1
keInbara Sembi/an yang sudah dipindahkan ke Muzium Warisan di UPM.- Rahsia tiang gantung ~ Simbol status pemilik rumah, dianggap 'bernyawa' Oleh Wan Noor Hayati·Wan Alias [email protected] P enggunaan tiang gantung pada seni bina rumah Negeri Sembilan sekitar tahun 1930-an, bukan setakat menyerlahkan keunikan warisan Melayu, sebaliknya mempunyai rahsia tersendiri. Selain dikaitkan dengan simbol status pemilik rumah golongan berkedudukan dalam masyarakat serta kerabat diraja, tiang gantung juga dikatakan 'bemyawa'. Tiang gantung dikatakan mampu memberi petunjuk kepada pemiliknya, sesuatu musibah bakal berlaku sekira- nya kedudukannya senget. Walaupun sekadar kepercayaan zaman lampau, namun kajian mendapati ia ada kebenaran kerana sebarang pergerakan dalam tanah seperti gegaran, pasti menjejaskan kedudukan tiang gantung yang terletak di bahagian bumbung. Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM),Dr Muhammad Pauzi Abd Latif, menyifatkan seni bina terbabit mempunyai falsafah tetsendiri. Katanya, penggunaan tiang gantung adalah bukti masya- rakat Melayu zaman lampau memahami ilmu tarikan daya bumi dan keseimbangan yang kini disebut sebagai graviti. Mudahalih "Tiang gantung ditempatkan menghadap tempat duduk di anjung supaya sentiasa dalam pengetahuan pemilik. "Jika berada di luar rumah, mudah untuk kita nampak sesebuah rumah itu senget, sebaliknya situasi itu sukar dise- dari dari dalam rumah. Namun, pemasangan tiang gantung menangani keadaan berkenaan. "Satu lagi keunikan seni bina rumah Melayu lampau ialah dibina secara modular iaitu mudah alih dan boleh dipasang semula, diperbuat daripada kayu cengal berkua- liti tinggi dan berhampiran punca air," katanya. Muhammad Pauzi berkata, antara contoh rumah Negeri Sembilan adalah kediaman Datuk Raja Diwangsa Muham- mad Yunus Jabar atau dikenali Tok Raja Tonso, yang dibina pada 1935,dipindahkan tiga kali. ''Alasan dipindahkan adalah kerana anaknya menangis tanpa henti yang ketika itu dipercayai petanda tidak baik dan kini . kediaman terbabit dipindahkan ke Muzium Warisan Melayu sebagai rujukan akademik. "Kediaman itujuga dilihat .. mempunyai nilai estatika yang tinggi kerana memiliki bilik khas untuk anak perempuan, terletak di atas loteng dipercayai supaya boleh mengintai tetamu yang berkunjung," katanya. Beliau menyifatkan, jurubina Melayujuga berupaya membina saliran angin di sekeliling rumah bagi pengaliran udara dari luar ke dalam dan seba- liknya sebagaimana kon~ep penyaman udara," katanya. • AHAD 08.05.2016. . ~ wansan ns Info Rumah Datuk Raja Diwangsa ~ Rumah asal·dibina pada tahun i925 . ... Tapak asal rumah ini di Kampung 1y1erual, Seri Menanti ... Dibina sendiri oleh . pemiliknya, Datuk Raja ..;-. Diwangsa Muhammad Yunus ... Dibantu dua tukang rumah dikenali Dukun Mahat dan Tukang Kassim ... Datuk Raja Diwangsa ialah Orang Empat Istana (Pembesar Istana) Seri Menanti, Negeri SembiIan .'Ciri-ciri rumah tradisionallama Negeri 5embilan ... Terbahagi kepada lima bahagian utama iaitu anjung, serambi, induk atau ibu, loteng dan kelek anak atau rumah dapur. ... Dibina menggunakan + kayu cengal batu . .... liang di dalam rurnah berfungsi menyokong struktur bumbung dan bahagian loteng . ... Dibina dengan seni bina ukiran Melayu, didokong oleh falsafah dan filsafat tukang kayu lama.

