Upload
vanthien
View
299
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN
TEKNOLOGI SENSOR DI DALAM BODY PROTECTOR
NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atauTERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda
(PSM).
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau
disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGHASILAN ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SENSOR DI DALAM BODY PROTECTOR
UNTUK PENGIRAAN MATA DALAM SUKAN SILAT OLAHRAGA
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI 0
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ()
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh:
_________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
LOT 890, Prof Madya Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin0
KG BUKIT BELAH, GAAL Nama Penyelia
JALAN JERTEH. 16800 PASIR PUTEH,
KELANTAN, DARUL NAIM.
Tarikh: 26 APRIL 2011 Tarikh: 26 APRIL 2011 0
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )
Tandatangan : _______________________________________
Nama Penyelia : PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN
Tarikh : 26 APRIL 2011
ii
REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN
TEKNOLOGI SENSOR DI DALAM BODY PROTECTOR
NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2011
iii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”
Tandatangan : ________________________________________
Nama Pelajar : NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI
Tarikh : 26 APRIL 2011
iv
DEDIKASI
Buat Keluarga Tersayang
Ayahanda En Mohd Ashri bin Hj Daud
Bonda Pn Norhayati binti Hj Awang
Kakanda-kekanda
Norashryyana
Mohd Aswadi
Mohd Hafiz
Adinda-adinda
Nur Ataillah
Mohd Amirrullah
Nur Aifa
Athirah
Mohd Adharizam
Nur Amira Natasya
Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
yang banyak Membantu
Terutamanya kepada Dr Zainal Abidin Zainuddin
Jurulatih Silat
En. Hisham bin Othman
Rakan-rakan seperjuangan seperjuangan
Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
Serta Insan Teristimewa
Mohd Zainulakromin bin Md idris
Ade Erawan bin Minhat
v
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya
dapat penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat
akhir kursus sebelum menerima segulung ijazah. Walau banyak halangan namun saya
sangat bersyukur kepada Allah kerana segala masalah dapat di tempuhi dengan
kesabaran.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah
Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat
pensyarah pembimbing Prof Madya Dr Zainal Abidin bin Zainuddin di atas bimbingan
dan tunjuk ajar tanpa rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan dari Fakulti Mekanikal
Elektronik yang membantu dalam menyiapkan instrumen kajian. Selain itu, kepada
pelajar-pelajar Sains Sukan, UTM yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada
penyelidik terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2007/2008.
Terima kasih kawan..
Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dan adik beradik tersayang yang
sentiasa memberikan sokongan kepada penyelidik. Tidak lupa pada insan teristimewa,
Mohd Zainulakromin bin Md Idris dan Ade Erawan bin Minhat di atas pertolongan dan
kerjasama yang di berikan.
Moga Allah rahmati dan kurnia kebahagiaan buat anda semua. Segala budi dan
jasa baik kalian tidak akan saya lupakan.
Sekian terima kasih…
vi
ABSTRAK
Silat olahraga merupakan silat yang telah di serapkan ke dalam aktiviti bersukan yang
melibatkan dua individu berlawan tanpa menggunakan senjata berpandukan kepada
peraturan supaya permainan menjadi lebih adil dan selamat. Lakuan pesilat untuk
memperoleh mata berlaku dengan pantas kadang kala menyebabkan ralat pada jumlah
kiraan mata. Kaedah pemarkahan silat olaharaga dilihat kurang sistematik dalam
pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan dalam jiwa pesilat. Rekacipta ini
bertujuan mencipta sebuah produk yang dapat membantu juri pertandingan silat olahraga
sebagai pemudahcara dalam member markah yang lebih sistematik semasa perlawanan.
Penciptaan alat pengesan tumbukan dan sepakan di dalam body protector yang
menggunakan sistem tanpa wayar yang berkos rendah, mesra pengguna dan di perlukan
untuk memastikan ketepatan keputusan pertandingan selain membina keyakinan
masyarakat terhadap sistem pemarkahan ini. Dalam projek ini, rekacipta bertujuan untuk
mengesan tumbukan dan sepakan atlit semasa pertandingan. Rekabentuk ini terdiri
daripada dua bahagian penting iaitu penerima isyarat dan penghantar isyarat. Semasa
pertandingan, serangan daripada pihak lawan dikesan oleh instrument melalui kesan
serangan akan menghasilkan isyarat yang kemudiannya akan di hantar transmitter
receiver seterusnya menghasilkan audio dan visual berbentuk LED dan buzzer.
.
vii
ABSTRACT
Pencak silat is one of the sport activities that involved two persons fighting each other
without any weapons and abiding to rules and regulation. It is for the justice of the game
and for the safety of the fighters as well. As the movement of the fighters are fast to
obtain a point, an error and redundant in giving the point can be occur. The marking
method in pencak silat is less systematic especially in giving point where lead to
unsatisfactory to the fighter. Thus the instrument was build to help the juries to clearly
giving the points to the correct fighters during the competition. The invention of
punching and kicking detector inside the body protector is a low cost wireless system
and friendly user where it is really helpful to detect the kicks and punches that been
made and marks will be given according to it. The system of the marking will be more
reliable and fair. Moreover it will increase the trust among the fighters and audiences in
the marking system. This project consists of two important parts, receiving signal and
shipper the signal. During competition, the attack from the opponent will be detected by
the instrument where it produce a signal and send it to the transmitter receiver then it
will be a sound and light.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PERAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
ix
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.8 Limitasi Kajian 8
1.9 Skop Kajian 8
1.10 Definisi Operasional 9
1.10.1 Body Protector 9
1.10.2 Tumbukan 9
1.10.3 Sepakan 9
1.10.4 Silat Olahraga 9
1.10.5 Pengadil 10
2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Perkembangan Kejuruteraan Sukan 11
2.3 Teori Rekabentuk Alatan Sukan 12
2.4 Implikasi Kejuruteraan Sukan 13
2.5 Kajian Lepas 14
2.6 Kesimpulan 15
3 METODOLOGI KAJIAN 16
3.1 Pengenalan 16
3.2 Kaedah Penyelidikan 17
3.3 Instrumen Kajian 17
3.4 Kajian Rintis 18
3.5 Prosedur Kajian 18
x
3.6 Prosedur Penilaian Instrumen 20
3.6.1 Fasa Pengujian Instrumen 20
3.6.2 Taklimat Prosedur Kajian 20
3.8 Rekabentuk Instrumen 21
3.8.1 Instrumen Kajian 21
3.8.2 Rekabentuk Alatan 22
3.8.3 Komponen dan Peralatan 22
3.9 Cadangan Rekabentuk 23
3.9.1 Peringkat Awal 23
3.9.2 Peringkat Akhir 25
3.10 Kesimpulan 37
4 ANALISIS DATA 38
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Data Ujian Kebolehpercayaan Instrumen 39
4.3 Analisis Data Ujian Kesahan Instrumen 41
4.4 Persepsi Penggunaan Alat 47
4.4.1 Skala Likert 47
4.5 Kesimpulan 57
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 58
5.1 Pengenalan 58
5.2 Ringkasan Kajian 58
5.3 Perbincangan 59
5.4 Perbincangan Persoalan Kajian 60
xi
5.5 Cadangan 63
5.6 Kajian Masa Hadapan 63
5.7 Kesimpulan 63
BIBLIOGRAFI 65-67
LAMPIRAN 68-75
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.4 Spesifikasi Instrumen 26
4.4 Jadual Data Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 43
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Fasa Prosedur Kajian 19
3.2 Lakaran Awal Rekabentuk 24
3.3 Lakaran Awal Litar Skematik 25
3.4 Lakaran Litar Skematik Alat Sensor 27
3.5 Sistem Arus Sensor 28
4.3 Transmitter 29
4.4 Receiver 29
4.5 Bekalan Kuasa Dan Penyimpanan 30
4.6 Body Protector 31
4.7 Cardboard 32
4.8 Span Body Protector 32
3.1 Buzzer 33
3.2 Led (Cahaya) 34
xiv
3.3 Wireless 35
4.1 Coverage 36
4.2 Usb Icsp Pic Programmer V 2010 36
4.3 Sasaran Jatuhan Dumbbell 39
4.4 Gambaran Prosedur Ujian Kebolehpercayaan 40
4.5 Jantina Responden 41
4.6 Bangsa Responden 42
4.7 Umur Responden 43
4.8 Pengalaman Bermain Silat Responden 44
4.9 Pengalaman Menjadi Juri Pertandingan Responden 45
4.10 Kekerapan Menjadi Juri Pertandingan Silat Olahraga 46
4.11 Maklumbalas Kesesuaian Rekabentuk Alat Ini 48
4.12 Maklumbalas Alat Ini Mudah Untuk Di Gunakan 49
4.13 Maklumbalas Alat Ini Selamat Untuk Di Gunakan 50
4.14 Maklumbalas Samaada Alat Ini Dapat Membantu Dalam
Pengiraan Mata Silat Olahraga 51
xv
4.15 Maklumbalas Minat Terhadap Dengan Penggunaan
Sensor Bunyi Dan Led Dalam Menentukan Kesahan
Tumbukan Dan Sepakan 52
4.16 Maklumbalas Keupayaan Alat Sensor Ini Masih Boleh
Ditingkatkan Pada Masa Akan Datang 53
4.17 Maklumbalas Penggunaan Alat Rekacipta Ini Lebih Baik
Daripada Penggunaan Alat Pengesan Yang Lain 54
4.18 Maklumbalas Kesesuaian Reka Cipta Ini Untuk Penggunaan
Pengajaran Dalam Mengenal Pasti Tumbukan Dan Sepakan
Yang Memberi Mata Kepada Pesilat 55
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Perlantikan Subjek 68
B Borang Soal Selidik 69
C Kos Perbelanjaan Instrumen 74
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Ilmu pencak silat dan bela diri merupakan permainan serta pengetahuan yang
mempunyai hubungannya yang tersendiri dengan rahsia mempertahankan diri
Nusantara Melayu. Untuk populariti pencak silat, kini terdapat silat yang telah di
serapkan ke dalam aktiviti bersukan iaitu silat olahraga dan silat seni. Sukan Silat
Olahraga adalah sukan tempur yang melibatkan dua individu berlawan tanpa
menggunakan senjata. Silat olahraga atau nama lainnya silat tanding merupakan
sebuah konsep yang diwujudkan bagi para pesilat beradu tenaga dan bertanding
berpandukan kepada peraturan supaya permainan menjadi lebih adil dan selamat.
