranan mendorong para remaja terlibat dengan gejala sosial. Dasar langit terbuka yang diamalkan sekarang telah merosakkan minda para remaja. Hal ini demikian kerana, mereka boleh melayari internet untuk memuat turun cerita-cerita lucah atau porno terutama dari luar negeri. Keadaan ini ditambah pula dengan penayangan filem-filem barat yang mempamerlkan cara hidup bebas, seks dan dadah sebagai amalan hidup mereka di kaca televisyen terutamanya ASTRO. Unsur ini telah menyendatkan minda remaja dengan perkara negatif dan mereka mudah terikut dengan budaya tidak sihat itu. Oleh itu, media massa juga mempunyai kuasa yang sangat hebat dalam membentuk remaja kerana pembentukan identiti mereka berpunca daripada apa yang mereka tonton setiap hari.

Tuntasnya peningkatan statistik berhubung gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja masa kini sangat bersangkaut paut dengan keutuhan sesebuah institusi kekeluargaan. Namun masih terdapat pelbagai faktor lain yang telah merosakkan akhlak remaja seperti rakan sebaya dan media massa. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah berganding bahu untuk menyusun strategi yang efektif dan bersepadu bagi membendung peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja.