2
REFLEKSI Amirah Husna binti Mahamad Habib 900819-02-5024 Dalam kursus Teknologi Dalam Pendidikan, kami telah belajar mengenal dan menggunakan teknologi-teknologi yang boleh dijadikan sebagai media pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, apabila menerima tugasan kerja kursus ini, kami telah mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru yang telah kami perolehi. Bagi memulakan proses P&P, sebagai guru haruslah mempunyai persediaan yang rapi. Pada pendapat saya, model rekabentuk pengajaran Assure sangat sesuai dan memenuhi kriteria yang diperlukan dalam sesebuah bilik darjah. Bermula daripada proses untuk menganalisis pelajar sehinggalah kepada menilai semula pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, saya dapati model Assure boleh dijadikan sebagai satu panduan kepada guru-guru pelatih terutamanya. Sewaktu menjalankan tugasan ini, kami telah berkerjasama dalam kumpulan dan turut meminta pendapat daripada kumpulan- kumpulan lain dalam proses mengumpul maklumat dan bahan. Kami bersama-sama menghasilkan satu rancangan pengajaran yang menepati sukatan pelajaran dan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh digunapakai dan sesuai dengan aktiviti yang telah dirancang. Bagi menepati arahan tugasan, kami telah menggunakan media-media yang boleh membantu seperti video dan

REFLEKSI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TDP

Citation preview

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Amirah Husna binti Mahamad Habib

900819-02-5024

Dalam kursus Teknologi Dalam Pendidikan, kami telah belajar mengenal dan

menggunakan teknologi-teknologi yang boleh dijadikan sebagai media pengajaran

dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, apabila menerima tugasan kerja kursus ini, kami

telah mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru yang telah

kami perolehi.

Bagi memulakan proses P&P, sebagai guru haruslah mempunyai persediaan

yang rapi. Pada pendapat saya, model rekabentuk pengajaran Assure sangat sesuai

dan memenuhi kriteria yang diperlukan dalam sesebuah bilik darjah. Bermula

daripada proses untuk menganalisis pelajar sehinggalah kepada menilai semula

pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, saya dapati model Assure

boleh dijadikan sebagai satu panduan kepada guru-guru pelatih terutamanya.

Sewaktu menjalankan tugasan ini, kami telah berkerjasama dalam kumpulan

dan turut meminta pendapat daripada kumpulan-kumpulan lain dalam proses

mengumpul maklumat dan bahan. Kami bersama-sama menghasilkan satu

rancangan pengajaran yang menepati sukatan pelajaran dan menyediakan bahan

bantu mengajar yang boleh digunapakai dan sesuai dengan aktiviti yang telah

dirancang. Bagi menepati arahan tugasan, kami telah menggunakan media-media

yang boleh membantu seperti video dan bahan realia. Kami telah menggunakan

pengetahuan paling asas untuk menghasilkan video yang bakal digunakan dalam

pengajaran tersebut. Bahan-bahan realia juga turut dihasilkan sendiri bersama-sama

agar proses pembelajaran lebih berkesan.

Saya berasa sangat bersyukur kerana segala yang telah dipelajari sebelum

ini dalam kursus Teknologi Dalam Pendidikan sangat membantu kami dalam

menjayakan tugasan kerja kursus ini. Saya berharap semoga apa yang telah kami

hasilkan menepati arahan tugasan. Sekian, terima kasih.