Kamus Dewan (2005) mendefinisikan silat ialah sejenis seni ( permainan dan
sebagainya) atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang
dan mempertahankan diri.
Di dalam setiap permainan silat olahraga, terdapat hanya dua orang peserta
dibenarkan bertanding. Kedua-dua pesilat berpakaian silat bersama kelengkapan alat
perlindungan yang ditetapkan. Semasa perlawanan, mereka akan berusaha untuk
mengutip mata di antara satu sama lain melalui serangan seperti tumbukan, sepakan,
kuncian, sapuan ataupun jatuhan. Setiap permainan akan diadili oleh seorang wasit
(pengadil) dan lima orang juri pertandingan.
2
Silat olahraga memiliki keunikan dan kelebihannya tersendiri berbanding
dengan seni mempertahankan diri yang lain. Untuk memenangi perlawanan dan
permainan, para pesilat perlu menggunakan kebijaksanaan seiring dengan kekuatan
bagi mematahkan setiap serangan lawan. Dalam erti kata lain, silat bukanlah
diwujudkan sekadar untuk beradu tenaga semata-mata tetapi bagi melatih dan
mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari oleh setiap pesilat agar dapat
digunakan dengan baik. Silat olahraga kini telah banyak diangkat dan
dipertandingkan dalam acara dan kejohanan yang bertaraf kebangsaan dan
antarabangsa seperti Sukan Malaysia, Sukan Sea dan Kejohanan Pencak Silat Dunia.
Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama
yang tinggi kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan
mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan. Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah
mengiktiraf bahawa silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan
dibawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb
hingga 4hb Disember 2006.
Pada 23hb hingga 24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14,
Ikatan Pencak Silat Indonesia ( IPSI ) telah memperkenalkan Pencak Silat Olahraga.
Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat sekarang adalah
secara rasmi termasuk menjadi sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pencak silat atau silat olahraga termasuk salah satu permainan invasion
(penyerangan), di mana semasa perlawanan, pesilat mencari peluang untuk
memperoleh mata atau point dari pihak lawannya. Dalam usaha mencari mata, pesilat
akan terus berusaha untuk bergerak mendekati lawan dengan pergerakan dan
kelajuan. Begitu juga dalam mempertahankan diri agar tidak dapat diserang oleh
3
pihak lawan, pesilat akan berusaha untuk menghindar, mengelak, dan menangkis
serangan pihak lawan. Pemakaian body protector ( pelindung badan ) ketika
perlawanan adalah wajib, ianya adalah medan dan instrument yang bertindak
sebagai kawasan utama untuk tumbukan dan sepakan pesilat pada pihak lawan.
Dari segi pengiraan mata, kedudukan pengadil pertandingan di kedudukan
sisi kanan dan kiri, juga di bahagian depan kawasan pertandingan. Lakuan pesilat
untuk memperoleh mata berlaku dengan pantas kadang kala menyebabkan ralat pada
jumlah kiraan mata. Kaedah ini dilihat kurang sistematik dalam pengiraan mata dan
mendatangkan ketidakpuasan dalam jiwa pesilat.
1.2.1 Ketentuan Nilai / Mata dalam Silat Olahraga
Nilai 1 : Serangan tangan masuk padu pada sasaran (tanpa
halangan, tangkisan, hindaran dan elakan).
Nilai 2 : Serangan kaki masuk padu pada sasaran (tanpa
halangan, tangkisan, hindaran dan elakan)
Nilai 1 + 1 : Belaan terhasil + serangan tangan masuk.
Nilai 1 + 2 : Belaan terhasil + serangan kaki masuk.
Nilai 3 : Teknik jatuhan terhasil.
Nilai 1 + 3 : Belaan terhasil + teknik menjatuhkan lawan terhasil.
Nilai 5 : Teknik Kuncian terhasil ( dalam kiraan 5 detik / saat ).
4
1.2.2 Nilai Hukuman dalam Silat Olahraga
Nilai 1 : Teguran I
Nilai 2 : Teguran II
Nilai 5 : Peringatan I
Nilai 10 : Peringatan II
Diskwalifikasi : Peringatan III
1.2.3 Kemungkinan Menang
1. Menang Angka : Ditentukan hasil daripada nilai mata tiga
pusingan perlawanan.
2. Menang Teknik : Undur diri dari Pesilat.
Undur diri dari Pelatih.
Unfit atas putusan Doktor Pertandingan.
3. Menang Mutlak : Akibat serangan sah, lawan tidak dapat bangun
/ lanjutan pertandingan setelah kiraan 10 detik
( 10 X )
4. Menang Diskwali fikasi : Lawan mendapat peringatan III.
Unfit akibat pelanggaran I
Keputusan Dokter Pertandingan.
Pelanggaran berat.
5. Menang Tak Seimbang : Lawan tak seimbang atas keputusan Wasit.
5
6. Menang Undur Diri : Lawan undur diri / tidak berada di Gelanggang.
1.3 Penyataan Masalah
Sukan silat olahraga merupakan sejenis permainan yang subjektif, ianya
melibatkan ketangkasan serta pergerakan yang pantas. Semasa perlawanan,
penekanan markah tertumpu kepada tumbukan dan sepakan dalam mendapatkan
mata. Serangan yang baik dan padu dalam sukan silat olahraga akan menghasilkan
mata yang jelas. Tetapi kadang kala, pergerakan pesilat mempengaruhi pengiraan
mata pengadil ( wasit ). Hal ini kerana, untuk mencapai keputusan yang terperinci
bagi sesuatu sukan yang berbentuk subjektif adalah rumit. Di Malaysia, masih tidak
terdapat penghasilan body protector atau mesin yang dapat membantu pengiraan
markah dalam silat olahraga untuk mendapatkan keputusan tumbukan dan sepakan
yang jelas dan nyata. Oleh itu, rekacipta ini bertujuan mencipta sebuah produk yang
dapat membantu juri pertandingan dalam menjadi pemudahcara dalam pengiraan
markah yang lebih sistematik semasa perlawanan. Maka, dengan terciptanya alat
pengesan tumbukan dan sepakan di dalam body protector ini dapat meningkatkan
lagi mutu sukan silat khususnya dalam arena sukan Negara.
1.4 Objektif Rekacipta
Objektif rekacipta ini ialah bertujuan untuk :
1.4.1 Merekacipta sebuah alat pengesan tumbukan dan sepakan
menggunakan teknologi sensor di dalam body protector untuk
pengiraan mata sukan silat olahraga.
6
1.4.2 Pemudahcara dalam pengiraan markah agar lebih sistematik semasa
perlawanan silat olahraga.
1.4.3 Mengelakkan keraguan dan ketidakadilan dalam pengiraan mata
sukan silat olahraga.
1.4.4 Melihat persepsi pengguna terhadap pembinaan alat pengesan
tumbukan dan sepakan di dalam body protector.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Sejauh manakah alat pengesan tumbukan dan sepakan ini memberi
kesan terhadap pengiraan mata semasa perlawanan silat olahraga?
1.5.2 Sejauh manakah kesesuaian alat pengesan tumbukan dan sepakan di
dalam body protector ini membantu pengadil (wasit) dalam pengiraan
markah semasa perlawanan silat olahraga?
1.5.3 Sejauh mana alat pengesan tumbukan dan sepakan dapat
mengurangkan keraguan dan ketidakpuasan pesilat dalam pengiraan
sukan silat olahraga?
1.5.4 Apakah persepsi pengguna terhadap alat pengesan tumbukan dan
sepakan di dalam body protector ini
7
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang di jalankan ini dapat memberi faedah kepada :
1.6.1 Atlet Silat Olahraga
Kebaikan alat pengesan ini kepada pesilat ialah pesilat merasa yakin akan
memperoleh markah yang sistematik oleh pengadil ( wasit ) tanpa merasa ragu-ragu.
Selain itu, pesilat juga akan mengetahui sejauh manakah tekanan tumbukan mahupun
sepakan yang memberikan kesan yang padu dan menambah mata kepada pesilat.
1.6.2 Jurulatih Sukan Silat Olahraga
Alat pengesan ini bukan sahaja membantu atlet, malah dapat membantu
jurulatih kerana jurulatih akan merasa adil dalam setiap keputusan yang di umumkan
kerana bukti pengiraan markah dapat dilihat. Di samping itu, jurulatih juga dapat
menilai sejauhmana kekuatan atlit semasa perlawanan berlangsung, secara tidak
langsung jurulatih dapat mengenalpasti kaedah latihan untuk penambahbaikan
terhadap pesilat.
1.6.3 Juri Pertandingan Silat Olahraga
Alat pengesan tumbukan dan sepakan menggunakan teknologi sensor ini di
harap membantu juri pertandingan dalam menjadi pemudahcara dalam pengiraan
markah yang lebih sistematik semasa perlawanan.
8
1.6.4 Universiti Teknologi Malaysia
Kepentingan merekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan ini adalah untuk
menyumbang kepada hasil inovasi yang berkualiti di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor dan seterusnya mengkomersilkan produk yang dihasilkan. Protaip
yang dihasilkan akan menjadikan UTM sebagai penanda aras serta peneraju bagi
penggunaan alat pengesan dalam bidang sukan silat di negara ini.
1.7 Limitasi Kajian
Terdapat beberapa batasan yang dikenal pasti semasa menjalankan kajian ini.
Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara seperti yang dinyatakan di bawah:
1.7.1 Kajian ini terbatas kepada juri pertandingan silat olahraga yang berada
dalam negeri Johor, Darul Takzim
1.7.2 Cara alat ini di cipta dan kaedah ini di jalankan
1.8 Skop Kajian
Skop kajian berkisar tentang penghasilan alat pengesan tumbukan dan
sepakan menggunakan teknologi sensor di dalam body protector untuk pengiraan
mata dalam sukan silat olahraga. Di samping itu, instrumen berkenaan akan diuji
keupayaan bagi membantu juri pertandingan dalam pemudahcara dalam pemberian
markah semasa pertandingan silat olahraga.
9
1.9 Definisi Operasional
1.9.1 Body Protector ( pengalas badan / pelindung badan)
1.9.1.1 Bodi ialah badan samaada orang taupun kereta (Kamus Dewan,
2000)
1.9.1.2 Alas ialah sesuatu yang menjadi lapik tempat meletakkan
sesuatu yang lain, tempat berdiri sesuatu, asas dan dasar
(Kamus Dewan , 2000)
1.9.1.3 Alatan yang asal diubah suai bagi menampakkan kecanggihan
digital selaras dengan perkembangan teknologi global.
