Refleksi Bab Pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    1/13

    20

    REFLEKSI SETIAP TOPIK

    REFLEKSI BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik

    berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi

    membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan

    menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat

    berlandaskan Etika Kaunseling.

    Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan.

    Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan

    klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien.

    Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya

    yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber

    diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

    Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah

    berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan

    memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memerihalkan

    masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan

    masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu

    klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

    Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang

    menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada

    permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri

    melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalahyang berbentuk emosional atau antara individu.

    Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling

    merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam

    usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan

    menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

    Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kaunseling, dipetik

    tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    2/13

    21

    James (1982). Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses

    untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan

    bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977)

    sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien

    diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan

    masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinisikan kaunseling

    sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses

    membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi

    yang ada pada diri individu. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses

    pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya

    dan alam sekelilingnya.

    Prinsip-prinsip bimbingan ialah bimbingan adalah untuk semua murid, untuk

    perkembangan diri mereka, fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah

    sementara ia masih boleh dikawal, ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan

    kakitangan lain di sekolah, murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela,

    guru bimbingan perlu bertingkah laku profesional untuk mengelakkan perhubungan

    tidak sihat dan perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif

    di antara guru, murid, guru pembimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibu bapa

    yang berkenaan.

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    3/13

    22

    REFLEKSI BAB 2: PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa

    intervensi (pencelaan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga

    peningkatan diri.

    Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan 5 - 15 orang ahli

    yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi

    kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran,

    pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.

    Kaunseling Keluarga ialah yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran

    berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan, perkahwinan dan juga

    seksual. Kaunselor mungkin akan mengadakan sesi kaunseling individu bersama

    ahli keluarga.

    Proses Pertemuan dengan Kaunselor merangkumi proses permohonan

    diterima/dirujuk, disusuli dengan temu janji - isi borang - proses Persetujuan, barulah

    sesi kaunseling bermula dan sekiranya memerlukan perkhidmatan kepakaran, klien

    akan dirujuk dan diakhiri dengan proses kaunseling tamat dan fail ditutup.

    Kod tata laku diringkaskan dalam penerangan di bawah:

    1) Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian

    dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion

    kaunseling.

    2) Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan

    pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

    3) Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh

    tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

    4) Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh

    penyelia profesion melalui penyeliaan lazim (regular supervisor) dan

    sokongan perundingan (consultative support).

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    4/13

    23

    REFLEKSI BAB 3: PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING

    Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing dinomborkan seperti di bawah:

    1) Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi sosial emosi

    akademik perkembangan mental dan akhlak.

    2) Menolong murid dalam pelajaran mereka

    Memperkenalkan sistem pendidikan

    Matlamat pelajaran

    Cara belajar

    Situasi persekitaran

    Peraturan sekolah Kepentingan mata-mata pelajaran

    3) Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan , minat

    dan perkembangan masing-masing.

    4) Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan

    pelajaran.

    5) Menolong murid dalam proses menyelesaikan maslah pembelajaran.

    6) Menolong murid dalam membuat keputusan yang rasional.7) Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan

    membina sifat-sifat personaliti yang sempurna.

    8) Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar.

    9) Mengisi KOD 001(rekod persekolahan) dan Kod 002 (rekod peribadi)

    10) Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan

    program.

    11) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.

    12) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang

    memerlukan pertolongan profesional.

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    5/13

    24

    REFLEKSI BAB 4: TEORI-TEORI KAUNSELING

    Pembentukan Tingkah laku Melalui Pelaziman Operan (Shaping Behaviour)

    merupakan model Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951)

    memperkembangkan teknik 'pembentukan' (shaping) bagi melatih haiwan

    menguasai tingkah laku kompleks yang juga relevan kepada tingkah laku manusia.

    Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisma setiap kali ia bertindak

    ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan

    dan tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi. Prosedur pembentukan boleh

    digunakan untuk mengawal tingkah laku orang.

    Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawakdalam kelas. Perakuan rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan

    pelajar berkenaan. Apabila pelajar-pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau

    melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan

    mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabila

    berjenaka.

    Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat

    mempengaruhi bagaimana penyampai bertindak. Segolongan pelajar menganggukkepala mereka dan ini telah menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih

    cepat dalam kelas.

    Peneguhan Positif (Positive Reinforcement) merupakan apa jua rangsangan

    yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan berlaku

    disifatkan sebagai Peneguhan Positif. Contohnya tikus yang menekan kunci pintu

    (lever) dan diberikan makanan akan mengulang tingkah laku itu dengan harapan

    mendapat makanan dan contoh kedua ialah seorang budak yang menyelesaikankerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkah laku itu.

    Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement) pula ialah apa jua rangsangan

    yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan

    kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif.

