5
Refleksi Pengajaran Makro Mata Pelajaran : Pelajaran Jawi Hari : Jumaat Tarikh : 22 November 2013 Masa : 8.20 – 8.45 (30 minit) Tahun : 1 Merah Bilangan Pelajar : 20 orang Tajuk : Mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal jawi. Pendahuluan Pada 23 November 2013 saya telah menjalankan pengajaran makro untuk mata pelajan Pendidikan Jawi Tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf hijaiyyah jawi. Saya telah menggunakan teknologi komputer iaitu tayangan video berkaitan dengan alif, ba, ta. Dengan bantuan rakan sejawat iaitu Ustazah Aishah mengambil rakaman sepanjang aktyiviti pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Tepat jam 8.20 pagi saya dengan hati yang agak gemuruh melangkahkan kaki ke tahun 1 Merah bagi membuat satu rakaman pengajaran makroteaching selama 30 minit. Walaupun pelajar tersebut agak rapat dengan saya, kerana bilangannya yang sedikit, tetapi saya merasa agak sedikit gementar. Sekolah saya merupakan kategori sekolah Zon bandar dan banyak murid, jadi tidak hairanlah bilangan pelajar – pelajar ramai. Melalui rakaman saya dan maklum balas daripada rakan sejawat saya telah dapat melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran makro tersebut. Kekuatan Pada permulaannya , kelas berjalan seperti biasa, seperti yang telah dirancang untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dinyatakan. Suasana kelas berada di dalam keadaan yang baik, teratur dan berjalan dengan lancar serta ceria. Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan bacaan doa beramai-ramai oleh semua

Refleksi PIK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Refleksi subjek PIK bhn maktab

Citation preview

Page 1: Refleksi PIK

Refleksi Pengajaran Makro

Mata Pelajaran            : Pelajaran Jawi

Hari                             : Jumaat

Tarikh                          : 22 November 2013

Masa                           : 8.20 – 8.45 (30 minit)

Tahun                          : 1  Merah

Bilangan Pelajar          : 20 orang

Tajuk                           : Mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal jawi.

Pendahuluan

Pada 23 November 2013 saya telah menjalankan pengajaran makro untuk mata pelajan

Pendidikan Jawi Tahun  1. Tajuk yang saya pilih ialah mengenal, menyebut dan menulis huruf-

huruf hijaiyyah jawi.  Saya telah menggunakan teknologi komputer iaitu tayangan video

berkaitan dengan alif, ba, ta. Dengan bantuan rakan sejawat iaitu Ustazah Aishah mengambil

rakaman sepanjang aktyiviti pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Tepat jam 8.20 pagi saya

dengan hati yang agak gemuruh melangkahkan kaki ke tahun 1 Merah bagi membuat satu 

rakaman  pengajaran makroteaching selama 30 minit. Walaupun  pelajar tersebut agak rapat

dengan saya, kerana bilangannya yang sedikit, tetapi saya merasa agak sedikit gementar.

Sekolah saya merupakan kategori sekolah Zon bandar dan banyak murid, jadi tidak hairanlah

bilangan pelajar –pelajar ramai.  Melalui rakaman saya dan maklum balas daripada rakan

sejawat saya telah dapat  melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran makro tersebut.

                                                                     

Kekuatan       

Pada permulaannya , kelas berjalan seperti biasa, seperti yang telah dirancang untuk

satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dinyatakan. Suasana kelas berada di dalam

keadaan yang baik, teratur dan berjalan dengan lancar serta ceria. Sesi pengajaran dan

pembelajaran dimulakan dengan bacaan doa beramai-ramai oleh semua pelajar agar mendapat

keberkatan daripada Allah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Kemudian guru  memulakan set Induksi dengan menayangkan sebuah video nasyid alif, ba, ta. 

Pelajar-pelajar diminta supaya memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya semasa

video itu ditayangkan. Tujuan video ini ditayangkan untuk menarik minat pelajar-pelajar

disamping melahirkan perasaan yang gembira pada  tajuk yang akan berlangsung pada hari ini.

Dengan menggunakan ICT murid lebih memahami isi pengajaran yang diajar kerana murid

Page 2: Refleksi PIK

lebih nampak gambaran yang sebenarnya.Justeru, guru dilihat berjaya menarik minat pelajar-

pelajar pada awal sesi PdP lagi. Kesimpulannya, set induksi yang dijalankan  dapat menarik

minat  para pelajar.

Selepas itu, sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi diteruskan iaitu

mengenal huruf yang sama bentuknya. Guru menggunakan kad huruf –huruf hijaiyyah yang

telah dikumpulkan diatas meja. Setiap seorang pelajar diminta mengambil huruf-huruf yang

sama bentuknya. Setelah semua pelajar memilih huruf-huruf tersebut, mereka dikehendaki

menyebut hurur – huruf yang berada ditangan mereka secara bergilir-gilir. Di samping murid

menyebut huruf, guru juga membimbing murid yang agak kurang mengecam dan mengenal

huruf tunggal jawi. Hal ini merupakan salah satu cara untuk menguji kefahaman dan ingatan

murid terhadap apa yang dipandang dan dilihat semasa tayangan video tadi. Daripada 6 orang

pelajar, 4 orang daripadanya dapat menjawab dengan betul dan tepat. Seorang pelajar hanya

mengenali 1 huruf daripada 2 kad huruf yang berada ditangannya, manakala seorang lagi

dibantu oleh guru.