(Izwanuddin, 2006)
1.9.2 Tumbukan
1.9.2.1 Sesuatu yang di tumbuk, perihal menumbuk, pelanggaran,
tumbukan, perbuatan memukul dengan buku tangan dengan
menggunakan kecergasan (Kamus Dewan , 2000)
1.9.3 Sepakan
1.9.3.1 Pukulan dengan kaki, menendangkan (Kamus Dewan , 2000)
1.9.4 Silat Olahraga
1.9.4.1 Silat ialah sejenis seni ( permainan dan sebagainya ) atau
kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan
menyerang dan mempertahankan diri (Kamus Dewan , 2005)
10
1.9.4.2 Olahraga pula ialah latihan atau sukan yang memerlukan
kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina seperti berlari atau
melompat (Kamus Dewan , 2000 )
1.9.5 Pengadil ( wasit )
1.9.5.1 Pengadil ialah orang yang mengadili sesuatu perkara untuk
perlawanan dan pertandingan (Kamus Dewan , 2000)
1.10 Kesimpulan
Keseluruhan bab ini menjelaskan tentang pengenalan, latar belakang kajian,
penyataan masalah, objektif rekacipta, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop
dan batasan kajian serta definisi konsep kajian. Kesemua perkara ini dapat
menjelaskan faedah yang diperolehi daripada penciptaan alat pengesan tumbukan
dan sepakan di dalam body protector dalam sukan silat olahraga.
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Di dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan dengan lebih terperinci
dan mendalam tentang perkembangan kejuruteraan sukan dan juga meninjau kajian-
kajian lepas yang berkaitan dengan pembagunan rekacipta peralatan sukan.
Penulisan ini adalah merangkumi semua penyelidikan yang telah dilakukan oleh
penyelidik lain.
2.2 Perkembangan Kejuruteraan Sukan
Sebelum bermulanya tahun 1989, kajian kejuruteraan sukan hanya
melibatkan individu yang sangat berminat terhadap sukan-sukan tertentu dan ianya
dilakukan hanya sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Menurut Ujihashi (2007)
kejuruteraan sukan giat dijalankan selepas tahun 1989 dan dipelopori oleh Jepun.
Pada tahun 1991, Japan Sports Engineering Association (JSEA) ditubuhkan
bertujuan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan berkaitan perkakasan sukan.
12
Penglibatan negara lain untuk menyertai Jepun dalam merancakkan
perkembangan kejuruteraan sukan bermula pada tahun 1996 oleh Steve Haake dari
Universiti Sheffield. Beliau merupakan perintis kepada Konferens Antarabangsa
Dalam Kejuruteraan Sukan. Pada tahun 1996, Konferens Antarabangsa dalam
Kejuruteraan Sukan Ke Dua, Persatuan Kejuruteraan Sukan Antarabangsa
ditubuhkan. Ini telah merancakkan lagi penyelidikan kejuruteraan sukan serta
membawa kepada penubuhan persatuan kejuruteraan sukan negara lain dan lebih
banyak konferen antarabangsa dijalankan.
Hasil daripada usaha ini, prestasi sukan dilihat semakin baik melalui penciptaan
rekod baru kejohanan, peningkatan tahap keselamatan, keselesaan dan lain-lain lagi.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Ujihashi (2006), pengaruh permukaan trek, bahan
yang digunakan untuk galah dalam acara lompat galah, bahan yang digunakan untuk
raket tenis telah mempengaruhi sukan tersebut, di mana catatan lebih baik dapat
dilakukan. Ini menjadikan acara sukan semakin mencabar.
2.3 Teori Berkaitan Rekabentuk Alatan Sukan
Teknologi sukan adalah untuk mengenal pasti keinginan manusia dan tujuan di
dalam sukan (Fuss et al., 2007). Teknologi yang telah digunakan di dalam sukan adalah
seperti teknologi yang memperbetulkan teknik badan, penambahbaikan alatan sukan
tradisional yang digunakan oleh atlet dalam pertandingan, teknologi untuk meningkatkan
prestasi mesin serta benda yang tertentu, dan sistem-sistem yang digunakan di luar
daripada pertandingan (Subic, 2005).
Terdapat beberapa aspek yang boleh dilihat dalam merekacipta perlatan sukan.
Antaranya Tomlinson et al., (2007) telah melakukan perincian dalam merekacipta
pemegang raket mengikut jenis bahan yang sesuai dengan kulit. Beliau memerhati daya
hasil geseran antara kulit dengan jenis bahan yang digunakan dan menunjukan bahawa
getah merupakan bahan terbaik untuk penghasilan daya optimum.
13
Tripathy et al., ( 2007 ) pula telah melihat kesan warna pakaian sukan terhadap
prestasi atlet. Menurut Rowe et al., ( 2005 ) warna pakaian sukan mempengaruhi pihak
lawan. Kajian yang dilakukan pada Sukan Olimpik Athen 2004 menunjukkan, atlet judo
yang menggunakan judogi (pakaian sukan judo) berwarna biru, mempunyai
kebarangkalian kalah yang lebih tinggi berbanding atlet judo yang memakai judogi
berwarna putih.
2.4 Implikasi Kejuruteraan Sukan Terhadap Prestasi Sukan
Kejuruteraan sukan yang dipelopori oleh Jepun pada tahun 1989, sedikit
sebanyak telah mendorong kepada kajian-kajian mengenai perkakasan sukan (Ujihashi,
2007). Kajian yang dijalankan menerusi kejuruteraan sukan tidak hanya tertumpu kepada
penciptaan perkakasan sahaja, malah turut membincangkan tentang kesan terhadap
prestasi sukan, alam sekitar dan perkembangan social ( Fuss et al.,2007 ).
Terdapat masa dan ketika di mana teknologi dan kemudahan memberikan impak
yang kecil pada sukan. Di sukan Olimpik, atlit yang menyertainya pada zaman dahulu
tidak mempunyai pakaian dan menggunakan peralatan seperti „discii‟ yang mana mereka
akan berkongsi bersama sesama sendiri (Michel, 1975). Pengaplikasian teknologi di
dalam fasiliti atau kemudahan sukan telah menghasilkan perubahan yang ketara untuk
kegunaan atlet, keselesaan peminat atau penonton dan boleh digunakan pada kehidupan
seharian. Contoh perubahan yang berlaku termasuk peralatan yang digunakan sewaktu
pertandingan ( Balius et al., 2007 ), penggunaan peralatan „Photo-finish‟ digabungkan
bersama teknologi komunikasi di dalam stadium yang mana paparan pada papan skor
elektronik menjadi lebih menarik dan memberi keseronokan kepada para penonton
(Coakley, 2007), dan penggunaan sensor pada “mask” menggantikan “body wire” dalam
sukan lawan pedang di temasya Olimpik Beijing 2008 ( Beijing, 2008 ).
14
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kejuruteraan sukan telah banyak membantu
dalam meningkatkan kualiti sukan. Kajian yang dijalankan Ujihashi (2006),
membuktikan bahan yang digunakan untuk galah dalam acara lompat bergalah
mempengaruhi catatan lompatan yang dilakukan. Kajian Blair et al., (2007).
menunjukkan bahawa kayu merupakan bahan terbaik untuk dijadikan bat baseball
berbanding besi. Kejuruteraan sukan juga dapat membantu dalam penguasaan sesuatu
teknik baru (Sabo et al.,2007).
Perubahan teknologi yang berlaku seringkali memberi hasil yang berkesan yang
mana dapat memanjangkan hayat fasiliti dan kemudahan, lebih selamat untuk para
peserta dan kos yang kurang untuk penyelenggaraan. Kebanyakannya adalah dari segi
padang, gelanggang dan kawasan permainan. Selain itu, sukan juga menjadi semakin
menarik dan selamat. (Norbert & Dunnig, 1986)
2.5 Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan
Sebelum kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini dilakukan, terdapat kajian-
kajian lepas dari UTM Skudai yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh
penyelidik.
Izwanuddin Bin Yahaya (2006) telah menjalankan kajian tentang Ujian
„Vertical Jump‟ atau di kenali dengan Ujian Lompatan Menegak. Kajian ini
bertujuan bagi mereka bentuk instrumen yang baru, berteknologi digital dan mudah
alih untuk memudahkan kaedah pengukuran. Instrumen baru direka bentuk dengan
menggunakan teknologi sensor. Prosedur ujian dijalankan dengan mengesan
ketinggian sebelum lompatan. Kemudian ketika lompatan menegak dilaksanakan,
ketinggian maksimum kepala subjek di kesan dengan menggunakan sensor tersebut.
15
Mohd Hafiz bin Mustafa (2009) menjalankan kajian merekacipta alat
menggunakan sensor jenis wireless sensor network. Ia bertujuan untuk melihat
keberkesanan alat bagi mengira dan mengukur jarak balingan acara rejam lembing.
Kebaikan penggunaan sensor ini adalah dapat menjimatkan masa, kosnya yang
rendah dan memudahkan urusan teknikal mengukur jarak acara rejam lembing. Alat
sensor ini mampu untuk mengukur jarak walaupun terdapat ralat dari segi ketepatan
berbanding ukuran jarak sebenar yang diperolehi menggunakan pita ukur.
2.6 Kesimpulan
Terdapat pelbagai kajian yang dibincangkan dalam bab 2 ini iaitu dari sudut
perkembangan kejuruteraan sukan, perkembangan sukan silat olahraga, dan implikasi
kejuruteraan sukan dalam prestasi sukan. Daripada kajian-kajian yang telah
dibincangkan, kaedah-kaedah yang digunakan dalam merekabentuk perlu ada bagi
memudahkan kerja atau kajian yang dijalankan. Manakala dalam penggunaan teknologi
pula, ianya amat berkesan, mudah dan selamat digunakan.
Pelbagai jenis kajian berkenaan kejuruteraan sukan telah dijalankan,
walaubagaimana pun masih belum ada kajian atau rekacipta berkaitan alat pengesan
tumbukan dan sepakan dalam silat olahraga pernah dibuat di Malaysia.
