3
REFLEKSI Nama: Nurul Hidayah Binti Husin Unit: PISMP Matematik Jan 2012 Pada kali ini, kami perlu melakukan sebuah pr!ram iaitu sama pr!ram dalaman mahupun luaran dalam melihat dari se!i pen!urusannya yan! teratur" Pr!ram ini #a$ib di adakan kerana terdapat dalam kursus pr%rma ba matapela$aran Persatuan &'J (1(1 dalam men!endalikan sesebuah pr!ram" Pr!ram ini telah diambil kira seba!ai pr!ram la#atan ilmiah ke Uni)ersitas Pendidikan Bandun! setelah beberapa kalimesyuarat ke*il diadakan dan dipersetu$ui leh semua ran! serta pensyarrah penasihat iaitu +n" aini bin '-i-" Pr!ram ini disertai leh 1. ran! !uru pelatih dan / ran! pen!irin!" Pr!ram ini berlan!sun! selama ( hari 2 malam di Bandun! dan hari pertama adalah merupakan hari pertama kami ber!erak terus ke Uni)ersitas Pendidikan Bandun!" Setibanya kami di Uni)ersitas Pendidikan Bandun!, kami telah diba#a ke bilik mesyuarat yan! terdapat di dalam akultas Matematika itu" ami disambu den!an baik leh pihak Uni)ersitas den!an kehadirannya pe!a#ai yan! tertin!!i dalam pendidikan di Bandun! yan! semata mata turun hanya untuk menyapa dan beramah mesra den!an kami" Se#aktu sesi suai kenal dan perbin*an!an, banyak in% in% atau maklumat yan! baharu dapat kami pela$ari dan men!ambil iktibar" Pihak Uni)ersitas banyak berkn!si maklumat yan! ber!una kepada kami dan mereka $u!a sempat menyatakan baha#a mereka berminat untuk mela#ati IP3 PM seba!ai menyambut balas kun$un!an kami ke Uni)ersitas" Saya san!at ka!umi akan pensyarah penyarah mereka kerana sepan$an! ma$lis berlan!sun! kebanyakan dari mereka san!at berani dan pr!ram ini berlan!sun! den!an hanya sedikit *ampur tan!an daripada mahasis#a di sana"

REFLEKSI BNdung

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

REFLEKSI

REFLEKSI

Nama: Nurul Hidayah Binti Husin

Unit: PISMP Matematik Jan 2012

Pada kali ini, kami perlu melakukan sebuah program iaitu sama ada program dalaman mahupun luaran dalam melihat dari segi pengurusannya yang teratur. Program ini wajib di adakan kerana terdapat dalam kursus proforma bagi matapelajaran Persatuan WAJ 3131 dalam mengendalikan sesebuah program. Program ini telah diambil kira sebagai program lawatan ilmiah ke Universitas Pendidikan Bandung setelah beberapa kali mesyuarat kecil diadakan dan dipersetujui oleh semua orang serta pensyarrah penasihat iaitu En. Zaini bin Abd Aziz. Program ini disertai oleh 16 orang guru pelatih dan 5 orang pensyarah pengiring. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Bandung dan hari pertama adalah merupakan hari pertama kami bergerak terus ke Universitas Pendidikan Bandung.

Setibanya kami di Universitas Pendidikan Bandung, kami telah dibawa ke bilik mesyuarat yang terdapat di dalam Fakultas Matematika itu. Kami disambut dengan baik oleh pihak Universitas dengan kehadirannya pegawai yang tertinggi dalam pendidikan di Bandung yang semata-mata turun hanya untuk menyapa dan beramah mesra dengan kami. Sewaktu sesi suai kenal dan perbincangan, banyak info-info atau maklumat yang baharu dapat kami pelajari dan mengambil iktibar.

Pihak Universitas banyak berkongsi maklumat yang berguna kepada kami dan mereka juga sempat menyatakan bahawa mereka berminat untuk melawati IPG KPM sebagai menyambut balas kunjungan kami ke Universitas. Saya sangat kagumi akan pensyarah-penyarah mereka kerana sepanjang majlis berlangsung kebanyakan dari mereka sangat berani dan program ini berlangsung dengan hanya sedikit campur tangan daripada mahasiswa di sana.

Banyak perkara baharu yang saya pelajari daripada cerita-cerita dan pengalaman yang di alami oleh mereka sewaktu praktikal. Antaranya adalah bagaimana pensyarah dalam bidang Matematik mengaitkn etnomatematik dalam kajian tindakannya. Jika sebelum ini saya kurang memahami apa itu etnomatematik tapi melalui penerangan dan contoh yang diberikan telah membuatkan saya lebih memahami apa yang beliau maksudkan. Etnomatematik bukan sahaja dapat mengaitkan nilai-nilai norma namun dapat membantu pelajar fahami etnomatematik dengan lebih mendalam.

Selain itu, melalui perbincangan yang berlaku antara pihak Universitas dan kita telah menunjukkan bahawa sesebuah idea dapat dicambah memalaui perbincangan antara dua pihak. Banyak lmu dan idea-idea yang bernas yang kami dapati daripada pihak Universitas dalam ilmu praktikum dan kerjaya guru pada masa akan datang. Pada satu sudut, saya sagat bersyukur bahawa Malaysia merupakan negara yang aman dan makmur.. Kerjaya guru di Malaysia sangat dihargai dan dipandang tinggi oleh masyarakat berbanding Indonesia.

Setelah lawatn di Universitas, kkami telah melawat banyak tempat lain. Banyak yang kita boleh pelajari sewakktu lawatan sebegini sama ada kelebihan atau kekurangan sesuatu tersebut. Bak kata pepatah, yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan. Saya kagum dengan sikap orang Bandung kerana sikap toleransinya sangat tinggi dan sangat menghargai orang lain. Namun begitu, aspek kebersihan serta struktur jalanan sangat perlu dipertingkatkan lagi kerana sebagai negara Islam dan juga orang Islam, aspek kebersihan merupakn sebhagian daripad iman.

Namun begitu, kekurangan yang saya dapat lihat melalui program ini adalah kekurangan masa. Memandangkan kami tiba lewat di Universitas kerana sesat dan tidak tahu selok belok jalan di Universitas, ini telah mengambil masa daripada yang sepatutnya. Perkara ini uga menyebabkan terdapat seorang pegawai yang turut hadir dalam majlis suai kenal tersebut terpaksa menyingkatkan masanya kerana terdapat undangan lain yang perlu beliau hadiri. Kami juga tidak sempat melawat kawasan Universitas Pendidikan Bandung kerana waktu Zuhur adalah kira-kira pukul sebelas lebih dan ini menyebabkan masa yang ada sangat singkat.

Oleh itu, pada masa akan datang saya berharap lawatan program pada akan datang akan lebih berfokus kepada sesuatu yang ingin difokuskan. Masa yang diperuntukkan juga perlu diubah hingga ke petang memandangkan masa yang diperuntukkan sebelum ini tidak mencukupi.

Kesimpulannya, saya berharap pada masa akan datang aktiviti program sebegini dapat diadakan lagi agar dapat mendidik guru pelatih dalam mengendalikan sesuatu pengurusan dengan lebih baik. Melawat ke tempat lain sambil belajar memang sangat berguna dan bermakna kerana kita akan dapat mempelajari sesuatu yang baharu yang tidak ada ditempat kita. Oleh itu, aktiviti atau program sebegini sepatutnya diteruskan lagi kerana terdapat banyak manfaat yang dapat saya pelajari secara tidak langsung yang dapat memningkatkan kredibiliti saya sebagai seorang guru kelak.