Bagi memantapkan lagi pengenalan dan ingatan  huruf terhadap murid-murid, guru

meminta murid mencari pasangan masing-masing. Seorang murid menyebut huruf dan

didengar oleh pasangan, kemudian seorang lagi rakannya pula menyebut huruf. Kaedah ini

berjalan secara begilir-gilir diantara  satu pasangan kemudian diikuti oleh pasangan lain. 5

orang pelajar dapat menyebut huruf dengan betul dan lancar.

Bagi meneruskan lagi aktiviti yang lebih menarik dan memantapkan lagi ingatan murid,

guru meminta murid-murid menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru dipapan tulis secara

individu dan bergilir-gilir. Sebagai tanda ingatan dan kefahaman murid terhadap pelajaran yang

dipelajari oleh mereka, murid-murid berebut-rebut mengangkat tangan sebagai tanda faham

apa yang disebut oleh guru. Guru meminta seorang demi seorang murid menulis huruf yang

disebut oleh guru. Semua murid melibatkan diri sebagai tanda mereka ingat , faham dan tahu

huruf-huruf tersebut. Saya merasa sungguh gembira dan terharu atas apa yang saya dapat

pasa hari itu.  Sebagai penilaian bertulis, guru memberi arahan bagaimana hendak menjawab

semua soalan yan terdapat didalam kertas lembaran kerja murid. Setelah murid faham arahan 

guru, guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menyiapkan kerja mereka. 10 orang murid

sahaja dapat menjawab semua soalan bertulis yang diedarkan kepada murid.

Perkara di atas jelas menunjukkan  objektif pengajaran guru pada hari tersebut tercapai.

Secara umumnya , guru berjaya mengawal kelas dengan baik dan menamatkan pengajaran

dalam masa yang ditetapkan. Namun , terdapat juga kelemahan pada guru yang perlu

diperbaiki pada masa akan datang. Walau pun begitu, pada keseluruhannya saya yakin  saya

mengajar dan menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Hal ini dapat

Page 3: Refleksi PIK

dilihat dari sudut kawalan kelas dan respon pelajar adalah baik. Malahan semasa sesi aktiviti

yang dijalankan oleh murid , burid dapat bekerjasama dengan baik dan menjawab semua

soalan guru dengan sempurna. Hal ini penting kerana pelajar dapat mengenal,  menyebut dan

menulis huruf hijaiyyah jawi dengan betul semasa  pengajaran guru didalam kelas lagi. 

Sememang itulah peranan saya sebagai seorang guru, dapat menyampaikan pengajaran

dengan baik dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar.

Oleh yang demikian saya berjaya menarik minat pelajar untuk  mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran saya sehingga tamat. Penguasaan kelas yang amat baik dan

pelajar berjaya menguasai konsep pengajaran saya. Namun terdapat juga murid yang agak

lambat untuk mengenal huruf tetapi saya terus membimbing pelajar tersebut dengan suara

yang agak lembut tanpa memarahinya. Hal ini penting kerana pelajar sekolah rendah

sememangnya terdedah dengan emosi , seandainya berlaku kekasaran dari guru akan

menghilangkan minat murid  untuk belajar dan tidak fokus untuk belajar. Untuk itu saya harus

mengawal mkelas agar suasana belajar menyeronokkan  dan pelajar tidak merasa bosan untuk

belajar. Hasinya , kelas pembelajaran dan pengajaran saya menjadi lebih ceria dan

meningkatkan lagi  hubungan dua hala diantara guru dan murid.

Kelemahan dan Cara Mengatasi

Dari sudut kelemahan sebagai guru, saya dapati keyakinan untuk menyampaikan masih

lagi kurang dan tarikan minat kurang memuaskan seperti kesenian, nyanyian, permainan dan

lain-lain. Ini membuatkan pelajar kurang ceria dan cepat bosan. Antara kelemahan lain ialah

dari segi pengurusan masa. Masa yang terhad membuatkan guru hilang fokus dan kadangkala

terkeluar dari tajuk.

Hasil dapatan saya lagi, tentang kelemahan lain ialah dari segi set induksi yang tidak

berkaitan dan ketandusan idea. Masalah lain ialah bahan bantu mengajar yang kecil dan tidak

fleksibel utk penggunaannya.

Pada hemat saya, kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi dan saya amat cakna dengan

kekurangan ini. Bagi masa yang akan datang saya akan lebih yakin menyampaikan pengajaran

dan pembelajaran sejurus memasukkan akttiviti yang lebih menarik seperti nyanyian dan

Page 4: Refleksi PIK

permainan. Tentang masa saya perlu lebih fokus dan mengikuti langkah-langkah yang telah

diaturkan. Set-set induksi juga saya akan cuba dapatkan dari sumber-sumber luar seperti

kawan-kawan dan internet. Saya mengambil kira kelemahan-kelemahan ini sebagai satu

kelebihan bagi membaiki diri dan membuat perubahan yang lebih baik pada masa yang akan

datang.

Untuk semua aktiviti yang saya jalankan, saya banyak memberi pujian dan bimbingan

kepada pelajar atas kerjasama yang mereka berikan. Pujian ini penting terutamanya bagi

pelajar-pelajar tahun 1 kerana dapat melahirkan penghargaan terhadap diri pelajar oleh guru

tersebut. Malah ia akan menjadi  untuk pendokong dan melahirkan semangat dari diri pelajar

tersebut untuk mengikuti pengajaran guru di lain-lain waktu.