BAB III
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan rekabentuk dan kaedah yang digunakan serta beberapa
perkara yang berkaitan dalam menjalankan kajian ini. Kajian ini dijalankan bertujuan
merekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan di dalam body protector
mengunakan teknologi sensor untuk pengiraan mata dalam sukan olahraga dan
menguji kesesuaian reka cipta robot tersebut dalam pertandingan sukan silat
olahraga. Penyelidik membincangkan serta menghuraikan metodologi yang
digunakan bagi pelaksanaan kajian ini. Perkara-perkara yang dibincangkan adalah:
i. Kaedah penyelidikan
ii. Instrumen kajian
iii. Kajian rintis
iv. Prosedur kajian
v. Prosedur Penilaian Instrumen
vi. Pembangunan instrument
vii. Rekabentuk instrument
viii. Cadangan Rekabentuk
ix. Kesimpulan
17
3.2 Kaedah Penyelidikan
Dalam kajian ini, penyelidik menghasilkan alat pengesan tumbukan dan
sepakan di dalam body protector teknologi sensor dan seterusnya menguji
keupayaan dan kepenggunaan alat. Kaedah penyelidikan dijalankan rekacipta dengan
soal selidik ke atas juri pertandingan silat olahraga yang berpengalaman serta
kesahan alat di lakukan dengan jatuhan dumbbell 500 gram ke atas alat pengesan. Ia
melibatkan analisa pergerakan tangan dan kaki iaitu kelajuan dan pecutan serta
kesepaduan tekanan yang berlaku pada body protector dan penghantaran sensor.
Ujian ini bertujuan bagi memastikan bahawa alat yang dicipta menepati objektif
penghasilan iaitu membantu pengadil ( wasit ) dalam pengiraan mata atlet silat
olahraga semasa perlawanan.
3.3 Instrument Kajian
Instrumen yang digunakan dalam menjalani kajian ini adalah seperti berikut :
(i) Body protector untuk ubahsuai alatan
(ii) Di fokuskan kepada penggunaan instrumen seperti :
a) Daya yang di kenakan pada body protector
b) Kesesuaian alat dalam mengalami tekanan
c) Tahap sensitif alat pengesan terhadap tekanan
18
3.4 Kajian Rintis
Sebelum analisis menggunakan sampel sebenar dilakukan, satu kajian rintis
dilakukan bagi melihat keberkesanan alat dalam mengaplikasi kesan tumbukan mahupun
sepakan dalam body protector. Tujuan kajian rintis ini di lakukan adalah untuk
memastikan instrument dapat berfungsi dengan baik bagi mengesan kesan tumbukan
mahupun sepakan yang di lakukan pesilat kelak.
3.5 Prosedur Kajian
Penyelidik telah menyediakan perancangan yang rapi bagi memastikan kajian
dapat dijalankan dengan lancar. Terlebih dahulu penyelidik mendapatkan kerjasama dan
persetujuan daripada pensyarah pembimbing dan jurulatih yang terlibat secara langsung
dalam penyelidikan ini. Selepas itu, satu prosedur telah disusun seperti dibawah
dijalankan bagi meneruskan kajian dan proses pengumpulan data:
.
19
Rajah 3.1 Paparan Fasa Prosedur Kajian
Rajah 3.1 menunjuk carta alir pelaksanaan rekacipta
1.FASA MASALAH 2. FASA MENGENAL PASTI
4.FASA PENGHASILAN 3. FASA RUJUKAN
5. FASA PENILAIAN 6. FASA PENGUJIAN
Penyelidik melihat
masalah wujud dalam
sistem markah sukan
Penyelidik mengenal
pasti masalah yang
sedia ada
Penyelidik merujuk
kepada panduan litar
skematik dalam
menghasilkan alat
Penyelidik merekacipta
alat pengesan tumbukan
dan sepakan
Penyelidik merumuskan
penilaian berdasarkan
pengujian yang di
lakukan
Penyelidik menjalankan
proses pengujian
terhadap alat pengesan
20
3.6. Prosedur Penilaian Instrumen
3.6.1 Fasa Pengujian Instrumen
3.6.2.1 Ujian Pengesahan Alat
Untuk mendapatkan kesahan rekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan
menggunakan teknologi sensor di dalam body protector, penilaian daripada para juri
pertandingan yang berpengalaman di lakukan.
3.6.1.2 Ujian Kebolehpercayaan Alat
Bagi mendapatkan kebolehpercayaan rekacipta, ujian akan di jalankan ke atas
alat pengesan yang terhasil. Prosedur kajian di lakukan dengan melakukan kesan
hentakan dumbbell seberat 500 gram ke atas body protector. Prosedur kajian
menitikberatkan jarak alatan yang akan di jatuhkan ke atas body protector dan
ulangan sebanyak 20 kali dilakukan dengan selang masa 5 saat.
3.6.2 Taklimat Tentang Prosedur Ujian
Satu sesi taklimat diberikan kepada subjek supaya subjek jelas dan faham
tentang prosedur kajian serta dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang ujian ini
berjalan.
21
3.7 Pembangunan Instrumen
Di dalam tajuk ini, penyelidik membincangkan berkaitan dengan rekabentuk
instrumen secara lebih mendalam dan khusus berdasarkan kriteria yang digunakan. Ini
secara langsung membantu bakal penyelidik pada masa hadapan dalam merekabentuk
instrumen yang lebih baik dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
3.8 Reka bentuk Instrumen
Melalui kajian yang di jalankan penyelidik telah menetapkan bahawa
instrument kajian sensor melalui kesan tumbukan dan sepakan sesuai untuk di
bangunkan. Ini kerana, kesan daripada tumbukan dan sepakan akan membantu pihak
juri dalam menetapkan markah dalam pertandingan silat olaharga.
Di dalam mereka bentuk instrumen sensor ini, penyelidik telah bekerjasama
dengan kakitangan dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM dan rakan-rakan tahun
akhir dari Fakulti Pendidikan ( Sains Sukan ) serta rakan dari pasukan Pencak Silat
UTM. Keistimewaan instrument ini adalah dapat memberikan hasil rekacipta yang
berkos rendah, mesra pengguna dan di perlukan untuk memastikan ketepatan
keputusan pertandingan selain membina keyakinan masyarakat terhadap sistem
pemarkahan alat sensor.
3.8.1 Instrumen Kajian
Semasa proses penghasilan struktur alat ini, penyelidik terlebih dahulu
bertanya pandangan dari jurulatih Sukan Silat Olahraga, En. Hisham bin Othman
berkenaan pembahagian markah dalam sukan silat olahraga seperti yang di nyatakan
dalam bab 1. Penyelidik juga mengambil kira pendapat daripada juri pertandingan
22
dan juga rakan silat olahraga yang mempunyai pengalaman dalam pertandingan silat
olahraga. Penyelidik walaubagaimanapun tidak ketinggalan membuat perbincangan
bersama pensyarah Fakulti Pendidikan ( Sains Sukan ) untuk mendapatkan
persetujuan mengenai rekabentuk yang ingin di hasilkan. Penyelidik mengambil
masa 2 minggu dalam mendapatkan lakaran yang bersesuaian dengan keperluan
penghasilan body protector.
Dalam bahagian ini, penyelidik membincangkan tentang instrument yang
terhasil secara terperinci. Perbincangan adalah berkisar tentang :
i) Rekabentuk instrument alat sensor
ii) Prosedur menggunakan instrument alat sensor
iii) Kompenan terlibat dalam alat sensor
3.8.2 Rekabentuk Projek
Sebelum menjalankan projek ini, perkara pertama yang dibuat ialah mengenal
pasti rekabentuk asas alat pengesan tumbukan dan sepakan menggunakan teknologi
sensor yang akan dihasilkan. Rekabentuk ini adalah berdasarkan kepada lakaran,
perkakasan dan konsep yang digabungkan antara body protector dan teknologi sensor.
3.8.3 Mengenalpasti Komponen dan Peralatan
Komponen-komponen dan peralatan yang digunakan perlulah dikenal pasti
dalam perlaksanaan projek. Selain itu untuk memastikan komponen yang digunakan
berada dalam keadaan baik, maka komponen-komponen tersebut diuji.
23
Seterusnya, pembinaan litar yang diprogramkan dijalankan. Litar dipasang pada
protoboard sebagai langkah keselamatan dan untuk memastikan komponen-komponen
boleh berfungsi dengan baik. Melalui penyambungan ini juga, dapat diketahui cara litar
beroperasi dan berfungsi. Pengujian terhadap semua komponen yang digunakan mesti
dilakukan menggunakan kaedah yang sesuai.
Penyambungan dilakukan berpandukan litar skematik projek bagi mengelakkan
daripada litar pintas dan tidak dapat berfungsi. Litar yang telah siap dipasang
diprogramkan mengikut set-set arahan yang telah ditetapkan. Set-set arahan ini berfungsi
secara rawak dimana set-set arahan ini dipilih secara automatik oleh sistem.
Seterusnya pembinaan rangka dan struktur dalaman body protector. Ia dibina
berdasarkan kepada lakaran yang telah dibuat. Struktur dan rangka yang dibina perlu
disesuaikan mengikut mekanikal dan bentuk asal body protector serta tidak mengganggu
pesilat semasa pemakaian body protector dalam perlawanan.
3.9 Cadangan Rekabentuk Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan
Menggunakan Teknologi Sensor Di Dalam Body Protector
3.9.1 Peringkat awal
Pada peringkat awal, penyelidik telah menjalankan kajian yang berkaitan dengan
kepenggunaan alat pengesan. Melalui dapatan yang diperolehi, penyelidik telah
membuat kesimpulan untuk membina suatu alat yang dapat mengesan tindakan pesilat
seperti tumbukan dan sepakan. Penggunaan alat elektronik ini dapat membantu pengadil
( wasit ) semasa pengiraan markah dalam sukan silat olahraga. Pengkaji menitik berat
beberapa perkara yang perlu mengikut prosedur seperti berikut :
24
a) Menetapkan saiz instrumen yang bersesuaian.
b) Memastikan tahap keupayaan pergerakan instrumen.
c) Memilih jenis output isyarat yang bersesuaian dengan latihan.
d) Memahami keperluan instrumen terhadap latihan lawan pedang.
e) Menitikberatkan kaedah mudah alih serta kepenggunaan teknologi
sensor.
f) Menilai tahap keselamatan instrumen yang dibangunkan.
Cadangan Penyelidik untuk penghasilan Alat Pengesan Tumbukan dan
Sepakan
Rajah 3.2 Lakaran Awal rekabentuk
Gambarajah 3.2 menunjukkan lakaran awal alat pengesan
25
Rajah 3.3 : Lakaran Awal Litar skematik
Gambarajah 3.3 menunjukkan arus perjalanan sensor yang di hasilkan
3.9.2 Peringkat Akhir
3.9.2.1 Rekabentuk Instrumen Alat Sensor Pengesan Tumbukan dan
Sepakan
Terdapat pelbagai cadangan dan idea dalam melaksanakan body protector ini,
namun pada akhirnya, penyelidik telah memilih satu kaedah untuk merekabentuk
satu alat yang memerlukan kaedah tumbukan dan sepakan yang menghasilkan isyarat
bunyi dan cahaya berdekatan dengan meja juri pertandingan.
