Upload
rosdyana-ramli
View
52
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
refleksi kendiri
Citation preview
ROSDIANA BINTI RAMLI 900913-13-6898
REFLEKSI KENDIRI :
‘PROGRAM MOTIVASI REMAJA GEMILANG’ DI SEKOLAH KEBANGSAAN
BUNTAL
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya, maka program
yang dijadualkan oleh PISMP Pengajian Agama Ambilan Januari 2011 dengan
pensyarah penasihat bagi Persatuan Pendidikan Islam (WAJ 3113) oleh Ustaz Wan
Kamarulzaman dan pensyarah pembimbing bagi subjek Pofesionalisme Guru
Pendidikan Islam (PIM 3111) iaitu Ustazah Sharifah Fatimah binti Wan Jamel telah
dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Buntal, pada 2 Oktober 2013.
‘Program Motivasi Remaja Gemilang’ yang mengambil masa selama 10 jam ini telah
menzahirkan pelbagai perasaan dan pengalaman yang berbeza di dalam diri saya.
Pengalaman ini menjadikan diri saya lebih bersedia untuk menempuh ke alam profesion
keguruan. Berdasarkan program ini, saya telah melihat beberapa aspek iaitu kekuatan
dan kelemahan. Aspek inilah yang membantu saya dan rakan-rakan bagi membuat
penambahbaikan untuk projek yang akan dilakukan di sekolah kelak.
Antara kekuatan yang telah ditonjolkan sepanjang pelaksanaan program ini
adalah didapati setiap fasilitator kelihatan bersungguh-sungguh, komited, bersemangat
serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang melaksanakan program ini. Seramai
63 murid-murid tahun 6 yang terlibat dan 2 orang fasilitator menjadi pembimbing
kepada setiap kumpulan. Pembahagian tugasan yang telah diagihkan dijalankan
dengan sebaiknya. Setiap sesi yang dipertanggungjawabkan terutamanya apabila
melibatkan aktiviti taaruf (berkenalan) antara ahli kumpulan dan fasilitator, memberi
nasihat dan motivasi, serta permainan ‘explorace’ menjadikan diri ini disemai dengan
jiwa kepimpinan dan bersiap sedia menjadi da’ie (pendakwah). Sedikit sebanyak setiap
aktiviti yang dijalankan merapatkan hubungan sillaturahim antara fasilitator dan murid-
murid di SK Buntal. Malah murid-murid melibatkan diri dan memberikan respon yang
baik semasa melaksanakan aktiviti.
Seterusnya, cuaca yang cerah dan persekitaran sekolah yang kondusif
membolehkan setiap perancangan aktiviti yang dilakukan berjalan dengan lancar. Para
ROSDIANA BINTI RAMLI 900913-13-6898
peserta program juga kelihatan tertarik dengan setiap aktiviti yang dilaksanakan. Ada
antara para peserta kelihatan tidak sabar untuk mengetahui aktiviti yang akan dilakukan
seterusnya. Contohnya dalam aktiviti ‘Padang Mahsyar’, mata para peserta akan
ditutup dengan kain hitam. Kebanyakan peserta kelihatan teruja dan ingin mengetahui
akan apa yang akan dilakukan kelak. Akhirnya, apabila mereka ditebarkan di tengah
gelanggang dalam cuaca yang panas, sambil menjerit menggunakan zikir yang telah
dibekalkan kepada setiap ahli di dalam kumpulan, mereka kelihatan bersungguh-
sungguh untuk mencari antara satu sama lain. Di sini, saya dapati para peserta mulai
dapat gambaran serba sedikit akan keadaan sebenar di padang Mahsyar kelak. Zikir
tersebut adalah sebagai amalan yang akan dibawa oleh mereka selepas meninggal
dunia. Keadaan cuaca yang sedikit panas membolehkan aktiviti ini dilaksanakan
dengan jayanya. Alhamdulillah.
Selain itu, semasa aktiviti ‘explorace’ yang mempunyai 9 stesen kesemuanya,
aktiviti tersebut mampu meningkatkan tahap fizikal dan mental peserta khususnya
dalam bidang pengetahuan agama Islam. Setiap stesen menyediakan aktiviti yang
pelbagai dan para peserta dikehendaki untuk menyelesaikan tugasan yang
diamanahkan pada setiap stesen. Antaranya aktiviti menjaring bola di dalam gawang,
membaling bola di dalam bakul, berjalan menggunakan terompah plastik dan beberapa
aktiviti menarik yang lain. Para peserta juga dikehendaki untuk menjaga amanah
berbentuk sekeping roti. Roti tersebut hendaklah dibawa sepanjang aktiviti ‘explorace’
berlangsung dan roti tersebut hendaklah berada dalam keadaan yang baik. Tujuan roti
tersebut diberikan kepada peserta agar sifat amanah diterapkan di dalam diri murid-
murid walaupun di mana jua berada.
Kemudahan dan infrastruktur sekolah yang lengkap seperti bilik tayangan, kantin
sekolah yang besar dan selesa, gelanggang sekolah yang luas dan selamat, ruangan
untuk murid-murid berkumpul dan pondok-pondok kecil membolehkan kami
menyediakan aktiviti yang menarik seperti yang telah ditetapkan dan dirancang pada
setiap stesen. Dalam program ini, turut diadakan sesi muhasabah diri yang dikendalikan
oleh saudara Mohd Afiq dan Mohd Hafizuddin. Sesi tersebut dilakukan pada awal
program di dalam bilik tayangan yang selesa. Oleh itu, apabila sesi muhasabah diri
ROSDIANA BINTI RAMLI 900913-13-6898
dilakukan, para peserta dapat menghayati setiap penerangan dan nasihat yang
diberikan oleh penceramah dengan tekun dan selesa. Turut diselitkan sedikit video
yang memberikan keinsafan terhadap diri murid-murid.
Walau bagaimanapun, setiap program yang dilakukan, pasti akan ada
kelemahannya. Pada pendapat saya, antara kelemahan yang didapati sepanjang
program ini adalah masa yang singkat bersama dengan para peserta. Pada awalnya,
perancangan kami adalah untuk mengadakan program motivasi ini selama dua hari dan
menginap di hotel yang berhampiran. Namun, disebabkan beberapa kekangan masa
dan peralihan tempat, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Pada pendapat saya,
program motivasi yang hanya memakan masa sehari iaitu daripada jam 8 pagi
sehingga 5 petang kurang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para peserta
kerana pengisian yang kurang dan penglibatan fasilitator yang singkat bersama peserta
kumpulan masing-masing.
Malah, kami turut mensasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus murid tahun 6
akan hadir di dalam program ini. Namun, kami agak sedikit kecewa memandangkan
hanya 63 orang murid sahaja yang hadir dibandingkan dengan yang dijangka akan
hadir iaitu 71 orang. Namun, keadaan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan bilangan
ahli kumpulan yang telah ditentukan oleh kami. Selain itu, apabila tiba waktu solat asar,
solat berjemaah tidak dapat dilakukan bersama-sama fasilitator wanita memandangkan
surau yang tidak mencukupi untuk kesemua ahli jawatankuasa program dan para
peserta.
Cadangan penambahbaikan yang diperlukan berdasarkan program ini adalah
sebaiknya program yang dirancang perlu diperkemas dengan lebih awal. Hal ini adalah
kerana pada pandangan saya, pelaksanaan perjalanan aktiviti adalah amat singkat
memandangkan program ini dilakukan dalam masa sehari sahaja. InsyaAllah, pada
masa yang akan datang, program yang direncanakan dilakukan sekurang-kurangnya 2
atau 3 hari jika tiada aral melintang. Walaupun ianya memakan masa, namun ukhuwah
antara sesama saudara seislam akan menjadi lebih rapat dan mengeratkan hubungan
sillaturahim amnya. Dengan itu, saya berharap agar program ini walaupun dilaksanakan
dalam masa yang singkat mampu memberi impak yang baik kepada para peserta
ROSDIANA BINTI RAMLI 900913-13-6898
program iaitu murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buntal Kuching agar berubah
menjadi lebih baik serta menjadi muslim dan muslimah yang taat kepada perintah Allah,
Rasulullah serta Ibu bapa. Diharap mereka akan menjadi lebih bersedia dan tabah
untuk menghadapi alam remaja dan dewasa pada hari kemudian kelak. Amin.