2

Click here to load reader

REFLEKSI PKE 3103

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: REFLEKSI PKE 3103

RAVICHANDRAN TOPEKANPKE 3103

REFLEKSI

Rancangan pengajaran ini disediakan bagi tujuan Pengajaran Mikro bagi subjek Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Rancangan pengajaran amat penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan berdasarkan teknik, kaedah, strategi dan sukatan pelajaran berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan berpandukan rancangan pengajaran yang bermutu dan sistematik ini akan menjamin keberkesanan penyampaian pengajaran guru serta meningkatkan pemahaman murid-murid di dalam kelas.

Di sepanjang saya menyediakan rancangan pengajaran harian ini saya telah beberapa kali berbincang bersama rakan kumpulan. Dengan kerjasama dan penjanaan idea bersama ini saya telah menghasilkan RPH ini dengan sempurna sepertimana yang dikehendaki oleh pensyarah. Kami juga telah berbincang kepada pensyarah dan melalui hasil perbincangan kami telah memperbetulkan perkara-perkara yang telah dikomen oleh beliau.

RPH ini telah saya laksanakan disekolah dan saya dapati murid-murid telah seronok melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti membuat kad bagi Hari Ibu dan Hari Guru sangat menarik minat murid. Melalui subjek ini saya telah dapat meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai kaedah P&P bagi menambah minat murid dalam P&P.

Walaupun murid-murid mengambil bahagian dengan aktif dalam aktiviti namun terdapat sedikit kelemahan apabila dibuat bersama murid-murid Tahun 1. Mereka ini masih belum dapat menguasai kemahiran menggunting, memotong dan menampal selain kurangnya daya kreativiti. Di sekolah saya mengajar Tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Murid-murid Tahap 2 dapat membuat kad Hari Ibu dan Hari Guru yang menarik dan kreatif semasa subjek Bahasa Inggeris. Aktiviti sebegini seharusnya dibuat dalam kumpulan kecil dan dibantu oleh guru sekiranya dilaksanakan di Tahun 1.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

…………………………

RAVICHANDRAN TOPEKAN

PGR-PJ-5.5