Pemilihan ini mendorong penyelidik mereka bentuk alat sensor yang mudah,
fleksibel dan ringkas. Beberapa spesifikasi alat diperlukan bagi membangunkan alat
sensor pengesan tumbukan dan sepakan ini. Sehubungan itu, penyelidik melakukan
pemilihan yang bersesuaian bagi mencipta instrumen yang terilham ini.
26
3.9.2.2 Spesifikasi Instrumen
Spesifikasi alat sensor pengesan tumbukan dan sepakan yang di maksudkan
adalah seperti :
Jenis Butiran
PIC 18LF4520 2
LED, merah 5
LED, hijau 2
Push Button 2pin 12
Crystal H496 20MHz 2
Ceramic Capasitor 8.1uF 10
Ceramic Capasitor 22Pf 4
Voltage Regulator 3V 2
Buzzer 6-12V c/w wire 1
Transistor 2N2222 2
Resistor 0.25w (10k) 13
Resistor 0.25w (220R) 7
Electrolytic Capacitor 50v 1Uf 10
2510 PCB Connector 2 ways 2
Slide Switch 3pins ( silver ) 2
Donut Board ( 6x15 cm ) 1
Ic Soket-40 pin 2
Wrapping Wire AWG30 1
Single Core Cable ( Meter ) 6
Solder 1
USB ICS PIC Programmer V2010 1
Straight Pin Header 1x48 ways 1
Straight Turn Pin 1
Kuasa Bateri Maxell AA 1.5v 8
4Xaa bekas bateri MX815A 2
Aluminium 12 inch x 14 inch
Jadual 3.4 : Spesifikasi Alat Sensor
Spesifikasi alat sensor sebagai garis panduan dalam mereka bentuk alat.
27
Rajah 3.5 : Lakaran Litar Skematik Alat Sensor
Lakaran litar skematik alat sensor merupakan satu diagram rangkaian elektrik
yang menjadi perwakilan grafik konvensional dari litar elektrik. Ianya menunjukkan
hubungan antara peranti, termasuk sambungan elektrik dan isyarat bagi sebuah reka
bentuk.
28
Rajah 3.6 : Sistem Arus Sensor
Gambar rajah menunjukkan sistem arus secara ringkas yang terjadi apabila
serangan daripada pihak lawan yang dapat mengesan paduan tumbukan mahupun
sepakan akan menghasilkan tekanan pada push button yang berada di litar RF
transmitter akan menghasilkan isyarat sensor yang menghantar kepada RF receiver
melalui program PIC dan kemudiannya menghasilkan isyarat berbentuk LED dan
buzzer.
Push
Button
RF transmitter
RF receiver PIC 18LF4520 LED &
BUZZER
29
Rajah 3.7 : Transmitter
Komponen ini bertindak sebagai penghantar medan isyarat kepada receiver.
Semasa pertandingan, serangan daripada pihak lawan melalui tumbukan dan sepakan
yang padu akan diaplikasikan dan menghasilkan isyarat yang kemudiannya di hantar
receiver.
Rajah 3.8 : Receiver
Komponen receiver ini berfungsi sebagai isyarat kepada juri pertandingan.
Selepas proses penerimaan isyarat daripada tranmitter, receiver bertindak
menghasilkan menghasilkan bunyi dan nyalaan berbentuk LED dan buzzer. Kaedah
ini dapat membantu para juri pertandingan dalam pengiraan markah kepada pesilat.
30
3.9.2.3 Prosedur Penggunaan
3.9.2.3.1 Cara alat sensor berfungsi
Alat sensor di aktifkan dengan mengaplikasi tekanan terhadap alat yang telah
dibina. Tekanan yang terhasil pada body protector yang di rekabentuk dapat
menghidupkan litar elektrik pada alat berkenaan seterusnya tenaga elektrik di alirkan
bagi menghasilkan isyarat bunyi dan nyalaan lampu yang berperanan sebagai
isyarat untuk kegunaan juri pertandingan.
3.9.2.3.2 Kuasa
Bateri berkuasa 1.5v x 4 di gunakan sebagai kuasa yang minimum kepada
alat sensor. Kuasa bateri ini berperanan dalam menghidupkan suis pada alat
transmitter dan receiver alat sensor.
Rajah 3.9 : Bekalan Kuasa dan Penyimpanan
31
Rajah menunjukkan bekalan kuasa dan tempat penyimpanan bateri yang di
gunakan di dalam penghasilan alat pengesan body protector. Terdapat dua bateri
yang berbeza kerana di dalam transmitter bateri bersaiz 3v di gunakan sesuai untuk
dimasukkan di dalam body protertor. Manakala penggunaan baterti 3AA di gunakan
di dalam litar receiver kerana keluasan bekas transmitter receiver yang sesuai untuk
bateri tersebut. Bagi transmitter juga, Polymer Lithium Ion Batteries juga di gunakan
untuk memastikan ketahanan alat rekacipta sepanjang penggunaan.
3.9.2.3.3 Struktur Body Protector
Rajah 3.10 : Body Protector
Body protector atau alat pelindung badan ini di pakai oleh pesilat
semasa perlawanan silat olahraga. Pemasangan alat sensor transmitter di
lakukan di dalam body protector ini untuk mengaplikasikan tekanan yang di
beri oleh pihak lawan.
32
Rajah 3.11 : Cardboard
Rajah menunjukkan keratan cardboard yang di potong mengikut saiz
body protector, pendawaian komponen push button yang bertindak dalam
mengaplikasi kesan tumbukan dan sepakan yang di kenakan ke atas body
protector.
Rajah 3.12 : Span Body Protector
Rajah menunjukkan span body protector sebagai pelindung kepada tekanan.
33
3.9.2.3.4 Isyarat dan petunjuk
Dalam rekabentuk alat sensor ini, dua jenis output bertindak dalam membantu
dan melengkapkan keperluan alat pengesan tumbukan dan sepakan di dalam body
protector. Sebarang serangan yang padu akan menghasilkan arus elektrik dan arus
yang terhasil di hantar kepada receiver akan menghasilkan isyarat output yang
berbentuk visual dan audio iaitu LED dan buzzer yang berperanan sebagai isyarat
untuk kegunaan juri pertandingan. Malah, semasa proses penghantaran arus sensor
receiver kepada transmitter receiver, penerimaan isyarat dapat di kesan dalam jarak
diameter 100 meter dan dapat menerima arus teknologi sensor walau berada dalam
kawasan yang terhalang daripada objek.
Rajah 3.13 : Buzzer (Bunyi)
Rajah 4.11 mempamerkan output buzzer ( bunyi ) alat pengesan teknologi
sensor yang akan di hasilkan kesan daripada aplikasi serangan pihak lawan.
34
Rajah 3.14 : LED (Cahaya)
Rajah 4.12 pula menunjukkan output LED ( cahaya) alat pengesan teknologi
sensor yang di hasilkan kesan daripada aplikasi serangan pihak lawan.
35
Rajah 3.15 : Wireless
Rajah menunjukkan senarai contoh sistem arus tanpa wayar, dalam projek
rekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan menggunakan teknologi sensor ini.
Sensor ZigBee ™ standard 802.15.4 telah di pilih berdasarkan ciri-ciri pada sensor
ZigBee ™ yang bersesuaian dengan alat rekacipta yang di bina.
36
Rajah3.16 : Coverage
Rajah menunjukkan sistem arus sensor yang di gunakan, penghasilan alat
pengesan berteknologi sensor ini menggunakan Band ISM 2.4GHz kerana
mempunyai ciri yang sesuai dan boleh di gunakan di seluruh dunia serta data rate
yang pantas iaitu 250kbps.
Rajah 3.17 : Usb Icsp Pic Programmer V 2010
Gambarajah menunjukkan usb icsp pic programmer v 2010 yang bertindak
sebagai pengaturcara CK1710 tanpa ZIF atau soket IC. Ianya berperanan dalam
merancang dan memprogram semula prototaip dan di reka bentuk untuk Flash Pic
dari Microchip.
37
3.10 Kesimpulan
Perkara yang dibincangkan dalam bab metodologi ini menjadi garis
panduan kepada penyelidik kerana bab ini menerangkan beberapa langkah yang akan
dilakukan semasa proses membuat kajian. Prosedur yang dirancang ini adalah untuk
memudahkan proses penyelidikan dijalankan dan dapat dilaksanakan dengan baik.
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini merupakan bab yang penting kerana mengandungi penganalisisan
data-data yang telah di perolehi hasil daripada borang soal selidik yang telah di beri
kepada juri pertandingan silat olahraga yang berpengalaman sekitar negeri Johor,
Darul Takzim mengenai pandangan dan pendapat mereka dalam mencapai kesahan
alat pengesan tumbukan dan sepakan berteknologi sensor di dalam body protector.
Analisis data yang di gunakan dalam penyelidikan ini adalah daripada borang
asal yang telah di beri kepada enam belas juri pertandingan silat olahraga sekitar
daerah pontian, kangkar pulai, kulai, dan senai. Data - data daripada soal selidik di
analisis secara diskriptif menggunakan Microsoft Excel 2007 dan ianya terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A berkaitan
dengan latar belakang responden manakala Bahagian B pula berkaitan dengan
pandangan dan pendapat responden terhadap penggunaan alat sensor dalam
mencapai kesahan alat.
Manakala, bagi mendapatkan kebolehpercayaan alat pengesan ini, satu ujian
telah di lakukan ke atas body protector dengan menjatuhkan dumbbell seberat 500
gram. Data di ambil melalui kiraan bunyi dan nyalaan alat pengesan terhadap
ulangkali jatuhan dumbbell.
39
4.2 Analisis Data Ujian Kebolehpercayaan Instrumen
Kesahan muka alat pengesan tumbukan dan sepakan berteknologi sensor ini
di nilai melalui jatuhan alatan dumbbell seberat 500 gram yang di jatuhkan ke atas
body protector sebanyak 20 kali setiap sudut yang di tandakan. Penyelarasan isyarat
sensor mestilah selepas jatuhan dumbbell di lakukan dan kiraan bunyi di ambil dan di
catatkan. Kaedah ujian di tetapkan dengan ketinggian satu meter dan tiga sudut
berlainan body protector di ambil . Selang masa jatuhan dumbbell adalah selama 5
saat.
