3
Refleksi Akhirnya saya berjaya juga mengadakan satu pertandingan memanah tertutup bagi subjek gerko pada tahun 2011 dengan bantuan rakan rakan pismp semester 2 sains. Sekalung Terima Kasih Kepada Pensyarah Bimbingan Kami, Tn Haji Shamsuddin Bin Mohd Shariff kerana tunjuk ajar dan maklumat maklumat yang diberikan amat membantu saya dan rakan rakan. Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada semua guru pelatih kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjayakan petandingan memanah dengan jayanya. Sepanjang proses saya melibatkan diri dalam pertandingan memanah pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang saya dapat. Pertama dapat meningkatkan kemahiran interpersonal saya. untuk menjayakan pertandingan ini saya banyak bertanya kepada pensyarah dan juga rakan rakan mengenai teknik memanah yang betul jadi saya perlu pandai bersosial untuk membolehkan mendapat maklumat dalam membantu saya untuk memanah dengan tepat dan tidak hilang fokus. Disamping itu, sebagai AJK makanan dan keselamatan saya telah mempelajari cara berkomunikasi dengan orang luar untuk menempah makanan dan juga pandai membuat surat untuk meminta kotak peti kecemasan.Selain itu,saya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan pelatih- pelatih guru yang lain .Saya boleh bergaul mesra dengan mereka dan dapat mengenal hati budi mereka dengan lebih rapat lagi.Perkara ini amat penting dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan juga bakal guru pada masa hadapan.Kita hendaklah pandai bersosial dengan orang di sekeliling kita supaya mudah untuk kita berkomunikasi dengan mereka dan kita tidak akan digelar kera sumbang.Di sini saya telah dapat meningkatkan kemahiran sosial saya dan juga kemahiran komunikasi.

Refleksi Tournament

  • Upload
    tk324

  • View
    15

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

Refleksi Akhirnya saya berjaya juga mengadakan satu pertandingan memanah tertutup bagi subjek gerko pada tahun 2011 dengan bantuan rakan rakan pismp semester 2 sains. Sekalung Terima Kasih Kepada Pensyarah Bimbingan Kami, Tn Haji Shamsuddin Bin Mohd Shariff kerana tunjuk ajar dan maklumat maklumat yang diberikan amat membantu saya dan rakan rakan. Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada semua guru pelatih kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjayakan petandingan memanah dengan jayanya.Sepanjang proses saya melibatkan diri dalam pertandingan memanah pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang saya dapat. Pertama dapat meningkatkan kemahiran interpersonal saya. untuk menjayakan pertandingan ini saya banyak bertanya kepada pensyarah dan juga rakan rakan mengenai teknik memanah yang betul jadi saya perlu pandai bersosial untuk membolehkan mendapat maklumat dalam membantu saya untuk memanah dengan tepat dan tidak hilang fokus. Disamping itu, sebagai AJK makanan dan keselamatan saya telah mempelajari cara berkomunikasi dengan orang luar untuk menempah makanan dan juga pandai membuat surat untuk meminta kotak peti kecemasan.Selain itu,saya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan pelatih-pelatih guru yang lain .Saya boleh bergaul mesra dengan mereka dan dapat mengenal hati budi mereka dengan lebih rapat lagi.Perkara ini amat penting dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan juga bakal guru pada masa hadapan.Kita hendaklah pandai bersosial dengan orang di sekeliling kita supaya mudah untuk kita berkomunikasi dengan mereka dan kita tidak akan digelar kera sumbang.Di sini saya telah dapat meningkatkan kemahiran sosial saya dan juga kemahiran komunikasi.

Selain itu, saya dapat mengurus masa saya dengan lebih baik. Disebabkan banyak kerja kursus yang lain, pengurusan masa yang betul sangat penting. Saya telah membuat jadual pelaksanaan tugas supaya setiap tugasan yang dihasilkan adalah bagus. Sepanjang menjalankan aktiviti ini , saya belajar untuk tidak menangguh kerja pada saat akhir kerana akan membuat kita menjadi kelam kabut dan tugasan yang dihasilkan tidak memberangsangkan. Oleh itu secara tidak langsung saya dapat mempraktikkan kemahiran membahagi masa dengan bijak dalam kehidupanan. Sebagai guru, walaupun saya tidak menjadi pemanah terkenal, tetapi dengan bakat dan sijil yang diberikan, kami dapat membimbing pelajar pada masa akan datang untuk menjadi pemanah yang terulung di mata dunia.

Disamping itu saya dapat ilmu baru dalam menjayakan pertandingan ini . saya dapat meningkatkan kemahiran memanah saya daripada tidak pernah berminat untuk mengetahui sukan memanah dengan lebih mendalam sehingga saya rasa begitu seronok apabila saya mendalami dengan lebih mendalam dan mengkaji sukan memanah. Saya juga dapat mengetahui atlet atlet memanah Malaysia yang hebat seperti Cheng Chu Sian yang memegang rekod dalam kategori Men Recurve , manakala bagi kategori perempuan dalam Woman Recurve dipegang oleh Mon Redee Suttxi. Selain itu, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam cara carau untuk memegang busur dengan betul, postur badan, dan cara melepaskan anak panah yang betul dan tepat pada sasaran secara teori dan boleh dipraktikan dalam sesi pembelajaran dalam kelas nanti. Saya juga dapat meningkatkan sikap kerjasama dan toleransi apabila berkerja dalam satu kumpulan. Disebabkan dalam satu kumpulan, kami mempunyai pelbagai idea yang bernas jadi kami perlu banyak bertoleransi dan berkolaborasi untuk mengambil atau menghasilkan idea yang cukup bagus untuk digunakan dalam tugasn ini. Semangat kerjasama ini amat penting semasa saya bekerja menjadi guru kerana persekitaran pekerjaan ini banyak bekerja dalam kumpulan dan membolehkan saya lebih bertolak ansur dalam sesuatu keputusan. Secara tuntasnya,saya harap supaya subjek ini serta kerja kursus ini memberi seribu manfaat dan kepentingan kepada saya dan juga rakan-rakan seperjuangan.

Disediakan oleh:

AININ SOFIA BINTI AHMAD SUKRIPISMP SN/PJ/BM SEM 2