12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 305 Nama : _____________________________

Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 305

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

Analisis Puisi

Genre PuisiTradisional

PantunSyair

ModenSajak

Tema

Persoalan

BentukTerikat

Rima akhir Pantun : ab / abab

Rima akhir Syair : aaaa

BebasRima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora

Ulang kata belakang Responsi

Ulang kata tengah Epifora

SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

Inversiterbalik : akan kuambil

PerlambanganBunga : wanita

Personifikasibersifat manusia

HiperbolaMelebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi

Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantiscinta, kasih sayang

Melankoliksedih

Protesmembantah

Sinismenyindir / mengejek

Nilai

Pengajaran

Analisis Puisi

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

Pemahaman Teks Umum

Kumpulan perbincanaan merupakan suatu kumpulan kecil individu yang

ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-

perkara tertentu bagi kepentingan angoota kumpulan tersebut. Aktiviti ini

dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan

secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku

atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan

perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing

atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks

yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecanan yang kita miliki tidak cukup untuk

kita kaitkan dan sambungkan sebagai suatu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang

tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu

seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-

rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut.

Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan

perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan

meningkat. Hal ini demikian kerana adanya uusur-unsur pesaing dan tentulah

kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang

bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demikian, kita akan membuat persediaan

awal yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi

sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intektual, perbincangan

lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak

tercapai.

1. Apakah maksud frasa kesatuan yang jitu?

A Unit yang tepat

B Unit yang hebat

C Kumpulan yang baik

D Kumpulan yang hampir

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM305 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

2. Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah

A kita boleh berkongsi ilmu dan maklumat secara perbincangan.

B kita boleh bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

C kita boleh bertegas supaya murid-murid lain menerima pendapat kita.

D kila boleh berharap kepada murid yang bijak untuk menguasai sesuatu hal.

3. Berdasarkan petikan, apakah keburukan belajar secara berkumpulan?

A Berbual-bual kosong antara satu sama lain semasa belajar

B Masing-masing menunjukkan kepandaian masing-masing

C Murid tidak membuat persediaan sebelum memulakan sesi pembelajaran

dalam kumpulan

D Terlalu banyak perbincangan tentang sesuatu perkara yang rumit sehingga

mengganggu proses pembelajaran

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara meyakinkan murid- murid tentang

kebaikan belajar secara berkumpulan? (KBAT)

A Murid yang berjaya menggunakan kaedah ini dijadikan murid contoh

B Ibu bapa membantu murid-murid semasa proses pembelajaran diadakan

C Guru meminta murid yang bijak mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulan

D Murid-murid diminta untuk merasai pengalaman belajar secara berkumpulan

sendiri

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM305 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

Pemahaman Puisi Tradisional – Sajak

Sajak “Senja di Palang Besi”

Senja mula menangis

remang membongkar sendu

mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya

berlari di celah jambangan bunga dedawai

menari mengikat ramah kekosongan

dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

Pilu wajahmu sang senja

yang dulu melakar bahagia

kini merayap sayu membelai jemari malam

dalam keterbuangan yang merangkum

dalam keterasingan yang mencengkam

dalam kesakitan yang membungkam.

Tanpa pasir pantai atau silir angin

rentet susun bibir palang besi dingin itu

menjerut resah berteleku dalam hening

bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan

menghantar pergi erti keriuhan

jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri

bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian

hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM305 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

Pena Alam

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati,

Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)

Maksud:

Rangkap 1

Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang semakin suram dan hanya

dapat dilihat oleh penyajak melalui celah-celah lubang sel penjara yang

memisahkannya dengan dunia luar yang terpaksa diisi dengan suasana yang sepi

dan penuh kekesalan di hati.

Rangkap 2

Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia kepada penyajak kini bertukar

sayu tatkala menjelang malam kerana penyajak terpaksa hidup di dalam sel

penjara yang menyakitkan, terbuang, dan terasing dari dunia luar.