Rajah 4.1 : Sasaran Jatuhan Dumbell
Rajah 4.1 menunjukkan body protector yang bertanda untuk jatuhan
dumbbell bagi ujian kesahan alat rekacipta.
40
Rajah 4.2 : Gambaran Prosedur Ujian Kebolehpercayaan
Rajah 4.2 menunjukkan gambaran prosedur ujian kebolehpercayaan yang di
lakukan ke atas body protector dengan jatuhan dumbbell seberat 500 gram dengan
selang masa 5 saat.
Bil
Jatuhan
Kadar Berat
Dumbell
Kesan Bunyi Kesan Nyalaan
Kanan Tengah Kiri Kanan Tengah Kiri
1 500 gram √ √ √ √ √ √
2 500 gram √ √ √ √ √ √
3 500 gram √ √ √ √ √ √
4 500 gram √ √ √ √ √ √
5 500 gram √ √ √ √ √ √
6 500 gram √ √ √ √ √ √
7 500 gram √ √ √ √ √ √
8 500 gram √ √ √ √ √ √
9 500 gram √ √ √ √ √ √
10 500 gram √ √ √ √ √ √
11 500 gram √ √ √ √ √ √
12 500 gram √ √ √ √ √ √
13 500 gram √ √ √ √ √ √
14 500 gram √ √ √ √ √ √
15 500 gram √ √ √ √ √ √
16 500 gram √ √ √ √ √ √
17 500 gram √ √ √ √ √ √
18 500 gram √ √ √ √ √ √
19 500 gram √ √ √ √ √ √
20 500 gram √ √ √ √ √ √
Rajah 4.4 : Jadual Data Analisis Kebolehpercayaan Alatan
41
Rajah 4.4 menunjukkan jadual skor ujian setelah ujian kesahan di lakukan.
Data di ambil berdasarkan terdapat bunyian dan nyalaan LED. Selang masa yang di
ambil untuk ujian ini di lakukan adalah 5 saat.
4.3 Analisis Data Ujian Kesahan Instrumen
4.3 Latar Belakang Responden
4.3.1 Jantina
Rajah 4.5 : Jantina Responden
Dapatan responden bagi rajah 4.5 merupakan responden yang terdiri daripada
8 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Mereka adalah dalam kalangan juri
pertandingan silat olahraga yang berpengalaman sekitar Pontian, Kulai, Senai dalam
negeri Johor, Darul Takzim.
42
4.3.2 Bangsa
Rajah 4.6 : Bangsa Responden
Rajah 4.6 menunjukkan bahawa majoriti bangsa adalah bangsa Melayu
seramai 16 orang dengan peratusan sebanyak 100 %. Manakala bilangan responden
daripada bangsa Cina dan India tidak mencatatkan sebarang jumlah dan peratusan
adalah sebanyak 0 %.
43
4.3.3 Umur
Rajah 4.7: Umur Responden
Dalam Rajah 4.7 menunjukkan, majoriti subjek adalah berumur dalam
lingkungan 20 hingga 30 tahun iaitu seramai 6 orang dengan peratusan sebanyak
38%. Diikuti umur 30 hingga 40 tahun seramai 5 orang dengan peratusan sebanyak
31%. Seterusnya umur 40 hingga 50 tahun yang berjumlah 4 orang dengan peratusan
sebanyak 25% dan dalam lingkungan 50 hinnga 60 tahun pula, hanya mencatatkan
jumlah 1 orang dengan peratusan 6%.
44
4.3.4 Tempoh Pengalaman Bermain Silat
Rajah 4.8: Pengalaman Bermain Silat Responden
Daripada rajah di atas, data mencatatkan bahawa tempoh tahun pengalaman
bermain silat responden yang mencapai nilai tertinggi adalah antara 10-15 tahun
yang 7 orang responden dan peratusan sebanyak 44 %. Ia di susuli dengan tempoh
masa 5-10 tahun dengan jumlah seramai 6 orang dan peratusan sebanyak 38 %.
Seterusnya, tempoh masa sepanjang 0-5 tahum mencatatkan jumlah seramai 2 orang
dengan peratusan sebanyak 12 %. Di akhiri dengan tempoh masa 15-20 tahun yang
mencatatkan jumlah 1 orang dan peratusan 6 %.
45
4.3.5 Pengalaman Menjadi Juri
Rajah 4.9: Pengalaman Menjadi Juri Pertandingan Responden
Rajah 4.9 menyatakan bahawa kesemua responden yang mengisi borang soal
selidik pernah menjadi juri dalam pertandingan silat olahraga dan masih aktif
sebagai juri pertandingan. Kesemua respondan iaitu seramai 16 orang yang terdiri
dari 8 lelaki dan 8 orang perempuan menyatakan YA bagi bahagian pernah menjadi
juri. Ini sekaligus memenuhkan peratusan sebanyak 100%.
46
4.3.6 Kekerapan Menjadi Juri Pertandingan
Rajah 4.10: Kekerapan Menjadi Juri Pertandingan Silat Olahraga
Melalui kajian yang dijalankan, jumlah kekerapan tertinggi adalah 60-80 kali
ialah seramai 16 orang responden dengan peratusan 38%, sementara kekerapan 40-60
kali menjadi juri pertandingan adalah seramai 5 orang dengan peratusan 31%.
Seterusnya, kekerapan sebanyak 80-100 kali mencatatkan jumlah responden seramai
3 orang dengan peratusan sebanyak 19 % dan di susuli dengan kekerapan sebanyak
20-40 kali yang mencatatkan jumlah seramai 2 orang dengan peratusan sebanyak 12
%.
47
4.4 Persepsi Terhadap Penggunaan Alat Pengesan Berteknologi Sensor
4.4.1 Skala Likert
Skala Likert digunakan untuk mendapatkan persepsi daripada para juri
pertandingan yang berpengalaman dalam mengendalikan sesuatu perlawanan Silat
Olahraga bagi menjawab soal selidik yang di berikan.
Panduan Skala Likert:
Sangat Setuju (SS)
Setuju (S)
Kurang Setuju (KS)
Tidak Setuju (TS)
Sangat Tidak Setuju (STS)
48
4.4.2 Adakah rekabentuk alat ini sesuai ?
Rajah 4.11 : Maklumbalas kesesuaian rekabentuk alat ini
Dapatan kajian daripada Rajah 4.11 di atas menyatakan bahawa 6 orang
‘sangat setuju’dengan pernyataan rekabentuk ‘alat ini sesuai di gunakan’ dalam
pengiraan mata pertandingan silat olahraga dengan kutipan peratus yang diperolehi
adalah sebanyak 37%. Jumlah responden yang memilih ‘setuju’ adalah seramai 10
orang 63%. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian ‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’
dan ‘sangat tidak setuju’.
49
4.4.3 Adakah alat ini mudah di gunakan ?
Rajah 4.12 : Maklumbalas alat ini mudah untuk di gunakan
Jika dilihat dari Rajah 4.12 di atas menyatakan bahawa 7 orang ‘sangat
setuju’ dengan pernyataan ‘alat ini mudah di gunakan’ dengan kutipan peratus yang
diperolehi adalah sebanyak 44%. Manakala, jumlah responden yang memilih ‘setuju’
adalah seramai 9 orang dengan peratus 56%. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian
‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
50
4.4.4 Adakah alat ini selamat di gunakan ?
Rajah 4.13 : Maklumbalas alat ini selamat untuk di gunakan
Dapatan Rajah 4.13 di atas menyatakan bahawa 11 orang ‘sangat setuju’
dengan pernyataan alat ini selamat untuk di gunakan dengan kutipan peratus yang
diperolehi adalah sebanyak 68%. Manakala, jumlah responden yang memilih ‘setuju’
adalah seramai 5 orang dengan peratus 32%. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian
‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
51
4.4.5 Adakah alat ini dapat membantu dalam pengiraan mata silat olahraga ?
Rajah 4.14 : Maklumbalas samaada alat ini dapat membantu dalam pengiraan
mata silat olahraga
Seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 4.14, dapatan mendapati bahawa
terdapat 12 orang responden ‘sangat setuju’ alat sensor ini dapat membantu atlet
dalam pengiraan mata silat olahraga, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 75%.
Sokongan responden yang menyatakan ‘setuju’ seramai 4 orang iaitu 25%. Tiada
dapatan dari responden bagi bahagian ‘kurang setuju’ , ‘tidak setuju’ dan ‘sangat
tidak setuju’.
52
4.4.6 Saya suka dengan penggunaan sensor bunyi dan LED dalam menentukan
kesahan tumbukan dan sepakan
Rajah 4.15 : Maklumbalas minat terhadap dengan penggunaan sensor bunyi
dan LED dalam menentukan kesahan tumbukan dan sepakan
Dapatan yang diperolehi dari rajah di atas menyatakan bahawa 4 orang
‘sangat setuju’ dengan pernyataan minat dengan penggunaan sensor sensor bunyi dan
LED dalam menentukan kesahan tumbukan dan sepakan ini membolehkan jumlah
peratus yang diperolehi adalah sebanyak 25%. Jumlah responden yang memilih
‘setuju’ adalah seramai 10 orang dengan peratus 63%. Hanya 2 orang iaitu 12%
sahaja yang ‘kurang setuju’ dengan pernyataan tersebut. Tiada dapatan diperolehi
dari bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
53
4.4.7 Keupayaan alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi pada masa akan
datang?
Rajah 4.16 : Maklumbalas keupayaan alat sensor ini masih boleh ditingkatkan
pada masa akan datang
Paparan Rajah 4.16 menunjukkan bahawa terdapat 8 orang responden
‘sangat setuju’ alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi pada masa akan datang,
peratus yang diperolehi adalah sebanyak 50 %. Sokongan responden yang
menyatakan ‘setuju’ juga seramai 8 orang iaitu 50%. Tiada dapatan dari responden
bagi bahagian ‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
54
4.4.8 Adakah penggunaan alat ini lebih baik daripada penggunaan alat pengesan
yang lain ?