    Organisma kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat mengelak atau

    mengurangkan keadaan yang negatif. Contohnya tikus yang dikejutkan dengan

    elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan kejutan elektrik dan ibu

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    6/13

    25

    akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan

    mendengar anaknya memekik-pekik.

    Denda (Punishment) ialah apa jua rangsangan yang menyebabkan

    kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang terhasil berkuranganatau langsung dihapuskan. Contohnya budak yang tidak membantu ibu tidak diberi

    peluang bermain bola (iaitu, menghentikan keseronokan).

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    7/13

    26

    REFLEKSI BAB 5: KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

    Prof Datin Dr Aizan(2002) menyatakan antara kemahiran yang asas dalam

    membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan

    klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran

    menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara

    langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima,

    kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran

    membuat klasifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran

    mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran

    mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat,

    kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan

    kemahiran menyemak persepsi.

    Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-

    rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga

    harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam

    menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor

    juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa

    banyak gangguan.

    Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah

    cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab

    pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin

    dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika

    tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif.

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    8/13

    27

    REFLEKSI BAB 6: INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK

    Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang

    profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan

    peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan

    evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta

    hasil kajian. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi

    bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh

    dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan

    tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

    Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahandalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.

    Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif.

    Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan

    dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi

    proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.

    Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara barat. Di

    Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruangkosong bagi membantu menyelesaikan permasalahan pelajar dalam usaha

    menginterpretasikan diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan

    kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.

    Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi

    keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang

    berbeza sama ada dari segi genetik, keluarga, bangsa, persekitaran, tempat, budaya

    dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksititersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan

    kepesatan pembangunan Negara kita, bukan saja ditaja oleh insan yang

    berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang

    mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap di samping kestabilan emosi.

    Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai

    sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak

    tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    9/13

    28

    bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat

    masing-masing.

    Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak

    untuk memperoleh perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid

    menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang

    dijalankan.

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    10/13

    29

    REFLEKSI BAB 7: KAUNSELING KELOMPOK

    Menurut Kaunseling Corey dalam bukunya Theory Practice of Group

    Counselling. Kelompok, tujuan kaunseling kelompok ialah pencegahan dan juga

    pengubatan. Kaunseling kelompok mempunyai satu matlamat yang tertentu seperti

    pembelajaran, kerjaya, masalah peribadi atau sosial. Ia mementingkan perhubungan

    individu yang menekankan tentang kelakuan, fikiran, perasaan secara sedar. Isi dan

    fokus perbincangan ditentukan oleh para peserta.

    Pandangan Gazdar dan kawan-kawan (1967), kaunseling kelompok ialah

    satu-satunya proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan

    kelakuan secara sedar. Nilai terapinya tertakluk kepada percaya mempercayai satusama lain, penerimaan, faham memahami serta kerjasama dalam kumpulan. Fungsi

    terapi timbul dalam satu kumpulan yang kecil di mana peserta berkongsi masalah

    peribadi bersama kaunselor serta rakan sebaya yang lain.

    Pandangan Gibson dan rakan-rakan (1981) dalam Introduction to Guidance.

    Kaunseling kelompok boleh dilihat sebagai penyesuaian diri yang rutin atau

    pengalaman perkembangan diri yang disediakan dalam satu kumpulan. Fokus

    kaunseling kelompok ialah menolong peserta menghadapi penyesuaian dan

    perkembangan diri seharian seperti perubahan kelakuan, membaiki kemahiran,

    perubahan sikap dan nilai, kerjaya atau membuat keputusan dalam hidup.

    Matlamat Kaunseling Kelompok ialah untuk menolong setiap peserta

    mengenali dan memahami diri masing-masing. Peserta dapat menerima diri sendiri

    dan menganggap dirinya manusia berguna. Untuk membina kemahiran berfikir serta

    kemahiran berkomunikasi di kalangan peserta. Untuk membina kepekaan terhadap

    keperluan orang lain. Hasilnya bertanggungjawab terhadap kelakuan sendiri.

    Menambah kebolehan mengatasi masalah, membuat keputusan dan mencapai

    tujuan hidup dunia akhirat. Menolong peserta membina kemahiran mendengar

    secara empati untuk membantu peserta memahami perasaan yang tersembunyi di

    sebalik kata-kata yang dikeluarkan. Membolehkan peserta menyatakan perasaannya

    dengan benar dan tepat. Menolong peserta menentukan matlamat tertentu yang

    boleh diukur dan dilihat melalui kelakuan mereka. Menolong peserta membina rasa

    dipunyai dan diterima oleh orang lain. Menolong peserta membina semangat dan

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    11/13

    30

    berwibawa menghadapi risiko dan menunjukkan kepada mereka bahawa risiko juga

    mempunyai ganjaran yang tinggi.