Rahsiatiang gantung - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/48534/1/Rahsia tiang gantung. Simbol status pemilik... · ialahOrangEmpat Istana (PembesarIstana)Seri Menanti, NegeriSembiIan.'Ciri-cirirumah

  • Upload
    others

  • View
    29

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rahsiatiang gantung - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/48534/1/Rahsia tiang gantung. Simbol status pemilik... · ialahOrangEmpat Istana (PembesarIstana)Seri Menanti, NegeriSembiIan.'Ciri-cirirumah

keInbara

Sembi/an yang sudahdipindahkan ke Muzium

Warisan di UPM. -

Rahsia tiang gantung~ Simbol statuspemilik rumah,dianggap'bernyawa'

Oleh Wan NoorHayati·Wan [email protected]

Penggunaan tiang gantungpada seni bina rumahNegeri Sembilan sekitartahun 1930-an, bukansetakat menyerlahkan

keunikan warisan Melayu,sebaliknya mempunyai rahsiatersendiri.

Selain dikaitkan dengansimbol status pemilik rumahgolongan berkedudukandalam masyarakat sertakerabat diraja, tiang gantungjuga dikatakan 'bemyawa'.

Tiang gantung dikatakanmampu memberi petunjukkepada pemiliknya, sesuatumusibah bakal berlaku sekira-nya kedudukannya senget.

Walaupun sekadar

kepercayaan zaman lampau,namun kajian mendapati ia adakebenaran kerana sebarangpergerakan dalam tanah sepertigegaran, pasti menjejaskankedudukan tiang gantung yangterletak di bahagian bumbung.

Pengarah MuziumWarisan Melayu UniversitiPutra Malaysia (UPM),DrMuhammad Pauzi Abd Latif,menyifatkan seni bina terbabitmempunyai falsafah tetsendiri.

Katanya, penggunaan tianggantung adalah bukti masya-rakat Melayu zaman lampaumemahami ilmu tarikan dayabumi dan keseimbangan yangkini disebut sebagai graviti.

Mudahalih"Tiang gantung ditempatkanmenghadap tempat dudukdi anjung supaya sentiasadalam pengetahuan pemilik.

"Jika berada di luar rumah,mudah untuk kita nampaksesebuah rumah itu senget,sebaliknya situasi itu sukar dise-dari dari dalam rumah. Namun,pemasangan tiang gantungmenangani keadaan berkenaan.

"Satu lagi keunikan senibina rumah Melayu lampau

ialah dibina secara modulariaitu mudah alih dan bolehdipasang semula, diperbuatdaripada kayu cengal berkua-liti tinggi dan berhampiranpunca air," katanya.

Muhammad Pauzi berkata,antara contoh rumah NegeriSembilan adalah kediamanDatuk Raja Diwangsa Muham-mad Yunus Jabar atau dikenaliTok Raja Tonso, yang dibinapada 1935, dipindahkan tiga kali.

''Alasan dipindahkan adalahkerana anaknya menangis tanpahenti yang ketika itu dipercayaipetanda tidak baik dan kini .kediaman terbabit dipindahkanke Muzium Warisan Melayusebagai rujukan akademik.

"Kediaman itujuga dilihat ..mempunyai nilai estatika yangtinggi kerana memiliki bilikkhas untuk anak perempuan,terletak di atas loteng dipercayaisupaya boleh mengintai tetamuyang berkunjung," katanya.

Beliau menyifatkan, jurubinaMelayujuga berupaya membinasaliran angin di sekelilingrumah bagi pengaliran udaradari luar ke dalam dan seba-liknya sebagaimana kon~eppenyaman udara," katanya.

• AHAD 08.05.2016.. ~wansan ns

Info

Rumah DatukRaja Diwangsa

~ Rumah asal·dibinapada tahun i925 .... Tapak asal rumah ini diKampung 1y1erual,Seri Menanti... Dibina sendiri oleh

. pemiliknya, Datuk Raja ..;-.Diwangsa Muhammad Yunus... Dibantu dua tukangrumah dikenali DukunMahat dan Tukang Kassim... Datuk Raja Diwangsaialah Orang Empat Istana(Pembesar Istana) SeriMenanti, Negeri SembiIan

.'Ciri-ciri rumahtradisionallamaNegeri 5embilan... Terbahagi kepada limabahagian utama iaituanjung, serambi, indukatau ibu, loteng dan kelekanak atau rumah dapur.... Dibina menggunakan +kayu cengal batu .....liang di dalam rurnahberfungsi menyokong strukturbumbung dan bahagian loteng .... Dibina dengan seni binaukiran Melayu, didokongoleh falsafah dan filsafattukang kayu lama.