Rajah 4.17 : Maklumbalas penggunaan alat rekacipta ini lebih baik daripada
penggunaan alat pengesan yang lain
Merujuk kepada Rajah 4.17, terdapat 3 orang dengan peratus sebanyak 18%
menyatakan ‘sangat setuju’ bahawa penggunaan alat rekacipta ini lebih baik daripada
penggunaan alat pengesan yang lain. Responden seramai 10 orang telah menyatakan
‘setuju’ yang mencatatkan peratusan sebanyak 63%. Hanya 3 orang iaitu 18 % sahaja
yang ‘kurang setuju’ dengan pernyataan tersebut.Tiada dapatan dari responden bagi
bahagian ‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
55
4.4.9 Adakah alat ini sesuai untuk penggunaan pengajaran dalam mengenal pasti
tumbukan dan sepakan yang memberi mata kepada pesilat ?
Rajah 4.18 : Maklumbalas kesesuaian reka cipta ini untuk penggunaan
pengajaran dalam mengenal pasti tumbukan dan sepakan yang memberi mata kepada
pesilat
Merujuk kepada Rajah 4.18, terdapat 11 orang dengan peratus sebanyak 68%
menyatakan ‘sangat setuju’ bahawa alat ini boleh digunakan pada penggunaan
pengajaran dalam mengenal pasti tumbukan dan sepakan yang memberi mata kepada
pesilat. Manakala, 5 orang telah menyatakan ‘setuju’ yang mencatatkan peratusan
sebanyak 32%. Tiada dapatan dari responden bagi bahagian ‘kurang setuju’, ‘tidak
setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
56
4.4.10 Berikan pendapat anda mengenai penggunaan body protector
menggunakan teknologi sensor dalam mengesan tumbukan dan
sepakan untuk pengiraan mata di dalam pertandingan sukan silat
olahraga?
Responden memberikan pendapat lebih kurang sama terhadap
penggunaan body protector menggunakan teknologi sensor dalam mengesan
tumbukan dan sepakan untuk pengiraan mata di dalam pertandingan silat
olahraga iaitu :
1. Inovasi yang baru dalam sukan silat olahraga
2. Pemudah cara dalam pengiraan mata
3. Alatan yang bagus dalam mengesan serangan
4. Rekaan yang mudah dan tidak membebankan pesilat untuk di gunakan
semasa perlawanan
5. Mewujudkan sistem pemberian markah yang lebih konfiden
6. Mengelakkan ketidakadilan dalam pemarkahan silat
7. Alat yang boleh tahan lama
4.4.11 Sebarang cadangan bagi penambahbaikan peralatan untuk masa akan
datang ?
Cadangan responden terhadap penambahbaikan peralatan alat
pengesan tumbukan dan sepakan menggunkan teknologi sensor untuk masa
akan datang ialah :
1. Paparan digital secara automatik
2. Setiap meja juri dan meja ketua pertandingan di letakkan alat receiver
3. Lupuskan sistem bunyi
4. Penyediaan skrin besar
57
5. Penggunaa push button yang lebih canggih
5. Rekacipta body protector yang boleh mengesan serangan tumbukan
dan sepakan
6. Menaik taraf atau memperbaiki alat supaya kelihatan lebih menarik
lagi
4.5 Kesimpulan
Kesimpulannya, penyelidik telah dapat mengenalpasti kesesuaian dan tahap
penggunaan alat pengesan tumbukan dan sepakan berteknologi sensor untuk
pengiraan mata di dalam sukan silat olahraga ini. Maklumat yang di peroleh dapat di
jadikan sebagai panduan dalam usaha ke arah sistem pengiraan mata dalam sukan
silat olahraga yang lebih sistematik. Seterusnya, segala perolehan maklumat yang
diperolehi ini diperbincangkan dengan lebih terperinci dalam rumusan, perbincangan
dan cadangan di dalam bab 5.
BAB V
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik membuat perbincangan, kesimpulan serta
cadangan secara keseluruhan berdasarkan keputusan daripada analisis data yang
diperolehi di dalam bab-bab sebelum ini. Selain itu, kebaikan dan kelemahan
instrumen serta masalah yang dihadapi ketika membangunkan instrumen turut
dibincangkan. Pengkaji turut merumuskan secara keseluruhan mengenai
pembangunan instrumen dan dapatan kajian. Di akhir bab ini, beberapa cadangan
diusulkan bagi tujuan penambahbaikan instrumen pada masa hadapan agar dapat
meningkatkan lagi kualiti latihan.
5.2 Ringkasan Kajian
Seramai 16 orang responden dipilih untuk ujian kesahan alat sensor yang
terdiri daripada 8 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Kesemua responden
merupakan seorang pesilat dan juri pertandingan silat olahraga yang berpengalaman
dalam bidang silat serta menceburi bidang juri pertandingan dengan kekerapan 50
kali atau lebih. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
Microsoft Excel dan dibincangkan secara deskriptif. Hasil daripada kajian ini
kemudian dirumuskan untuk menjawab persoalan kajian yang terkandung dalam Bab
1. Selain itu, kesimpulan juga dibuat berdasarkan data-data yang diperolehi selepas
59
analisis data dijalankan. Oleh yang demikian kesimpulan yang menyeluruh bagi hasil
dapatan kajian dapat dibuat.
5.3 Perbincangan
Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk menguji instrumen yang dibina
menggunakan teknologi elektronik yang melibatkan penggunaan microcontroller.
Beberapa faktor memainkan peranan yang sangat penting bagi memberikan kesahan
instrumen ini. Faktor utama ialah kesesuaian dan kepekaan alat. Pengujian instrumen
dilakukan dengan 2 kaedah, iaitu pengujian kesahan penggunaan alat oleh juri
pertandingan dan pengujian alat.
5.3.1 Pengujian Kesahan Alat
Kesahan alat adalah sesuatu yang mesti di lakukan bagi setiap pembinaan
instrumen. Kesahan instrumen ditentukan melalui adakah instrumen benar-benar
mengukur apa yang sepatutnya diukur. Dalam menentukan kesahan instrumen ini,
kaedah soal selidik di lakukan terhadap 16 juri pertandingan yang berpengalaman.
Hasil daripada pengujian yang telah dilakukan, didapati bahawa alat mampu
melakukan apa yang sepatutnya diukur.
60
5.3.2 Pengujian Alat
Ujian jatuhan dumbbell di lakukan ke atas body protector dengan ketinggian satu
meter. Data di ambil mengikut nyalaan LED dan bunyi buzzer. Tiada masalah yang
timbul semasa proses pengujian dilakukan. Instrumen telah berfungsi dengan baik dan
subjek telah memberi maklum balas yang baik
5.3.3 Perbincangan Pengujian dan Instrumen
Berdasarkan pengujian di atas, didapati bahawa tiada masalah yang timbul
daripada kedua-dua pengujian dari mula sehingga akhir. Instrumen juga berfungsi
dengan lancar sepanjang pengujian.
5.4 Perbincangan Persoalan Kajian
5.4.1 Penghasilan Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan Menggunakan
Teknologi Sensor Oleh Penyelidik Ini Mempunyai Keberkesanan Yang
Tinggi
Hasil analisis data daripada borang soal selidik yang telah dibuat, didapati
majoriti subjek telah bersetuju bahawa Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan
Menggunakan Teknologi Sensor yang direkacipta oleh penyelidik mempunyai
keberkesanan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa alat penyelidik berkesan dalam
mengesan tumbukan dan sepakan semasa pertandingan silat olahraga.
61
5.4.2 Maklum Balas Daripada Responden yang Telah Mengetahui, Meneliti
serta Mencuba Menggunakan Alat ini.
Dapatan analisis yang dibuat menunjukkan penyelidik mendapati kebanyakan
responden mempunyai pandangan yang positif terhadap alat sensor baru ini. Majoriti
responden telah menyatakan bahawa mereka suka pada alat penyelidik dan mereka
mengakui bahawa ini merupakan platform baru bagi meningkatkan lagi mutu sistem
pemarkahan silat olahraga. Para responden juga amat berpuas hati dengan Alat
Pengesan Tumbukan Dan Sepakan Menggunakan Teknologi Sensor yang telah
direka cipta oleh penyelidik.
Kebanyakan responden merasa alat ini adalah sangat sesuai untuk dijadikan
alat pemudahcara dalam sistem pemarkahan sukan silat olahraga. Hal ini kerana alat
ini sesuai untuk digunakan dalam pelbagai kategori berat badan dalam sukan silat.
Selain itu, alat ini dapat membantu juri pertandingan dalam sistem pemarkahan yang
lebih sistematik kepada pesilat. Responden juga bersetuju bahawa alat sensor ini
sesuai digunakan sebagai alat pengukuran bagi mengelakkan “penipuan” dan
ketidakadilan pemberian mata terhadap serangan tumbukan dan sepakan.
Walau bagaimanapun, alat sensor ini masih mempunyai kelemahan dan ianya
boleh diperbaiki lagi. Penyelidik telah menerima pandangan serta cadangan dari
responden secara positif. Antara cadangan yang diberikan ialah menaik taraf atau
memperbaiki alat supaya kelihatan lebih menarik lagi. Penggunaan skrin digital di
sarankan bagi menunjukkan jumlah markah yang di perolehi oleh pesilat, pandangan
para juri berpengalaman ini amat dihargai penyelidik. Responden juga berpendapat
supaya mentol yang lebih besar dan baik kualiti dapat disediakan berbanding
prototaip yang ada kini.
62
Responden turut berkongsi pendapat tentang kesan bunyi kurang sesuai di
gunakan keran takut khuatir menganggu tumpuan pesilat semasa perlawanan serta
menimbulkan suasana bising. Responden turut menyatakan penggunaan bahan yang
mempunyai daya tahan lama untuk kegunaan jangka masa panjang.
5.5 Cadangan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Terdapat beberapa kelemahan
dikenalpasti dan perlu diperbaiki bagi mendapatkan keputusan ujian yang lebih baik.
Oleh yang demikian antara cadangan bagi meningkatkan mutu kajian ini pada masa
akan datang adalah seperti berikut:
5.5.1 Penggunaan sensor yang lebih canggih
Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh penyelidik sepanjang proses
melakukan kajian, push button merupakan instrumen yang terpenting dalam
merekabentuk Alat Sensor Pengesan Tumbukan dan Sepakan ini. Oleh itu, pengkaji
yang akan datang digalakkan mencari push button yang lebih baik. Push button yang
di gunakan haruslah tidak terlalu sensitif dan mudah dipasang dan tahan lama. Selain
itu, penyelidik mencadangkan agar pengkaji akan datang mencipta sensor berserta
program paparan berdigital supaya penggunaan juri secara manual dapat di
kurangkan.
63
5.5.2 Menaikkan taraf sistem isyarat output
Penyelidik masa akan datang digalakkan untuk meningkatkan tahap sistem
isyarat output selain bunyi dan lampu. Penyelidik juga mencadangkan agar
penggunaan sensor yang berdigital dan di paparkan pada skrin besar untuk tumpuan
para penonton.