Rangkap 3

Dalam sel penjara yang bersambung antara palang besi, penyajak resah

berteleku dalam suasana hening akibat dipenjarakan tanpa ditemani suasana

bising. Pada waktu senja yang semakin menghampiri malam, penyajak

merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan itulah hukuman kemanusiaan

terhebat yang perlu ditempuhinya.

Tema

Kesengsaraan dan kesepian seorang banduan yang hidup di dalam sel

penjara. Perasaan sunyi dan sepi seorang banduan akan lebih dirasai tatkala

menjelang malam kerana mereka terpisah dan terputus hubungan dengan orang

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM305 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

lain serta terpaksa tinggal di dalam sel penjara yang gelap tanpa sebarang

cahaya.

Persoalan

(a) Penyesalan yang tiada berpenghujung.

(b) Kehidupan di dalam sel penjara yang amat memilukan.

(c) Penderitaan hidup yang terpaksa ditempuhi sendirian.

Bentuk

(a) Sajak ini berbentuk bebas.

(b) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

(c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya:

• rangkap 1: enam baris;

• rangkap 2: enam baris;

• rangkap 3: lapan baris.

(d) Bilangan perkataan bagi setiap baris sajak ini antara tiga hingga sembilan

patah kata. Contohnya:

Senja mula menangis (3 patah kata)

jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri (9 patah kata)

(e) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara tujuh hingga lapan belas suku

kata. Contohnya:

remang membongkar sendu (7 suku kata)

bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian (18 suku kata)

(f) Rima akhirnya bebas. Contohnya:

• rangkap 1: abcdef;

• rangkap 2: aabcbb;

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM305 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

• rangkap 3: abcddedd.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya:

• hukuman terhebat hikayat kemanusiaan (perulangan vokal a)

• remang membongkar sendu (perulangan vokal e)

• rentet susun bibir palang besi dingin itu (perulangan vokal i)

• mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya (perulangan vokal u)

(b) Aliterasi. Contohnya:

• menari mengikai ramah kekosongan (perulangan konsonan m)

• Pilu wajahmu sang senja (perulangan konsonan s)

• Tanpa pasir pantai atau silir angin (perulangan konsonan p)

Gaya Bahasa

(a) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya:

• dalam keterbuangan yang merangkum

dalam keterasingan yang mencengkam

dalam kesakitan yang membungkam. (rangkap 2, baris 4, 5, dan 6)

(b) Responsi (perulangan perkataan yang sama pada tengah baris). Contohnya:

• dalam keterbuangan yang merangkum

dalam keterasingan yang mencengkam

dalam kesakitan yang membungkam. (rangkap 2, baris 4, 5, dan 6)

(c) Inversi. Contohnya, Pilu wajahmu sang senja.

(d) Kata ganda. Contohnya, kuntum-kuntum, dedawai.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM305 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

(e) Personifikasi. Contohnya, Senja mula menangis.

(f) Metafora. Contohnya, jemari malam, samudera jiwa, bibir palang besi.

Nada

Melankolik.

Nilai

(a) Ketabahan. Contohnya, penyajak tabah menghadapi suasana sunyi dan

kegelapan di dalam sel penjara apabila waktu malam tiba.

(b) Kebebasan. Contohnya, penyajak merindui zaman dia hidup bebas sebelum

dia dijatuhi hukuman penjara.

(c) Keredaan. Contohnya, penyajak reda menerima hukuman penjara akibat

kesalahan yang pernah dilakukannya.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala negatif

yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam penjara.

(b) Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniai oleh

Tuhan.

(c) Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-undang negara.

(d) Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang tindakan

agar tidak tersilap langkah melakukan perkara yang negatif.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM305 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak, nyatakan maksud yang ingin

disampaikan oleh penyajak. [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(ii) Jelaskan dua unsur bunyi yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan para

remaja agar menghargai nikmat kebebasan hidup tanpa terbelenggu di dalam

penjara? [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM305 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh
Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ......Analisis Puisi Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Teks Umum ... Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my