Upload
nor-mazitah-mahussin
View
82
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
refleksi pke 3102
Citation preview
REFLEKSI PKE 3102 : PENDIDIKAN KESELAMATAN
Nor Mazitah Binti Mahussin
840110-05-5128
PPG PJM (B)
Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik
dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan amali subjek pendidikan
keselamatan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan
subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya
tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar
penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini
dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut saya
mula berbincang dengan rakan sekelas untuk membuat kerja kursus ini. Melalui
aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari
maklumat tentang tugasan amali ini. Selain dari itu saya juga mencari maklumat di
internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan
kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang
dikehendaki, saya meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis
maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi saya untuk melakukan tugasan ini.
Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, saya berjaya juga menyempurnakan
tugasan ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat saya
gunakan ia ketika bergelar guru kelak.
Alhamdulillah, sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi
kerana limpah kurnianya saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih
tak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu En Bissukri selaku
pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam
menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para
sahabat. Jasa kalian tak dapat saya balas dan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.