5.6 Kajian akan datang
Walaupun penggunaan alat pengesan tumbukan dan sepakan adalah satu
inovasi baru dalam sukan silat olahraga, tetapi penambahbaikan masih perlu di
lakukan. Dengan itu, keberkesanan alat ini dapat ditentukan dengan lebih tepat lagi.
5.7 Kesimpulan
Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik yang dijalankan ,
penyelidik ingin merumuskan bahawa penghasilan alat pengesan tumbukan dan
sepakan menggunakan teknologi sensor di dalam body protector untuk pengiraan
mata dalam sukan silat olahraga yang direka cipta oleh penyelidik mendapat
sambutan yang baik dalam kalangan juri pertandingan silat olahraga negeri Johor,
Darul Takzim. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan diharapkan akan dapat
membantu serba sedikit penyelidik pada masa akan datang yang ingin meneruskan
kajian mengenai penghasilan alat pengesan tumbukan dan sepakan menggunakan
teknologi sensor di dalam body protector untuk pengiraan mata dalam sukan silat
olahraga. Penyelidik berasa bersyukur kerana dapat membina sebuah alat yang dapat
membantu sistem pemarkahan pertandingan silat olahraga. Penyelidik menyedari
dan mempelajari beberapa perkara yang penting sepanjang tempoh pembangunan
64
projek ini. Untuk menghasilkan sesuatu instrumen yang berkualiti dan menepati
matlamat adalah bukan sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan kepakaran yang
tinggi dan memerlukan masa yang panjang dalam menghasilkan instrumen yang
benar-benar berkualiti.
BIBLIOGRAFI
Ainon Abdullah (1994). Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur. Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.
Baharudin Rahim (2002). Kajian Rekabentuk Mesin Pengumpan Bola Takraw.
Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Izwanuddin bin Yahaya (2006).Rekacipta Instrumen Ujian ‘Vertical Jump Berteknologi
Digital (Sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Teknologi Malaysia.
Azizul Bin Aziz (2006). Kesan Latihan shadow play terhadap ketangkasan pemain
bola sepak. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Kamus Dewan (2006). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stubbs. R. (2007). The sports book : the sports, the rules, the tactics, the techniques
/ editorial consultant. London: Dorling Kindersley
Subic,A. Paterson, N. (2005). Integrating the Design For Environment Approach in
Sports Product Development. School of Aerospace, Mechanical and
Manufacturing Engineering, RMIT University, Bundoora, Melbourne.
66
Ujihashi, S. (2006). Sports Engineering. Tokyo Institute of Technology, Department of
Mechanical Engineering, Tokyo.
Rahimei Mohd Iqbal Bin A Malek (2008). Rekacipta Instrumen Alat Sensor Ujian
Kecergasan Kardiovascular Berlandaskan Ujian Bleep Berbantukan Komputer
Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Syarifah Fathynah (2004).Analisis Tiga-Dimensi Parameter Kinematik Teknik
Tendangan Frontkick Dalam Sukan Taekwondo. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Ghaffar (1998). Penyelidikan Pendidikan . Universiti Teknologi Malaysia.
Kasim A-Jalil dan Muta’ali Othman (1995) . Proses Dan Kaedah Rekabentuk Untuk
Kursus Diploma Dan Sarjana Muda. Ed. Pertama. Universiti Teknologi Malaysia.
Garreh J. (1995) . Design And Technology. Great Britain. Cambrigde University Press.
Baharudin Rahim (2002). Kajian Rekabentuk Mesin Pengumpan Bola Takraw.
Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Francois Fortin (2000). Sports The Complete Visual Reference. -1st ed. Victoria.
Firefly Books Ltd.
67
Joan Neide (2010 ). Forty Years Of Martial Art Training & Almost Sixty Years Old
- Vol. 19 No. 1, Journal Of Asian Martial Arts
Drs. Sucipto (1985) . Pendekatan Taksis Sebagai Salah Satu Pendekatan Dalam
Pembelajaran Pencak Silat Di Sekolah Menengah Atas. Kes FPOK-UPI
Pb. Ipsi. (1999). Penjelasan Peraturan Pertandingan Pencak Silat Antar Bangsa.
Hasil Keputusan Munas X 1999. Jakarta.
Persilat. (1996) . Bahan Penataran Pencak Silat untuk Wasit dan Juri Internasional. PB.
IPSI. Jakarta.
Dep. P Dan K. (1985) . Tuntunan Pengajaran Pencak silat Untuk Sekolah Lanjutan
Tingkat Pertama. Jakarta.
Sheikh Shamsuddin ( 2005 ). The Malay Art of Self-Defense: Silat Seni Gayong.
Berkeley, CA: North Atlantic Books. Jounal of Asian Martial Arts Volume 15
Number 4
Gordon G. SleivertUsing ( 2007). Microtechnology To Monitor Thermal Strain And
Enhance Performance In The Field. International Journal of Sports Physiology
and Performance.
Sacha K. Fulton, David B. Pyne, and Brendan Burkett (2009). Validity And Reliability Of
Kick Count And Rate In Freestyle Using Inertial Sensor Technology., Journal of
Sports Sciences, August 2009.
68
LAMPIRAN A
SURAT PERLANTIKAN SUBJEK
NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI
4 SPS Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai,
Johor Darul Ta’zim.
Kepada,
28 FEBRUARI 2011
Saudara,
Perlantikan Sebagai Subjek Kajian Projek Sarjana Muda (PSM)
Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya adalah dimaklumkan bahawa
saudara telah dipilih menjadi subjek bagi kajian Projek Sarjana Muda saya yang bertajuk
“Rekacipta Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan Menggunakan Teknologi Sensor Di
Dalam Body Protektor”.
2. Sesi taklimat akan diadakan untuk memberi penerangan jelas tentang prosedur
kajian dan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh subjek akan diadakan seperti
butiran berikut:
Tarikh : 20 JANUARI 2011
Hari : KHAMIS
Masa : 4.00 petang
Tempat : DEWAN SERBAGUNA PONTIAN
3. Segala kerjasama dari pihak saudara saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………….
(NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI)
69
LAMPIRAN B
TAJUK KAJIAN :
REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN
SEPAKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SENSOR
DI DALAM BODY PROTECTOR
PENSYARAH BIMBINGAN
PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN
NAMA : NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI
NO K/P : 870528295070
NO MATRIK : AP 070100
70
BAHAGIAN A
Arahan : Sila tandakan ( / ) dan isi tempat kosong pada ruangan jawapan yang di
sediakan bagi setiap penyataan di bawah.
1. Jantina : ( ) Lelaki
( ) Perempuan
2. Bangsa : ( ) Melayu
( ) Cina
( ) India
Lain-lain ( sila nyatakan ) : _____________
3. Umur : ______ tahun
4. Berapa tahunkah pengalaman anda bermain silat olahraga :
________ tahun
5. Adakah anda pernah menjadi juri dalam pertandingan silat olahraga ?
( ) ya ( ) tidak
6. Jika ya, berapa kali anda menjadi juri :
( ) 0 - 20
( ) 20-40
( ) 40-60
( ) 60-80
( ) 80-100
71
BAHAGIAN B
Arahan :
Sila jawab semua soalan. Bulatkan nombor pada ruangan jawapan pilihan anda.
Panduan Skala Likert :
1. Sangat Tidak Setuju ( STS )
2. Tidak Setuju ( TS )
3. Kurang Setuju ( KS )
4. Setuju ( S )
5. Sangat Setuju ( SS )
Bil Butiran STS TS KS S SS
1. Adakah rekabentuk alat ini sesuai ? 1 2 3 4 5
2. Adakah alat ini mudah di gunakan ? 1 2 3 4 5
3. Adakah alat ini selamat di gunakan ? 1 2 3 4 5
4. Adakah alat ini dapat membantu dalam
pengiraan mata silat olahraga ?
1 2 3 4 5
72
5. Saya suka dengan penggunaan sensor
bunyi dan LED dalam menentukan kesahan
tumbukan dan sepakan
1 2 3 4 5
6. Keupayaan alat sensor ini masih boleh
ditingkatkan lagi pada masa akan datang?
1 2 3 4 5
7. Adakah penggunaan alat ini lebih baik
daripada penggunaan alat pengesan yang
lain?
1 2 3 4 5
8. Adakah alat ini sesuai untuk penggunaan
pengajaran dalam mengenal pasti tumbukan
dan sepakan yang memberi mata kepada
pesilat ?
1 2 3 4 5
73
9. Berikan pendapat anda mengenai penggunaan body protector menggunakan
teknologi sensor dalam mengesan tumbukan dan sepakan untuk pengiraan mata
di dalam pertandingan sukan silat olahraga?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_______________________________
10. Sebarang cadangan bagi penambahbaikkan peralatan untuk masa akan datang ?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_______________________________
Segala jawapan anda adalah dianggap SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan
akademik dan kajian semata-mata.
“SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI, TERIMA KASIH”
74
LAMPIRAN C
KOS PERBELANJAAN INSTRUMEN “ALAT PENGESAN SERANGAN”
Bil Jenis Harga
1 Switch Rm 6.00
2 PIC 18LF4520 Rm 38.00
3 LED Rm 13.40
4 Push Button Rm 15.00
5 H496 Rm 4.00
6 Capasitor Rm 5.00
7 Body Protector Rm 190.00
8 Voltage Regulator 3V Rm10.00
9 Buzzer Rm 6.00
10 Transistor Rm 0.80
11 Salotap Rm3.50
12 Resistor Rm 1.00
13 Capacitor Rm 0.65
14 2510 PCB Connector Rm 1.60
15 Slide Switch 3pins Rm 4.00
16 Donut Board Rm1.60
17 Plastic board Rm 6.90
18 Ic Soket Rm2.40
19 Wrapping Wire Rm 2.00
20 Single Core Cable) Rm 15.50
21 Solder Rm 2.50
22 Lain-lain Rm 100
23 USB ICS PIC Programmer V2010 Rm 50.90
24 Straight Pin Rm7.00
25 Zip Rm 10.50
26 Span Rm 13.00
27 Kuasa Bateri Rm 19.70
28 4Xaa bekas bateri MX815A Rm 8.00
29 Plastic Box Rm 5.00
30 Polymer Lithium Ion Batteries – 860 With
JST Connector
Rm49.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 592.90
75
LAMPIRAN D
GAMBARAJAH