    Bilangan ahIi dalam sesuatu kelompok terpulang kepada beberapa faktor

    seperti umur, jenis masalah, pengalaman kaunselor, objektif yang hendak dicapai,masa dan tempat pertemuan. Sekiranya ahli kelompok itu terdiri daripada individu

    yang mempunyai masalah yang berat dan mendesak, maka bilangan yang kecil

    amat sesuai seperti 2-4 orang.

    Proses Kaunseling Kelompok bermula dengan permulaan sesi, konflik dan

    konfrontasi perkembangan dan rasa bersepadu, peringkat keempat hasil dan

    peringkat kelima - penamatan (kesimpulan).

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    12/13

    31

    REFLEKSI BAB 8: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI PELAJAR

    Pemilihan kerjaya menggunakan kaedah saintifik memerlukan suatu strategi

    yang sistematik, ampuh, tepat dan berkesan. Strategi yang akan dibincangkan

    dalam kertas kerja ini adalah berasaskan kepada model Trait dan Faktor meliputi;

    1) Mengenalpasti trait-trait dan ciri ciri individu atau mengenal diri

    2) Menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan atau mengenal dunia

    pekerjaan

    3) Memadankan diri dengan bidang pendidikan atau pekerjaan.

    Matlamat akhir pendekatan ini adalah untuk memastikan ciri-ciri personal

    seseorang individu selaras dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu bidang

    pekerjaan atau kerjaya. Keselarasan antara ciri-ciri personal dengan ciri-ciri

    pekerjaan adalah amat kritikal kerana ia dikaitkan dengan motivasi, kepuasan,

    pencapaian, stabiliti dan produktiviti dalam pekerjaan.

    Langkah pertama yang penting ialah kaunselor perlu mendorong remaja

    mengenalpasti diri dengan menerokai potensi diri menggunakan kaedah-kaedah

    tertentu. Menurut Nowak (1986) untuk menerokai potensi diri seseorang, aspek-

    aspek yang berkaitan dengan personaliti, minat, nilai dan pencapaian mestilah

    diterokai secara objektif. Antara kaedah yang paling popular ialah penggunaan

    teknik psikometrik yang melibatkan ujian personaliti, ujian minat pekerjaan, ujian nilai

    pekerjaan dan ujian pencapaian.

    Langkah kedua yang berkaitan dengan strategi ini ialah perlunya remaja

    mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat mengenai sesuatu pekerjaan. Antara

    maklumat yang terpenting termasuklah deskripsi mengenai pekerjaan, keperluan

    latihan, tempat latihan, kelayakan akademik untuk mendapatkan latihan, jangka

    masa latihan serta lain-lain maklumat yang berkaitan. Kaunselor boleh membantu

    remaja memperolehi maklumat kerjaya secara berkesan dengan mengadakan

    program-program bimbingan kerjaya seperti ceramah dan majlis penerangan.

    Maklumat juga boleh disalurkan dengan berkesan kepada remaja melalui Pusat

    Sumber Kerjaya di sekolah.

  • 7/24/2019 Refleksi Bab Pembelajaran

    13/13

    32

    Langkah ketiga memerlukan remaja membuat keputusan mengenai sesuatu

    kerjaya. Langkah terakhir ini adalah sangat penting kerana ia akan menentukan

    masa depan seseorang remaja. Pada peringkat ini remaja perlu menentukan dengan

    tepat matlamat kerjaya dengan memadukan maklumat yang berkaitan dengan

    potensi diri dengan maklumat mengenai sesuatu pekerjaan.

    Walaupun proses pemadanan ini amat mudah difahami, iaitu seakan-akan

    memadan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau memadankan pasak segi empat

    ke dalam lubang segi empat, namun proses ini amatlah sulit dan memerlukan

    kepakaran. Kaunselor yang ditugaskan untuk menolong para remaja perlu

    memperolehi latihan khusus. Adalah sangat penting untuk dipastikan supaya

    dihujung Langkah ketiga ini remaja mempunyai matlamat kerjaya yang jelas. Hal ini

    adalah penting kerana ia dapat memberi arah atau hala tuju kepada para remaja di

    samping berperanan sebagai sumber utama motivasi dalaman.

    Strategi yang dibincangkan di sini dibangunkan berasaskan teori Trait dan

    Faktor iaitu salah satu teori kerjaya yang berpengaruh dan mempunyai pengikut

    yang ramai. Walaubagaimanapun penggunaan teori ini secara bersendirian adalah

    tidak memadai kerana tiada suatu pun teori yang benar-benar dapat berdiri dengan

    sendirinya. Oleh kerana itu, aplikasi teori ini akan dimantapkan dengan sokongan

    teori Pemilihan Kerjaya Holland dan teori Perkembangan Kerjaya Super.